Pada keesokan pagi. Karmila masih lagi pengsan dan tidak sedarkan diri lagi. Dia terbaring di tengah-tengah depan pintu masuk nak ke dapur. Aiman membongkokkan badan melihat kakaknya yang terbaring itu. Perlahan-lahan Karmila buka matanya. Pandangan kabur tapi nampak bentuk figura manusia seperti melihatnya.
Dia gosok matanya untuk melihat dengan lebih jelas figura manusia itu. Rupanya adiknya sendiri. Karmila terus bangunkan badan dalam keadaan mengejut. Matanya terbeliak memandang seluruh ruang tamu seperti mencari sesuatu.
"Kakak kenapa baring dekat sini?" Aiman bertanya. Terkebil-kebil mata Karmila pandang adiknya. Baru teringat kejadian malam tadi dia diganggu oleh makhluk pocong.
"Dik, malam tadi ada nampak sesuatu tak?" tanya Karmila tiba-tiba. Aiman mengerutkan dahi. Nampak serius dengan pertanyaan itu.
"Nampak?? Nampak apa??" tanya Aiman lagi. Karmila cuba untuk menukar topik. Dia sebolehnya tak mahu bagitahu dia diganggu Pocong.
"Takde apalah. Kakak punya spek mata hitam hilang. Raba punya raba terus terhantuk kepala. Tu yang pengsan sampai terlelap." Karmila menukar topik dan terpaksa menipu untuk tidak buatkan keluarganya syak perkara aneh.
"Kakak ni pun. Lain kali cari tu hati-hati." Aiman mengeluh sambil menasihatkan kakaknya. Belum tua dah rabun.
Karmila hulurkan tangan meminta bantuan untuk bangun. Aiman menarik kakaknya berdiri semula. Karmila masih yakin malam tadi ada Pocong ganggu dia. Tak mungkin kerja Mak Esah. Dia yang suruh aku ambil tali kafan tu. Karmila berkata dalam hati.
Encik Amri turun tangga dengan memakai jam tangan. Puan Vanidah pun mengekori suami dari belakang. Encik Amri berpaling memandang isterinya. Puan Vanidah betulkan tali leher supaya menampakkan lebih kemas lagi.
"Mila tak kerja harini?" tanya Encik Amri bila nampak Karmila berdiri tercegat termenung lama. Encik Amri panggilnya lagi tapi anaknya tak menyahut.
"Mila! Ni ayah tanya. Tak kerja?" Puan Vanidah pula menegur, suaranya meninggi sikit. Mila terus tersentak memandang mak dan ayahnya dengan terbeliak seperti terkejut.
"Tak. Hari ni ada backup kirakan duit." kata Karmila. Encik Amri menganggukkan kepala. Dia berjalan keluar rumah untuk mencari rezeki.
Puan Vanidah terus menghantar suaminya ke luar rumah. Aiman pun berlalu pergi untuk bersiap-siap ke tempat kerjanya. Karmila masih tercegat berdiri lagi. Dia mengalihkan pandangan ke arah kedua orang tuanya. Si ayah sudah masuk ke dalam kereta. Si ibunya melambaikan tangan saat si ayah mula mengundurkan kenderaan. Selepas Encik Amri hilang dari pandangan Puan Vanidah. Barulah pintu boleh ditutup.
"Memandangkan kamu cuti. Nanti tolong kemaskan rumah. Mak nak ke pasaraya beli belah sikit." Puan Vanidah pesan pada anaknya. Karmila cuba berlagak biasa dan mengangguk.
Aiman turun dengan cepat menuju ke pintu utama. Dia salam dan cium tangan emaknya lalu bergerak keluar untuk ke tempat kerja. Karmila tengokkan saja adiknya.
"Hati-hati sikit pakai kasut tu. Jangan bawa motor laju." pesan Puan Vanidah yang tercegat di muka pintu melihat anaknya.
"Yelah mak." Aiman akurnya.
Aiman bergegas ke arah motornya. Dia naik atas badan motor dan hidupkan enjin. Dia terus bergerak pergi ke tempat kerja. Puan Vanidah menutup pintu. Dan berjalan menuju ke tangga.
"Mak keluar sorang ke?" tanya Karmila.
"Tu dengan makcik Mah jiran sebelah. Kebetulan dia pun ke pasaraya. Jadi, mak pun ajak saing sama." jawab Puan Vanidah segera naik ke tingkat atas. Karmila melepaskan keluhan berat. Dia segera menuju ke ruang dapur.
++++++
RUMAH USTAZ ZAIN
Ustazah Dahlia keluar dari ruang dapur. Melihat suaminya membaca buku hadis di kerusi. Bertemankan spek mata kerana dia rabun jauh. Ustazah Dahlia keluar dari dapur menuju ke arah suaminya. Punggung dilabuhkan.
"Abang, Aiman ada telefon tak?" tanya Ustazah Dahlia. Buku hadis ditutup dan diletakkan elok-elok atas meja.
"Takde pula. Tapi, dia ada telefon saya baru-baru ni. Minta saya hentikan ubat orang sakit." kata Ustaz Zain menyandarkan badan. Kepala didongak. Matanya memandang siling.
"Berhenti ubatkan orang? Kenapa?" tanya Ustazah Dahlia.
"Dia ada bermimpi kita berdua lawan dengan satu kuasa jahat yang telah mengganggu satu keluarga ini. Dan kita berdua telah tewas dan meninggal dunia." kata Ustaz Zain. Terus mengucap panjang isterinya itu.
"Abang, abang tak bagitahu dia ke yang ini semua adalah permainan Syaitan untuk takutkan manusia?" tanya Ustazah Dahlia. Ustaz Zain menghela nafas.
"Ada juga. Awak tahulah kan. Aiman ni bukan macam Kirana. Padahal saya sudah pesan banyak kali. Mimpi ini kalau mimpi yang buruk. Janganlah percaya sebab itu semua permainan Syaitan. Kecuali mimpi itu beri satu petanda yang baik. Contohnya abang boleh kahwin lagi." kata Ustaz Zain sempat mengusik. Ustazah Dahlia terus memandang suaminya tajam. Baru sekejap tadi dia dengar suaminya nak kahwin lagi.
"Abang jangan macam-macam ya. Saya jentik tangan abang." kata Ustazah Dahlia. Ustaz Zain ketawa lalu memandang isterinya. Badan isterinya ditarik agar duduk merapat. Ustaz Zain mengucup dahi isteri dan cuit dagu. Ustazah Dahlia lentokkan badan pada dada bidang suaminya. Matanya dipejam untuk berehat.
++++++++
RUMAH HAKIM
Kirana tersedar dari tidur seketika. Dia bermimpi tentang satu keluarga ini. Dalam mimpinya dia nampak si anak gadis telah dirasuk oleh sesuatu makhluk yang paling seram. Makhluk itu seakan mayat yang sudah dikafankan. Dan dalam mimpi itu juga keluarganya bakal berdepan dengan kejadian yang menyeramkan juga. Kirana mengucap panjang.
"Siapa perempuan tu?" Tanya Kirana sendirian. Dia nampak ada dua perempuan dalam mimpi. Satu berkebaya merah dan satu lagi berkebaya putih. Kulit mereka berdua sungguh lawa dan cantik sekali.
Kirana turunkan kaki dahulu dan memijak lantai. Dia bangun dan mengemaskan katil. Padahal dia nak tidur seketika selepas penat mengemas rumah tadi. Tapi boleh pula termimpi itu.
Kirana menuju ke ruang dapur. Gelas kaca di ambil. Pintu peti sejuk dibuka. Keluarkan kotak minuman jus oren. Dia tuangkan ke dalam gelas kaca dan simpan semula. Kirana minumnya sambil matanya memandang keluar tingkap. Setelah gelas itu kosong. Dia turunkan dan meletakkan atas meja. Fikiran dia teringatkan mimpi itu.
"Sebenarnya apa yang hendak dia tunjukkan?" tanya Kirana sendirian lagi. Adakah dia dan Hakim sukar mendapatkan zuriat kerana mimpi Kirana ini? Pasti ada hikmah disebalik semua ini.
+++++++
Suasana di rumah Encik Amri sepi. Puan Vanidah baru sahaja keluar rumah tadi bersama Mak Jah untuk ke pasaraya. Tinggallah Karmila seorang diri di rumah mengemas apa yang disuruh.
Karmila masuk ke ruang dapur untuk keluarkan bahan memasak terlebih dahulu. Selepas mak dia pulang nanti boleh masak sama-sama. Dia mencuci pinggan mangkuk terlebih dahulu agar mudah mak dia menggunakan sinki kemudian.
Pemandangan ditunjukkan luar dapur. Memandang ke ruang tamu yang sepi. Hanya kedengaran bunyi pinggan mangkuk yang sedang dicuci. Pandangan di alihkan memandang kaca tv. Tiba-tiba menyala dan menyiarkan sebuah rancangan.
Karmila matikan air paip di sinki lalu dia melihat keadaan di ruang tamu. Mustahil emaknya sudah balik. Padahal baru keluar dengan Mak Jah. Karmila cuba mencari kelibat emaknya tapi takde. Dia keluar ke ruang tamu dan mencapai remote tv. Dia tutup semula tv yang dipasang.
Selepas tv dimatikan siaran. Dia cuba mendengar bunyi emaknya. Tiada suara atau kaki emaknya memijak lantai. Karmila meletakkan semula remote tv di atas meja. Dia segera ke ruang dapur kembali mencuci pinggan mangkuk.
Karmila masih menyambung cucinya itu. Muncul susuk benda putih berbungkus melintasi depan dapur tadi seperti menuju ke arah sofa dan tv. Sekali lagi Karmila dikejutkan dengan bunyi tv bersiaran lagi. Kali ini sah dia terkena lagi gangguan.
Karmila keluar dari ruang dapur. Dia mencapai remote tv dan mematikan semula. Dia campak remote itu atas sofa. Matanya memandang keliling.
"Aku dekat rumah ni sendirian! Kau janganlah kacau aku!" Karmila marahkan sesuatu yang tidak nyata.
Dia kembali semula ke ruang dapur. Karmila mencuci dalam keadaan tengah marah. Dia tahu benda itu datang hendakkan tali kafan. Tapi bukan pada dia pun. Tali kafan tu pada Mak Esah dan Kuntum. Kenapa cari dia?
Sekali lagi dia diganggu dengan bunyi siara tv dipasang lagi. Karmila terus ketuk meja dengan kuat. Dia buat tak tahu dan sambung mencuci semula. Bila gangguan itu tidak dilayan. Tv itu sengaja menguatkan suara sehingga ke tahap maksima. Dia masih buat tak tahu lagi. Dia habiskan dahulu kerjanya yang tergendala disebabkan gangguan itu.
Selepas cuci pinggan dan mangkuk selesai. Dia kembali ke ruang tamu. Dengan suara tv kuat maksima. Dia tutup telinga lalu mencapai remote dan perlahankan suara. Dia duduk untuk berehat.
"Kau nak aku duduk sini je kan?? Okey aku duduk!" kata Karmila mencabar benda itu.
Tvnya ditutup. Matanya terbuntang dan terbeliak. Pantulan cermin kaca tv yang hitam menampakkan dirinya. Dan ada makhluk berbungkus putih di belakangnya. Perlahan-lahan dia menjeling sebelah kiri untuk periksa. Kepalanya mengikut sikit demi sedikit. Nafasnya kedengaran takut sekali. Dia pusing habis melihat belakangnya. Tiada sesiapa.
Dia pandang semula pantulan kaca tv yang hitam. Benda itu pun sudah tiada. Karmila buka semula tv untuk menonton siaran seketika.
Tok! Tok! Tok!
Karmila berpaling memandang pintu utama. Dia bangun untuk periksa siapa yang datang. Anehnya tiada kedengaran orang bagi salam pun. Karmila menghampiri pintu. Matanya memandang pemegang pintu. Bila di sentuh pada pemegang pintu.
BAMN! BAM! BAM!
Karmila undur beberapa langkah kebelakang. Degupan jantung bergoncang laju. Dia yakin di luar tu bukan manusia. Tapi dia nak tahu benda apakah itu. Dia terus membukanya dengan pantas. Seorang perempuan berdiri tegak depan pintu rumahnya. Karmila hampir menjerit.
"Ishh awak ni! Kenapa datang rumah orang?! Siapa awak?" tanya Karmila tak kenal perempuan itu.
Anehnya. Perempuan itu sekadar menundukkan pandangan. Karmila menyentuh tangan. Terasa sangat sejuk seperti orang keluar dari peti ais. Kulit tangan perempuan itu kelihatan pucat seperti mayat.
"Kamu siapa?" tanya Karmila perlahan.
Perempuan itu mengangkat kepalanya. Rambut perempuan itu agak kusut dan baju yang di pakai juga kelihatan lusuh. Seluar jeans juga lusuh dan ada koyak kecil. Wajahnya yang pucat memandang Karmila. Matanya keputihan.
"Pulangkan tali kafan aku!!" arah perempuan misteri itu.
Karmila naik takut terus tutup semula pintu. Dia menyesal buka pintu tadi. Karmila berpaling memandang ke hadapan. Muncul susuk Pocong terapung menghampirinya. Dengan wajah kehitaman. Daging mukanya juga kemerahan dan dimakan ulat. Baunya meloyakan dan busuk sekali. Kaki Karmila lemah lalu terduduk. Hidungnya tewas dengan bau busuk. Karmila pengsan dan tidak sedarkan diri.
Terima kasih kerana membaca dan teruskan menyokong
Share this novel
ok
teruskan usaha dan tetap bersemangat ya Azim...