Bab 13

Horror & Thriller Completed 4568

Malam itu juga mereka terpaksa pergi ke sebuah kampung di mana Karmila pada mula-mula bertemu dengan Mak Esah. Dia membawa semua pergi ke sebuah tanah perkuburan Islam. Tali kafan itu dibungkuskan ke dalam satu kotak kecil, dan dibalut dengan mengunakan kain batik. Shazlan membawa tiga batang cangkul. Ustaz Zain dan Encik Amri menggali kubur yang Karmila tunjukkan. Shazlan pun turut membantu mereka galikan tanah kubur.

Angin tiba-tiba meniup menerpa ke arah mereka dengan perlahan. Daun-daun bergoyang dan pohon juga bergoyang. Semakin lama semakin kuat pokok bergoyang dan daun-daun berterbangan. Puan Vanidah, Ustazah Dahlia dan Karmila merapat sesama mereka. Menunggu tanah kubur digali.

Ustazah Dahlia menjeling ke arah sebatang pokok. Dia nampak ada pontianak di atas dahan pokok beringin tua. Akarnya menjalar banyak seperti rambut perempuan. Tapi dia diam taknak bagitahu mereka yang sedang menggalinya. Ustaz Zain berpaling ke arah lain. Nampak di setiap kubur kelihatan makhluk Pocong terpakcak pandang ke arah mereka. Ustaz Zain tak berhenti bibirnya dibasahkan dengan zikirullah.

Mereka dah berjaya menggali kubur milik perempuan itu. Keranda dibuka tapi mereka bertiga terjekejut. Yang lain pun turut nak tengok apa yang mengejutkan para lelaki. Jenazah perempuan tu hilang!

"Allahuakhbar. Mana dia pergi?" soal Ustazah Dahlia, semua diam tak tahu nak jawab apa.

"Habis tu macam mana nak pulangkan tali kafan pocong ni??" Puan Vanidah dah mula risau. Tali berjaya dikeluarkan tapi jenazah tuan punya tali hilang.

"Karmila, masa kamu ambil tali. Timbus balik tak tanah kubur ni?" Ustaz Hanafi menyoal, semua berpaling memandang gadis 20 tahun itu.

"Ada timbus. Depan si Kuntum saya timbus sebelum bawa tali tu ke rumah Mak Esah." Karmila menjawab dengan jujur. Dadanya berdebar, matanya menatap lubang kubur yang tiada jenazah di dalamnya.

Ustaz Zain bercekak pinggang. Memerhatikan kelilingnya, banyak ada banyak pocong di setiap kubur dan seekor pontianak di pokok. Encik Amri bersembunyi di belakang Ustaz Hanafi kerana takut. Karmila peluk ibunya erat. Puan Vanidah pun peluk anaknya, dua beranak pun takut dengan Pocong.

"Banyak betul Pocong." kata Shazlan melihat keliling mereka banyak sangat, mereka bagaikan berada di tengah-tengah padang penuh Pocong.

"Karmila, rumah Mak Esah ingat tak?" soal Ustaz Zain. Karmila mengangguk kerana dia ingat lagi rumah tu.

Mereka segera bergerak keluar dari kawasan tanah perkuburan Islam. Mereka menaiki kenderaan dan teruskan perjalanan untuk ke rumah Mak Esah. Karmila berasa lega sedikit sebab ada orang dah tolong. Dia benar-benar menyesal dengan apa yang telah dia lakukan. Dia tahu tu semua salah disisi undang-undang.

Mereka tiba di kediaman yang Karmila maksudkan. Apa yang buat mereka pelik, kelihatan rumah tu usang dan banyak dinding-dinding pecah. Pintu rumah kelihatan bengkok seperti nak tercabut. Karmila lagi terkejut sebab masa dia jumpa Mak Esah. Rumah kelihatan menarik walaupun rumah kampung. Takde satu pun lalang nak tumbuh pada rumah tu.

"Kamu biar betul Mila?? Ni ke rumah dia?" soal Encik Amri, tak percaya anaknya jumpa Mak Esah dalam rumah tu.

"Betul ayah. Memang tu rumahnya." Karmila tidak menipu. Dia sendiri pun terkejut sekali.

Kereta depan yang dinaiki Ustaz Zain, Ustaz Hanafi, Shazlan dan Ustazah Dahlia berhenti dahulu. Ustaz Zain turun dari tempat duduk belakang. Dia pergi ke arah kereta Encik Amri yang membontoti kereta mereka. Encik Amri turunkan tingkap.

"Karmila, ustaz tengok rumah ni macam usang betul. Kamu biar betul??" soal Ustaz Zain, hairan macam mana Karmila boleh masuk rumah ni.

"Betul ustaz. Tulah rumahnya." kata Karmila dengan yakin sangat tu rumah Mak Esah.

Ustazah Dahlia yang berada di tempat duduk belakang buka kotak yang mengisi tali pocong. Mereka tak dapat nak kembalikan kerana jenazah tuannya tiada di lubang kubur. Dia pernah bermimpi Mak Esah tu berkebaya merah. Dalam mimpi dia bertemu tiga pocong. Salah satu pocong tu menyerupai muka Kirana.

"Saya rasa Mak Esah tu pontianak sebenarnya. Dan jelmaan yang di rumah Encik Amri tu adalah Kuntum. Cuma sekarang ni Mak Esah tu adalah mastermind yang melakukan semua ni. Dia mungkin yang bawa keluar jenazah dari lubang kubur tu supaya kita susah nak kembalikan tali kafan ni." ujar Ustazah Dahlia menduga, dia cuma teori tapi apa yang dikatakan adalah benar.

"Saya pun beranggapan macam yang ustazah katakan. Tapi bangkitnya pocong-pocong ni untuk apa??" soal Shazlan, dekat situ dia tak berapa nak faham.

"Pontianak. Syaitan. Jin. Semua tu dalam satu nama iaitu mereka dari golongan bangsa jin dan syaitan. Mak Esah tu pengamal ilmu hitam. Mungkin sebelum dia mati lagi dia dah ada ilmu hitam tersebut. Kuntum tu mungkin belaan dia." kata Ustazah Dahlia. Shazlan dan Ustaz Hanafi mendengar sahaja.

"Isteri dan anak saya pernah nampak perempuan berkebaya merah. Benda tu tak dapat masuk sebab harimau alam lain jaga rumah tu. Amin selalu bagi makan dengan surah Al-Fatihah. Sebelum keluar rumah lagi dia pagarkan pintu dan tingkap untuk mengelak Jin masuk. Tahu kan Dilaila tu mengandung sekarang." Ustaz Hanafi bercerita seperti yang isterinya ada mengadu beberapa hari lepas.

"Saya rasa lah kan. Kebaya merah tu Mak Esah. Dia mahukan kandungan dalam perut Dilaila. Syukur Amin ada penjaga keluarga tu. Suruh Amin hantar Dilaila ke rumah kamu sehingga dia pulang. Sebab sekarang ni kita berdepan dengan perempuan sihir yang telah mati menjadi pontianak tu." Ustazah Dahlia memberitahu. Ustaz Hanafi mengangguk faham.

Ustaz Zain kembali semula ke keretanya. Dia tepuk bahu sahabatnya menyuruh bergerak tinggalkan kediaman rumah usang. Mereka gagal jejak Mak Esah sekarang. Terpaksa bawa tali pocong tu pulang ke rumah.

++++++++

SHAZLAN dalam perjalanan untuk pulang ke rumah. Mereka sudah simpan tali kafan di rumah sebenar Ustaz Zain. Barulah mereka boleh bergerak pulang. Ada rasa seram semasa nak simpan tali kafan tu. Disebabkan belum jumpa tuan punya kerana jenazahnya hilang. Terpaksa simpan di kuncikan. Dia perlu bersihkan diri dan menukar pakaian. Terpaksa pakai baju Aiman seketika. Baju yang dia pakai buat gali tanah kubur Ustazah Dahlia cucikan.

Shazlan memasang lagu pada radio kerana dia dah mula bosan. Dia nak tidur dan peluk bantal. Hidup membujang belum ada teman wanita buatkan dia bebas sebenarnya. Tapi dia nak juga merasa ada isteri di sebelah. Seronok tengok Ustaz Zain pegang tangan isteri.

Sedang fokus memandu. Dari pandangan cermin pandang belakang. Ada Pocong duduk betul-betul di tengah tempat duduk. Mukanya hitam dan kelihatan daging wajah. Darahnya mengalir bercampur nanah. Lidahnya juga terkeluar sekali menjelir ke bawah.

Shazlan pandang cermin belakang. Pocong tadi takde, hanya lampu kereta belakang yang membontoti keretanya. Tiba-tiba, kereta belakang tadi mula dim lampu beberapa kali. Shazlan pandang cermin belakang. Kereta tu dim lampu padanya.

Dia nampak kereta yang bertentangan pun bagi dim lampu ke arah Shazlan. Dia mula hairan dan risau sekarang. Kenapa mereka main lampu sekarang?

Di atas kereta Shazlan ada Pocong dalam posisi baring. Kereta yang di belakang Shazlan terpaksa memotong sebab takut apa yang mereka nampak tu.

Shazlan tiba di sebuah apartment mewah. Dia turun kereta dan periksa atas bumbung. Kosong. Shazlan terus kunci kereta secara auto. Dia mengorak langkah berjalan ke arah lif. Daun pintu lif dibuka. Dia masuk ke dalam rumah. Dia periksa mesej di telefon. Ada mesej dari mak dia.

"Assalamualaikum, bila kamu nak balik? Tu ayah bising dah tu." MAK.

Shazlan melepaskan keluhan berat. Mahu ayah dia tak bising. Shazlan baru berumur 19 tahun. Dia membalas mesej kawannya. Pintu lif dibuka. Dia angkat kepala nak memandang lantai luar lif. Terkejut dia ada Pocong yang di dalam kereta tu mengikut dia. Shazlan menjerit dan terus tendang badan Pocong tu. Makhluk tersebut jatuh tergolek atas lantai.

Shazlan berlari keluar dari lif. Jantungnya bergoncang laju semasa nak melarikan diri. Lampu koridornya berkelip-kelip. Dia dah berdebar laju serentak dengan itu. Makhluk Pocong tadi tunjukkan wajah dengan memunculkan diri tiba-tiba. Shazlan naik geram dia pergi sepak Pocong tu macam sepak bola.

"Bodohlah! Terkejut aku bongok!" Shazlan marahkan pocong dan sambung lari ke rumahnya.

Bila tiba di rumahnya. Sepanjang koridor kembali terang semula. Daun pintu dibuka oleh emaknya sebab terdengar suara anaknya marah-marah.

"Kamu ni dah kenapa?" soal emaknya. Shazlan terus pura-pura berlagak biasa. Tapi badannya gigil ketakutan.

"Takde apa-apa." dia menjawab dan segera masuk ke dalam rumah. Sesekali emaknya jengah kepala dekat luar, nak periksa kalau-kalau anaknya lari dari sesuatu. Dia pun risau dan takut juga.

Dia cepat-cepat masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup dan dikuncinya.

++++++

SOPHEA sudah lama tak hubungi Karmila. Dia rindukan kawan baiknya. Tapi mak ayah dia pula halang dia berkawan dengan Karmila sebabkan gangguan yang telah terjadi pada adiknya, Syaza. Sekarang ni Syaza balik kampung buat sementara waktu. Di rumah cuma tinggal dia dan mak ayah.

Sophea turun ke bawah untuk mengambil air. Malam ni dia tak dapat tidur. Entahlah kenapa mata dia boleh segar malam-malam begini. Selalunya dia akan tidur dan berehat. Padahal besok dia nak kena pergi kerja.

Sophea duduk di sofa. Dia buka majalah untuk membaca. Telefon dia di dalam bilik kena charge. Nak buka tv nanti bising mak terbangun marahkan dia.

Sedang ralit membaca majalah. Dia terdengar bunyi orang mengetuk pintu. Sophea menutup majalah dan meletakkannya di tepi. Dia bangun untuk tengok siapa yang datang. Baru nak pegang tombol pintu. Dia dengar suara macam gelak hilaian yang seakan bunyi wisel.

Dia terasa meremang. Teringat kawan dia ada cakap kalau Pocong gelak bunyi macam wisel. Dia jauhkan tangan dari tombol. Langsirnya tiba-tiba beralun lembut. Dia pergi ke arah tepi tingkap. Langsirnya diselak. Dia terus menjerit dengan sekuat hati.

Di luar terlalu banyak Pocong menampakkan muka hitam mereka. Pocong kali ini hanya wajah yang hitam, matanya sekadar merah menyala. Sophea tutup semula langsirnya dan lari naik ke bilik tidurnya.

"Sophea..." benda itu memanggilnya.

Dia masuk ke dalam bilik. Lari naik atas katil dan berselubung dalam selimut. Dia baring dengan tubuh menggigil ketakutan. Dia dengar daun tingkap diketuk beberapa kali. Langsir ditiup beralun. Kelihatan banyak Pocong di luar bilik tidur Sophea. Mereka dari tadi mengetuk untuk masuk.

"Sophea..." Pocong-pocong itu memandang Sophea dengan matanya terbeliak.

Ayuh baca sambungan THE RITUAL POCONG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience