MEREKA berkumpul di rumah Ustaz Hanafi. Amin dan bapa mertua sudah ke rumah Aiman untuk periksa keadaan Nazura dan anak-anaknya. Syukurlah takde apa-apa yang berlaku. Ayunie hidangkan minuman untuk mereka minum semasa nak berbincang. Sementara Kirana berada di bilik atas bersama Dilaila.
Ayunie duduk selepas hidangkan minuman. Ustaz Zain minum dahulu untuk hilangkan rasa penat dan dahaga dia. Dia mahu tenangkan fikiran untuk seketika.
"Apa yang nak dibincangkan tu?" soal Ustaz Zain sambil hirup sedikit.
"Begini. Pasal kes yang uncle dengan auntie kendalikan. Sebenarnya saya ada kaji pasal The Ritual Pocong ni. Memang ritual ni mereka gunakan mayat yang sudah dikafankan. Berlaku 70 tahun lalu ada seorang perempuan mengamalkan ilmu The Ritual Pocong ni untuk pelanggan dia nak kekalkan kejelitaan. Mereka diberi minum darah dan tali kafan tu.
Okey, masa mangsa tu nak minumnya. Tali tu telah dibacakan mantra. Tapi bukan sebarang mantra. Dia siap sihirkan sekali perempuan yang nak cantik. Sebab dia tahu perempuan tu akan sedar lama kelamaan apa yang dia buat tu salah. Macam kes budak perempuan yang baru-baru. Semua tu sama dengan apa yang berlaku 70 tahun lalu.
Zaman dahulu ada satu golongan Syaitan betina yang diberi nama Lilith. Lilith inilah syaitan yang telah mengajar ilmu The Ritual Pocong ni. 70 tahun dulu pengamal tu gunakan darah budak kecil atau bayi sebagai makanan untuk Lilith ni." Amin mengulas panjang. Ustaz Zain dan Ustazah Dahlia mengucap panjang.
"Tapi apa kaitan Kirana dengan sihir pocong ni semua??" soal Ustazah Dahlia, masih tak faham kenapa Kirana sejak akhir-akhir ni mengadu pasal mimpi dia menjadi pocong.
"Ada empat yang saya boleh ketengahkan. Yang pertama mungkin mereka mahukan zuriat yang ada pada Kirana. Tapi bila di scan Kirana tak mengandung. Yang kedua, boleh dikatakan mereka nak gunakan Kirana untuk sebarang ritual pemujaan syaitan ni. Sebab wajah Kirana ni cantik rupawan. Dan yang ketiga masa sesi menggali kubur dulu. Kirana ada terserempak atau ternampak perkara tu depan mata dia. Dan yang terakhir, mimpi Kirana adalah petunjuk." ujar Amin mengulasnya dengan penuh teliti.
"Tapi tadi dekat rumah Karmila. Saya nampak ada makhluk tu bernama Zabir. Kata Zabir, memang dia sengaja keluarkan mayat perempuan yang dicuri tali kafan supaya Karmila sering diganggu pocong." Ustazah Dahlia memberitahu.
"Zabir?? Siapa dia tu sayang?" soal Ustaz Zain. Isterinya menggelengkan kepala tak tahu.
"Apa kaitan Mak Esah dengan Zabir ni?" Ustaz Hanafi menyoal.
"Tak tahu. Tapi dari wajahnya tu. Muka dia macam hantu pocong yang terpaling hodoh." jawab Ustazah Dahlia teringat muka Pocong yang wajahnya hitam, bola matanya nak terkeluar. Lidahnya menjelir sampai air liur campur nanah dan darah turut mengalir.
"Selalu orang akan samakan Pontianak ni dengan Pocong. Orang dulu kata Pocong ni macam suami kepada Pontianak. Sebab selalu kemana-mana mesti ada berdua." ujar Ustaz Hanafi. Amin dan Hakim pandang Ustaz Hanafi.
"Rasanya Zabir ni suami kepada Mak Esah. Seorang jadi Pontianak. Seorang lagi jadi Pocong. Tapi kenapa Kirana mereka jadikan mangsa?" soal Hakim masih belum dapat jawapan untuk teka teki ni lagi.
Mereka semua terdiam dan duduk di ruang tamu. Segala topik takde apa nak mereka ceritakan sekarang. Kalau betul Zabir tu ada kena mengena dengan Mak Esah. Bermaksud mereka adalah pasangan suami isteri yang mengamalkan ilmu hitam sesat ni. Tapi untuk tujuan apa mereka amalkan?
++++++
SUDAH sekian lama Karmila tak berjumpa Sophea. Hari ni dia keluar juga kerana Sophea ada menghubungi untuk berjumpa di taman. Karmila sudah tak kerja lagi kerana ketuanya telah terminate dia. Karmila tak kisah asalkan ada rezeki dia yang lain.
Dia sudah sampai di sebuah taman. Dari jauh dia nampak Sophea duduk termenung memandang tasik yang airnya jernih. Karmila turun dari motor dan berjalan ke arah Sophea.
"Assalamualaikum..." Karmila menyapa.
"Waalaikumsalam.." Sophea menjawab dengan senyuman manis.
Tanpa bercakap banyak dia terus peluknya. Betapa rindunya dia pada kawan baiknya tu. Sejak Puan Ana dan Encik Wahid tak izinkan Sophea bertemu Kirana. Perasaan Kirana kosong sehingga dia memikirkan semua dah menjauh. Anak-anak buah tempat kerja lama dia semua dah hilang hubungi.
"Pia, aku nak mintak maaf kalau sebabkan aku. Kau sekeluarga kena kacau." Karmila rasa bersalah sangat-sangat.
"Takde apalah. Lagipun mak aku dah ceritakan perkara sebenar. Bukan kau puncanya tapi ada orang lain." Sophea menceritakan perkara sebenar.
"Aku malu. Semua dha menjauh dari aku sekarang. Paling sakit, aku dah kena terminate oleh ketua aku." Karmila meluahkan perasaan sedih. Sophea peluknya dengan lebih kuat. Dia tepuk-tepuk sikit badan belakang.
"Kau kuat Milah. Kau kuat." Sophea pujuknya pula.
Tidak lama kemudian. Mereka meleraikan pelukan. Tiba-tiba, mereka ketawa tanpa sesiapa buat lawak. Mereka bangun dari tempat duduk dan berjalan sama-sama untuk pergi ke tempat menjual aiskrim. Dah lama mereka tak makan sama-sama.
Karmila menjilat aiskrim berperisa vanilla. Sophea makan aiskrim berperisa coklat. Mereka duduk di tempat duduk yang berhampiran taman permainan di kawasan tasik. Kelihatan budak-budak tengah bermain dan berseronok.
"Kalau tahu makin teruk keadaan. Dari awal aku dah halang kau." kata Sophea menyesal tidak menghalangnya.
"Kau tak bersalah sebenarnya. Aku ni yang terikutkan nafsu nak jadi cantik. Taknak orang hina aku. Tapi, lain pulak jadinya. Makin orang takut dengan aku selepas kes tali pocong tu. Tak pasal-pasal kena buang kerja gara-gara aku kena rasuk.." Karmila meluahkan rasa kesal. Kesal dengan apa yang telah berlaku.
"Tapi kan. Kenapa muka kau masih cantik lagi?? Kau cakap dengan aku yang tali pocong tu dah dimuntahkan kan??" Sophea menyoal bila melihat wajah Karmila langsung tak berubah.
"Itu yang aku pelik. Lepas Ustaz Zain periksa dalam badan aku. Katanya masih ada saki baki sihir yang ada. Aku tak tahu yang Mak Esah tu dah sihirkan aku, bertujuan nak beri aku merana sampai mati." Karmila mengulas. Aiskrim yang di pegangnya di makan sehingga habis.
"Aku tak tahu nak meluahkan macam mana lagi. Apa yang aku harapkan kau kembali sembuh. Sebab aku taknak Karmila yang baru. Aku nak kau yang lama. Lepas benda ni tamat. Aku bawa kau pergi pakar kulit muka. Dapatkan rawatan spa yang betul." Sophea dengan rasa murah hati menawarkan Karmila untuk pergi ke spa.
++++++++
NAZURA berpeluh dalam tidurnya. Dia meracau-racau dan termimpikan sesuatu.
"Pergi! Pergi! Jangan ambil anak aku..!" Nazura meluahkan dalam mimpi, bercakap seorang diri. Dia terus tersedar dari tidur dalam keadaan mengejut.
Tubuhnya bermandi peluh. Menggigil ketakutan. Di dalam mimpinya tadi dia melihat seorabg perempuan berkebaya merah darah menculik Liana dan Aniq. Dia mengucap dua kalimah syahadah dan istighfar banyak-banyak.
"Siapa perempuan tu?? Kenapa anak-anak aku menjadi mangsa?" Nazura menyoal sendiri. Dia turun dari katil.
Dia berjalan melangkah dengan perlahan dan berhati-hati. Pintu biliknya dibuka. Dia mendengar bunyi suara dari tv bawah bersiaran. Hatinya lega pasti anak-anak sedang menonton rancangan animasi. Dia berjalan ke arah tangga. Dia melihat ruang tamu gelap, kecuali cahaya dari tv pancar ke arah suasana yang terkena cahaya itu. Melihat Aniq duduk sendiri di sofa menonton tv.
"Aniq??" Nazura memanggil anaknya.
