"Karmila!"
"Karmila!"
Sophea nampak beberapa manusia berjubah hitam membungkus Karmila seperti manusia yang sudah meninggal dunia. Jelas lagi terang, wajah yang meninggal itu wajah Karmila. Sophea memerhatikan yang lain. Kelihatan ada lagi tiga mayat wanita dan seorang lelaki. Ada dua mayat kanak-kanak. Seorang kanak-kanak lelaki, dan seorang lagi bayi perempuan.
"Ya Allah, apa gambaran yang sedang kau nak tunjukkan pada aku, Ya Allah??" Sophea berdoa dalam hati.
Jenazah Karmila bangun serentak. Dia membuka mata, benda pertama yang dia terpandang adalah Sophea.
"Karmila..!!!"
Sophea bangun terkejut. Dadanya berombak, nafasnya tercungap-cungap. Dia memandang semua arah. Peluhnya merintik membasahi dahi. Mimpinya tadi benar-benar menakutkan dah sungguh dahsyat.
"Ya Allah, apa aku mimpi ni??"
Sophea turun dari katil. Hatinya mula tak tenang. Dia merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan Karmila. Di tambah lagi ada orang lain selain Karmila, termasuk kanak-kanak dan juga bayi perempuan.
Telefon bimbitnya dicapai. Tertera panggilan Karmila. Dia mendail nombor itu. Tidak terjawab. Dia cuba untuk kali kedua.
Pun tidak berjaya.
Hatinya mula tak senang sekarang. Dia keluar dari bilik tidurnya. Mak ayahnya takde sekarang. Sophea pergi ke rumah Karmila untuk melihat keadaan kawan dia.
Sampai sahaja di sana. Rumahnya kosong. Kereta dan motor keluarga pun takde. Sophea mendail nombor telefon Puan Vanidah.
"Makcik, Karmila dekat mana??"
Sophea dengan tiba-tiba berubah wajah.
Dia matikan panggilan. Dia segera pergi ke rumah Ustaz Zain, kerana semua sekarang ada disana berkumpul. Cepat-cepat dia bergerak pergi ke rumah itu.
+++++++
Pocong tadi tumbang dan terbakar. Aiman sudah keletihan penat melawan. Kirana pun membantu dari belakang. Dia mengalihkan pandangan ke arah tiga ekor syaitan itu.
"Binatang korang bertiga. Memang laknat korang ni semua!" Kirana marahkan mereka, gara-gara mereka adiknya yang kena hadap.
"Kakak..." Aiman bersuara sangat perlahan, sebelum dia jatuh terbaring.
"Abang!" Nazura panggil suaminya. Dia tak dapat nak bergerak kerana nak menjaga dua anaknya.
"Adik!" Kirana pergi membantu adiknya untuk di alihkan ke tepi dinding.
Karmila bangun lalu pergi ke arah mereka. Walaupun, pagar besi memisahkan mereka. Karmila tetap tak berpuas hati dengan apa yang telah terjadi pada Aiman. Dia tendang batang besi sel.
"Puas hati korang?!" dia marahkan mereka.
"Bodoh..." Johari gumam perlahan.
"Marilah kita pergi. Kita perlu persiapkan diri untuk sambut ketibaan Lilith.." Esah menyuruh mereka bersedia untuk sambut Iblis yang bernama Lilith.
+++++
SEMENTARA di kediaman rumah Ustaz Zain. Sophea telah menceritakan semuanya tentang mimpi yang dia kena tadi. Mereka semua dah perasan mimpi Sophea ni bermaksud benar. Mereka akan menjadi korban pembunuhan untuk santapan Lilith itu.
"Memang setan Esah dengan Zabir ni. Allahuakhbar!!" Ustaz Zain naik berang. Dia menjerit semahunya, semua yang ada terkejut untuk pertama kali melihat Ustaz Zain menjerit.
Ustaz Hanafi mendapatkan kawan baiknya. Dia berbisik memujuk dan tenangkan. Ayunie menyuruh suaminya bawa keluar Ustaz Zain, biar udara luar jadi perapi masalah yang sedang melanda.
"Saya rasa, saya ada cara nak selamatkan mereka. Tapi, saya perlu bantuan semua juga." Amin bersuara, semua berasa lega dan mereka bersedia mendengar. Sambil-sambil itu juga boleh tambah idea yang lain dalam perancangan.
Ustaz Zain duduk di luar. Jauh dia termenung. Ustaz Hanafi sentiasa ada di samping waktu sahabatnya bersedih. Dia melihat sahabatnya masih terdiam, pasti risaukan anak-anak dan dua cucunya.
"Aku dah buat kerja sambilan sebagai perawat sudah dekat 15 tahun. Macam-macam kerasukan dan gangguan sudah aku dengan Dahlia hadap. Paling teruk dulu pun, masa aku kena rasuk dan hampir bunuh anak-anak aku. Itu pun nanti Dahlia panggil kau datang tolong.
Tapi kali ni, melibatkan seluruh keluarga aku. Menantu aku, cucu-cucu aku. Aku tak kuat, bro." Ustaz Zain meluahkan isi hati yang terlalu pedih dan sukar untuk diubati.
"Waktu inilah Allah SWT nak menguji hambanya. Dengan apa yang sudah jadi sekarang. Allah hantarkan bantuan lain untuk tolong kau. Tengoklah menantu aku, si Amin tu ada. Hakim lagi. Shazlan dengan Firdaus. Kami semua ada dengan kau untuk bersama-sama." Ustaz Zain menasihat.
"Menyesal aku terima tawaran Firdaus tu. Kalau tahu perkara ni bertambah teruk. Aku dah tolak awal-awal." Ustaz Zain, kesal dengan apa yang dia dah buat.
Bahunya disentuh perlahan.
"Astaghfirullah al'azim... Kau tak boleh cakap macam tu. Ini semua ujian Allah. Kita tolong keluarga Encik Amri kerana Allah. Insya Allah, ada ganjaran lain yang Allah nak beri. Mereka tak mintak jadi semua ni. Dah memang dah menjadi tugas Iblis dan syaitan untuk menyesatkan cucu cicit Nabi Adam sehingga hari kiamat.
Apa yang jadi pada keluarga kau, kerana dendam syaitan pengamal ilmu sihir tu. Sebabkan kita hendak selamatkan keluarga Encik Amri. Kita nak bantu Karmila untuk keluarkan tali kafan dan jauhkan dia dengan syaitan tu semua. Sebab itu, dua ekor pengamal ilmu sihir tu dendam dengan kita. Mereka bukan pilih keluarga kau saja.
Ikutkan, Dilaila pun akan jadi mangsa dua syaitan tu. Sebab keadaan dia sarat mengandung 9 bulan. Mereka mahukan bayi dalam kandungan. Ingat Zain, kita tolong ni kerana Allah. Jangan patahkan semangat! Ini yang bangsa syaitan dan Iblis mahukan kalau kita lemah. Kita jangan lemah!" Ustaz Hanafi memberikan semangat. Dia faham sangat sahabat dunia akhirat dia sudah penat. Memang manusia kalau dah terlebih kerana tenaga secara paksa. Akal fikiran dan tubuh mulai penat sama. Serta merta akan merosakkan buah fikiran.
++++++
"Tiada jalan lain untuk keluar dari tempat ini. Melainkan dengan keizinan dari Allah SWT. Perasaan takut dengan ajal semakin menghampiri."
Itulah ayat yang belayar di kepala Karmila sekarang. Dia dibawa keluar untuk menghadap makhluk yang mereka memanggilnya Lilith itu. Dia dipaksa untuk masuk ke dalam sebuah dewan utama. Di dalamnya kelihatan begitu banyak makhluk Pocong bersujud ke arah satu tempat. Di atas sana ada seorang perempuan bermuka syaitan duduk bak permaisuri raja.
"Ratu Lilith, dia inilah yang menggunakan ilmu kecantikan yang diturunkan oleh Ratu Lilith. Sekarang, perempuan ini berpaling dengan memanggil manusia yang menghalang kejahatan kita." kata Esah yang menjelma sebagai makhluk Pontianak.
"Jangan takut. Manusia terlalu lemah untuk berlawan dengan aku. Kalau mereka itu kuat. Panggil semuanya kemari." Ratu Lilith perintahkan. Zabir senyum menyeringai. Dia menurut perintah.
Karmila berpaling melihat Zabir. Perlahan-lahan lelaki itu berubah dari manusia kepada rupa Pocong yang terlalu mengerikan. Wajahnya berubah sepenuhnya. Karmila mengalihkan pandangan ke arah lain. Dia tak mahu tengok muka Pocong yang menyeramkan dan hodoh itu.
+
Tiga buah kenderaan telah tiba di kawasan hutan. Di mana kali terakhir mereka keluar selepas pertarungan. Amin berpaling kebelakang. Hanya Tiara, Dilaila dan Ayunie tidak bersama sekarang.
"Ustaz, Karmila dekat dalam ni ke??" soal Puan Vanidah, mengingatkan anak perempuan sulungnya yang masih terperangkap.
"Mereka masih di dalam. Untuk keluarkan dia kita kena bersepakat. Kita adalah khalifah dibumi. Tidak perlu gentar dengan permainan kejahatan." Ustaz Firdaus mengingatkan mereka. Dia toleh memandang Ustaz Zain. Nampak dari airmuka lelaki itu kelihatan tenang sedikit. Selepas Ustaz Hanafi memujuknya.
Amin mulakan langkahnya. Yang lain membontoti dari belakang masuk sekali ke dalam hutan. Checkpoint yang pertama adalah sebuah rumah. Kelihatan Kuntum masih melekat di pokok lagi dan tidak dapat dikeluarkan. Mereka pergi ke arah lorong di mana Ustaz Zain dan Shazlan keluar dari situ selepas berjaya melarikan diri.
Pandangan permata mereka selepas keluar dari lorong hutan. Mereka di pertontonkan oleh beribu makhluk Pocong yang menanti kehadiran. Ratu Lilith juga ada bersama dengan duduk di atas kerusi takhta. Puan Vanidah hampir nak pitam melihat muka hodoh betina syaitan tu.
"Allah..."
Ustazah Dahlia gumam.
"Selamat datang wahai khalifah bumi Allah. Akhirnya kalian telah tiba ke sini." kata Ratu Lilith sambut kehadiran mereka semua.
"Syaitan. Di mana kalian sembunyikan tebusan-tebusan kami?" soal Amin, langsung tidak menunjukkan sebarang gentar menghadap syaitan itu. Lebih-lebih lagi mata mereka saling berpandangan.
Beberapa manusia berjubah hitam keluarkan tebusan. Nazura tidak lepas dari peluk Liana yang menangis tidak berhenti. Aiman dukung anak lelakinya, tubuh Aniq menggigil ketakutan. Kirana pun keluar sekali. Karmila pun sama keluar dari tempat kurungan.
"Kirana..." Hakim gumam.
Johari muncul membuatkan Sophea, Puan Vanidah dan Encik Amri terkejut besar. Tak sangka Johari salah seorang yang terlibat sama.
"Pengkhianat kau, Johari!" Sophea marahkannya.
"Lepaskan mereka!" Amin mengarahkan. Ratu Lilith ketawa mengejek.
"Tidak begitu mudah. Kalau kau mahu aku lepaskan mereka. Korbankan satu jiwa, baru aku boleh melepaskan." kata Ratu Lilith, diiringi ketawa mengilai.
"Tiada satu pun jiwa akan jadi korban untuk syaitan laknat. Tidak akan sesekali aku serahkan! Bersedia!" kata Amin membuka langkah bunga silatnya.
Johari mula panik. Dia kenal bunga silat yang dipersembahkan itu. Dia dulu budak silat tetapi belum khatam keseluruhan. Dia berpaling memandang Ratu Lilith.
"Bismillahirahmanirrahim..." langkah bunga silatnya dipersembahkan. Kedengaran bunyi suara harimau mengaum.
Makhluk-makhluk Pocong mula berundur, mereka dapat rasa kuasa yang luar biasa dari pemuda itu.
"Korbankan satu jiwa!" arah Ratu Lilith.
Karmila beliakkan biji matanya. Dia nampak Esah sudah mula untuk memilih mangsa sebagai korban Ratu Lilith. Kirana toleh memandang Aiman.
"Dik, akak nak kau dengan Nazura lari cepat. Jangan pusing kebelakang." Kirana pesan pada Aiman supaya bawa Nazira dan anak-anaknya lari jauh. Aiman mengangguk faham.
Esah memandang Kirana. Wanita itu berpaling memandang Pontianak itu. Dahinya berkerut dan matanya dipejam rapat.
"Kau akan lawan dengan aku..."
Kirana mencelik mata.
Share this novel