Bab 19

Horror & Thriller Completed 4568

Esah berjalan ke arah rumah kecil yang terbiar. Di situ dia sembunyikan Aniq dan Liana. Di atas bumbung rumah kecil yang sudah usang, terlihat Kuntum yang sudah menjelma sebagai Pontianak bertenggek disitu. Kedengaran suara tangisan Liana di dalam. Esah pergi depan pintu rumah kecil. Pemegang pintu dipegang dan pulasnya.

Aniq buka matanya perlahan dalam keadaan lemah. Esah senyum menyeramkan. Dia masuk ke dalam. Perlahan-lahan dia menghampiri Liana yang masih bayi itu. Di dukungnya seperti ibu mendukung anak.

Muncul seorang lelaki di belakangnya. Esah berpaling. Hanya sipi-sipi bahagian lelaki itu dia boleh melihatnya.

"Bawa budak laki tu.."

Lelaki itu mengangguk terima arahan. Dia pergi ke arah Aniq yang terbaring lemah. Di angkat tubuh kecil itu dengan mudah, kerana berat badan budak itu terlalu ringan. Esah yang mendukung baby Liana diusap perlahan. Tapi, Liana masih menangis sebab pada pandangan dia. Esah tu bukan manusia berkebaya merah. Tapi makhluk Pontianak berambut mengurai panjang dan berkain lusuh. Mereka pergi ke melalui lorong yang panjang. Kelilingnya penuh dengan hutan tebal.

Kuntum yang menjelma sebagai Pontianak terhidu bau sesuatu. Dia gunakan mata batin, ternampak tiga buah kenderaan tiba. Dia nampak dengan jelas Ustaz Zain dan Ustazah Dahlia sekali. Dia gunakan kuasa pukaunya untuk tutup jalan masuk kesini.

Mereka berlari ke arah hutan tebal. Ustazah Dahlia menghalang semua. Dia berjalan mengetuai. Dia nampak tiada jalan untuk masuk ke dalam hutan. Semuanya terlindung oleh pohon-pohon yang jenis menjalar.

"Kenapa takde jalan masuk??" soal Aiman, matanya meliar memerhatikan dalam hutan. Tak boleh dipercayai bahawa anaknya ada di dalam sana.

"Aniq... Liana..." sayu suara Nazura memanggil anak-anaknya. Dia menangis semahunya.

"Abang, azankan tempat ni." Ustazah Dahlia menyuruh, dia sebenarnya terdengar suara dari dalam hutan menyuruhnya azan kalau nak buka jalan.

Ustaz Zain tanpa fikir panjang. Dia melaungkan azan. Shazlan turut ada bersama sekarang. Kirana dan Karmila menanti dengan penuh sabar. Semua mula tenang semasa Ustaz Zain mengazankan. Ustazah Dahlia memandang ke arah bahagian akar kayu. Semuanya mula bergerak seperti hendak membuka jalan.

Ustaz Zain selesai azan.

"Mari semua.."

Ustazah Dahlia mulakan dengan bismillah. Dia mendahului untuk berjalan masuk. Dan seterusnya diikuti Ustaz Zain. Yang lain pun turut masuk sekali ke dalam hutan. Bibir Ustazah Dahlia bergerak, berkumat kamit membaca beberapa ayat suci. Matanya terpandang sesuatu gambaran. Seperti ada sebuah rumah kecil yang usang dan terbiar di dalam sana. Di atas rumah itu ada Kuntum.

Setibanya di rumah usang. Kuntum turun dari pohon itu. Nazura hampir menjerit dan pengsan. Aiman peluknya dan katup mulut isterinya supaya tidak menjerit. Ustazah Dahlia berjalan ke hadapan.

"Mana cucu aku??!!" soalnya marah. Pandanganya begitu bengis melihat Pontianak itu.

"Aku tidak akan serahkan cucu kau! Dia akan menjadi korban untuk tuan aku, Lilith!" kata Kuntum, seraya ketawa mengilai. Bunyinya menggerunkan sesiapa yang mendengarnya.

Ustazah Dahlia menoleh ke arah satu kawasan yang ada lorong untuk berjalan masuk. Dia pejamkan mata. Dia nampak Esah dan seorang lelaki misteri membawa dua cucunya itu.

"Mereka dekat dalam..." dia memberitahu.

"Celaka kau, Dahlia!" Kuntum pekik memarahinya.

"Aku akan pastikan cucu mereka tidak akan jatuh ke tangan syaitan macam kau!" Karmila tekad untuk selamatkan mereka. Dia segera berlari masuk ke dalam lorong.

"Karmila!" Kirana memanggilnya.

"Pergi tengok! Aiman, Kirana." Ustaz Zain menyuruh anak-anaknya pergi tengok Karmila.

Aiman menarik tangan isterinya pergi. Kirana pun mengikut dari belakang. Shazlan pun perlu ikut sekali, dia disuruh Ustaz Zain. Siapa yang tak risau kalau terjadi apa-apa pada cucunya? Di tambah lagi mangsa sebenar juga berani mati pergi sendirian.

"Sekarang tinggal kau dan aku, syaitan!" kata Ustazah Dahlia.

"Sayang, abang ada.." Ustaz Zain mahu bantu isterinya.

"Abang pergi masuk sana. Kuntum ni biar tenggelam di tangan saya." kata Ustazah Dahlia. Ustaz Zain berat hati nak tinggalkan isterinya sendirian. Tapi, hatinya lebih risaukan anak-anak dan dua cucunya.

"Sayang, baca bismillah sebanyak 7 kali, selawat ke atas Nabi junjungan Muhammad SAW pun 7 kali. Abang akan pergi selamatkan cucu kita.."

Ustaz Zain sempat pesan sebelum dia bergegas pergi meninggalkan kawasan itu. Kuntum terbang untuk menyerang, Ustazah Dahlia terus melaung seruan nama Allah. Muka hodoh Pontianak itu dipegangnya.

+++++++

Sementara di kediaman rumah Amin. Hakim membaca ayat sambil taburkan beras yang sudah dibaca. Dia boleh rasa aura kejahatan menanti di luar rumah. Dia tidak sehandal Amin dan Ustazah Dahlia. Tapi, dia boleh rasa aura yang tidak baik. Dilaila dan Tiara duduk berdua-duaan. Mereka berpelukan ketakutan.

Danial menghampiri adik dan isterinya. Dia peluk kedua-duanya, terutama adik dia. Perut Dilaila semakin bengkak dan akan melahirkan anak tidak lama lagi. Tiba-tiba, langit mulai redup dan mendung tiba-tiba. Hakim memandang sesuatu di luar pagar. Kelihatan ada dua Pocong yang tidak menampakkan wajah, mukanya ditutup dengan kain kafan.

"Apa tu bang??" Danial terkejut untuk kali pertama nampak Pocong depan muka.

"Ini tentera syaitan. Dia dihantar oleh seseorang untuk mengganggu kita. Mereka pandai sebab berjaya tarik perhatian mak ayah kita dengan menculik anak-anak Aiman dan Nazura tu.." Hakim terangkan, matanya tak lari dari melihat.

"Kembalikan tali kafan itu...."

Mereka berempat mendengar suara Pocong itu meminta semula kain kafan. Sedangkan barangnya itu sudah Ustazah Dahlia bawa ke kawasan hutan. Dimana mereka bakal korbankan dua jiwa kanak-kanak yang tidak berdosa.

"Aku perintahkan kau keluar dari sini! Pergi jauh-jauh!" Hakim menengking makhluk halus itu.

"Selagi tali kafan tidak akan pulangkan, aku tidak akan pergi..."

Kedua Pocong itu mahu melangkah masuk dalam keadaan terapung. Tapi, tubuh mereka mula kepanasan bila nak melangkah untuk melepasi pintu pagar.

"Syaitan macam kau penuh dengan tipu daya. Kau sebenarnya mahu bayi dalam perut adik aku kan?? Tidak akan aku serahkan kepada syaitan macam kau! Mereka itu hak kami!" Danial bersuara menengking dua syaitan itu.

Kain penutup kafan yang menutup wajah terselak. Menampakkan muka mereka hitam legam dan matanya keputihan. Wajah mereka tidak begitu buruk. Dia tidak sama dengan syaitan yang utama diberi nama Zabir itu.

Dilaila mula rasa sakit kepala. Seolah-olah badi pocong seperti sudah meresap masuk. Tiara pegang badan adik ipar. Danial pun menghampiri.

"Adik, zikir banyak-banyak.." Danial pujuknya. Dilaila mencuba untuk berzikir. Walaupun tak berapa nak dengar. Tapi, dia berusaha untuk buang semua perasaan takut. Dia nak anaknya selamat.

Mereka terdengar ngauman harimau. Dilaila senyum, kerana harimau itu adalah milik suaminya. Dilaila berikan harimau itu makan dengan surah Al-Fatihah.

Dua Pocong itu berpaling ke sebelah kanan. Ternampak ada seekor harimau bewarna putih keluar dari kawasan taman bunga. Makhluk yang besar lebih kepada harimau biasa berderam ke arah dua makhluk syaitan.

"Jangan kau ganggu keluarga ini. Kalau tidak, akan binasa kau berdua." kata Harimau Putih itu. Hanya boleh didengari oleh dua syaitan itu sahaja.

"Selagi kain kafan tidak dipulangkan. Kami tidak akan pergi..."

Dua Pocong itu tetap berdegil. Tiba-tiba, Amin muncul dari belakang lalu dia tekan leher belakang makhluk itu. Mulutnya membaca ayat yang paling di takutkan oleh golongan bangsa syaitan dan jin kafir. Iaitu surah Al-Fatihah.

Seekor lagi berpaling. Ustaz Hanafi muncul secara tiba-tiba dan tekap muka makhluk itu dengan telapak tangan. Dia meruqyah depan muka syaitan itu. Mereka kepanasan dan mula berasap seluruh badan. Setelah selesai membaca surah Al-Fatihah. Makhluk yang Amin tekan tadi terbakar dan hilang.

Ustaz Hanafi juga lepaskan setelah selesai meruqyah. Makhluk satu lagi pun terbakar dan hilang. Ayunie segera berlari masuk ke dalam rumah. Untuk melihat keadaan anak perempuannya. Kelihatan Dilaila nampak tenang, walaupun dia keletihan sekejap. Amin masuk menghampiri isterinya.

"Sayang, sabar ya. Abang nak pergi tolong mak ayah selamatkan cucu pakcik Zain.." Amin memberitahu. Dilaila mengangguk faham.

Amin pegang tangan Danial.

"Aku amanahkan kau jaga adik kau, isteri aku. Tolong ya abang.."

Amin merayu, Danial mengangguk faham. Dia menurut perintah untuk jaga amanah adiknya. Amin bergegas bangun untuk pergi. Ustaz Hanafi dan Ayunie sudah pun bersedia. Mereka bertiga berdiri depan pintu. Hakim dan Danial pun ada berdiri di belakang mereka. Amin menadahkan tangan untuk berdoa. Mereka pun menadah tangan untuk mengaminkan doa.

"Ya Allah. Yang Maha Pengasih. Lagi Maha Penyayang. Ya Allah, kau selamatkan kami. Kuatkan hati kami untuk berdepan dengan kuasa besar. Iaitu kuasa sihir yang berat. Ya Allah. Selamatkan dua cucu pakcik Zain dan makcik Dahlia. Aniq dan Liana.

Ya Allah. Kuatkan hati aku. Hati kedua ibubapa mertuaku. Jauhkan isteri aku dan anak aku dari angkara jahat. Selamatkan kami satu keluarga, Ya Allah. Kau makbulkan doaku. Amin..."

Amin berpaling kebelakang. Ustaz Hanafi mengangguk tanda sudah bersedia. Ayunie pun mengangguk sama. Amin memandang isterinya. Dilaila senyum sahaja. Tiara tetap setia di sisi adik iparnya.

"Mari kita pergi..." Amin mengajak mak ayah mertuanya untuk bergerak pergi.

+++++++

Karmila berhenti langkahnya mendadak. Matanya terbeliak seakan tidak percaya. Shazlan, Aiman, Nazura dan Kirana pun baru sampai selepas mereka mengejar Karmila tadi. Kaki Nazura mula lemah. Dia memandang sekeliling kawasan depan itu.

Terlalu banyak sangat Pocong sampai tak boleh dikira dengan jari. Semua pocong-pocong itu menghadap sesuatu yang ada di hadapan sana. Esah berpaling kebelakang. Dia senyum mengejek melihat mereka sudah datang untuk menjadi penonton acara korban jiwa kanak-kanak. Baby Liana diletakkan dalam satu bekas yang besar. Di dalam bekas itu terdapat darah sehingga terkena pada badan Liana. Bayi itu masih merengek menangis.

"Esah...!!!" Karmila menjerit memanggil. Hatinya geram melihat perempuan syaitan tu.

Ustaz Zain baru sampai. Dia pun terkejut melihat begitu banyak hantu Pocong. Semua berpaling ke arah sosok lelaki berjubah hitam yang mengendong Aniq. Aiman terkejut melihat anak lelakinya itu sudah dikafankan seperti makhluk Pocong.

"Aniq..!!" Nazura panggil anaknya. Dia mahu lari ambil anaknya, tapi Aiman sempat menghalang kerana bahaya ada di hadapan sana.

"Anak kita, abang!" Nazura menangis, dan peluk suaminya.

"Lepaskan dua kanak-kanak tu! Mereka tak berdosa!" Karmila paksanya untuk lepaskan.

"Kalau kau nak sangat nyawa! Ambik aku sebagai pengganti! Asalkan kau lepaskan..."

Belum sempat dia habiskan ayat. Lelaki misteri itu turunkan hud. Semua muka terkejut, terutama sekali raut muka Karmila benar-benar tidak sangka. Dia sampai ternganga mulut.

"Johari...?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience