Ratu Lilith mengarahkan bala tentera dari kalangan pengikut manusia berjubah hitam. Kirana tumbuk dan cucuk mata Pontianak Esah dengan dua jarinya. Makhluk terkutuk itu menjerit kesakitan.
"Tahu pun kau rasa sakit!" Kirana yang naik geram terus tendang Pontianak itu jatuh.
Aiman segera menarik tangan Nazura pergi. Isterinya ikut saja sambil peluk anaknya. Aniq masih tak berhenti menangis sebab takut. Hakim lari mendapatkan adik iparnya. Kelihatan tiga makhluk Pocong melompat dan berdiri depan Hakim. Mereka menghalangnya.
"Allahuakhbar...!!"
Hakim melaungkan nama Allah. Dia tolak ketiga-tiga makhluk Pocong itu sehingga jatuh. Segera membantu keluarga iparnya dan membawa lari. Ustazah Dahlia dan Ustaz Zain sambutnya. Betapa risaunya mereka ibubapa terhadap anak dan menantu, termasuk dua cucunya.
Shazlan tidak nampak kelibat seseorang disitu. Sophea nampak Karmila bergelut dengan Johari. Dia segera melangkah seribu untuk membantu kawan baiknya. Puan Vanidah dan Encik Amri panggil pun tidak dilayan. Suasana bertambah kacau apabila beberapa makhluk Pocong melompat ke arah Sophea. Encik Amri dan Puan Vanidah segera mengejar dari arah belakang.
Ratu Lilith turun dari tempat duduk takhtanya. Amin terus mengatur langkah untuk berhadapan dengan Ratu Lilith itu sendiri. Shazlan mengikut dari belakang untuk membantu. Mulutnya tidak berhenti dari membaca zikir.
Muncul dua ekor harimau bewarna putih mengikut Amin pergi ke arah Ratu syaitan itu. Shazlan kali ini tidak gentar. Dia tahu harimau ni adalah milik Amin. Dua makhluk inilah yang jaga rumah Amin. Makanan yang diberi adalah surah Al-Fatihah.
"Binasa kau wahai manusia..!" Ratu Lilith melaungkan seruan. Mantera sihir dibaca.
Gelombang kepulan asap berkumpul di kawasan Ratu Lilith berdiri. Amin langsung tak gentar dan tak takut dengan kepulan asap yang negatif. Bibir Amin dibasahkan dengan zikir. Muncul beberapa ekor ular tedung hitam. Panjangnya 15 kaki. Dia menjalar berkumpulan untuk menyerang. Shazlan dah mula rasa seram melihat ular-ular itu.
Harimau putih milik Amin mendahului dengan mengaum pada ular. Mata kedua-dua ekor harimau putih bercahaya. Amin melaungkan azan dengan kuat di situ. Shazlan gayakan langkah dan membaca beberapa ayat. Dia kunci pergerakan Ratu Lilith.
"Sakit...!!"
"Kuat betul betina ni.." Shazlan mengomel sambil menekan kunci pergerakan.
++++++
Ustaz Hanafi dan Ustaz Firdaus tak nampak kelibatnya Zabir. Mereka hanya melihat Ustaz Zain dan Ustazah Dahlia risaukan keadaan Aiman sekeluarga. Nazura berpaling ke arah sesuatu di belakang Ustaz Hanafi. Matanya berubah seperti takutkan sesuatu.
Mulut dua Ustaz itu berkumat kamit. Mereka dapat baca pergerakan mata Nazura seperti memberitahu sesuatu. Mereka segera berpusing kebelakang sambil menyeru nama Allah SWT dengan laungkan kuat. Telapak tangan mereka menyentuh tubuh Zabir yang menjelma Pocong paling hodoh itu. Ustaz Firdaus membaca ayat. Ustaz Hanafi turut membaca sekali. Zabir melaung kesakitan yang luar biasa.
Ustazah Dahlia keluarkan kotak yang berisi tali pocong itu. Tiba-tiba bunyi letupan kuat dari dalam kotak itu. Dia terkejut sampai mencampakkan kotak tersebut. Penutupnya terbuka dengan sendiri. Tali pocong itu terbakar dan hangus.
Johari berjaya tendang Karmila. Tapi, tubuh Johari ditahan Sophea dan Encik Amri. Sophea belasah lelaki pengkhianat itu dengan marah sekali. Wajah Karmila perlahan-lahan berubah dari cantik kepada rupa asalnya. Karmila sentuh mukanya, segala jerawatnya kembali. Dia senyum apabila sihir itu telah keluar.
Tubuh Zabir terbakar dan bercahaya bewarna jingga seperti rupa api. Ustaz Hanafi dan Ustaz Firdaus berundur. Pocong terpaling hodoh itu meletup dan hilang begitu. Ustaz Zain segera bangun untuk mendapatkan Kirana yang lari ke arahnya. Hakim mengikut ayah mertuanya mendapatkan isteri.
Encik Amri menarik tangan isteri dan anaknya pergi. Sophea mengikut dari belakang. Mereka segera berkumpul di tempat yang mula-mula tadi.
Amin dan Shazlan patahkan serangan Ratu Lilith dengan beberapa surah lazim. Beberapa kepulan asap seperti bentuk roh berterbangan. Begitu banyak makhluk-makhluk Pocong hilang dan berubah kepada bentuk asap. Mereka semua terbang ke arah Ratu Lilith.
"Sihir memakan diri. Shaz, undur!" Amin menyuruh Shazlan berundur. Mereka berdua melarikan diri untuk keluar dari kawasan tanah lapang. Dua harimau putih hilang begitu saja.
Mereka semua melihat dan menjadi saksi sihir Pocong itu telah memakan tuannya semula. Roh Pontianak juga berubah kepada bentuk asap. Dan terbang melayang ke arah Ratu Lilith. Satu persatu merasuk tubuh Ratu Lilith tanpa henti sehingga kembung dan terus meletup.
Semua menarik nafas. Suasana tanah lapang kembali sunyi. Manusia yang menjadi pengikut semua tersedar dengan sendiri. Mereka terpinga-pinga macam pertama kali melihat suasana.
"Mereka semua rupanya kena pukau." kata Sophea melihat manusia berjubah hitam semuanya macam baru sedar.
Johari pun bangun dalam keadaan sakit kepala. Dia terkejut seakan tak percaya yang dia bersama kaumnya telah dikalahkan. Dia berpaling kebelakang. Karmila muncul lalu tumbuk muka Johari sehingga pengsan.
+++++++
Hari berganti hari. Karmila sudah mendapatkan rawatan wajah yang betul. Dia kini sudah rajin pergi ke pusat kecantikan. Dia tak kisah muka jerawatnya lambat pulih. Asalkan dia gunakan kaedah yang betul dan tidak syirik lagi.
Karmila sudah berjaya dapat pekerjaan yang baru. Kali ini dia dibayar dengan gaji yang lumayan, tidak seperti pekerjaan lama dia dulu. Bekas teman lelakinya sudah ditahan polis untuk siasatan lanjut. Khabarnya akan dikenakan hukuman penjara 50 tahun. Disabitkan kesalahan bersekongkol dengan Iblis sehingga jauh dari landasan Islam. Karmila berdoa semoga Johari bertaubat di dalam penjara.
Ustaz Zain duduk mengopi. Hatinya lega selepas berjaya mengalahkan kumpulan ajaran sesat yang dibawa oleh golongan sihir. Memang kali ini gangguan yang terpaling besar dan seram dalam sejarah keluarga mereka. Syukur ada Amin dan Shazlan bantu mematahkan serangan sihir itu.
Ustazah Dahlia menghampiri suaminya. Dia baru selesaikan kerja mengemas di dapur. Bibirnya tersenyum bahagia. Ustaz Zain toleh. Hairan tengok isterinya tiba-tiba senyum dah kenapa?
"Kenapa?" Ustaz Zain menyoal.
"Kirana mengandung." Ustazah Dahlia memberitahu. Ustaz Zain terus tersentak dan terkejut.
"Betul ke ni??" soalnya. Dia yang terlebih-lebih gembira. Ustazah Dahlia mengangguk.
"Tadi dia call cakap. Mama, Ki mengandung." kata Ustazah Dahlia sempat ajuk Kirana cakap.
"Alhamdulillah hirabbil alaminn.. Allahuakhbar, kita bakal dapat cucu lagi.." Ustaz Zain mengucap syukur ke hadrat Allah SWT.
++++++
TIGA BULAN KEMUDIAN...
Wajah Karmila semakin lama semakin pulih sepenuhnya. Dia sudah mendapat nasihat doktor untuk berhenti dari memakai barangan produk kecantikan yang bukan-bukan. Dengan mengikut nasihat dan rajin menjaga muka. Kulit Karmila sekarang jauh lebih cantik sewaktu dia menggunakan tali pocong itu.
Dia pun sudah rajin solat semula selepas sekian lama tinggalkan. Dan disebabkan itulah dia diganggu sehingga meleret terkena pada semua orang. Badi itu telah menyerang orang lain. Yang hampir kehilangan nyawa Aniq dan Liana.
Puan Vanifah membawa gelas minuman untuk tetamu yang datang. Ustazah Dahlia dan Ayunie datang melawat Karmila sekarang. Kali ini dah nampak Karmila lebih confident berbanding masa mula-mula jumpa dulu.
"Wajah kali ni auntie tengok jauh lebih cantik dari masa gunakan susuk tu." Ayunie memujinya. Karmila malu-malu terkena pujian yang bagaikan melantun tinggi.
"Betul ke ni??" soal Karmila.
"Betullah. Ingat auntie main-main?" soal Ayunie seraya mengusik.
Mereka ketawa mengekek setelah Ayunie mengusiknya dengan sedikit jenaka. Ini yang Karmila mahukan sebenarnya. Hidup dengan suasana yang normal. Dapat juga dia belajar betapa berdosanya bila memakai susuk terutama susuk tali pocong tu.
KARMILA keluarkan telefon bimbit. Sementara emaknya melayan dua tetamu. Dia buka aplikasi yang isi kandungan cerita-cerita novel. Dia mula membaca cerita cinta di situ.
Meow~
Karmila tersentak apabila terdengar bunyi kucing mengeow. Setahu dia, rumah ni dah lama takde kucing. Kali terakhir membelanya sudah tiga tahun lalu. Kucingnya tu mati kena racun membuatkan dia sekeluarga trauma nak membela lagi.
Karmila pandang pintu utama. Kelihatan seekor kucing hitam duduk depan pintu. Sedikit pun tidak berganjak masuk ke dalam. Karmila bangun dan menghampiri kucing tersebut. Anehnya, kucing tu tak lari bila Karmila mendekat.
Ustazah Dahlia dan Ayunie berpaling ke arah pintu utama. Ustazah Dahlia pun bangun nak tengok juga.
"Cantiknya kucing tu.." Ayunie memuji. Tapi, Ustazah Dahlia diam saja. Hanya melihat Karmila dukungnya.
"Macam ada sesuatu..." gumam Ustazah Dahlia perlahan.
Kucing hitam itu perlahan-lahan berpaling ke arah Ustazah Dahlia. Matanya bertukar kemerahan. Hanya boleh di lihat oleh dia seorang saja. Mata merah itu seakan memberikan satu gambaran pada Ustazah Dahlia.
"Kucing hitam ni bukan sembarangan. Dia meminta tolong pada saya. Dia mahu hentikan keganasan roh seorang kanak-kanak di dalam boneka." kata Ustazah Dahlia, semua turut terkejut mendengar.
"Biar betul??" soal Karmila terkejut. Dia pandang kucing hitam dalam dakapan.
Kucing Hitam nak membawa pembaca ke novel seterusnya berjudul "I CAN SEE YOU"
-TAMAT-
Share this novel