Selepas kejadian menyeramkan yang menimpa Encik Amri beberapa hari lepas. Dia mula syak Karmila telah mengambil sesuatu dari benda yang tak sepatutnya. Apa yang diberitahu ustaz pada malam itu. Benda tersebut mahukan semula tali kafan yang telah dicuri oleh keluarganya. Patutlah Encik Amri pelik dengan muka Karmila. Padahal nak dapatkan kulit yang cantik sepenuhnya pun makan masa berbulan. Nak kena jaga pemakanan. Nak kena tidur yang secukupnya. Tak perlu stress baru boleh dapatkan kulit yang menawan. Ini lain, satu hari sahaja anaknya hilang. Balik terus berubah kulit muka.
Dan dia pun sudah jarang nampak Karmila mendirikan solat seperti selalu. Dia banyak mengelakkan diri dan selalu tidur. Isterinya paling tak suka orang yang meninggalkan kewajipan kepada Allah SWT. Kalau anak saudaranya pun dia marah. Inikan pula anak sendiri.
Encik Amri ketika ini sedang duduk santai di luar rumah. Anak-anak sudah ke tempat kerja. Hanya tinggal dia berdua dengan isteri. Encik Amri bangun dan mulakan siasatan dia ke atas bilik Karmila. Dia yakin ada sesuatu yang anak sulungnya sembunyikan.
Bilik Karmila diperiksa bermula di katil. Dia angkat bantal dan meraba bawah bantal tersebut. Tiada apa. Dia periksa bawah katil. Lampu picit dinyalakan. Pun tiada apa-apa. Dia mengalihkan pencarian dia ke arah almari pakaian. Daun pintu almari dibuka luas. Dia terhenti dari mencari. Matanya tertumpu sesuatu putih di sebalik kain baju Karmila yang tergantung. Dia tahu kain itu bukan kain sembarangan. Sebab bila buka saja hidung dia tercium bau tanah kubur.
Mulut Encik Amri terkumat kamit membaca beberapa ayat suci Al-Quran. Kalau sudah kain Pocong kelihatan di dalam. Pasti ada sesuatu yang Karmila menyimpannya.
"Aku tak ganggu kau. Aku cuma nak cari apa yang anak aku simpan. Aku akan tolong kau keluar dari rumah aku." kata Encik Amri kepada makhluk tersebut. Dia tahu makhluk itu datang sebab anak dia sendiri yang menjemput dengan mencuri sesuatu. Sesuatu menyentuh badan Encik Amri menyebabkan lelaki dewasa itu terkejut. Hampir gugur jantungnya.
"Abang buat apa tu?" Puan Vanidah muncul lalu bertanyakan.
Encik Amri bertenang dan jauhkan dari almari itu. Dia perasan kain putih milik Pocong hilang bila isterinya menegur.
"Takde. Awak tak pelik ke dengan kulit wajah anak kita?" tanya Encik Amri yang berfikir isterinya menyedari.
"Pelik juga. Setahu Idah kalau nak dapatkan kulit wajah cantik sepenuhnya. Amalkan pemakanan dan cukup rehat. Itu je." jawab Puan Vanidah. Tapi nadanya seperti tidak mengesyaki apa-apa pada diri Karmila.
"Itu satu. Dan satu lagi saya jarang nampak dia solat." kata Encik Amri. Puan Vanidah terdiam. Ada betul sebenarnya.
Puan Vanidah sebenarnya ada pernah alami sebelum ini. Waktu itu menjelang maghrib dan dia mengaji Al-Quran selepas tunaikan solat Maghrib. Puan Vanidah bersendirian di ruang tamu mengaji. Dia sebenarnya terdengar suara jeritan seperti suara anaknya. Puan Vanidah juga dengar suara anaknya jerit menyebut perkataan diam. Seperti marahkan dia yang sedang mengaji.
Dia abaikan suara itu. Dia tahu Karmila bukan budak yang tak baik. Dia anak yang tak pernah tinggalkan solat. Sedang khusyuk mengaji. Dia perasan ada seseorang di anak tangga. Figura seperti manusia berjantina perempuan. Perlahan-lahan ekor mata Puan Vanidah cuba berpaling. Dan bentuk manusia itu sebijik anaknya. Dia cuba abaikan apa yang dilihat. Sebab dia dari tadi tak dengar bunyi pintu bilik anaknya buka tutup. Dan tidak mendengar bunyi lantai atas.
"Jangan mengaji!" bisik perempuan itu marah. Suaranya seperti Karmila.
Puan Vanidah cuba bertenang. Mulutnya saja berhenti mengaji tapi Al-Quran masih dibuka muka surat. Dia menarik nafas dalam-dalam.
"Kalau kau bukan anak aku. Aku perintahkan kau keluar dari sini. Sebab anak aku orangnya bersolat." kata Puan Vanidah langsung tidak gementar dengan bisikan tersebut.
Dia kembali menyambung bacaan. Matanya sesekali dijeling ke arah tangga. Benda yang menyerupai anaknya kini betul-betul sebelahnya. Puan Vanidah mula risau. Seakan masa terhenti seketika. Dadanya agak berdebar. Hanya terlihat kaki yang menampakkan kerana benda itu berdiri sebelahnya.
Lamunan Puan Vanidah terhenti. Tapi apa yang hendak dicari suaminya dia tak tahu lagi. Dia berharap Karmila tidak melakukan perkara yang syirik untuk dapatkan wajah cantik.
Encik Amri sudah give up dan terus beredar keluar bersama isterinya. Dia tahu Karmila mungkin sudah membawa barang syirik bersamanya.
+++++++
Kediaman rumahnya Ustaz Zain tenang. Kedengaran suara Ustaz Zain berzikir di biliknya selepas menunaikan solat. Kirana dan Hakim datang untuk berjumpa dengan mereka. Ustazah Dahlia dan Kirana keluar dengan membawa dulang berisi teh tarik dan jemput-jemput udang untuk hidangan di waktu petang sebagai alas perut.
"Abang, minum dulu. Ayah masih berzikir lagi rasanya." Kirana mempelawa suaminya minum.
Ustazah Dahlia duduk di sofa empuk. Kirana hulurkan secawan teh tarik hangat pada emaknya. Ustazah Dahlia sambut dengan baik.
"Kirana, telefon ayah semalam kenapa?" tanya Ustazah Dahlia.
"Nantilah dulu mak. Ayah takde lagi." jawab Kirana. Ustazah Dahlia mengangguk faham.
Ustaz Zain yang berada di dalam bilik sudah selesai menunaikan solat, berzikir dan berdoa. Dia mengenakan songkok hitamnya semula. Ustaz Zain melipat semula sejadah dan di simpan dengan teratur dalam almari. Dia bangun untuk turun ke bawah. Tadi semasa berzikir terdengar suara Kirana.
"Ayah, cepatlah turun." panggil Kirana seperti anak kecil yang menanti si ayah.
"Kenapa ni nak?" tanya Ustaz Zain. Hakim bangun dan salam bapa mertuanya.
"Ni kenapa telefon ayah semalam?" tanya Ustaz Zain menghampiri ke arah sofa. Dia pun duduk bersebelahan isterinya. Ustazah Dahlia hulurkan minuman untuk suaminya.
"Minum bang." Ustazah Dahlia pelawa.
"Ayah, Ki ada mimpi yang berulang sebelum ni." Kirana memulakan cerita. Ustaz Zain dan Ustazah Dahlia saling berpandangan. Masih cuba nak fahamkan.
"Ayah tak faham. Cuba Ki terangkan satu-satu." kata Ustaz Zain.
"Ki belum story lagi. Sabarlah ayah." jawab Kirana yang baru nak masuk perenggan cerita.
"Macam ni. Sebelum ni Ki ada bermimpi seorang perempuan minta tolong. Dia kata dia lemas dalam kurungan Iblis. Ki nampak perempuan tu kulit mukanya tak berapa lawa. Berjerawat dan berminyak. Dan dia berada dalam satu ruang yang gelap dan tiada apa-apa disitu.
Ki cuba bantu tapi tak boleh sebab benda tu halusinasi dalam mimpi Ki. Tapi dia kata dia nak patahkan perjanjian ini dengan Mak Esah dan Kuntum. Katanya lagi dua orang tu bukan manusia tapi perempuan mati beranak. Puntianak katakan.
Perempuan tu kata lagi dia dah takut bila keliling dia diperhatikan oleh makhluk berbungkus kafan. Pocong katanya. Dia nak patahkan perjanjian ini dan minta Mak Esah dan Kuntum tarik semula. Tapi terlambat sebab dua tu Puntianak." Kirana menceritakan apa yang berada dalam mimpinya.
"Ki mimpi benda tu berulang kali?" tanya Ustazah Dahlia. Kirana mengangguk.
Ustazah Dahlia berpaling memandang suaminya. Ustaz Zain menghela nafas. Tapi baginya dia sudah biasa. Terbiasa dengan mengubat orang yang kena rasuk. Dan gangguan-gangguan ini. Dia dan Ustaz Hanafi sudah masak dengan kejadian yang menyeramkan.
+++++++
Di kawasan lain. Dilaila bersama suaminya Amin membeli air TEALIVE untuk menyejukkan badan dan hilangkan ngidam. Dilaila teringin nak benda-benda yang manis untuk tekaknya. Bahunya disapa. Dilaila berpaling. Rupanya Karmila yang menegur.
"Hai kak. Kenal lagi tak saya?" tanya Karmila. Ketika ini dia sudah pun pulang dari tempat kerja.
"Kamu ni yang bergaduh dengan kawan baik kamu kan? Sophea nama dia kan?" tanya Dilaila teringat kejadian beberapa hari yang lepas.
"Ya kak. Tapi saya dah tak macam dulu. Kulit pun dah tak rosak." kata Karmila menyentuh wajahnya. Dilaila pun pegun melihat Karmila yang baru.
"Cantik kulit ni." puji Dilaila menyentuh wajah Karmila.
Amin yang berada di sebelah isterinya membaca sesuatu seperti ayat suci Al-Quran. Terkejut dia bila yang di depan isterinya bukan Karmila si cantik manis. Tapi perempuan berkebaya merah dengan mukanya hitam dan hodoh sekali. Mata perempuan kebaya merah itu menjeling Amin dengan marah.
"Perempuan ni bukan cantik semulajadi. Tapi cantik yang dibantu oleh perkara syirik." bisik hati Amin perlahan.
Dilaila masih gelak-gelak dan berbual dengan Karmila. Amin diam membisu sambil memegang dua minuman TEALIVE. Karmila pegang perutnya Dilaila. Entah kenapa bau darah perempuan mengadung ini begitu harum sekali. Karmila tiba-tiba mengidam darah perempuan mengandung. Dia tahu bukan dia mengidam tapi aura kecantikan ini yang mengidam.
"Maaf ya. Kami kena gerak dulu. Nanti jumpa lagi." kata Amin yang sudah perasan Karmila pegang perut isterinya dalam keadaan nafsu minum darah.
"Ha yelah. Terima kasih dapat luangkan masa walaupun sekejap." kata Karmila entah kenapa hampa. Sedangkan dia tidak berniat nak apa-apakan Dilaila.
Amin terus membawa isterinya pergi dari sini. Mereka bergegas masuk ke dalam kereta. Amin kuncikan pintu dan cepat-cepat membuka enjin kereta. Dilaila hairan kenapa suaminya tampak tergesa. Matanya dari tadi memandang cermin pandang belakang. Raut muka suaminya tampak marahkan sesuatu. Merenung tajam ke arah benda yang tak sepatutnya.
"Abang kenapa ni?" tanya Dilaila. Dia memasang tali pinggang keledar.
"Nanti abang cerita. Sekarang tak boleh. Dia ada disini." kata Amin. Dia pandang isterinya dan perut mengandung tu. Dia tahu pontianak hendakkan anak dalam perut Dilaila.
Suaminya itu bukanlah orang sembarangan lelaki. Dia mempunyai ilmu seni silat. Dan juga sudah hampir 10 kali khatam Al-Quran sebelum kahwin lagi. Dilaila tak pelik kalau suaminya boleh nampak apa yang dia tak nampak. Kali terakhir Dilaila nampak selepas berjumpa arwah ayahnya, Luqman.
Karmila keluar dari kedai TEALIVE dalam keadaan marah. Dia bukan marahkan pasangan suami isteri itu. Tapi marahkan benda yang berada di dalam badannya sehingga dia tiba-tiba ada ketagihan darah.
"Aku tahu kau puntianak. Aura kecantikan yang ada dalam badan aku sebenarnya puntianak. Kau munculkan diri kau!" suruh Karmila. Dia menunggu dengan penuh sabar. Matanya sudah menampakkan marah. Raut wajahnya juga bengis sekarang.
Muncul Mak Esah duduk sopan di salah satu batu tepi jalan. Memandang Karmila seperti takde rasa bersalah. Hanya senyuman terukir dibibir.
"Engkau kalau ketagih darah perempuan mengandung kau punya pasal! Tapi jangan melibatkan aku! Dan satu amaran untuk kau! Jangan ganggu mereka! Aku tahu kau nampak suaminya bukan sembarangan orang kan??" tanya Karmila menebak. Membuatkan Mak Esah tersentap.
Sebenarnya Karmila ada beri isyarat S.O.S dekat suaminya Dilaila tadi. Dalam pada mereka berbual. Sesekali Karmila berpaling memandang Amin yang sedang berkumat kamit membaca ayat suci. Hati Karmila meronta minta Amin bantu dia patahkan perjanjian. Dan tiba-tiba disitulah dia dengan rasa ketagihan darah mengandung Dilaila. Matanya berkelip tiga kali berikan isyarat pada Amin supaya bawa Karmila balik.
Sebenarnya semasa di dalam kedai. Karmila tidak berpaling memandang mereka. Sebaliknya pesan minuman. Apa yang di lihat Amin bukan Karmila tapi Mak Esah tadi yang memandang tajam ke arah Amin. Selepas itu barulah Karmila keluar untuk berunding dengan Mak Esah.
Minta maaf untuk chapter 7 dan chapter 8 yang sama.
Share this novel