Nazura baring di atas sofa selepas dia diberi minum air yang sudah dibaca. Bertujuan memulihkan semula semangatnya yang telah dibawa lari. Sebagai ibu mertua, dia risau melihat keadaan menantunya. Janji cucu-cucunya tu selamat.
Sementara dia jagakan menantunya. Liana pula diberi susu botol untuk minum. Aniq duduk dan dirawat Ustaz Zain. Mulutnya dibasahkan dengan ayat-ayat suci dan juga zikir. Dia nak mengembalikan semula semangat cucunya. Aiman tadi telefon dia dah nak sampai.
Ustaz Hanafi menghampiri menantu lelakinya. Kalau bukan sebabkan Amin. Pasti terjadi sesuatu yang buruk pada Nazura dan anak-anaknya.
"Syukur kita selamatkan mereka.."
Berpuncanya, Amin pada waktu itu sedang membasuh pinggan mangkuk selepas makan malam bersama keluarga mertua. Daniel dan Tiara pun ada sekali dipanggil untuk makan malam dengan keluarga.
Amin ternampak sesuatu di luar rumah bahagian tingkap dapur. Dia melihat ada seorang ibu, mendukung bayi. Di sebelah si ibu seorang anak lelaki yang kelihatan kecil seperti lingkungan berusia 4 tahun. Dia nampak dengan jelas Zabir yang menjelma sebagai Pocong betul-betul di belakang. Melihat dari airmuka si ibu nampak dalam kesengsaraan. Dari bahasa tubuhnya dia seperti nak memberitahu sesuatu.
"Nazura.." hanya gumam yang perlahan. Matanya terbelalak dan mulutnya ternaganga kecil. Dia nampak dengan jelas bayangan Nazura dan anak-anaknya.
Dia berlari ke ruang tamu di mana keluarganya sedang menonton tv sambil berbual dan bercerita.
"Ayah! Nazura dalam bahaya!" Amin memberitahu. Semua mula tumpu padanya sekarang.
"Kamu biar betul? Dekat mana kamu nampak??" Ustaz Hanafi menyoal.
"Masa cuci pinggan. Saya nampak jelas Nazura dengan anak-anaknya. Syaitan tu betul-betul berdiri belakang mereka. Dari air muka Nazura, dia macam meminta pertolongan." kata Amin. Ustaz Hanafi mula tak sedap hati.
"Amin, jom pergi rumah uncle Zain!" Ustaz Hanafi mengajak menantu lelakinya untuk ke rumah Ustaz Zain. Amin menurut perintah dan segera mencapai kunci kereta, lalu dia berangkat pergi.
+++++++
Karmila termenung memandang keluar tingkap. Memikirkan apa yang akan berlaku selepas nanti. Walaupun tali kafan sudah dikeluarkan dari tubuh badan. Kulit wajah tiada apa-apa perubahan kembali pada wajah asalnya. Masih kekal cantik dan sejuk dipandang orang.
Dia pula dah tak minat dengan kecantikan ini. Kecantikan ini datangnya dari syaitan. Kalau dia ikut cakap Sophea dulu, perkara macam ni tidak akan berlaku. Dia gunakan saluran yang betul untuk berubah dari wajah buruk menjadi cantik.
"Sekarang menyesal??" suara seseorang mengejeknya dari belakang. Karmila berpaling. Ternyata Mak Esah ada di dalam biliknya.
"Hei! Aku nak kau batalkan perjanjian ni! Tolonglah jangan buat aku dan orang sekeliling sengsara!" Karmila merayu, mengharapkan ihsan dari Mak Esah untuk hentikan semua ni. Dia dah tak sanggup melihat muka pocong tu lagi.
"Itu sudah berada dalam perjanjian. Aku tak boleh nak tarik balik. Kau tetap kena terima walau apa jua keadaan.." ujarnya Mak Esah, dia ketawa mengejek.
"Sudahlah! Kalau kau nak ambik nyawa aku, ambiklah tapi lepaskan keluarga aku! Jangan kau kacau kawan aku! Jangan kau kacau seluruh keluarga Ustaz Zain!" Karmila membantah tindakan Mak Esah mengganggu seluruh keluarga Ustaz Zain.
Karmila tuding jari tunjuk muka Mak Esah itu. Dia mendengus marahnya.
"Aku tahu, kau dah menghantui Kirana dalam mimpi. Apa tujuan kau pocongkan dia?" soal Karmila yang pernah mimpikan Kirana sebelum ni.
Mak Esah terus bangun. Karmila sedikit rasa gerun tapi dia cuba buang semua perasaan itu. Matanya mencerlung tajam memandang Mak Esah. Wanita berkebaya merah senyum.sinis.
"Kau tahu kenapa aku jadikan Kirana pocong?? Aku meletakkan mimpi itu dalam kau dan Dahlia. Semasa upacara kau menggali tanah! Dia ada berhampiran di kawasan situ! Dia yang nampak kau menggali tanah dan bawa keluarnya tali kafan itu! Dan dia ekori kau sehingga ke rumah usang aku...!"