Dia turun dengan langkah berhati-hati. Dia menghampiri perlahan-lahan ke arah anak lelakinya. Aniq duduk dah macam anak patung pula. Dia hulurkan tangan untuk sentuh. Tangan dia pun menggigil bila nak menyentuh bahu anaknya.
Perlahan-lahan perubahan Aniq bertukar menjadi sesuatu. Tubuh Nazura menggigil sepenuhnya. Kakinya mula lemah sehingga dia jatuh terduduk. Fizikal Aniq mula bertukar kepada bentuk makhluk Pocong. Terbeliak biji mata Nazura melihat makhluk terkutuk itu depan matanya.
"Allah..! A...abang..." tersekat-sekat suaranya nak panggil suami.
Makhluk Pocong itu berpaling. Menayangkan muka yang hitam legam, matanya tersembul keluar. Lidahnya terjelir memanjang. Air liur bercampur darah dan nanah juga mengalir keluar sekali.
Tubuh Nazura terbaring. Dia mahu gerakkan badan tapi tak berjaya. Makhluk Pocong itu mula mendekati dan menukar posisi baring dengan memandang wajah Nazura. Air liur dan darah mengalir sehingga terkena pada wajah Nazura.
Dia mula rasa geli dan hidungnya tertusuk dengan bau yang amat busuk sekali. Tekaknya loya nak melepaskan muntah hijau. Makhluk itu menjilat seluruh tubuhnya. Darah dan nanah ada sedikit termasuk ke dalam mulutnya. Nazura menjerit selepas dia terasa sesuatu yang sungguh meloyakan.
"Mama??" Aniq muncul dan melihat Pocong itu lakukan sesuatu pada emaknya. Makhluk Pocong itu berpaling memandang Aniq.
"Hantu...!!!" Aniq memekik lalu dia berlari naik tangga untuk ke tingkat atas. Makhluk Pocong itu bangkit dan mula mengejar Aniq.
Aniq berlari masuk ke dalam bilik tidur ibubapanya. Dia pergi dapatkan adiknya yang bayi. Liana masih lena dalam buaian. Aniq terus bangunkan adiknya dan dukung. Liana menangis melalak, segera Aniq ambil puting susu dan sumbatkan ke dalam mulut Liana.
Dia berlari ke arah pintu. Baru nak bukakan. Terdengar bunyi derapan kaki seseorang seperti sedang melompat. Aniq terus melilau mencari tempat perlindungan. Dia terpandang almari baju mak ayahnya. Aniq segera berlari ke arah almari itu. Dia dukung adiknya kuat-kuat.
Aniq mengintai dari celah-celah lubang kecil. Pintu bilik mak ayahnya dibuka. Pocong itu berdiri betul-betul depan bilik. Aniq terbeliak melihat. Kali pertama dia tengok hantu Pocong.
Adiknya Liana dia baringkan di atas kain baju yang berlipat sebagai alas tidur. Pocong itu melompat masuk ke dalam bilik. Dia melilau mencari keberadaan Aniq. Hanya kepala saja terpusing sana sini.
Pocong hodoh itu memandang ke arah almari. Badannya segera dipusingkan menghadap almari. Aniq terkejut. Matanya belalak melihat Pocong itu pandang ke arah almari tempat dia bersembunyikan diri.
"Ibu..." hanya mampu dia katakan itu sekarang.
Pocong itu mula terapung pergi ke arah almari disitu. Aniq terus tutup mulutnya dan matanya dipejam rapat.
"Syaitan...!!"
Aniq terkejut dan melihat dari lubang kecil. Kelihatan atuknya hadir bersama Tok Hanafi. Ada pakcik Amin turut berada bersama.
"Kau lepaskan anak menantu dan cucu aku..!!" Ustaz Zain menengkingnya.
"Akan ku bakar kau dengan kepanasan dari Neraka.. Binasalah kau, Zabir!" Amin terus membaca beberapa ayat suci Al-Quran. Dia halakan tangan kanan pada makhluk itu.
Zabir atau lebih dikenali Pocong itu menjerit kesakitan dan kepanasan. Bengang dia bila dia gagal mengganggu keluarga menantu cucu Ustaz Zain. Makhluk itu perlahan-lahan menghilang.
Aniq segera keluar dari almari dengan membawa adiknya, Liana.
"Atuk..!" Aniq panggil atuknya dalam keadaan takut.
"Mari sini sayang. Allahuakhbar, syukurlah cucu tok selamat.." Ustaz Zain terus peluk cucunya. Amin memandang bapa mertuanya. Ustaz Hanafi menyuruh Amin dan Ustaz Zain bawa keluar cucu-cucunya kerana dia nak bersihkan bilik ni dulu.
Maaf di atas kelewatan
Share this novel