RUMAH DANIEL
Dilaila datang ke rumah abangnya yang menetap di Petaling Jaya. Sudah hampir empat bulan tak jumpa abang kembar kesayangan dia. Hari ini Daniel cuti tak bekerja dan dapat meluangkan masa dengan isterinya, Tiara.
"Di, minum ni." Tiara meletakkan secawan minuman di depan Dilaila.
"Terima kasih." ucap Dilaila. Mengambil minuman itu dan minumnya.
Daniel turun ke bawah selepas menunaikan solat Zohor sebentar tadi. Dia menghampiri adiknya. Pipi Dilaila dicubit manja. Dilaila masih merengek manja seperti anak kecil.
"Tak berubah adik ni." kata Daniel menyakat. Dilaila jeling abangnya dengan mengecilkan mata. Daniel melabuhkan punggung di sofa. Tiara pun sama duduk di sofa single. Tiara melihat sesuatu pada adik iparnya.
"Di, perut tu dah berapa bulan?" tanya Tiara. Matanya terpandang pada perut Dilaila yang semakin besar dengan sihat.
"Ermm,,dah masuk 8 bulan." jawab Dilaila sambil mengusap perutnya yang di dalamnya ada baby comel bakal dilahirkan.
"Alhamdulillah. Patulah comel muka. Seri ibu mengandung katakan." puji Tiara. Daniel senyum sahaja. Pipi Dilaila dicubit Daniel lagi. Dilaila mencebik berkerut dahi. Geram dengan abangnya asyik nak cubit pipi dia.
"Alhamdulillah. Abang tumpang gembira adik abang bakal timang cahaya mata. Kakak kamu ni pun dah 2 minggu." kata Daniel. Dilaila terus membulat mata memandang Tiara. Perasaan dia pun tumpang gembira. Tiara pun tersenyum bahagia bila dia disahkan mengandung.
++++++++
RUMAH ENCIK AMRI
Karmila mencelik mata. Kepalanya terasa pening dan sakit sekali. Dia bangunkan badan dan memandang keliling. Di pegang kepalanya yang masih sakit. Berdenyut-denyut otaknya. Dia melihat jam sudah menunjukkan pukul 1:40 petang. Waktu zohor telah pun berlalu.
Dia hairan emaknya masih belum pulang-pulang lagi. Dan kedengaran bunyi enjin kereta. Suara emaknya juga baru didengar. Lewatnya pulang. Dah masuk zohor. Kata Karmila dalam hati. Entah merayap kemana emaknya tu.
"Assalamualaikum." laung Puan Vanidah dari luar.
"Ya mak. Kejap." Karmila berusaha bangun walaupun dirinya dalam keadaan sakit kepala.
Dia bukakan pintu sambil pegang kepalanya. Puan Vanidah masuk dengan membawa banyak beg plastik berisi bahan mentah.
"Kamu ni kenapa? Baru bangun ke? Dah kemas rumah?" tanya Puan Vanidah bertalu-talu tanpa sempat Karmila menjawabnya.
"Tadi pening kepala. Pinggan semua dah cuci. Tu yang tertidur sekejap. Sekali terlajak sampai zohor." jawab Karmila berbohong.
"Itulah. Lain kali berhati-hati sikit. Sudahlah malam tadi tidur dekat depan dapur. Nak pergi klinik tak?" tanya Puan Vanidah. Karmila menggelengkan kepala.
"Takde apa pun. Mungkin sebab pening dengan kerja." Karmila berbohong lagi.
Puan Vanidah melangkah ke ruang dapur dengan membawa bahan masakan. Karmila pergi naik ke tingkat atas untuk mengambil tuala. Dia mahu mandi dahulu bersihkan diri. Entah kenapa dia dapat gangguan dari si Pocong itu. Dia tahu kesalahan dia kerana mencuri tali kafan itu. Tapi ini semua angkara Mak Esah dan Kuntum.
Dia masuk ke dalam bilik. Baru nak mengambil tuala. Dia memandang sekitar dalam bilik untuk pastikan tiada kelibat Pocong. Dia terus menyambar kain tuala dan membawanya keluar. Karmila terus keluar ke bilik mandi.
+++++++
Johari atau lebih dikenali Joe telah datang ke rumah Karmila. Sudah lama tidak mendengar khabar bekas teman wanita selepas memutuskan hubungan disebabkan berlaku salah faham dulu. Dia tahu selepas kejadian itu Karmila sudah block dia dari kesemua social media. Tapi niat dia baik untuk berikan sedikit cenderahati buat bekasnya.
"Assalamualaikum. Mila! Ooo Mila!" laung Johari dari luar. Daun pintu dibuka. Puan Vanidah muncul untuk melihat gerangan yang memberi salam.
"Oh kamu Johari. Ada apa?" tanya Puan Vanidah. Dia menyarungkan seliparnya dan berjalan mendekati pintu pagar. Johari masih berdiri tercegat disitu.
"Makcik. Ni ada sedikit cenderahati untuk Milah. Nanti makcik berikan. Saya nak minta maaf sebab putuskan hubungan sebelum ni." kata Johari serba salah. Puan Vanidah melepaskan keluhan berat. Sebenarnya dia malas melayan cinta monyet anak-anak.
"Dah takde jodoh nak buat macam mana. Lagipun Milah tu bukan macam dulu dah. Kulit dia dah cantik sekarang." kata Puan Vanidah. Johari terperanjat bila emak Karmila memberitahu.
"Dah cantik?? Cantik yang macam mana?" tanya Johari.
"Alaa cantik macam artis. Jerawat-jerawat semua hilang termasuk kulit berminyak dia. Cantik mengalahkan artis." jawab Puan Vanidah.
Karmila muncul depan pintu. Terkejut Johari datang ke rumahnya. Wajahnya mula bertukar marah sekali. Johari nampak Karmila terus melambaikan tangan mengajak keluar. Karmila keluar dengan menyarungkan seliparnya. Dia berjalan agak pantas sedikit. Cenderahati yang berada di tangan emaknya dirampas lalu hulurkan semula kepada Johari.
"Kau ambil balik! Aku tak perlukan benda ni!" suruh Karmila kasar. Terkejut Puan Vanidah anaknya berkasar macam tu.
"Milah, kan Johari datang bagi hadiah. Terima sajalah." Puan Vanidah menasihat.
"Mak, saya tak perlukan hadiah dari jantan pilih dahi licin ni! Kau ingat aku dah cantik macam ni aku nak dekat balik dengan kau??! Maaf Joe! Lepas kau putuskan aku dulu! Nama kau aku dah buang jauh-jauh!" kata Karmila sedikit pun tak kasihan dengan lelaki itu.
"Awak, saya betul-betul rasa bersalah sangat. Saya bukan sengaja nak putuskan." Johari merayu mengharapkan Karmila memaafkan dia.
"Sedikit pun tiada maaf bagimu. Mana Suzy?? Awek cina kau yang paling meletup tu?? Dah putus???" tanya Karmila seraya mengejek.
Sophea muncul bila melihat pergaduhan di hadapan rumah Karmila. Dia datang untuk berjumpa dengan Karmila.
"Hei Milah! Joe! Kenapa gaduh-gaduh ni?" tanya Sophea, cuba masuk campur untuk tenangkan mereka.
"Pia, kau jangan masuk campur." kata Karmila yang suara hampir nak meninggi.
"Milah, kau nak gaduh pun. Fikirkan mak kau dekat sebelah kau! Hormat dia sikit!" kali ini Sophea mula menasihat dengan tegas. Tapi Karmila masih tak mendengar leteran Sophea. Tak lepas mata marahnya dari menatap Johari.
"Makcik masuk dulu. Entah tak faham cinta monyet ni." kata Puan Vanidah lalu melangkah masuk ke dalam rumah dengan segera.
Karmila terus mencampakkan hadiah dari Johari itu ke tanah. Terkejut Johari dan Sophea bila Karmila buat begitu.
"Milah!" Sophea memanggilnya.
Karmila menjeling benci akan Johari lalu berjalan masuk ke dalam rumah. Sophea menggelengkan kepala. Dia faham Karmila masih memarahkan Johari lagi disebabkan kes bertahun lama itu. Johari menunduk dan mengambil hadiahnya. Dia sebenarnya nak Karmila maafkan. Dia dengan Suzy sudah putus disebabkan Suzy menjalinkan hubungan dengan boss di tempat kerjanya.
"Joe, kau balik dulu. Angin Mila tak berapa nak baik." Sophea menyuruh Johari beredar dahulu. Berikan Karmila ruang untuk bertenang. Dia faham Johari sakit dan tak boleh terima Karmila buang hadiah dia macam tu. Sebagai orang tengah. Sophea terpaksa memujuk kedua belah pihak.
Setelah Johari pergi. Sophea berpaling memandang rumah Encik Amri. Matanya tiba-tiba menumpu ke arah bilik tidurnya Karmila. Terkejut dibuatnya kelihatan ada susuk makhluk berbungkus Pocong mengintainya di tingkap bilik Karmila.
"YaAllah, lindungilah Karmila dari gangguan Iblis yang dilaknat." Sophea berdoa di dalam hati. Dia tahu kecantikan yang dimiliki Karmila bukan kecantikan biasa. Tapi kecantikan yang meminta pertolongan dari Iblis.