Ada betul kata Mak Esah. Kuntum ternampak Kirana yang kebetulan lalu di kawasan kediaman kampung dalam. Dia sebenarnya nak menghantar kawan dia balik rumah. Dia ternampak Karmila menggali tanah di kuburan. Dia berhentikan keretanya di tepi jalan. Lampunya dimatikan. Matanya tajam terpandang akan Pontianak di pohon sedang menjadi saksi Karmila gali tanah kubur.
Mata Kirana meliar nampak beberapa makhluk Pocong di kawasan perkuburan. Waktu itu Karmila sudah keluarkan sesuatu dari dalam tanah kubur. Nampak macam tali kafan yang lusuh dan dilumut dengan tanah. Dia melihat Karmila hidupkan motosikal lalu pergi. Kirana hidupkan enjin dan bergerak. Dia ekori kemana Karmila nak membawa tali kafan itu.
Kirana pun baru sampai. Dia parking kereta jauh sikit dari rumah usang. Pada pandangan Kirana, rumah usang tu gelap gelita. Hanya ada motor Karmila saja disitu. Kirana terkejut di jendela yang lama. Ada jelmaan Pontianak memandang ke arahnya.
Kirana segera berlari ke arah keretanya semula. Dia hidupkan enjin dan memandu pergi. Tinggalkan kawasan itu.
Karmila sudah selesai membuat perjanjian. Dia segera keluar dari rumah usang yang sudah buruk itu. Dia mahu bertolak pulang ke rumah. Kuntum yang masih menjelma sebagai Pontianak pergi ke arah Mak Esah.
"Esah, aku nampak ada orang ekori Karmila. Dia akan tahu kegiatan kita ni!" Kuntum pergi mengadu. Mak Esah mencerlung tajam seperti memarahkan sesuatu.
"Siapa dia?!" soal Mak Esah.
"Dari apa yang nampak. Darah yang mengalir pada perempuan tu darah orang beriman. Dia adalah anak kepada Zain dan Dahlia.." Kuntum memberitahu secara terang. Mak Esah sudah mendengus. Api kemarahan dia membuak-buak.
Zabir keluar dari ruang yang gelap. Dia berjalan menghampiri isterinya itu. Zabir ketika ini hanya memakai jubah hitam. Mukanya pucat seperti mayat yang baru meninggal.
"Sayangku, abang akan mulakan kerja." kata Zabir, Mak Esah berpaling memandang suaminya. Dia tersenyum apabila suaminya nak membalas dendam dan takutkan mereka.
Zabir berdiri dengan tegak. Dia memeluk tubuh seperti mayat. Perlahan-lahan fizikal dia berubah kepada sesuatu bentuk yang sungguh menyeramkan. Dia bagaikan manusia berpeluk diri. Kain yang membalut tubuh seperti kain kafan yang digunakan membalut tubuh si mati. Wajahnya berubah kehitaman, matanya hampir tersembul keluar, lidahnya keluar dan menjelir panjang. Kain yang membalut mula berubah kepada lusuh dan tersangat buruk. Dia yang dikenali sebagai hantu bungkus mula bangkit. Atau dalam bahasa melayu masyarakat, Pocong.
++++++
Karmila ke rumah Ustaz Zain. Dia menceritakan semula apa yang telah berlaku pada keluarga Ustaz Zain, sehingga Kirana mendapat tempias sama. Pada waktu ini Ustaz Hanafi dan Ayunie juga ada bersama. Kirana pun menceritakan perkara yang sebenar. Memang dia ada pada malam itu selepas menghantar kawannya pulang ke sebuah kawasan kampung.
Tapi tak sangka kampung kawan dia itu sama dengan tempat yang Karmila pergi bertemu Mak Esah. Dia memberitahu memang dia nampak Karmila di dalam rumah usang yang takde orang. Keliling rumah tu hanya semak yang sudah naik ke rumah. Memang rumah kampung itu betul-betul terbiar.
"Maknanya, Zabir tu memang suami pada Mak Esah?? Dan Kuntum hanyalah pembantu dia?? Maksudnya, selama ni Zabir dan Esah ada belajar ilmu sihir dari ketua syaitan bernama Lilith??" soal Ustazah Dahlia, semua diam tak tahu nak terangkan macam mana.
"Baiklah. Sekarang kita dah tahu kenapa Kirana kena kacau. Sebab Dilaila dan Nazura tak terkecuali. Turut kena gangguan makhluk halus." kata Ustaz Zain. Fahamlah kenapa lagi dua orang tu kena gangguan makhluk halus.
"Sebabkan Dilaila sudah mengandung. Kandungan dia tu semakin membesar. Manakala Nazura mempunyai dua anak kecil. Amin ada cakap mereka mahukan darah bayi atau anak kecil sebagai makanan untuk diberi pada syaitan Lilith tu" Ayunie terangkan kenapa Dilaila dan Nazura turut terkena tempiasnya.
"Ada betul tu.. Macam Tiara baru hamil. Janin di dalamnya belum sempurna lagi." kata Ustaz Hanafi. Dia bersyukur Danial dan Tiara tidak terkena gangguan. Tapi, dia lebih risaukan anak tirinya Dilaila. Itu yang dia perlu pantau sepenuhnya. Mujurlah Amin pandai dalam bab agama dan juga ilmu pesilat yang sepenuhnya mengikut ajaran Islam.
"Saya dah tak suka kecantikan yang ada pada muka saya. Ini semua kecantikan syaitan.." Karmila mengadu, airmatanya mengalir. Dia betul-betul menyesal dengan apa yang telah terjadi. Kalau dia tidak ikut telunjuk syaitan. Dan mendengar nasihat Sophea. Perkara ni takkan berlaku.
"Sudahlah. Anggap ini semua ujian buat kita supaya lebih dekatkan diri dengan Allah SWT. Apa yang penting sekarang, kita kena cekalkan diri dan kuatkan iman. Supaya Allah SWT sentiasa melindungi kita dari apa segala gangguan yang mendatang." Ustaz Zain nasihat. Kali ini dia dah tak mengeluh macam sebelum ni.
++++++
Amin telah memanggil Hakim, Danial dan Aiman datang ke sebuah kafe. Mereka nak berjumpa untuk Amin sampaikan sesuatu pada mereka dahulu. Setelah makanan dan minuman dipesan. Amin buka satu buku nota yang dia tulis.
"Kau nak cakap pasal Mak Esah dengan Zabir ke??" soal Hakim. Danial tak faham kerana ini pertama kali dia menghadap.
"Siapa Mak Esah? Siapa Zabir?" Danial buka pertanyaan, dia memandang anak lelaki Ustaz Zain dan dua menantu Ustaz Zain dan ayahnya.
"Mereka tu hantu dan pengamal ilmu hitam. Sekarang ni. Aku, Aiman dengan Amin dah kena. Isteri kitorang ni kena kacau teruk.." Hakim memberitahu. Tapi, Danial tetap tak berapa nak faham.
"Sabar, korang dengar dulu apa aku nak cakap. Aku dah pergi buat research di sebuah kampung di mana Mak Esah dan Zabir pernah menetap. Dari cerita orang kampung tu. Mereka mengaku pasangan ni sebenarnya bidan. Zabir ni seorang tukang kebun kelapa sawit. Dan isterinya Esah ni adalah mak bidan.
Orang kampung pada masa tu kalau nak beranak mesti cari Mak Esah. Dan katanya lagi, kalau anak yang dilahirkan tak cukup pra-matang. Mereka nak ambil buat anak angkat. Tapi sebenarnya mereka nak bunuh untuk dapatkan darah tu bagi pada syaitan yang mereka puja.
Lagi satu yang pelik pasal Zabir ni. Orang kampung kata dia mampu membawa dua buah tandan kelapa sawit dengan menggunakan tangan. Dia santai campak buah tandan tu macam campak barang yang ringan. Kata orang kampung sana lagi, Zabir ni tak pernah nampak penat berpeluh, dia tak minum air langsung. Kalau orang yang gagah macam manapun, mesti gunakan besi penyucuk nak angkat buah tandan bukan?? Zabir sorang je lain dari yang lain.
Malam hari terakhir pasangan tu. Mereka ditangkap orang kampung. Sebab menculik salah seorang anak kampung yang kecil masa tu. Mereka nak bunuh untuk dijadikan makanan syaitan Lilith tu. Mereka dibunuh dan mayat mereka dikafankan hidup-hidup. Terjadi suatu malam seram bila orang kampung mula ternampak kelibat Pontianak dan juga Pocong. Sehingga akhirnya mereka dibunuh dan ditewaskan. Dua syaitan tu dihalau keluar kampung." Amin mengulas panjang menceritakan siapa sebenarnya Zabir dan Esah.
"Jadi, apa kaitan dengan gangguan??" soal Danial, matanya tak terlepas dari memandang Amin. Pendengaran dia tajam untuk tangkap setiap butir-butir perkataan yang keluar dari mulut Amin.
"Ada beberapa korban darah untuk dijadikan makanan syaitan pemuja tu. Mereka akan gunakan wanita cantik. Kirana solusinya. Yang kedua, mereka mahukan bayi yang bakal dilahirkan atau sudah dilahirkan. Isteri aku, tengah mengandung sembilan bulan. Dan mereka mahukan kanak-kanak sebagai mangsa korban. Nazura terpilih." Amin menjawab, dari apa yang dia perlihatkan setiap yang berlaku dalam keluarga. Dia yakin semua ini disebabkan Zabir dan Esah mahu berikan makan buat syaitan yang bernama Lilith.
Skrin telefon Aiman menyala, bersama dengan bunyi ringtone ada panggilan. Aiman ambil telefon dan jawab panggilan.
"Abang..!! Balik sekarang..!! Liana dengan Aniq hilang..!! Kirana bawa lari..!!!" suara Nazura kedengaran cemas dalam talian. Aiman terbeliak biji mata. Amin, Danial dan Hakim mampu tengok sambil menunggu apa yang membuatkan Aiman begitu.
Share this novel