POV NAZURA
Nazura pada masa itu sedang menyapu sampai di luar rumah. Sekali sekala dia boleh turut sertai bergossip bersama dengan jiran sebelah yang sedang menyidai kain pakaian. Entah kenapa hatinya mula rasa nak senang. Macam akan ada petaka yang bakal datang kemari. Dia memerhatikan Aniq yang duduk depan tv. Liana pula tidur di atas buaian.
Nazura menarik nafas lega. Selepas kejadian yang menimpa dia tiga hari lepas, buatkan dia trauma untuk duduk di rumah tanpa suami disisi. Sekarang dia pantau anak-anaknya sebab takut kalau puaka pocong tu datang lagi. Dia tak tahu sekarang apa yang sudah berlaku ke atas dirinya? Adakah ini puaka yang menyerang ibubapa mertuanya sehingga anak dan menantu juga menjadi mangsa? Tapi dia tak boleh salahkan mertua. Dia tahu risiko yang mereka hadap cukup besar dan berbahaya.
"Nazura..."
Nazura tersentap sekejap. Dia toleh untuk melihat siapa yang menegurnya, nafasnya ditarik lega. Rupanya Kirana datang melawat ke rumahnya.
"Kau rupanya?? Datang seorang?? Hakim mana?" soal Nazura tak nampak kelibat Hakim. Apatah lagi kereta miliknya.
"Abang Hakim kerja. Aku datang sendiri.." jawab Kirana, bahasa mukanya seperti biasa. Kirana memandang ke arah dalam rumah. Memperlihatkan Aniq sedang cantumkan mainan lego.
"Aniq tu, dia tengah main. Alang-alang kau datang ni, temankan dia boleh?? Aku ni bukan apa. Lepas kejadian aku kena kacau dengan hantu pocong. Jadi takut dah sekarang.." Nazura meluahkan, dia mengambil sehelai kain baju dan mengelibas. Dia sidaikan di ampaian.
"Mereka nak gurau-gurau manja saja dengan kau. Boleh aku main dengan anak kau??" Kirana menyoal, Nazura mengangguk tanpa fikir akibat.
Kirana segera berjalan untuk masuk ke dalam rumah. Nazura mula rasa pelik dengan adik iparnya. Dari gaya dia cakap masa dia meluahkan. Boleh dia kata hantu pocong datang nak bergurau?? Tu dah kasar namanya! Nazura melihat luar rumahnya. Kereta Kirana pun takde dan masa bila Kirana masuk ke halaman rumah sedangkan pintu pagar kalau dibuka kunci akan kedengaran.
Nazura beristighfar banyak-banyak. Dia taknak fikir yang bukan-bukan. Dia cuma nak fikirkan bahawa Kirana yang dia nampak ni asli. Bukan jelmaan hantu pocong tu. Tapi, hatinya mula rasa tak sedap. Dia perhatikan keadaan dalam rumah. Kenapa tiba-tiba boleh jadi gelap, padahal hari masing terang?
Dia mula rasa ada benda yang tak kena. Perlahan-lahan dia berjalan untuk pergi ke arah pintu utama. Telinga dia menangkap suara Aniq dengan mengatakan sakit. Nazura mula rasa ada sesuatu. Sah ada perkara tak baik. Dia terus masuk ke dalam rumah.
Matanya terbuntang luas melihat Kirana dukung Liana. Di sisi kanan, melihat Aniq nak melepaskan diri. Kirana ketika itu nampak mukanya bukan muka asli. Lebih kepada muka mayat yang sudah mati.
"Kirana..!!" Nazura tinggikan suara.
"Mama..!" Aniq jerit panggil ibunya.
Mata Kirana keputihan. Tubuh Nazura terangkat dan terapung di ruang udara. Dia terapung dalam posisi tertiarap, dengan badan depan menghadap ke bawah. Suara Liana sudah melalak dalam dukungan.
"Kirana...!! Lepaskan aku..!" Nazura paksanya untuk lepaskan dia.
"Siapa Kirana??! Aku adalah Kuntum!!" kata Kirana yang mengaku dia adalah Kuntum.
Makhluk yang menyerupai Kirana segera membawa Aniq dan Liana pergi. Ketiga-tiga mereka menghilang. Nazura masih dapat terdengar sisa suara teriak Liana dan jeritan Aniq memanggilnya. Suara itu lama kelamaan tenggelam dan hilang.