++++++++
Encik Amri baru keluar dari rumah kawannya untuk mengambil barang peribadi kerja yang dia ada order kelmarin. Dia menggunakan alamat rumah kawannya itu sebagai tempat penghantaran parcel kerja dan beberapa peribadi. Failnya dibawa masuk ke dalam kereta. Kawannya pun telah masuk ke dalam rumah. Keadaan di depannya gelap tiada cahaya pun. Jam pun menunjukkan pukul 11 malam. Pasti isteri di rumah menanti kepulangan dia.
Dia hidupkan enjin kereta. Lampu kereta dihidupkan. Matanya terus membulat. Jantungnya bagaikan terhenti seketika. Nafasnya juga seakan tersekat-sekat. Mulutnya terkunci. Hatinya berbelit membaca ayat suci Al-Quran. Apa yang telah disaksikan dia adalah makhluk berbungkus putih seperti mayat yang dikafankan berdiri tegak depan keretanya yang dihidupkan lampu.
Encik Amri mematikan semula lampu. Benda putih itu pun tiada. Dia hidupkan semula lampu. Benda putih itu masih ada lagi depan keretanya. Dia tutup lagi lampunya. Makhluk itu tiada di depan yang gelap itu. Nafasnya sedikit kedengaran agak takut. Dia buka semula lampu kereta. Makhluk itu masih ada. Degupan jantungnya bergoncang di saat ingin hidupkan lampunya.
Encik Amri undur sedikit dalam jarak dua meter. Lampu kereta masih memancarkan cahaya pada makhluk itu. Dia matikan semula lampu kereta. Di bukanya semula. Tambah terkejut bila makhluk itu berdiri kali ini betul-betul depan keretanya. Degupan jantung lebih lancar berjalan. Dipegang stering itu keras sekali. Dia tutup semula lampu kereta. Dan buka semula. Makhluk itu tiada.
Encik Amri pandang cermin pandang belakang. Tiada. Dia mengalihkan pandangan memandang cermin sisi bahagian penumpang. Pun tiada. Dia pandang cermin sisi sebelah pemandu. Pun tiada.
Kawan Encik Amri keluar rumah bila dia dari tadi nampak Encik Amri bermain lampu. Entah kenapa kawan pejabatnya itu. Dia menyuluh lampu picit ke dalam kereta Encik Amri. Terkejut bila ternampak kelibat Pocong betul-betul duduk di bahagian tempat duduk belakang tengah.
Encik Amri terdengar bunyi suara nafas dan ada sesuatu seperti sedang merantap. Bunyinya seakan ada benda mengunyah daging. Dia berpalingkan kepala secara perlahan-lahan untuk melihat benda apakah itu. Kawan Encik Amri menyuluhkan wajah Pocong itu. Encik Amri dapat melihat dengan lebih jelas muka Pocong itu hitam legam. Ulat-ulat memakan daging mukanya. Baunya sungguh busuk disebabkan bercampur darah dan nanah.
Encik Amri menjerit lalu segera keluar dari kereta. Dia berlari ke arah kawan sekerjanya. Tubuhnya menggigil sepenuhnya. Tangannya terketar-ketar. Pertama kali dalam seumur hidup kena gangguan sebegini.
Malam itu seorang ustaz datang untuk membantu Encik Amri menghalau Pocong berkenaan dari dalam keretanya. Tapi Pocong itu telah berkomunikasi dengan ustaz tersebut.
"Benda tu pergi sementara dan akan kembali. Keluarga encik Amri ada menyimpan sesuatu kepunyaan dia ke?" tanya ustaz tersebut. Encik Amri terkejut bila ustaz tu persoalkan.
"Mana ada. Saya dan dua anak hanya keluar bekerja dan balik seperti biasa." jawab Encik Amri. Ustaz itu pun senyum memandang Encik Amri.
"Saya syorkan encik perlu siasat dahulu keluarga. Saya bukan nak tuduh tapi apa yang diberitahu makhluk itu. Ada di antara keluarga encik mengambil sesuatu daripadanya." kata ustaz tersebut syorkan lelaki itu siasat segera.
Encik Amri mengangguk faham. Dia terus ke keretanya. Dan apabila masuk sahaja ke dalam. Agak terasa seram juga kerana kereta ini baru 'dibersihkan' tadi dari gangguan. Kenapa ustaz tu suruh dia siasat keluarganya? Setahu dia memang dia dan anak-anak tak pernah usik sesuatu. Isterinya apatah lagi jenis tak suka barang luar masuk ke dalam rumah. Aiman ke? Atau Karmila?
Terima Kasih kerana membaca
Share this novel