Selepas mendapatkan sebuah rumah sewa. Barulah senang Ustaz Zain dengan isterinya pantau keadaan rumah keluarga Encik Amri. Pagi ini Ustaz Zain tiada di rumah. Ustazah Dahlia sudah terpacak depan rumah keluarga Encik Amri untuk berjumpa dengan Karmila.
Puan Vanidah dan Karmila keluar dari dapur menghidangkan minuman dan sedikit karipap untuk dijamukan buat tetamu. Cawan air di agihkan atas meja. Puan Vanidah terus masuk ke dapur, sementara Karmila duduk bersebelahan kerana Ustazah Dahlia hanya nak jumpa Karmila sahaja.
"Karmila kan nama kamu?" soal Ustazah Dahlia, dia pegang tangan gadis manis itu dan sapunya. Dia bukan saja-saja sapu tangan tu.
Ustazah Dahlia nampak Karmila dalam satu tempat yang gelap dan hitam legam. Ustazah Dahlia nampak airmuka Karmila sangat-sangat takut. Tubuhnya menggigil tanpa henti. Kakinya tak dapat bergerak. Manakala mulutnya tak boleh nak menyebut nama Allah SWT. Di belakang gadis itu terlihat Pocong yang kain kafan lusuh. Mukanya hitam legam, lidahnya terjelir keluar. Sebelah kanan dan kirinya ada dua ekor Pontianak terapung.
"Karmila taknak batalkan perjanjian dengan syaitan??" soal Ustazah Dahlia, suaranya lembut seperti naluri berasa dirinya ibu.
Karmila mengangguk lalu menjawab.
"Nak juga tapi benda tu dah ada dalam badan saya." sambil tunjukkan pada perutnya. Ustazah Dahlia sentuh perut itu dan membaca beberapa ayat suci. Tiba-tiba Karmila terjerit kecil. Dahinya berkerut, keningnya bercantum. Mukanya betul-betul menahan sakit semasa ayat suci dibaca serta sentuhan pada perutnya.
"Ustazah, berhenti sekejap!" suruh Karmila meminta berhenti. Ustazah Dahlia lepaskan atas permintaan. Karmila mula kepanasan pada bahagian perutnya. Seperti terkena api yang membakar sesuatu.
"Bertenang ya sayang. Ustazah ambilkan air." ujar Ustazah Dahlia. Dia bangun dan pergi ke dapur untuk mengambil air.
Puan Vanidah merapat dengan Ustazah untuk berbisik bertanyakan keadaan anaknya. Melihat Ustazah Dahlia isikan air mineral ke dalam gelas kaca.
"Puan, anak saya macam mana??" soal Puan Vanidah, keluhan berat dari Ustazah Dahlia kedengaran. Seperti ada sesuatu yang susah untuk dia memberitahu.
"Kenapa puan?? Ada yang tak kena?" hanya ukiran senyuman manis mampu Ustazah Dahlia berikan sebagai jawapan.
"Karmila ada mengeluh atau bertindak aneh sebelum ni?" tanya Ustazah Dahlia nak tahu punca sebelum ini.
"Karmila anak yang baik. Dia tak pernah tinggalkan solat. Dulu masa kecil kulit muka dia memang cantik. Semua orang puji kulit dia sehingga ke bangku sekolah. Sampai satu hari masa umur dia 16 tahun, dia dah mula nak berjinak dengan memakai produk. Bila pakai produk pertama dia. Memang lebih cantik dan berseri wajah." Puan Vanidah ceritakan bagaimana permulaan kulit muka Karmila semakin rosak itu. Ustazah Dahlia hanya mendengar untuk tahu lebih lanjut.
"Setahun dia pakai produk yang sama. Bila umur 17 tahun dia dah mula berjinak nak tukar. Sebab dia tengok muka kawan satu kelas dia lebih berseri. Dia pun nak cuba pakai yang kawan dia punya. Selepas habis sekolah dan kerja. Dia mula berjinak buka akaun social media. Dekat situ dia tengok produk-produk kecantikan. Saya dan suami ada tegur dia suruh hentikan pakai krim-krim yang pelik.
Adiknya Aiman pun dah banyak kali pesan berhenti. Tapi Karmila ni boleh tahan keras kepala. Semua yang keluar dari mulut kami dia tak layan. Sehingga ada satu hari dia menjerit. Bayangkan dari usia dia bayi membawa kepada usia 20 tahun tak pernah ada timbul jerawat. Dia menangis sebab ada jerawat. Tapi dia tetap nak beli produk-produk yang menghilangkan jerawat. Makin lama dia pakai makin teruk jadinya. Kulit dia semakin gelap, jerawat penuh satu muka dan bernanah.
Sebulan dia mengurung diri taknak keluar. Sampai boss dia telefon banyak kali dia tak jawab. Kawan dia datang rumah pun dia taknak jumpa. Teman lelaki dia telefon sampai datang rumah. Dia tetap berkurung dalam bilik. Dalam sebulan tu dia cuci muka dengan air biasa. Sedikit saja jerawat mengecut tapi esoknya timbul halik." Puan Vanidah menyambung ceritanya. Ustazah Dahlia mengeluh halus. Kasihan melihat penderitaan Karmila semasa kulitnya rosak. Lebih kasihan bila Karmila yang sekarang cuba putuskan perjanjian syaitan.
Ustazah Dahlia dekatkan gelas itu ke bibir. Dia berkumat kamit membaca ayat suci. Dia tiup perlahan pada airnya. Gelas tersebut pecah berderai dengan tiba-tiba. Kedua-duanya terkejut sehingga ada serpihan kaca terkena tangan kanan Ustazah. Ustazah Dahlia menjerit dan menahan sakit. Dia tekan tangannya untuk keluarkan darah dan serpihan kaca.
"Allah..!" Puan Vanidah lekas berlari keluar untuk mengambil first aid. Dia melintasi ruang tamu. Dia nampak Karmila tundukkan pandangan. Rambutnya mengurai panjang.
Puan Vanidah selongkar laci untuk mencari first aid yang dia simpan. Setiap laci dia buka dalam keadan tergesa.
Sementara di ruang dapur. Ustazah Dahlia pergi mencuci tangan yang terkena serpihan kaca itu. Air mengalir keluar basahkan telapak tangan. Dia mengerutkan wajah menahan sakit bila air terkena pada luka yang masih ada tersisa kaca kecil.
Karmila bangkit dari duduknya. Dia berjalan menghampiri ibunya dengan langkah perlahan. Puan Vanidah masih mencari-cari tanpa menyedari anaknya berjalan ke arahnya. Semakin lama semakin dekat anaknya di belakang Puan Vanidah.
Puan Vanidah terasa ada sesuatu di belakangnya. Dia cepat-cepat toleh kebelakang. Terkejut dia melihat anak perempuannya takde di sofa.
"Karmila?!" matanya melilau sambil panggil nama anak dia.
"Karmila..."
Dia berpaling dan pusing semula memandang laci untuk cari first aid. Tapi tangannya berhenti dari selongkar. Bola matanya dijeling ke sebelah kiri, kepalanya turut ikut. Muncul Karmila dengan muka menakutkan itu.
"Hai mak." Karmila tegur sambil senyum yang seram. Dia terus menyerang emaknya sendiri dengan mencekik batang leher. Puan Vanidah menjerit sambil pegang tangan anaknya minta lepaskan.
Ustazah Dahlia yang berada di dapur segera keluar selepas terdengar jeritan Puan Vanidah. Tangan kanan dia masih terasa sakit. Dia terkejut melihat Karmila serang emaknya sampai jatuh ke lantai dua beranak tu.
"Karmila..!"
Ustazah Dahlia berlari dan dapatkan gadis itu. Dia pegang kepala Karmila dengan tangan kiri yang tidak sakit. Dia membaca beberapa ayat suci Al-Quran. Karmila menjerit kesakitan dan kepanasan. Ustazah Dahlia tak melepaskan dari kepala gadis tersebut. Dia teruskan membaca sehingga membiarkan makhluk yang ada dalam badan tu lemah.
Di belakang Ustazah Dahlia terlihat sosok Pocong dalam posisi baring. Tanpa menyedari, makhluk itu bangun dalam posisi duduk menyandar. Mukanya tak kelihatan ditutup dengan kain kafan. Kepala itu pusing memandang Ustazah Dahlia.
Perlahan-lahan Karmila pengsan lalu tidak sedarkan diri. Ustazah Dahlia mengucap syukur berjaya lemahkan benda yang merasuk.
"Kita bawa dia ke bilik." Ustazah Dahlia menyuruhnya. Puan Vanidah akur. Dia bangun dan memapah, sambil dibantu Ustazah Dahlia. Mereka membawanya naik ke atas walaupun sukar kerana tangan kanan Ustazah Dahlia masih pedih.
+
TANGAN kanan sudah dicuci. Puan Vanidah bantu membalutkan setelah sapu ubat kuning dan minyak gamat. Berharap boleh sembuh telapak tangan dari sakit. Ustazah Dahlia hanya melihat Puan Vanidah balutkan lukanya.