Nazura mula panik. Dia bangkit untuk mengambil telefon bimbit. Dia menghubungi suaminya untuk pulang dengan segera.
++++++
Kejadian penculikan Aniq dan Liana telah membuatkan Ustaz Zain dan Ustazah Dahlia tak tentu arah sekarang. Suami itu tak senang duduk bila Aiman memberitahu anaknya kena diculik oleh Kirana. Apa yang memeranjatkan, Kirana ketika itu sedang duduk makan bersama Dilaila di rumah Amin. Macam mana dia boleh nak menculik Aniq dan Liana?
Berita itu telah sampai ke telinga Karmila. Dia tahu ini angkara siapa yang melakukan penculikan. Pasti ada sebab kenapa dua cucu Ustaz Zain dan Ustazah Dahlia kena culik. Dia ingat pasal sihir dan pemujaan yang Ustazah Dahlia ceritakan. Ada kemungkinan mereka bakal menjadi mangsa kali ini.
Dia bergegas persiapkan dirinya. Dia mahu pergi ke rumah Ustaz Zain dan Ustazah Dahlia sekarang. Pasti pasangan tu risaukan cucu mereka. Siapa yang tak risau? Kalau dia di tempat ibu kepada dua anak kecil pun dia dah tak senang duduk.
Sementara di rumah Ustaz Zain. Ustazah Dahlia menangis terkenangkan dua cucunya. Nazura pun masih bersedih lagi. Aiman mundar mandir tak tahu nak buat apa sekarang. Dia nak solat sunat tadi pun tak fokus. Kepalanya masih memikirkan pasal anaknya sekarang.
Kelihatan sebuah motosikal baru sampai. Karmila turun dari motor. Dia buka helmet dan betulkan tudung yang di pakai. Dia membaca bismillah, tiba-tiba tubuhnya terasa bahang panas. Dia berdecit dan mengaduh sakit. Sah masih ada kuasa sihir dalam tubuhnya. Karmila melangkah masuk ke dalam rumah.
"Assalamualaikum..."
Semua penghuni menjawab salam. Karmila masuk ke dalam rumah. Dia salam tangan Ustazah Dahlia dan Nazura. Kirana pun ada kerana dia dipanggil ayahnya. Nazura kelihatan sebak lagi. Karmila duduk di sisinya. Dia mengurut badan belakang ibu dua anak itu.
"Akak kuatkan semangat. InsyaAllah, anak-anak akak selamat."
Nazura mengangguk lemah. Karmila tarik nafas leganya. Dia yakin jembalang syaitan tu semua tidak akan mampu melakukan apa-apa pada dua anak Nazura ni. Karmila memandang Kirana, wanita itu nampak menunduk memandang lantai rumah. Pasti dia di soal siasat sebab dia dapat berita dari Ustazah Dahlia. Bahawa Kirana menculik dua cucunya.
Ustazah Dahlia menyandarkan badan. Matanya dipejam seketika untuk berehat. Dia penat menangis dari tadi. Sekarang dia nak rehat dahulu sementara.
"Sekejap..."
Ustazah Dahlia mencelik semula matanya. Dia kedepankan tubuh. Semua mata memandang ke arahnya, mereka nak tahu kenapa ibu mereka berkata sekejap.
"Mak pernah mimpi pasal tempat pemujaan syaitan ni."
Aiman mendekati ibunya.
"Betul ke ni mak?" Aiman menyoal.
"Ya, dalam mimpi mak. Nampak Kirana berubah menjadi pocong. Mak lawan syaitan Esah tu. Mak rasa pocong yang menyerupai Kirana tu adalah jenazah perempuan yang tali kafan dia kena ambil.." getus Ustazah Dahlia teringat peristiwa dalam mimpinya.
"Maksud mak apa??" soal Aiman, dia berharap dengan ingatan mak dia boleh bantu dia kembalikan semula Aniq dan Liana.
"Betul! Kita kena bawa tali kafan tu. Mak dapat petunjuk sekarang ni."
Ustazah Dahlia segera bangun dan pergi ke bilik bawah tanah. Di mana mereka menyimpan segala khazanah lama dan kuasa kejahatan disitu. Aiman, Kirana dan Karmila segera ikut Ustazah Dahlia turun ke bawah.
Ustaz Zain pada masa itu sudah selesai menunaikan solat sunat. Dia berdoa meminta petunjuk dari Allah SWT dimana keberadaan dua cucunya. Sampai di ruang tamu. Dia melihat Nazura sendiri di sofa menangis.
"Mana mak?" Ustaz Zain menyoal.
"Ohh.. Ayah rupanya.. Mak dekat bilik bawah tanah." Nazura memberitahu. Ustaz Zain berjalan ke arah ruang tangga untuk ke bawah tanah. Dia melihat ada Aiman, Kirana dan Karmila disitu. Nampak Ustazah Dahlia pegang sebuah kotak yang di dalamnya isi tali pocong.
"Dahlia, awak buat apa tu??"
Semua toleh memandang ke arah Ustaz Zain. Mereka segera tutup pintu dan naik ke atas. Ustazah Dahlia tetap pegang kotak seram itu.
"Abang, saya dapat petunjuk mengenai tempat pemujaan. Sekarang ni kita kena tunggu abang Hanafi, Ayunie dengan Amin. Sebab saya tahu, kita berdua akan kalah lawan kuasa sihir yang besar ni." Ustazah Dahlia memberitahu. Tapi Ustaz Zain lebih fikirkan keselamatan dua cucunya.
"Tak boleh tunggu! Kita kena bergerak sekarang!"
Ustaz Zain segera bergerak. Isterinya panggil tidak dilayan. Nak atau taknak, terpaksa dia turutkan saja. Kirana pun mahu turut serta. Aiman bantu isterinya bangun. Mereka pun nak mengikut sama. Karmila pun turut ada nak membantu sekali. Dia mahu bertanggungjawab sepenuhnya. Ini semua angkara dia sendiri.
++++++
Sementara di tempat lain. Ustaz Hanafi dan Ayunie membontot Amin. Menantu lelakinya itu membaca aura dan suara dari dalam hutan tebal. Di dalam sana ada Jin Islam yang mungkin boleh membantunya.
"Macam mana?? Kelibat Aniq dengan Liana takde ke dekat dalam?" soal Ayunie, melihat Amin tidak jawab pertanyaan. Sebaliknya, dia fokuskan pada suara dalam hutan. Selain Jin-Jin Islam. Pokok juga boleh bersuara. Hanya yang diberikan kelebihan mampu mendengar suara dari pohon-pohon hutan.
"Nanti kita nak ke rumah Zain. Kita pergi sekali bila dah jumpa lokasi keberadaan Aniq dengan Liana.."
Ayunie mengiakan apa yang suaminya cakap. Dia pun risau juga meskipun Aniq dan Liana bukan cucunya. Tapi sebagai seorang ibu, dia pernah alami dulu semasa Danial dan Dilaila masih kecil. Anaknya hampir jadi mangsa culik oleh perempuan syaitan dari sebuah patung berhantu. Sekarang, waktunya Aniq dan Liana. Tapi, kali ini lebih teruk kerana benda ini bermain dengan sihir oleh bekas bidan pengamal ilmu hitam.
Amin pejamkan mata setelah dia ada terdengar suara-suara dari dalam hutan. Seperti ada pohon yang hendak sampaikan sesuatu padanya. Suara mak ayah mertua tenggelam oleh fokusnya.
"Mereka di dalam..."
"Malam ini mereka akan korbankan dua jiwa..."
Suara itu memberitahu Amin bahawa Aniq dan Liana ada di sana dan akan menjadi mangsa korban. Ada satu gambaran terlihat Aniq diikat pada kaki dan tangan. Mulutnya di tampal pita pelekat hitam. Dia di kurung dalam satu rumah kecil. Sementara baby Liana melalak dalam keadaan bertelanjang bulat. Amin buka matanya perlahan-lahan. Telinganya mula menangkap suara mak ayah mertua yang berbual di belakang.
"Mak! Ayah! Jom pergi rumah pakcik Zain..."
Amin mengajak dan berlari ke arah kereta. Ustaz Hanafi dan Ayunie kaku seketika. Mereka dengar tapi tidak fokus kerana berbual dan berbincang berdua. Tanpa bersoal banyak, mereka pun lari membontot Amin ke arah kereta.
Apakah nasib Aniq dan Liana?
Share this novel