Pada keesokan hari. Karmila termenung bersendirian selepas kerja-kerjanya telah selesai. Menanti jam 3 petang untuk pulang ke rumah. Berkenaan kejadian semalam buatkan dia takut mendengar. Tapi dia pelik bila tanya diri sendiri. Dia benar-benar mendengar suara perempuan menyebut 'aku' tadi. Karmila tak mahu fikirkan perkara yang bukan-bukan. Lebih baik dia fokuskan dengan kerja dan habis kerja terus balik.
Dia keluarkan telefon bimbit. Wallpapernya terpapar gambar dia dan Sophea. Dia pula terpaksa menutup wajah supaya tak mahu cemarkan gambar cantik Sophea. Dia malu nak bergambar dengan muka hodoh berjerawat dan berminyak. Terimbas kejadian petang semalam. Nampak sangat Sophea hilang selera bila nak makan akan berhadapan dengan dia.
"Maafkan aku Pia. Aku cuba nak cantikkan semula kulit aku. Tapi banyak yang tak boleh dipakai." Karmila meluahkan sendiri. Tapi dia yakin Sophea pasti tak kisah dengan dia sekarang. Dia pun tak kisah kalau Sophea nak cari kawan baik yang baru.
Baru teringat dia ada membawa kad misteri itu. Dia memandang kad tersebut. Tertera nama Mak Esah yang disebutkan dalam kad. Anehnya. Kenapa guna nama gelaran? Nama penuhnya apa? Karmila berkata dalam hati.
+++++++
Sementara di tempat lain. Sophea duduk di katil termenung sendirian. Dia sebenarnya tak berniat nak sakitkan hati Karmila. Karmila sudah banyak membantu dia dari segi wang ringgit. Pernah dia nak membeli krim muka tapi duit tidak mencukupi. Terpaksa dia berhutang dengan Karmila untuk dapatkan krim tersebut. Cuma dia terkilan bila semalam dia sudah goreskan hati Karmila.
Daun pintu bilik dibuka. Si adik kecil usia 10 tahun membuka pintu. Nampak kakaknya termenung sendirian.
"Kakak buat apa tu?" Syaza bertanya sambil memegang tombol pintu.
Sophea cepat-cepat mengelap airmata. Dia memandang adiknya lalu senyum.
"Takde apa. Ni kakak ada belikan kamera baru." Sophea memberitahunya. Syaza melangkah masuk ke dalam dan mendekati kakaknya.
"Bukan birthday adik dah lepas ke?" tanya Syaza memandang kakaknya.
"Sebelum ni kakak lupa nak bagi gift. Ni kakak belikan kira late gift lah. Siap ada monopod lagi." kata Sophea lalu hulurkan kotak hadiah itu.
"Terima kasih." Syaza mengambilnya dan membuka pembalut hadiah. Sah! Hadiah kamera kakaknya belikan.
Syaza terus masukkan bateri untuk mencubanya. Sophea perhatikan saja kelakuan adiknya itu. Syaza sibuk periksa batang monopod dan meletakkan di sebelahnya. Dia picit butang on dan kamera hidup. Syaza terus mengambil muka kakaknya. Sophea senyum bila adiknya ambil gambar dia.
"Kakak, terima kasih tau. Adik nak main dengan kamera ni." kata Syaza lalu turun dari katil dan membawa kamera itu pergi.
Sophea kemaskan katilnya yang penuh sampah pembalut hadiah tadi. Dia buangkan ke dalam tong sampah di sebelah meja soleknya. Monopod adiknya tidak di ambil. Dia mengeluh halus. Terpaksa simpankan di bawah laci meja. Telefon bimbitnya berdering menandakan ada pesanan ringkas datang. Dia buka aplikasi Whatsapp. Tertera nama Karmila yang mesej dia. Sophea buka mesej itu.
"Pia, aku nak jumpa kau petang ni. Ada benda aku nak tunjuk."
Sophea menutup semula telefon dan terus bergegas turun dari katil untuk bersiap-siap. Dia yakin Karmila pasti ada masalah. Mesti ada orang mengejek dan hina dia. Biasanya Karmila akan memanggil Sophea untuk meluahkan.
+++++++
Beberapa ketika kemudian di sebuah kafe. Sophea mengambil kad seperti pengenalan itu dan membaca tulisan di belakangnya. Apa yang menghairankan pada kad ini. Orang tu hanya menulis nama ringkas iaitu Mak Esah. Tapi tak tertera nombor telefon pun. Hanya alamatnya sahaja sebagai tempat yang Karmila perlu pergi.
"Mak Esah? Kau ni biar betul Mila?" tanya Sophea dengan raut wajahnya seperti tak berkenan dengan kad itu.
"Kau rasa aku nak kena pergi ke tak?" tanya Karmila minta pendapat Sophea.
"Aku tak rasa orang tu wujud. Sedangkan di luar banyak spa-spa kecantikan. Ni dengan takde nombor telefon. Dibuatnya sesat karang macam mana." kata Sophea membuatkan Karmila berat untuk pergi. Tapi dia lebih fikirkan mukanya yang semakin teruk dan rosak. Penuh jerawat dan ketulan jerawat batu yang sudah masak dan ada putih seperti nanah.
"Aku penat kena hina. Aku tahu kau sebenarnya geli nak duduk dengan aku. Sebab tu semalam kau taknak makan. Sebab hadap muka aku." Karmila mula meluahkan. Sophea pula sentap bila diberitahu begitu.
"Mila, aku takde pun niat nak hina. Kau dah banyak sangat tolong aku dari segi wang ringgit." kata Sophea cuba memujuk Karmila.
"Aku sedar aku ni siapa, Pia. Kau geli nak kawan dengan aku sebab aku hodoh." Karmila tetap mengungkit buatkan Sophea pula naik marah.
"Karmila!!!" Sophea menjerit buatkan pelanggan kafe memandang ke arah mereka. Karmila pun terkejut bila Sophea mula menjerit ke arahnya.
"Kalau kau kata aku hina kau sebabkan semalam! Kau salah! Kalau betul aku geli nak berkawan dengan kau!! Sejak muka kau mula-mula rosak lagi aku dah berambus dari hidup kau!! Tapi aku tak pergi sebab aku masih sayang kau sebagai kawan aku!! Takkan sebabkan semalam kau terus down??!! Lebih baik tak payah jumpa!! Kau hiduplah macam sekarang ni!" Sophea melepaskan kemarahan. Seorang perempuan menghampiri Karmila dan Sophea.
"Kenapa ni gaduh-gaduh?" wanita itu bertanya.
"Ni perempuan ni tuduh saya hina dia!" jawab Sophea lalu berpeluk tubuh memandang ke tempat lain. Karmila pula menunduk malu.
"Sudahlah. Tak manis bergaduh depan khalayak ramai. Kita jangan jatuhkan martabat kita sebagai kaum hawa." perempuan itu cuba memujuk mereka berdua.
"Kakak ni siapa?" tanya Sophea dengan pertanyaan yang agak kasar kerana masih lagi dalam kemarahan.
"Dilaila." jawab perempuan itu.
Karmila berasa malu. Dia terus mencapai beg tangan. Kad misteri tadi dicapai dan membawanya sekali. Dilaila pun perasan pasal kad yang dipegang Karmila itu. Dia memandang Karmila yang sudah keluar dari kafe. Matanya beralih memandang Sophea. Perempuan itu masih lagi berkeras hati dan panasnya tidak reda.
"Nama kamu siapa?" Dilaila bertanya serius.
"Sophea." jawab Sophea malas.
"Balik rumah. Ambil wudhuk. Tak elok marah-marah. Sifat marah sifat Syaitan." Dilaila menyuruhnya balik dengan nada yang agak tegas.
Sophea melepaskan keluhan berat. Dia menyambar beg tangannya lalu bangun dan beredar pergi. Dilaila menggelengkan kepalanya. Dia terus ke meja makannya bersama suami.
+++++++
Dilaila pulang ke rumah ibubapanya bersama suami, Amin. Dilaila pegang perutnya yang mengandung sekarang. Amin salam tangan emak dan ayah mertuanya.
"Ni kamu kenapa tiba-tiba datang kemari?" tanya Ayunie memandang anak perempuannya.
"Takde apa ibu. Saja nak manja-manja." Dilaila menjawab sambil peluk ibunya.
"Takde ibu. Sebenarnya Laila ni nak mengadu. Tadi dekat kedai kafe yang kami makan ada pergaduhan." Amin pecahkan tembelang. Dilaila berpaling dan mengecilkan mata.
"Gaduh pasal apa?" tanya Ayunie. Amin melepaskan keluhan ringan.
"Tadi ada dua perempuan gaduh. Macam ada pertengkaran yang salah faham. Perempuan yang muka cantik manis tu Sophea namanya. Yang sorang lagi tu Laila tak kenal. Sebab nampak dia tergesa-gesa. Tapi yang membingungkan Laila. Dia ambil kad macam kad business. Laila tak pasti tu kad apa tapi sesuatu yang sangat mencurigakan." Dilaila mengadu. Ayunie dan Hanafi mendengar cerita anak mereka.
"Kad apa tu?" tanya Ayunie. Dilaila mengangkat kedua bahunya.
"Mungkin adalah tu yang mereka gaduh." Hanafi cuba berfikiran terbuka dan tak mahu negativekan minda.
"Mungkinlah. Tapi entahlah Laila rasa sesuatu sangat dengan kad tu." kata Dilaila masih tak berhenti dari menyebut kad yang Karmila pegang itu.
"Mungkin tu kad business." Hanafi tetap dengan ketenangan dan fikiran yang luas. Dia tak mahu sempitkan minda dengan perkara-pekara yang tak baik.
+++++++
Karmila duduk termenung di kerusi menghadap cermin solek. Memandang wajahnya yang penuh berjerawat dan kelihatan hodoh itu. Karmila mula menangis dan terlalu koyak. Mengenangkan nasib dirinya bila kehilangan kawan baik. Dia mengangkat muka memandang cermin.
"Kau bodoh Mila! Sudah ada kawan baik tapi kau persoalkan benda tak masuk akal! Bodoh kau Mila!!" Karmila memarahkan dirinya sendiri. Pipinya ditampar beberapa kali melepaskan marah.
Karmila terpandang kad misteri dari Mak Esah tu. Dia ingat semula apa yang diberitahu Sophea. Kawannya itu kata jangan pergi sebab tak cukup lengkap. Nombor telefon pun tak tertera dalam kad.
"Perlu ke aku pergi sana?" Karmila bertanya pada dirinya sendiri. Fikiran dia bercelaru sekarang. Dia kini ada dua pilihan. Sama ada terus berkekalan begini atau pergi dan hidupnya bakal berubah?
Tanpa disedari. Di luar tingkap biliknya susuk perempuan berjubah hitam. Kepalanya ditutup hud. Dia berada dalam keadaan terapung dan memandang ke arah Karmila.
Terima Kasih kerana membaca. Teruskan menyokong
Share this novel