Encik Amri dan Puan Vanidah duduk di sofa dekat ruang tamu. Takde apa yang mereka nak bualkan sekarang. Pagi tadi Encik Amri dengar dari Encik Wahid mengatakan Syaza telah dirasuk. Apa yang mereka tahu jelmaan yang merasuk Syaza mengatakan kawan baik Sophea ada mengambil sesuatu. Siapa lagi kawan baik Sophea kalau bukan Karmila?
Karmila turun dengan membawa beg untuk ke tempat kerjanya. Encik Amri dan Puan Vanidah memandang tanpa menghalang anaknya pergi. Bunyi enjin motosikal milik Karmila kedengaran, seperti baru bertolak. Selepas bunyi motor tersebut pergi.
Encik Amri dan Puan Vanidah segera bangun dan terus naik ke bilik tidur Karmila. Mereka menyelongkar almari pakaian. Puan Vanidah selongkar bahagian laci sebelah katil. Laci meja solak turut dia selongkar. Habis perkakas alat solek dikeluarkan. Encik Amri dan Puan Vanidah sebenarnya nak mencari barang puaka yang disimpan Karmila. Mereka nak cari tali kain kafan kepunyaan seseorang.
Mereka terdengar bunyi kenderaan, tapi bukannya bunyi motosikal Karmila. Encik Amri bangun dan pergi ke tingkap. Nampak ada sebuah kereta mewah berhenti betul-betul depan rumahnya.
"Siapa pulak tu?" Encik Amri melihat dalam samar-samar akibat tinted kereta tersebut gelap sedikit. Puan Vanidah pun melihat yang sama.
"Rasanya ada orang salah rumah." tetap menjawab dengan tenang. Encik Amri segera keluar dari bilik tidur Karmila.
Ustaz Zain turun dari kereta. Dia melihat rumah yang dia nak kunjungi tu. Di tempat duduk sebelah pemandu, Ustazah Dahlia memandang rumah itu lama. Matanya melirik ke arah tingkap bilik. Degupan jantungnya bergoncang laju. Matanya mengalihkan pada seorang lelaki yang keluar rumah.
"Assalamualaikum bang, nak cari siapa ya?" Encik Amri tegur dan salam tangan Ustaz Zain.
"Waalaikumsalam, minta maaf ya. Ini rumah Encik Amri?" Ustaz Zain menyapa.
"Ya, sayalah. Ada apa ya datang kesini?" soal Encik Amri, sesekali dia tegur dalam kereta. Ustazah Dahlia balas teguran dengan terukir senyuman di bibir.
Ustaz Zain tak menjawab, sebaliknya memandang rumah teres dua tingkat itu. Matanya melirik memandang tingkap bilik tidur. Mulutnya berkumat kamit membaca sesuatu. Dia mula nampak bayangan dua makhluk perempuan cantik. Seorang berpakaian kebaya merah dan seorang lagi berkebaya putih. Ustaz Zain kembali melirik mata memandang Encik Amri.
"Maaf ya, bilik tu siapa punya?" soal Ustaz Zain sambil tunjukkan ke arah tingkap tingkat atas.
"Oh.. Tu bilik anak perempuan sulung. Dia takde dekat rumah, sekarang tengah kerja." kata Encik Amri. Ustaz Zain hanya membalas dengan senyuman.
"Boleh izinkan saya masuk?" soal Ustaz Zain ingin masuk untuk periksa di bahagian dalam rumah.
"Silakan." Encik Amri mengalu-alukan.
Ustazah Dahlia juga turun dari kereta. Mereka suami isteri berjalan masuk ke dalam rumah. Salam di dahulukan. Puan Vanidah muncul dari ruang dapur dan pergi ke arah tetamu yang hadir. Dia bersalam dengan Ustazah Dahlia.
Ustaz Zain mengerutkan dahi. Matanya melilau ke arah ruang tamu. Pandangannya di alihkan pada tangga rumah itu. Hidungnya tercium bau tanah kubur. Dia mengatur langkah perlahan menuju ke tangga. Pada pandangan batin dia nampak kesan tanah kubur pada setiap anak tangga.
Encik Amri dan Puan Vanidah hanya mampu melihat tanpa melakukan apa-apa. Ustazah Dahlia pun melihat, tapi mulutnya terkumat kamit membaca ayat suci. Ustaz Zain berpaling memandang suami isteri tu.
"Bang, sini sekejap.." Encik Amri datang ke arah Ustaz Zain bila dipanggil. Puan Vanidah nak sangat tahu apa yang ustaz tu nak bagitahu.
"Abang, anak perempuan abang dah melanggar hukum syarat." kata Ustaz Zain dengan suara perlahan yang hanya boleh didengar Encik Amri sahaja.
"Syarat?? Syarat apa ni?" berkerut airmuka Encik Amri nak tahu syarat apa yang dah anaknya buat.
"Tali pocong tu." Ustaz Zain menjawab. Encik Amri mengeluh dan mengucap panjang. Apa dah kau buat ni Karmila?? Dalam hati Encik Amri dah mengamuk. Tapi nak buat macam mana kalau benda tu dah terjadi.
"Ustaz tak boleh bantu putuskan perjanjian Karmila dengan benda halus ni?" soal Encik Amri, dengan harapan dapat memisahkan anak sulung dia dengan janji-janji syaitan.
Ustaz Zain menggelengkan kepala. Encik Amri melepaskan keluhan berat. Kepalanya mula pusing sekarang. Maksudnya wajah cantik Karmila sekarang bukan sebabkan produk atau pergi klinik spa? Tapi lebih kepada menjual jiwa dengan Iblis.
Ustaz Zain memandang keliling rumah. Dia mahu sewa sebuah rumah untuk menetap sementara sampai kes Karmila selesai. Tapi dia tak tahu sangat kawasan perumahan sini. Encik Amri melihat Ustaz Zain seperti mencari sesuatu.
"Cari apa Ustaz?" soal Encik Amri.
"Dekat kawasan ni ada tak rumah untuk disewa?" tanya Ustaz Zain, sambil melilau pusingkan bulatan jari telunjuk ke atas.
"Rasanya ada.. tak mengapa nanti saya tolong carikan." Ustaz Zain berterima kasih dengan Encik Amri untuk bantunya carikan sebuah rumah sewa.
++++++++
Sophea termenung sejenak. Makanan di atas mejanya tidak disentuh lagi. Dia pandang mi goreng telur mata dan teh o ais limau. Karmila yang sedang berselera makan berhenti menyuap. Dia melihat kawan baiknya tu tak jamah makanan dia.
"Sophea, tu mi goreng kau. Kenapa tak makan?" soal Karmila. Sophea menghela nafas.
Karmila meletakkan sudu dan garfunya atas pinggan yang tak habis dimakan lagi. Dia berdecit bila Sophea langsung tak menjamah makanan. Sama seperti masa dia hodoh dulu.
"Kau ni dah kenapa? Dulu masa muka aku banyak jerawat, hodoh, hitam kau geli..! Sekarang muka aku dah lawa macam ni pun kau geli..!" Karmila sakit hati bila Sophea buat dia macam tunggul kayu makan seorang diri.
"Aku sebenarnya..." Sophea angkat muka nak menatap Karmila. Dia menjerit dan terkejut di depan dia adalah sosok pocong yang mukanya hodoh dan hitam. Sophea berpaling pandangan ke tempat lain. Tubuhnya bergetar dan menggigil.
"Woi kau kenapa?!"
Terkejut Karmila dibuatnya, tiba-tiba saja Sophea menjerit depan dia. Sophea melihat kembali hanya Karmila depan dia sekarang. Dia melilau semua arah mencari kelibat tadi. Karmila pun turut ikut melilau. Dia tahu sebenarnya Sophea dah nampak syaitan tu.
"Sophea, kau duduk sekejap. Aku nak bagitahu kau ni." Karmila mohon Sophea duduk dahulu, dia nak terangkan segala-galanya.
Sophea masih mencari-cari nafasnya. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya. Sophea pandang kawannya dalam keadaan takut. Risau kalau benda tu datang kembali.
"Aku tahu kau nampak dia. Aku cuba nak patahkan janji. Kau tahu tak aku setiap malam rasa tak tenteram dan muka aku panas macam terbakar." Karmila meluahkan segala yang terbuku.
"Habis tu?? Kenapa kau tak putuskan?" soal Sophea, Karmila menggelengkan kepala.
"Tali kafan tu dah sebati dalam darah aku. Jadi, aku nak keluarkan tali tu dan kembalikan semula pada tuan dia." ujar Karmila, dia memang nak tamatkan semua ni dan kembali hidup macam biasa.
Karmila meraup wajah. Airmatanya hampir keluar nak mengalir. Tapi dia pertahankan diri dengan mengelapnya. Satu keluhan berat kedengaran.
"Semalam adik aku kena rasuk pocong. Ustaz yang merawatnya tu kata kau ada ambil sesuatu. Tali kafan tu kan?" soal Sophea menatap kawan baiknya. Karmila menganggukkan kepala.
"Malam tu Ustaz panggil pasangan suami isteri yang merupakan tukang perubatan Islam. Mereka ni tak silap pernah selamatkan keluarga yang dulu kena kacau dengan patung puaka." Sophea ceritakan mengenai pasangan suami isteri perawat tu.
"Mereka handal ke?" soal Karmila, Sophea mengangguk dengan mengiakan. Karmila sebenarnya nak dua pasangan tu selamatkan dia dengan patahkan perjanjian. Paling utama dia mungkin kena keluarkan dulu tali kafan daripada tubuh badannya.
++++++++
Hari ni Ayunie datang melawat anak perempuan manjanya. Yang semakin lama semakin cantik dan comel. Melihat Ayunie sentuh perut mengandung anaknya dan wajah seri ibu. Senyuman tak pernah lekang dari bibir Ayunie. Kalau arwah suaminya masih hidup. Pasti pun seronok melihat anaknya sekarang.
"Ibu." Dilaila peluk ibunya manja. Ibunya mengusap rambut lurus anaknya.
"Kenapa sayang?"
Sambil melayan pelukan manja anaknya. Dilaila tak menjawab sebaliknya dia peluk ibunya lama. Dia rindukan belaian kasih selepas kahwin dengan Amin. Ayunie bersyukur menantu lelakinya tu pandai jaga anak perempuan kesayangan. Lagipun menantunya tu kuat agama dan ada ilmu dalam dunia persilatan. Ketika ini Amin tiada di rumah dan bekerja.
"Semalam Kirana ada call Laila mengadu.." Dilaila jauhkan sedikit tapi kedua-dua lengan dia masih peluk badan ibunya.
"Dia kata dia masih dapat mimpi pasal dua perempuan berpakaian kebaya merah dan putih. Kelmarin abang Amin ada cakap dia nampak Karmila dekat sebuah kedai. Kata abang, Karmila tu bagi satu isyarat seperti meminta pertolongan." ujar Dilaila ceritakan semuanya pada Ayunie.
Keluhan berat dilepaskan. Ayunie pegang tangan anaknya lembut. Teringat masa anaknya kecil dulu. Tangan itulah yang selalu Ayunie belai dengan penuh kasih sayang selepas kematian arwah suaminya.
"Sayang, ibu taknak kamu fikir pasal mimpi Kirana atau sesiapa. Kamu tu mengandung. Kan ayah dah pesan kalau perempuan mengandung ni jangan cerita-cerita perkara mistik atau benda seram. Jin-Jin dan syaitan ni suka bayi dalam kandungan kamu tu. Lebih baik amalkan surah. Perhiaskan rumah ni dengan kalimah Allah SWT. InsyaAllah, Dia akan jaga kamu dan kandungan kamu." Ayunie nasihatkan anaknya agar berhenti dari cakap benda bukan-bukan. Dia taknak satu hari nanti terjadi perkara yang tak elok pada Dilaila.
Dilaila senyum sumbing. Dia terus peluk ibunya dengan manja sekali. Ayunie membalas pelukan dan mengusapnya. Ayunie mencelik sikit semasa peluk. Terkejut dia terpandang seorang perempuan berkebaya putih berdiri depan muka pintu. Dilaila nak lepaskan pelukan, tapi Ayunie tahannya.
"Ibu, kenapa ni?" Dilaila pelik dengan ibunya tapi dia tak boleh nak buat apa. Hanya mata mampu melilau apa yang di lihat depannya.
Ayunie menatap perempuan Iblis tu dengan pandangan garangnya. Dulu dia seorang penakut dengan hantu dan Jin ni semua. Selepas berkahwin dengan Ustaz Hanafi. Dia juga dah boleh merawat dan sembuhkan orang dari kena rasuk atau gangguan makhluk halus.
"Aku tahu asal usul kau! Keluar dari rumah ni!" Ayunie marahkan benda itu. Dilaila juga mendengar dan dia boleh rasa ibunya tengah nampak benda halus dalam rumah.
Kuntum nak masuk tapi pintunya sudah dipagarkan dengan ayat. Selalunya Amin akan pagarkan pintu utama dan tingkat untuk hindarkan benda negative masuk ke dalam. Kuntum terdengar ngauman harimau. Dia berpaling ke sebelah kanan. Nampak ada seekor harimau putih muncul mengaum ke arah makhluk itu.
Ayunie pun mendengar ngauman tapi dia boleh rasa harimau tu adalah kepunyaan menantu dia. Kuntum berpaling memandang Ayunie. Senyuman sinis diberikan sebelum menghilangkan diri. Barulah pelukan dilepaskan. Dilaila periksa ibunya tak apa-apa. Dua beranak itu pandang ke muka pintu utama.
Harimau tadi muncul depan pintu memandang dua beranak itu. Harimau itu adalah saka turun temurun dari moyang Amin. Makanan untuk harimau tersebut adalah surah Al-Fatihah. Ada masanya harimau itu akan bergabung dengan Amin jika ada perkara yang buruk bakal melanda keluarganya. Tok guru yang menjadi tukang pengajar paling suka dengan bunga silat yang dipersembahkan Amin, iaitu Bunga Silat Harimau.
Seram?? Hehehe
Share this novel