Pemandangan pertama ditayangkan sebuah bilik mandi mayat. Sekujur tubuh mayat lelaki sedang dimandikan oleh beberapa lelaki dan petugas di situ. Mereka jirus dan mandikan jenazah itu dengan perlahan-lahan dan penuh berhati-hati agar tidak menyakiti si mati.
Di luar ada waris si mati bersedih atas kehilangan insan tersayang yang telah pergi buat selama-lamanya. Awan mulai bertukar mendung dan tanda-tanda mahu turunnya hujan. Seperti bakal menangis bila ada seseorang yang hendak pergi menghadap Allah SWT.
Selepas dimandikan. Mereka mula mengafankan jenazah dengan sempurna. Petugas dan waris kafankan jenazah itu. Van jenazah sudah menanti di luar. Jenazah yang telah siap kafan dikeluarkan dari bilik mandi mayat lalu membawa masuk ke dalam badan van tersebut.
Di rumah begitu ramai waris sudah menanti untuk disembahyangkan dan ditatap buat kali terakhir sebelum arwah bersemadi dengan tenang di alam barzakh. Wajah jenazah itu sungguh bersih dan tenang sekali. Tiada kesan calar balar atau sakit kulit.
Selepas itu mereka membawa ke Tanah Perkuburan Islam untuk disemadikan. Kebetulan disitu kelihatan Ustaz Zain duduk sambil membacakan surah Yaasin buat sahabatnya Luqman yang telah meninggal dunia beberapa tahun lepas. Ustaz Zain nampak di sebelah wanita yang sedang bersedih ada susuk lelaki bercahaya. Lelaki itu seperti memujuk si perempuan itu.
"Damailah disana." ucap Ustaz Zain pada roh lelaki tersebut.
+++++++
Ustaz Zain pulang semula ke rumah selepas melawat pusara Luqman. Di rumahnya kini tinggallah dia dan isterinya, Ustazah Dahlia. Kirana sudah berumahtangga mengikut suaminya bernama Hakim. Anaknya seorang lagi bernama Aiman juga sudah berumahtangga bersama isterinya, Nazura.
Ustaz Zain melabuhkan punggung di sofa. Tangan kanannya mengambil sesuatu di meja tepi. Sebuah buku bacaan diambilnya. Helaian pertama dibuka. Dan terus pergi kepada helaian yang sudah ditandakan dengan batang aiskrim. Mata saja memandang setiap tulisan dalam buku. Fikiran dia mula terawang ke tempat lain. Teringatkan satu kejadian seram yang berlaku dalam hidup Kirana dan Hakim.
Menantunya Hakim merupakan seorang ustaz di salah sebuah institut pengajian. Bertugas sebagai pensyarah disana. Kejadian yang menimpa anak dan menantunya adalah sihir. Kirana hampir mati disebabkan sihir yang telah terjadi pada dirinya. Sebulan masa di ambil untuk ubatkan.
Bila Ustaz Zain dan Ustazah Dahlia menyiasat. Ada seseorang yang telah hantar dan orang itu rakan karib Kirana sendiri kerana cemburu. Selepas itu tidak diketahui kemana hilangnya kawan Kirana sampai sekarang.
Ustazah Dahlia berada di bilik stor tempat penyimpanan barang-barang pusaka. Termasuk dua patung pengantin dari zaman 50an dahulu. Di dalam sebuah kotak kaca yang tertulis DILARANG BUKA. Ada patung Pinocchio yang telah menggemparkan Malaysia suatu ketika dengan kekerasan dan kekejaman. Ada cerita disebalik patung puaka itu.
Ustazah Dahlia menyentuh satu kotak kecil. Di dalam kotak itu ada patung berbentuk pocong. Itulah patung yang baru-baru ini menyerang seorang budak perempuan yang terlalu obses untuk menjadi cantik. Ustazah Dahlia, Ustaz Zain, Hakim dan Kirana telah menyelamatkan keluarga perempuan itu. Ada juga sehelai kain kafan yang perempuan itu ambil dari jenazah salah seorang wanita cantik yang sudah meninggal dunia.
Ustazah Dahlia membawanya keluar sambil mulutnya terkumat kamit membaca ayat suci Al-Quran. Dia menghampiri suaminya.
"Abang." Ustazah Dahlia memanggil sambil tayangkan patung pocong itu. Suaminya berkalih ke arah isteri.
"Kenapa sayang keluarkan?" tanya Ustaz Zain.
"Ingat tak baru-baru ni kita selamatkan satu keluarga ni? Semalam mak dia telefon bagitahu keadaan Karmila bertambah baik. Dan Karmila kini sudah tak gunakan benda-benda syirik untuk baikkan wajahnya. Dia banyak pergi spa dan lepas tu memakai produk-produk kecantikan yang tiada bahan terlarang. Saya pun ada sarankan taburkan aloe vera atau lumpur." Ustazah Dahlia menceritakan. Ustaz Zain senyum lalu mengangguk.
"Alhamdulillah. Itulah bila terlalu obses untuk nampak cantik secara cepat. Tanpa sedar dia telah ketagih sehingga sanggup gunakan kaedah syirik. Cantik tak guna kalau bermain dengan ilmu hitam ni." ujar Ustaz Zain teringat balik kejadian itu.
"Pocong tu pun seram saya tengok. Lagi seram dari Pinocchio dalam kotak kaca tu." kata Ustazah Dahlia. Ustaz Zain ketawa sahaja.
"Kenapa nak takut? Pocong atau hantu Pinocchio tu semua makhluk Allah. Allah SWT yang patut kita takut sebenarnya." Ustaz Zain mula bersyarah.
"Tapi saya tetap tak suka pocong. Abang bayangkanlah. Manusia berbungkus kain kafan yang lusuh campur tanah, darah dan nanah. Wajahnya hitam legam dan mata putih. Kulit juga hitam dan ulat-ulat memakan daging wajah. Baunya busuk sekali dan meloyakan. Ditambah kata mak dia tu. Pocong tersebut datang bila mereka tercium bau tanah kubur." kata Ustazah Dahlia.
Ustaz Zain diam seketika memandang isterinya. Air muka si suami mula beri tanda-tanda nak gelak besar. Dan tiba-tiba.
"HaHaHaHaHa... Awak ni banyak sangat mengelamun." Ustaz Zain terus ketawakan isterinya. Ustazah Dahlia naik geram terus cubit pinggang suaminya. Ustaz Zain masih ketawa walaupun dirinya dicubit.
Dia bangun dan terus melarikan diri. Ustazah Dahlia turut bangun lalu mengejarnya dari belakang sambil memanggil suaminya dengan perkataan 'Abang'. Ustaz Zain berlari naik ke atas sambil dikejar si isteri.
Pemandangan ditunjukkan pada patung pocong itu. Muncul sebatang tangan mengambilnya. Seorang lelaki memandang ke tingkat atas.
"Kenapa patung bentuk pocong kat sini?" tanya Aiman sambil menjeling memandang tingkat atas. Nazura menyentuh bahu suaminya.
"Kenapa abang?" tanya Nazura.
"Ni." Aiman tunjukkan patung pocong itu pada isterinya. Nazura terus mengelak dan jauhkan diri.
"Abang, janganlah tayangkan. Seramlah." Nazura seorang yang penakut dengan hantu. Dia kalau boleh tak mahu melihat.
"HeHe.. Maaf." balas Aiman sengih.
Aiman dan Nazura memandang ke tingkat atas. Tadi dia dengar suara mak dan ayahnya. Pasti mereka nak bergurau senda malam-malam hari. Aiman ketawa seorang diri. Nazura naik ke tingkat atas untuk berjumpa mak ayah mertua dia. Dia sempat bersalaman sebelum masuk ke dalam bilik tidur.
Ustaz Zain dan Ustazah Dahlia turun tangga ke bawah, melihat Aiman duduk di sofa sendirian sambil berbalas mesej dengan rakan sekerja.
"Aiman, nak minum apa-apa?" Aiman pesan teh panas, manakala suaminya nak pesan air teh panas juga. Sebagai seorang ibu dan isteri mithali. Dia ikut saja.
"Abah, kenapa simpan patung pocong tu?? Dia kan dah mati abah hantar ke neraka sana." Aiman menyoal sambil tayangkan ukiran patung pocong itu.
"Biarlah. Jadikan kenangan untuk pertama kali kita lawan Pocong dan Pontianak dulu." ujar Ustaz Zain, dia sebenarnya nak buang tapi lebih baik dia simpankan saja dekat dalam peti besi, kotak bersebelahan patung Pinocchio puaka itu.
Ustaz Zain masih tak boleh melupakan pengalaman seram yang dia alami. Insaf sekejap dia bila teringatkan balik tragedi yang buatkan dia bakal kehilangan cucunya.
Share this novel