"Nasib baik rumah puan ada first aid. Kalau tidak mesti suami saya bebel." Ustazah Dahlia celoteh, dia ketawa bila teringat suaminya pernah membebel macam arwah mak mertuanya. Walaupun mak mertuanya garang tapi arwah sayang semua anak menantu.
"Ni mesti bebel punya. Percayalah cakap saya kalau dia dah nampak balutan ni." ujar Puan Vanidah, sambil letakkan dengan plaster sendiri. Mata Ustazah Dahlia melilau suasana ruang tamu.
"Sini berapa orang duduk?"
"Kami empat beranak. Yang sulung Karmila. Yang kedua Aiman." Puan Vanidah menjawab.
"Aiman?? Sama nama dengan anak saya. Karmila ni dah pernah kahwin?" soal Ustazah Dahlia, bukan bermaksud dia nak masuk campur. Dia mahu tahu kalau-kalau Karmila pernah berkahwin atau tidak.
"Pernah bertunang tapi belum kahwin. Muka Karmila rosak masa mereka bertunang. Lelakinya tu nak putus dengan Karmila sebab dia tak sanggup tengok muka hodoh." ujar Puan Vanidah, keluhan berat dilepaskan. Rasa simpati pada keluarga ini.
"Takde jodoh Karmila dengan lelaki tu. Macam abang Zain dulu. Hampir putus asa untuk dapatkan saya. Yelah masa saya kenal abang Zain. Dia tak nampak macam yang semua kenal. Abang Zain dulu kuat social dan nakal. Bila dia nak masuk meminang saya. Arwah ayah bentuk abang Zain jadi lelaki Islam untuk masa depan keluarga.
Sampailah sekarang abang Zain yang orang kenal adalah seorang perawat penyakit mangsa kerasukan." Ustazah Dahlia ceritakan tentang hubungan mereka sebelum berkahwin.
"Itu sudah semestinya. Lelaki ni sebelum kahwin ada yang nakal sangat." Puan Vanidah menyokong Ustazah Dahlia.
"Tak mengapalah puan. Saya nak pulang ke rumah sewa dulu. Nanti kalau ada apa-apa masalah. Telefon saja saya." suruh Ustazah Dahlia. Mereka bangun dan pergi ke pintu.
Salam dihulurkan. Mereka sempat berbual sedikit sebelum Ustazah Dahlia lekas pulang ke rumah. Puan Vanidah hanya menghantar dengan pandangan sampai bayangan wanita itu menghilang.
Daun pintu ditolak tutup. Suasana rumah bertukar sunyi tanpa suara berbual tadi. Puan Vanidah berpaling, mendongakkan kepala memandang ke atas. Dia terdengar bunyi seperti seseorang berjalan. Mustahil Karmila kerana anaknya masih pengsan tak sedarkan diri.
"Karmila??"
Tiada sahutan balas dari anaknya. Puan Vanidah berjalan ke arah tangga. Anak tangga dipijak selangkah demi selangkah untuk naik ke atas. Dia memandang atas lama sehingga anak tangga paling atas dia berjaya jejak.
Puan Vanidah jengahkan kepala. Bilik tidur Karmila tertutup. Di hadapan bilik anaknya tu adalah bilik tidur dia dan suami. Puan Vanidah beranikan diri untuk periksa. Daun pintu dibuka perlahan. Karmila masih tidur di atas katil lagi. Puan Vanidah menarik nafas lega. Dia tutup kembali pintu bilik.
Tiba-tiba dia terdengar pintu bilik tidur dia dan suami pula dibuka perlahan. Bunyinya tu sangat ngilu dan meremang. Tanpa dia menyedari, sosok Pocong berdiri dengan tegak semasa pintu dibuka. Benda itu bergerak dalam keadaan terapung menghampiri Puan Vanidah.
Degupan jantung Puan Vanidah bergoncang. Lebih-lebih Pocong itu sudah berdiri di belakangnya. Kedengaran bunyi nafas hembus tengkuknya. Merinding terasa. Puan Vanidah berlahan-lahan berpaling dan terus serta merta pusing kebelakang. Tiada apa-apa di belakangnya. Pintu bilik tidurnya juga ditutup macam biasa.
"Allahuakhbar." ucapnya perlahan. Dia tak mahu fikir perkara-perkara mistik macam ni. Baik dia pergi siapkan makanan tengah hari untuk anaknya balik kerja nanti.
Saya penulis genre seram ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin Selamat membaca untuk chapter 10
Share this novel