SEBELUM KEJADIAN
Pada pagi itu. Karmila dikejutkan dengan bunyi loceng. Dia pula berada di dalam selimut berselubung bagaikan mayat. Muncul tangannya keluar lalu mencapai jam yang berbunyi di telefon bimbitnya. Dia mencapai lalu mematikan. Tertera pukul 6:23 pagi dan waktu Subuh masih berjalan. Dia segera bangun dari baring.
"Mila bangun! Subuh!" laung Vanidah di luar biliknya. Beberapa kali pintu bilik diketuk emaknya.
"Ha yelah mak. Dah bangun." Karmila membalas dengan suara yang agak serak-serak basah kerana baru bangun. Dia mengeliatkan dan meregangkan badan.
Dia turun dari katil menuju ke meja solek terlebih dahulu. Matanya dialihkan memandang tempat lain kerana tak berani menatap wajahnya yang hodoh di cermin. Dia cuba untuk beranikan diri memandang. Alangkah terkejutnya bila melihat wajahnya yang tidak cantik. Penuh dengan jerawat dan ketulan jerawat batu. Wajahnya juga berminyak dan ada beberapa juga tompokan jerawat yang putih seperti nak pecah.
Dia melepaskan keluhan berat. Sudah bermacam-macam cara dia guna untuk mendapatkan wajah cantik. Dia memandang krim muka di atas meja. Semua tu pernah dia cuba tapi semua tak berjaya langsung ubahkan wajah hodoh menjadi cantik.
Daun pintu biliknya diketuk sekali lagi. Kali ini suara maknya menyuruh dia segera menunaikan yang wajib dahulu sebelum melakukan perkara yang lain. Karmila terus bergegas keluar dari bilik dan pergi ke bilik mandi. Dia terus mengambil wudhuk untuk menunaikan solatnya.
Pagi ini dia perlu ke tempat kerjanya. Dia bertugas sebagai seorang manager di salah sebuah kedai serbaneka. Seperti biasa dia akan masuk kerja sebelum jam 7 pagi. Pekerja-pekerja yang bertugas malam menyapa.
"Kak Mila, selamat pagi." Siti menegurnya.
"Pagi. Mana Rais?" tanya Karmila.
"Ada dekat belakang." jawab Siti sambil tunjukkan bilik belakang.
Karmila membuka pintu bilik belakangnya. Rais tiada disitu dan pasti berada dalam bilik solatnya. Karmila duduk di kerusi management untuk memulakan kerja. Dua pekerja yang bertugas pagi ini telah pun sampai. Mereka punch card dahulu sebelum memasuki bertugas.
Karmila yang sedang sibuk menghadap komputer. Dia terdengar bunyi sesuatu seperti benda jatuh dari dalam bilik stor sebelah tandas. Dia bingkas bangun untuk ke arah stor tersebut. Dia tahu Rais di belakang tapi dimana keberadaan dia?
Muncul Rais tiba-tiba dari stor buatkan Karmila hampir menjerit. Dia mengurut dada, jantungnya nak meletup.
"Kak Mila kenapa?" tanya Rais. Karmila naik geram terus pukul bahu lelaki itu. Rais mengaduh sakit.
"Kau ni Rais. Sakit dada akak." kata Karmila mula tenang sekarang.
"Kak Mila ni pun. Ha yelah saya nak balik. Byee.." kata Rais lalu beredar pergi. Daun pintu belakang dibuka dan Rais pun melangkah keluar. Karmila menarik nafasnya dalam-dalam dan mula menyambung semula kerjanya.
++++++++
Pada petang hari. Karmila keluar untuk mencari ketenangan bersama sahabat baiknya, Sophea. Dalam ramai-ramai kawan. Hanya Sophea peneman dia saat susah dan senang. Sophea pernah membantu Karmila dalam menyelesaikan masalah kulit wajah yang teruk dan hodoh itu. Tapi tetap tidak berjaya. Karmila cemburu adik lelakinya pun berkulit manis dan tampan. Mak ayah dia pun sama takde sekelumit jerawat walaupun usia mereka sudah 40an.
Karmila sebenarnya malu bila ditegur beberapa staf bank tentang kulit wajah. Sampaikan dia pergi kemana-mana terpaksa menggunakan facemask. Karmila berjalan masuk ke kedai Watson untuk mencari sesuatu. Dia cemburu dengan Sophea kerana memiliki kulit cantik seperti selebriti wanita, Sophia Albarakbah.
"Kakak, kalau nak cantikkan muka. Kena pakai produk apa?" tanya Karmila malu-malu.
"Akak sarankan produk safi gold. Diperkaya dengan vitamin C untuk mencerahkan wajah. Dan juga kakadu untuk mengecutkan masalah jerawat yang degil. Darkspot pun akan berkurangan." balas pelayan perempuan itu.
"Betul ke?? Saya takutlah sebab sebelum ni macam-macam produk dah cuba. Tapi tak berjaya langsung." kata Karmila sedih. Pelayan itu cuba memujuknya dengan menyentuh bahu.
"Akak bagi nasihat sikit dik. Jangan terlalu kerap tukar-tukar produk kecantikan yang bukan-bukan. Kita tak tahu kandungan dalam produk yang tak terkenal tu perginya macam mana. Takut mereka gunakan bahan terlarang untuk merosakkan kulit wajah.
Sebab itu akak sarankan gunalah safi ini. Kalau nak guna yang ekstrak lemon pun boleh. Tapi ekstrak lemon cuma mencerahkan kulit wajah dan hilangkan minyak berlebihan sahaja." kata pekerja wanita itu. Karmila cuba membeli safi ini dahulu.
Selepas membeli belah. Karmila dan Sophea keluar dari kedai itu dan menuju ke medan selera. Mereka duduk dan memesan makanan minuman. Karmila cuba beranikan diri untuk buka facemask. Dia terdengar bisikan orang meja makan. Ada sebuah keluarga sedang menikmati makanan. Si isteri itu buat-buat muka nak muntah sambil mengejek. Si suami pula buat muka jijik melihat muka Karmila.
"Mila, kau ignore je." Sophea menyuruhnya.
Makanan telah pun tiba. Tapi Sophea pula tidak menyentuh. Sebaliknya Karmila makan sendirian. Sophea berpaling memandang keluarga sebelahnya tadi. Mereka pandang Karmila jijik sebelum bangun untuk pindah ke meja lain. Karmila terasa dengan hinaan ini. Sophea pula jeling Karmila dan dia pun cuba tahan geli. Di wajah Karmila ada beberapa jerawat putih dan mahu pecah keluar nanah.
Karmila perasan Sophea langsung tak sentuh makanannya. Masih penuh lagi nasi dan lauk pauk itu.
"Kau kenapa taknak makan?" Karmila bertanya.
"Aku makan kat rumah jelah. Aku temankan kau je." kata Sophea cuba untuk tidak buatkan Karmila terasa.
"Ha yelah." Karmila menjawab perlahan. Dia tahu Sophea menipu dan sebenarnya kawan baik dia tu pun geli. Dia faham sangat. Siapa yang tak geli hadap muka dia yang penuh jerawat banyak dan kulit agak berminyak. Mekap pun tak boleh hilangkan kulit rosak.
+++++++
Malam itu Karmila menangis sendirian di biliknya bila terasa sangat-sangat dengan Sophea. Walaupun dia menipu dengan mengatakan untuk makan di rumah. Tapi dia tahu Sophea sebenarnya geli berkawan dengan dia. Hanya keluarga saja dia ada untuk meluahkan segala masalahnya.
Karmila terpandang botol serum dan serbuk vitamin C di atas meja solek. Semua itu produk safi yang diperkaya dengan bahan kakadu. Karmila turun dari katil dan menuju ke meja solek. Dia buka penutup botol serum. Dia ambil sedikit serbuk vitamin C dan dua titik serum. Dia campurkan lalu tepek ke muka dan ratakan. Terasa nyaman dan berseri walaupun belum menunjukkan segala perubahan pada wajah.
"Kakak ni kenapa pakai serum tu dulu? Cucilah muka tu dulu baru pakai serum." Aiman muncul tiba-tiba. Dia sebenarnya sudah lama berada di luar bilik tidur kakaknya saat mendengar tangisan. Dia yakin ada orang jatuhkan airmuka kakaknya.
"Pelayan kedai tu cakap macam ni dik. Tak perlu cuci muka." jawab Karmila. Terkejut Aiman bila kakaknya jawab begitu.
Seingat dia kalau nak memakai sesuatu produk tak kira sheetmask atau serum sekalipun. Harusnya mencuci muka terlebih dahulu untuk membuang segala kotoran dan sel-sel kulit mati bagi memudahkan serum dan krim muka menyerap masuk ke kulit dan menutup segala pori.
"Kakak ni kena kencing selalu. Sian adik tengok kakak." kata Aiman lalu beredar pergi. Karmila terdiam seketika. Apa betul kata adiknya itu? Yelah sedangkan adiknya berkulit manis dan tiada jerawat. Tampan sentiasa.
Karmila bangun lalu dia keluar dari bilik menuju ke bilik tidur adiknya. Daun pintu dibuka. Kelihatan Aiman sedang mencuci muka di bilik mandi sendiri. Setelah mencuci muka dengan pencuci muka untuk lelaki. Dia mengelap wajah dan terasa nyaman dan segar.
"Kakak? Buat apa masuk bilik laki?" tanya Aiman terkejut kakaknya di depan muka pintu.
"Dik, kau ajarkan kakak macam mana nak dapatkan kulit cantik?" tanya Karmila. Aiman ketawa mengekek dengan soalan itu.
"Kau gelak kenapa??" tanya Karmila mengecilkan mata.
"Kakak, sini adik bagitahu." Aiman memanggil kakaknya. Karmila melangkah masuk ke dalam. Pintunya dibiarkan terbuka luas supaya puan Vanidah dan Encik Amri tak fikir bukan-bukan.
"Adik akan cuci muka dahulu. Dan selepas cuci muka. Adik akan memakai serum garnier white complete lemon. Dan lepastu adik akan pakai sheetmask ni. Kakak nak tahu tak kenapa kena cuci muka terlebih dahulu? Sebab nak buang segala kotor dan daki di muka. Dan juga buang segala sel-sel kulit mati agar tidak menghalang serum meresap masuk ke kulit muka.
Lepas 30 minit sheetmask di muka. Adik tak akan bilas. Adik urutnya dengan menggunakan tangan. Make sure tangan kita perlu bersih untuk sentuh kulit. Sebab tangan kita banyak bakteria jahat. Dan akhir sekali barulah adik pakai krim muka. Kulit kakak bermasalah ni sebab kakak terlalu banyak cuba krim bukan-bukan. Adik tengok kakak suka beli produk viral dekat insta, fb, twitter. Kulit dah rosak terus murung." Aiman sempat lagi membebel seperti Puan Vanidah.
"Kau ni dah macam mak. Kakak ni bukan apa. Kakak nak cuba sebab tengok model lain pakai bukan main cantik. Artis-artis pakai pun lawa je." kata Karmila. Aiman menggelengkan kepala.
"Kakak ni pun kena tipu hidup-hidup. Tu semua berlakon jelah. Diorang takde makna nak beli produk pelik-pelik tu. Janji dapat job dapat duit. Produk diorang tu beli ribu-ribu lagi mahal dari gaji marhaem." kata Aiman yang tak melayan produk pelik di laman social. Karmila diam dan mengeluh.
Karmila kembali ke bilik tidurnya. Ada betul kata adiknya. Dia pula seorang yang terlalu obses untuk menjadi cantik tanpa memikirkan akan akibatnya. Terlajak perahu boleh diundur. Dan terlajak pakai memang muka dah tak boleh nak diselamatkan lagi. Karmila baring di atas katil. Tangannya tersentuh sesuatu. Dia terus bangunkan badan dan ambil benda yang disentuhnya tadi. Dia melihat benda itu seperti kad pengenalan.
"Mak Esah? Bila masa ada kad business orang dekat bilik aku??" Karmila bercakap sendirian. Dia pusingkan kad itu.
"Anda ada masalah kulit? Kulit wajah berjerawat? Kulit berminyak? Saya ada jalan penyelesaian. Boleh pergi ke alamat ini untuk ketahui dengan lebih lanjut lagi." Karmila membaca tulisan pada kad seperti pengenalan itu.
"Ni siapa punya?" tanya Karmila sendirian.
"Aku."
Karmila terkejut lalu pandang semua arah. Dia tak tipu! Baru sekejap tadi ada suara menyebut 'aku' di telinganya. Karmila memandang ke tingkap. Angin mula bertiup sayu. Dia terkejut lagi bila perasan ada sesuatu seperti kain putih di luar tingkap. Karmila terus baring dan menutup dirinya dengan selimut. Malam itu dia ketakutan sehingga tertidur.
Share this novel