Bab 3

Horror & Thriller Completed 4568

Karmila menunggang motosikalnya memasuki kawasan perkampungan yang terletak di luar kawasan perumahan moden. Dia melihat peta google di telefon bimbit yang sudah setkan alamat rumah Mak Esah. Terasa jauh pula rumah Mak Esah seperti dalam kad itu.

Setelah lama berjalan dengan menunggang motosikal. Akhirnya dia telah pun tiba ke destinasi yang dituju. Karmila buka helmetnya. Memandang rumah usang yang hampir roboh itu. Dia turun dari motosikalnya.

"Kenapa buruk sangat rumah ni?" Karmila gumam sendirian.

"Biar luaran nampak buruk asalkan pandai berhias diri." muncul satu suara menjawab pertanyaan Karmila.

"Panggil aku Mak Esah." katanya lagi.

Gadis berusia 20 tahun itu berpaling. Terpegun dia melihat Mak Esah yang disangkakan tua rupanya masih muda bergetah lagi. Karmila terus mengikut Mak Esah tu melangkah masuk ke dalam. Dia duduk di ruang tamu sementara Mak Esah masuk ke dalam sebuah bilik.

Karmila memandang keadaan di ruang tamu. Tiada sebarang perabot seperti orang tinggal pun. Lantainya juga sudah berbunyi. Sofa, tv, pasu bunga, meja pun tiada. Seperti rumah tinggalan. Mustahil seorang perempuan cantik boleh tinggal sendirian dalam keadaan rumahnya macam nak roboh. Karmila mula rasa seram semacam kerana tak dengar bunyi pun orang di dalam bilik selepas Mak Esah masuk tadi.

Dia beranikan diri bangun untuk periksa dengan sendirinya. Dia melangkah perlahan-lahan. Bunyi telapak kaki yang memijak lantai kayu itu berbunyi setiap kali dia melangkah perlahan. Dia cuba untuk periksa bilik yang tidak tertutup rapat. Tangannya mula gatal untuk sentuh pemegang pintu itu. Nafasnya kedengaran perlahan dan jantungnya bekerja pantas.

Muncul perempuan cantik tadi keluar membuatkan Karmila terkejut dan hampir menjerit. Mak Esah memandangnya serius dan tajamnya. Matanya hampir membulat. Lagaknya seperti mahu telan Karmila.

"Kamu buat apa disini?" tanya Mak Esah. Karmila cuba untuk mengintai dalam. Mak Esah seperti tahu niat Karmila segera menutup pintu itu kasar. Karmila agak terkejut.

"Tak. Saya cuma nak jalan-jalan tengok." Karmila beralasan.

Mak Esah terus melangkah ke ruang tamu. Matanya menjeling Karmila. Karmila terus mengekori Mak Esah. Tiba-tiba langkahnya terhenti bila terdengar bunyi suara nafas seseorang dari dalam bilik tersebut. Karmila sempat berpaling ke belakang memandang bilik itu.

"Dia itu tak suka orang tengok bilik itu." kata Mak Esah lalu Karmila berpaling ke hadapan. Muncul muka Pontianak memandang tepat ke mukanya. Karmila menjerit lalu menutup mukanya.

"Apa tu Mak Esah??" tanya Karmila ketakutan.

"Itulah penghuni yang berada di dalam bilik. Dia tak suka orang sibuk nak masuk ke dalam sana." jawab Mak Esah.

"Sini duduk!" panggilnya lagi tapi kali ini suaranya agak kasar.

Karmila mengalihkan tangan. Dia memandang seluruh ruang tamu. Tiada lagi kelibat si Pontianak itu. Karmila terus duduk menghadap Mak Esah. Kemenyan diasapkan. Karmila mendongakkan kepala. Terkejut ada seorang lagi perempuan cantik muncul. Memakai kebaya putih. Matanya juga keputihan.

"Ini saudaraku, Kuntum." Mak Esah perkenalkan.

Karmila mula syak Pontianak tadi pastinya si Kuntum. Dia cuba untuk buang sifat takutnya dengan memandang kemenyan yang diasapkan.

"Kamu ada masalah kulit wajah bukan?" tanya Mak Esah.

"Betul. Sampai semua takut nak dekat dengan saya. Teman lelaki saya pun sudah lama tinggalkan saya disebabkan kulit muka hodoh ni." jawab Karmila mula sedih. Kuntum dan Mak Esah saling memandang sesama mereka berdua.

"Kamu nak tak dapatkan kulit wajah cantik dengan sekelip mata?" tanya Kuntum dengan suara yang ayu dan lemah lembut. Karmila terkejut memandang Kuntum. Hatinya berkobar-kobar ingin sekali wajahnya cantik sekelip mata.

"Macam mana??" tanya Karmila terlalu excited. Kuntum senyum memandang Karmila. Senyumannya agak menyeramkan.

"Dapatkan tali pengikat kafan dari mati perempuan cantik." Kuntum memberitahu. Karmila tergamam. Itu ke syaratnya? Tanya dalam hati.

"Lepas tu buat apa je??" tanya Karmila lagi.

"Dapatkan dulu tali itu dan kemudian baru kamu tahu apa yang nak dibuat seterusnya." jawab Mak Esah kali ini.

"Malam jumaat nanti saya akan temankan kamu kesana." kata Kuntum dengan senyuman yang menakutkan. Karmila mula rasa tak sedap hati.

+++++++

Karmila pulang ke rumah selepas berjumpa Mak Esah dan Kuntum tadi. Dia tahu sangat Kuntum bukan manusia tapi Pontianak yang berada dalam bilik dan berdiri di depannya tadi. Tapi disebabkan mengikut nafsu untuk menjadi cantik. Terpaksa dia ikut kemahuan dan tak mahu dipandang hina oleh masyarakat dan Sophea.

Dia sudah buat Sophea begitu marah kepadanya. Dia benar-benar rasa bersalah sekali pada Sophea. Karmila mahu tunjukkan pada orang bahawa dia boleh berubah menjadi cantik. Dan malam jumaat nanti dia akan ke sebuah Tanah Perkuburan Islam yang tidak jauh dari rumah Mak Esah. Kata Mak Esah semalam ada perempuan cantik mati dibunuh.

Bila tiba di rumah. Dia termenung jauh memandang cermin solek. Tidak lama lagi wajahnya akan hilang segala masalah jerawat dan kulit berminyak akan selesai. Karmila tidak sabar untuk hari berikutnya.

Dia bangun dan terus menari dengan seronok sekali. Dia menggerakkan badan seperti penari kebudayaan zaman 50an dahulu. Di dalam pantulan cermin bukan Karmila menari. Tetapi si Kuntum yang berkebaya putih itu menari.

+++++++

RUMAH USTAZ ZAIN

Hakim dan Kirana pulang ke rumah kedua ibubapanya. Walaupun mereka sudah hampir setahun kahwin. Kirana masih belum punya rezeki untuk mendapatkan zuriat. Padahal majlis dia seminggu sebelum perkahwinan Dilaila dan Amin. Sedangkan Dilaila sudah mengandung dan bakal meminang anak tidak lama lagi.

Kirana salam dan cium tangan emaknya. Dia peluk melepaskan rindu. Hakim salam ayah mertuanya. Kirana buat muka manjanya.

"Kenapa ni sayang?" tanya Ustazah Dahlia.

"Ummi, macam mana nak mengandung? Dah setahun kahwin tapi Ki macam tak boleh mengandung." Kirana mengadu masalahnya. Ustazah Dahlia menyapu wajah anaknya.

"Sayang, kan abang sudah pesan. Kita tawakal. Bukan Allah tak izinkan kita ada anak. Tapi pasti Allah nak kita selesaikan sesuatu dahulu. Mungkin kewangan kita." Hakim tetap dengan fikiran yang terbuka. Ustaz Zain sejuk hati mendengar.

"Tapi bang. Amin dan Dilaila bakal meminang cahaya. Kalau nak kata kita susah. Gaji kita kedua-duanya besar. Apa yang kurangnya??" tanya Kirana. Ustazah Dahlia menyapu kepala anaknya.

"Kirana, ada sebab Allah tidak izinkan pasangan itu menerima zuriat bersebab. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini." Ustaz Zain pula memujuk anak gadisnya. Kirana melepaskan keluhan berat. Nasihat ayahnya jangan dilawan.

++++++

Malam jumaat telah pun tiba. Karmila ke sebuah Tanah Perkuburan Islam bersama Kuntum. Karmila melihat Kuntum seperti tiada perasaan takut pun. Tenang je dia lalu di kuburan sedangkan diri dia pula sudah menggigil seluruh badan. Takut pula nanti ada yang bangkit keluar menjelma jadi hantu.

Kuntum kini berdiri di hadapan sebuah kubur yang masih baru. Kubur itu adalah milik perempuan cantik yang mati dibunuh teman lelaki. Karmila menelan liur. Kuntum terus serahkan cangkul untuk Karmila galinya.

"Saya??" tanya Karmila. Kuntum masih mematung sambil hulurkan cangkul.

"Kalau nak cantik dan rupawan sepertiku. Gali sendiri!" suruh Kuntum tegas.

Karmila tiada jalan lain segera menggalinya. Tiba-tiba, kilat berdentum membuatkan Karmila terkejut. Angin kencang bertiup laju. Karmila meneruskan galinya. Kuntum tiada. Karmila terus mengorek dan mengorek tanah lagi. Kedengaran suara mengilai perempuan bergema di kawasan perkuburan.

Setelah digali sehingga tujuh kaki. Dia terkejut sesuatu dan mula mengalihkan papan tersebut. Cahaya kilat tadi telah berinya petanda rupa jenazah perempuan cantik. Karmila terkejut melihat jenazah perempuan cantik yang sudah mula bersatu dengan tanah lembap.

Karmila cuba untuk membaca ayat suci Al-Quran. Tetapi mulutnya tidak mampu menyebutnya. Dia terus membongkokkan badan dan membuka ikatan kafan itu. Tanpa disedari, Pontianak di belakangnya muncul saat cahaya kilat berdentum di langit. Karmila meneruskan untuk mengambil ikatan. Setelah itu, dia naik semula ke darat dan kambus semula dengan tanah.

"Sudah??" Kuntum muncul buatkan Karmila hampir menjerit dan trauma.

"Sudah. Ini dia." Karmila tunjukkan. Kuntum tidak menyentuhnya dan terus mengajak Karmila ke rumah Mak Esah.

Di dalam rumah Mak Esah. Bahagian ruang tamu ada Mak Esah, Kuntum dan Karmila. Ayam hitam disembelih dan darahnya diletakkan dalam sebuah bekas. Karmila merasa jijik dengan darah ayam hitam itu.

"Mana tali tu?" tanya Mak Esah.

Karmila berikan tali tersebut. Mak Esah terus mengasapkan tali itu di atas kemenyan sambil membaca beberapa mantera secara berbisik. Tidak mampu didengari oleh Karmila. Kuntum diam di belakang Mak Esah di bawah kegelapan. Rasa seram tengok Kuntum duduk.

Tali kafan itu dicelupkan ke dalam bekas darah ayam hitam tadi. Dan mangkuknya diangkat lalu Mak Esah bacakan mantera. Dan akhirnya meniup perlahan. Dia serahkan kepada Karmila.

"Minumnya." suruh Mak Esah. Karmila jadi terperanjat besar bila disuruh minum darah ayam bercampur tali kafan itu.

"Geli." kata Karmila. Mata Mak Esah dikecilkan seperti hendak marah.

Karmila terpaksa ikut suruhan. Dia mengambil bekas itu dan perlahan-lahan menyentuh bibir. Karmila terus buat suapan perlahan. Kuntum menyaksikan dengan pandangan serius. Mak Esah senyum.

Karmila meminum sambil pejamkan mata. Dia cuba membayangkan dia meminum air yang sedap dan berkhasiat. Dia cuba minum dengan sekali teguk sahaja. Dan setelah bekas kosong. Karmila campakkan bekas itu dan dia terus muntahkan sisa darah.

"Jangan muntahkan!!" suruh Mak Esah marah.

"Kenapa kena minum darah?? Uweekkk!!" tanya Karmila masih lagi terasa loya.

"Tali kafan itu mempunyai aura kecantikan si mati. Dan aura itu bila dicampurkan dengan darah ayam hitam. Ia merebak ke seluruh darah tersebut sebelum bersatu dengan kamu." jawab Mak Esah kini tenang.

Karmila berpaling memandang Mak Esah dan Kuntum. Dia mula rasa loya tekak lagi. Karmila cuba bertenang dan mahu melupakan kejadian minum darah itu. Lidahnya masih terasa lagi.

++++++

Malam itu dia pulang seperti biasa. Puan Vanidah dan Aiman terkejut melihat perubahan pada wajah Karmila.

"Mak dengan adik pandang kakak ni kenapa?" tanya Karmila masih tak sedar dengan dirinya.

"Kakak pergi buat spa muka ke?" tanya Aiman terkejut.

"Spa muka?? Mengarutlah. Kakak pergi rumah kawan." jawab Karmila.

"Tipu. Habis tu muka kamu dah takde jerawat. Kulit berminyak pun takde." kata Puan Vanidah.

Karmila jadi terdiam. Dia segera berlari masuk ke dalam bilik tidurnya. Karmila terus memandang wajahnya di cermin. Terasa aura kecantikan itu. Wajahnya tidak lagi hodoh dan berjerawat. Tiada lagi kulit berminyak dan sudah rata wajahnya dengan aura cantik itu.

Karmila bangun dan terus menari dengan seronok. Hidupnya akan berubah 100 peratus selepas ini dan pasti semakin ramai hendak mendekatinya. Di luar tingkapnya, ada satu makhluk yang paling menyeramkan. Makhluk itu seperti jenazah manusia yang dikafankan. Wajahnya hitam menggerutu dan penuh ulat. Baunya busuk bercampur tanah dan nanah. Lidahnya menjelir keluar. Air liur basi bercampur nana dan darah mengalir. Dia memandang Karmila dengan matanya bulat.

"Kembalikan." kata makhluk yang berpuaka dinamakan POCONG.

Terima kasih kerana membaca genre seram. Teruskan menjadi penyokong SUSUK TALI POCONG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience