Bab 12

Horror & Thriller Completed 4568

Kirana melambaikan tangan ke arah kereta Aiman. Bunyi hon kedengaran menandakan Aiman nak bergerak pulang. Selepas kereta tersebut hilang dari pandangan, dia menutup pintu. Sekejap je rumah bertukar sunyi semula. Tadi Aiman datang bawa isteri dan dua anaknya. Iri hati tengok pasangan lengkap dan sempurna. Keluhan berat dilepaskan. Dia nak anak sebenarnya. Tapi ayahnya selalu pujuk. Tak dapat anak awal tak semestinya tak bahagia. Kirana tetap bersyukur dapat suami best macam Hakim.

Hakim baru selesai kemaskan rumahnya. Bantal sofa ditarik anak-anak Aiman tadi sampai jatuh. Boleh tahan lasak Aniq tu walaupun usia 4 tahun. Si kecil Liana masih menyusu di dalam dukungan Nazura.

Kirana membantu suaminya kemaskan rumah. Sekejap lagi mereka nak tidur untuk pergi kerja pada besok hari. Puas sudah mereka layan anak buah. Hakim dan Kirana masuk ke dalam bilik. Lampu dimatikan dan terus baring di atas katil. Perlahan-lahan Kirana pejamkan mata dan terus tertidur lena.

KIRANA terdengar suara orang ramai-ramai seperti sedang membaca sesuatu. Matanya masih lagi pejam dan cuba memasang telinga untuk dengar butiran dan sebutan suara-suara tu. Dia terasa panas seluruh badan. Matanya mencelik, dia memandang langit yang hitam. Kirana cuba untuk bergerak tapi tak boleh. Dia mula hairan kenapa tubuhnya tak boleh nak bergerak. Kirana angkat sedikit kepala. Terkejut dia bila tubuh badannya dibalut seperti orang meninggal.

Dia melihat sekelilingnya beberapa manusia berjubah hitam membaca sesuatu seperti mantera. Kirana berpaling ke sebelah kanan, ada mayat yang sudah dikafankan. Dia beralih ke sebelah kiri. Pun ada mayat sudah dikafankan. Dia berusaha untuk bergerak tapi tak boleh. Kirana nampak ada perempuan berkebaya merah berdiri di tengah-tengah tiga Pocong. Perempuan tu memandang Kirana dengan senyuman manis tapi menakutkan. Suara mantera itu semakin kuat kedengaran. Di setiap empat penjuru mereka ada lilin.

Kirana memandang kirinya semula. Kepala mayat itu pusing sebelah kanan, menghadap muka Kirana. Matanya yang dipejam tadi terbuka, putih matanya.

Kirana menjerit lalu terjaga dari tidur, menyebabkan Hakim turut bangun sama kerana terkejut isterinya jerit pada waktu tengah malam. Hakim pegang badan isterinya. Kirana terus tersentak dan tubuhnya menggigil. Dahinya berpeluh walaupun bilik agak sejuk.

"Sayang, tunggu sekejap abang ambil air." Hakim turun dari katil dan keluar dari bilik. Kirana mengucap panjang selepas dapat mimpi yang seram.

Suaminya kembali dari dapur tergesa membawa gelas minuman. Dia baca-baca sedikit sebelum berikan pada isterinya. Kirana minumnya perlahan. Badan dia masih menggigil, semangatnya seperti telah dibawa pergi.

"Sayang??" Hakim sentuh isterinya lembut, barulah Kirana tersedar dan memandang suaminya. Dia menangis dan peluk suaminya. Hakim masih terasa tubuh isterinya menggigil dan berpeluh.

+++++

USTAZAH DAHLIA bermimpi perkara yang sama di alami Kirana. Dalam mimpinya dia keluar dari semak yang lalangnya tinggi. Dia melilau matanya memerhatikan kelilingnya. Semuanya tanah lapang tanpa kelihatan rumah langsung. Dia melihat sekumpulan manusia membuat bulatan dengan menyeru mantera. Bahasa yang mereka gunakan bahasa arab kuno. Dia tak pernah dengar bahasa tu, walaupun dia ada belajar bahasa arab.

Di tengah-tengah tempat pemujaan ada tiga Pocong dalam posisi baring. Tiga-tiga itu pejamkan mata. Munculnya perempuan cantik berkebaya merah pusing mengelilingi tiga Pocong itu. Ketiga-tiga Pocong itu bangun, matanya mencelik memandang Ustazah Dahlia.

Apa yang lebih memeranjatkan dia. Pocong yang tengah tu sebiji muka anaknya, Kirana. Ustazah Dahlia pandang perempuan Iblis tu dengan pandangan marah. Perempuan Iblis tersebut memandang Ustazah Dahlia dengan senyuman sinis.

"Perempuan!" Ustazah Dahlia panggilnya dengan nada suara tegas.

Pocong tiga ekor tadi bangkit dan melompat mengelilingi Ustazah Dahlia. Pocong yang berdiri depan dia mirip Kirana. Ustazah Dahlia pandang muka pocong mirip anaknya. Matanya menjegil pandang perempuan setan tu.

"Apa maksud muka anak aku kau lekat sebagai pocong??" soalnya tegas. Tapi perempuan setan membalas dengan mentertawakan dia. Ustazah Dahlia mengetap gigi menahan marah.

"Maksudnya, aku akan mengambil korban nyawa. Dan anak perempuan kau terpilih." kata perempuan setan membuatkan darah Ustazah Dahlia mendidih.

"Kau syaitan! Jangan kau sentuh anak aku kalau taknak terbakar!" dia mencabar perempuan setan untuk jangan sentuh anak-anaknya.

"Ha..Ha..Ha..kau ingat begitu mudah nak kalahkan aku?? Lihatlah kelilingmu..." Ustazah Dahlia memerhatikan sekelilingnya. Semuanya manusia berjubah hitam membuat bulatan mengelilingi dia.

"Mak Esah!!" satu suara menjerit memanggil perempuan setan.

Semua berpaling ke arah suara yang terpekik panggil Mak Esah. Ustazah Dahlia agak terkejut yang munculnya itu Karmila. Dia berlari dan tolak kumpulan manusia itu ke tepi. Dia berdiri sebelah Ustazah Dahlia.

"Kau kemari??" soal Mak Esah dengan senyuman menakutkan.

"Aku dah penat dengan semua ni! Aku nak kau tarik balik tali kafan dalam badan aku! Lepaskan aku!" Karmila paksa Mak Esah untuk lepaskan dia dari cengkaman dan gangguan.

"Jangan harap! Kau sudah berjanji untuk jadi cantik! Tapi kau berdegil nak jadi orang baik!" Mak Esah menjegil mata memarahkan Karmila.

"Aku panas kau tahu tak?! Setiap kali azan! Setiap kali aku nak solat! Perut aku rasa terbakar!" Karmila dah tak tahan terkurung dalam ruangan seperti bekas bersama syaitan.

"Itu masalah kau. Sudah aku bilang jangan dengar azan!" Mak Esah membalas dan memarahkan.

"Dia berhak putuskan! Kau tarik balik susuk tali tu!" Ustazah Dahlia turut memaksa Mak Esah tarik semula.

"Jangan harap!" Mak Esah membalas bergema.

Ustazah Dahlia mula membaca. Makhluk Pocong mula nak merapat. Beberapa kumpulan manusia berjubah pun mula berjalan mendekati mereka. Ustazah Dahlia peluk Karmila supaya merapat. Wajah Kirana yang pucat seperti mayat sudah dekat dengan ibunya sendiri. Air liur basi mengalir keluar. Mereka berdua dah tak tahan bau yang busuk.

Air liur basi bercampur nanah dan darah mengalir keluar membasahi pakaian mereka berdua. Tak tahan hidung mereka dengan bau busuk.

"Allah...!!"

Ustazah Dahlia tersentak bangun tudurnya dalam keadaan mengejut. Mujur dia tak menjerit. Dia melihat sebelah, suaminya masih lena dibuai mimpi. Wajahnya disapu lembut. Mimpi tadi benar-benar menyeramkan. Apa maksud Mak Esah tu? Kenapa dia bermimpikan Kirana dalam keadaan menjadi Pocong?

+++++++

USTAZAH DAHLIA melawat Kirana pada pagi ini. Hakim khabarkan Kirana demam sejak malam semalam. Tahulah dia kenapa anaknya boleh demam. Pasti ada termimpikan sesuatu sampai boleh demam. Kirana ceritakan malam itu dia mimpi dia dibungkus seperti orang meninggal.

"Ibu rasa macam ada yang tak kena. Macam mana badi Pocong tu terkena pada kamu??" soal Ustazah Dahlia hairan, yang membuat perjanjian sepatutnya kena gangguan. Tapi lain orang pula yang kena.

"Entahlah ibu. Ki pun tak tahu sejak bila. Rasanya masa awal Ki bermimpi pasal perempuan minta tolong Ki selamatkan dia dari kurungan. Dalam kurungan tu ada Pocong." ujar Kirana memberitahu, suaranya pun lemah dan serak-serak basah.

Keluhan berat dilepaskan. Ustazah Dahlia membelai kepala anaknya. Sesekali Kirana terbatuk. Dahinya ditampal dengan kool fever. Kasihan dia melihat anak perempuan demam teruk. Dia sentuh dahi memang ternyata panas sekali.

"Okeylah, ibu nak balik rumah dulu. Nanti petang karang ibu datang balik." Ustazah Dahlia nak meminta diri. Kirana mengangguk dan benarkan ibunya pulang. Selepas salam, Ustazah Dahlia terus berjalan keluar dari bilik. Kirana tak boleh nak bangun sekarang.

Ustazah Dahlia sebenarnya nak ke rumah Encik Amri. Dia mahu periksa keadaan Karmila sekarang. Sampai disana, dia disambut baik oleh Puan Vanidah. Anak lelaki keluarga tu balik kampung kerana disuruh Encik Amri dan Puan Vanidah. Sebabkan malam ini Ustaz Zain nak jalankan tugasnya untuk cuba keluarkan tali kafan dari tubuh Karmila. Ustaz Zain sudah memanggil sahabatnya, Ustaz Hanafi dan bekas anak murid Ustaz Hanafi yang belajar di negara Timur Tengah.

Ustazah Dahlia duduk di ruang tamu. Sementara Puan Vanidah sibuk buat air minuman. Karmila turun tangga berjumpa dengan Ustazah Dahlia. Dia bersalaman dan duduk bersebelahan. Ustazah Dahlia senyum melihat perkembangan Karmila nampak jauh lebih baik dari kelmarin.

"Hari ni macam mana tubuh badan?? Ada mimpi pelik-pelik lagi?" soal Ustazah Dahlia mengambil berat. Sebagai seorang perawat yang naluri ibu, dia cukup kasihan dengan apa yang dah terjadi pada Karmila.

Puan Vanidah keluar dari dapur dan menghidangkan air minuman untuk Ustazah Dahlia. Lalu, dia pun duduk untuk melihat wanita itu memujuk anaknya.

"Saya menyesal dengan apa yang saya dah buat. Sebabkan sayalah, keluarga Sophea kena gangguan Pocong tu. Sampai mak ayah dia tak benarkan Sophea berkawan dengan saya. Katanya nak jauhkan badi setan yang masih melekat pada saya." Karmila meluahkan rasa kesalnya. Dia menundukkan kepala sambil kuis-kuis jarinya. Ustazah Dahlia terinagtkan Kirana. Mungkin Karmila ada bertembung dengan Kirana menyebabkan anaknya juga terkena badi pocong tu.

"Ini bukan salah kamu pun. Mesti masa sebelum kulit kamu cantik macam.. Ramai pandang hina dan mengejek bukan??" Ustazah Dahlia mengayat agar tidak lukakan hati gadis 20 tahun itu. Dia taknak gadis tu tambah sedih kerana kesalahannya.

"Macam ni sajalah. Malam ni kita akan usaha untuk keluarkan tali pocong tu dan kembalikan pada tuannya semula. Masih ingat tak kuburnya?" soal Ustazah Dahlia. Karmila mengangguk lemah.

"Lepas ni bila semua dah selesai. Ustazah bawa Karmila pergi buat rawatan di spa. Taknak lagi buat-buat janji dengan syaitan ni." ujar Ustazah Dahlia. Karmila cuma mengangguk saja.

"Dengar tu Mila.. ustazah cakap apa?? Lepas ni ikut cakap ustazah." Puan Vanidah menyampuk.

++++++

PADA sebelah malam. Jam menunjukkan pukul 11:36malam. Ustaz Zain sengaja nak buat pada jam 12 tengah malam untuk menguji kekuatan dan kuasa sihir dari makhluk halus. Shazlan hidupkan lilin merah dan hitam lalu diletakkan pada empat penjuru. Tujuannya adalah Ustaz Zain nak panggil Pocong tu untuk datang.

Puan Vanidah dan Ustazah Dahlia duduk di sofa. Puan Vanidah mula rasa takut lebih-lebih lagi nampak lilin hitam dan merah sudah terpacak pada empat penjuru Karmila. Gadis itu duduk di tengah-tengah atas sejadah.

"Abang, duduk sebelah sini." Ustaz Hanafi menyuruh Encik Amri duduk di sebelah kanan Karmila. Encik Amri pun duduk, tetapi badannya rasa merinding. Shazlan duduk di posisi sebelah kiri Karmila. Ustaz Hanafi duduk di bahagian belakang Karmila. Mulutnya tak berhenti membaca ayat pendinding untuk dirinya.

"Sayang, baca-baca sikit supaya awak berdua dalam lindungan." Ustaz Zain menyuruh isterinya. Ustazah Dahlia mengangguk faham. Dia pun duduk menghadap depan Karmila.

"Anak dah bersedia??" soal Ustaz Zain memandang Karmila. Gadis itu mengangguk tapi dalam masa yang sama, dia pun ketakutan juga. Lampu seluruh rumahnya sengaja dibiarkan menyala dulu.

"Nak air." Karmila minta air mineral. Shazlan hulurkan segelas. Karmila minumnya sedikit sebanyak.

Setelah air mineral diminum. Dia berikan semula. Shazlan mengambil dan meletakkannya ke tepi. Ustaz Hanafi meniup ayat pendinding pada Encik Amri. Lelaki tu nampak takut sebab ini kali pertama dia akan hadap. Ustaz Zain memandang jarum jam. Lagi dua minit nak pukul 12 tengah malam.

Jarum jam sudah tepat pukul 12 tengah malam. Ustaz Zain, Ustaz Hanafi dan Shazlan memulakan bacaan mereka. Encik Amri pun turut ikut sekali sebutan mereka. Ustazah Dahlia pun turut membacanya. Mereka membaca selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad sebanyak tiga kali. Dan sesudah itu bacaan ayatul kursi dibaca juga.

Ustaz Zain mula gerakkan tubuh seperti gerakan bunga silatnya. Dia tumbuk lantai dengan telapak tangan.

"Assalamualaikum. Ya Khodamul_Jin! Ya Khodamul_ghaib! Hadir!! Tunjukkan diri kau!" Ustaz Zain mula memanggilnya. Ustazah Dahlia berasa meremang sekarang.

Ustaz Hanafi memandang ke arah dapur. Lampu dapur tiba-tiba berkelip-kelip. Puan Vanidah ternampak lampu dapurnya berkelip-kelip. Dia terus peluk badan Ustazah Dahlia, mukanya disorokkan dan matanya dipejam. Terasa tubuh wanita tu menggigil.

Kedengaran bunyi pintu bilik di tingkat atas dihempas-hempas seperti marah. Ustaz Zain mengulangi ayat yang sama untuk panggil mereka secara paksaan. Encik Amri dah tunduk ketakutan. Telinga dia menangkap bunyi pintu bilik dihempas dekat tingkat atas.

Lampu ruang tamu pula tiba-tiba berkelip-kelip. Encik Amri terus pejamkan matanya takut. Dia tak mahu dengar dan melihat apa-apa. Shazlan menjeling bahagian tangga atas. Ruang atas sudah gelap terpadam lampunya. Dia nampak sosok kain putih berbungkus terpacak berdiri dekat tingkat atas.

Lampu tiba-tiba terpadam. Karmila terus pejamkan mata sebab takut. Hanya lampu lilin sahaja menerangi kegelapan malam. Ustaz Zain panggil mereka sekali lagi dalam suasana yang gelap pula.

Ustazah Dahlia masih peluk tubuh badan Puan Vanidah. Mulutnya tak berhenti dari berzikir. Tubuhnya pun merinding juga. Terasa angin meniup lembut pada tengkuknya. Ustaz Zain memandang ke arah isterinya. Dia nampak sesuatu di belakang isterinya. Kelihatan seekor Pontianak berada disitu.

Encik Amri mencelik mata dan dia pejam semula bila ternampak Pontianak dalam gelap belakang isterinya. Alahai menyesal dia celik mata. Di sebelah Encik Amri kelihatan kepala Pocong yang mukanya hitam menggerutu. Matanya merah dan baunya sungguh busuk. Lidahnya keluar dan mula menjalar pada permukaan muka Encik Amri. Baunya sungguh meloyakan sampai nak termuntah. Encik Amri terasa ada cecair busuk mengalir pada wajahnya. Baunya seperti bau nanah dan darah.

Ustaz Hanafi hembuskan angin pada makhluk itu. Pocong tadi undur dari mengganggu Encik Amri. Ustaz Hanafi terpandang sesuatu di belakang Ustaz Zain. Dia nampak Pocong tanpa kepala berdiri disitu. Ustaz Zain celik matanya. Naik luruh jantung nampak kepala Pocong di lantai memandang ke arahnya.

"Kau nak sangat tali kafan kau kan?? Baiklah aku akan keluarkan dan kembalikan kepada tuan kau!" kata Ustaz Zain pada kepala Pocong itu.

"Ingat semudah itu?? Tali kafan sudah sebati dengan darah perempuan tu. Badi Pocong sudah sebati dengan dia. Sampai mati aku akan mengganggu dia." ujar Pocong tersebut. Ustaz Zain naik geram. Dia ambil sebotol air Yaasin. Dia tuangkan sedikit pada telapak tangan. Lalu dia percikkan pada kepala itu. Makhluk itu menjerit kepanasan. Kepalanya berasap tetapi tidak terbakar.

"Panas..!!" jeritnya dengan suara menakutkan.

"Mampus kau." Ustaz Zain puas hati tengok kepala setan tu terbakar.

Shazlan melihat ke arah tangga atas. Ada seekor lagi disitu. Tapi yang seekor tu wajahnya tidak menyeramkan. Mukanya seperti muka perempuan. Dia memandang Karmila lama.

"Dan kau! Kau ni sebenarnya bukan bidan kan??!" ujar Ustaz Zain matanya memandang ke arah Karmila, tapi jari ditunjukkan pada sesuatu di belakang isterinya.

"Aku Kuntum! Aku kemari untuk ganggu kalian." kata Kuntum pontianak itu. Dia mahu menyerang tetapi ada pendinding yang menghalang dia masuk kacau Ustazah Dahlia.

Ustaz Hanafi mula bangun. Sarung tangan dipakai dan terus pergi dekat Karmila. Kepala gadis itu dipegang dan badan belakang juga dipegang dipegang sama. Dia mula membaca ayat suci Al-Quran dengan suara kuat. Pocong yang perempuan itu menjerit kesakitan. Tubuhnya panas sebab tali kafan dia masih dalam tubuh badan Karmila.

Kepala Pocong yang muka hodoh itu keluarkan lidahnya. Ia menjalar dan mahu membelit kaki Ustaz Zain dengan lidahnya. Shazlan cengkam kepala pengikat kafan itu dan campakkan pada badan Pocong tersebut.

Ustaz Zain bangkit dan terus membantu Ustaz Hanafi membaca sambil pegang sekali kepala gadis itu. Ustaz Hanafi pindahkan tangan pergi ke arah tengkuknya pula. Banyak surah mereka telah bacakan. Karmila menjerit dan meracau. Dia mahu melepaskan diri dengan tenaga yang bukan miliknya.

"Tolong saya pegang!" Ustaz Zain meminta pertolongan. Ustazah Dahlia dan Puan Vanidah datang tolong. Encik Amri pun pegang kakinya.

Puntianak itu terbang mahu menyerang. Shazlan halang dengan tunjukkan telapak tangan. Mulutnya membaca surah Al-Fatihah dan ayatul kursi. Lampu kembali menyala dan berkelip-kelip semula. Makhluk Pocong yang kepala putus tadi kembali bercantum. Dia mahu terbang dan menyerang. Shazlan tahan Pocong itu dengan telapak tangan sebelahnya lagi. Ayatnya diulang untuk halang mereka merapat.

"Allah..!!" Ustaz Hanafi tarik badan belakang badan sehingga tengkuknya. Karmila muntahkan darah bewarna hitam pekat. Ustaz Zain mengelak, nyaris terkena baju melayu dia.

Puntianak dan Pocong hodoh tadi telah pun menghilang. Karmila muntahkan darah hitam pekat untuk kali kedua. Dia terasa ada sesuatu dekat kerongkongnya. Karmila mengangakan mulut dan masukkan tangan. Dia tarik sesuatu keluar. Semua dekat situ terkejut melihat tali pocong telah keluar dari mulutnya. Panjangnya 10cm. Shazlan memandang ke arah tangga tadi, Pocong perempuan tu hilang pergi.

"Alhamdulillah.." Ustaz Zain mengucap syukur mereka telah berjaya dan selesaikan.

Terima kasih menjadi pembaca novel genre seram THE RITUAL POCONG. Insya-Allah sampai chapter 12 buat sementara. Nak menyiapkan beberapa chapter yang seterusnya. Dan doakan untuk genre seram bakal di publishkan dalam Novel Plus. Tajuknya PINOKIO. Doakan ya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience