Pada keesokan harinya. Karmila masuk ke tempat kerja. Pekerja-pekerjanya melopong melihat perubahan penuh pada wajah Karmila. Mereka pun sudah mula nak mendekati Karmila untuk sesi temu bual. Tak sangka dalam sehari sahaja wajah Karmila berubah sepenuhnya.
"Kak Mila, bagitahulah apa rahsia dia?" tanya Siti ingin tahu.
"Betul tu. Ni kalau Abang Joe nampak mesti dia nak getback." kata Zana buatkan Karmila yang senyum tadi kini hambar.
"Kakak dah benci dekat Abang Joe ke? Kalau dulu bukan main rapat lagi." tambah Siti menyokong Zana. Karmila berpaling memandang komputer kerjanya.
Dia masih ingat lagi bagaimana dirinya dihina oleh insan yang bakal menjadi tunangnya. Joe telah memalukan dia dikhalayak ramai setelah wajahnya lama kelamaan menjadi rosak. Penuh jerawat dan berminyak.
"Kakak rasa kakak dengan dia dah takde jodoh. Lagipun dia dah ada Suzy. Biarlah mereka berdua tu." jawab Karmila tak mahu simpan kenangan pahit itu.
"Kak Milah, setiap manusia ni ada kesilapan. Mungkin ada hikmah kenapa abang Joe putus dengan akak. Dan kenapa kakak pula sudah tak mahu memandang muka abang Joe. Masing-masing ada hikmah yang tersendiri." Rais beri pendapat yang positive membuatkan Karmila menerima nasihat itu.
+++++++
Karmila makan sendirian di sebuah kafe yang biasa dia dan Sophea makan selalu. Dia perasan banyak mata-mata memandang ke arahnya. Mereka seperti tak percaya perubahan pada wajah Karmila itu. Terutama pekerja dan pelayan di kafe berkenaan.
Karmila mengangkat kepala. Dia nampak pasangan yang pernah buat muka jijik semasa dia hodoh pun ada. Karmila jeling ketempat lain. Dia perasan pasangan itu memandangnya tak berkelip. Karmila mula buat muka berlagaknya.
"Milah??" Karmila mengangkat kepala. Dia terkejut bila Sophea yang menyapanya.
Karmila mula rasa bersalah tempoh hari setelah membuat Sophea jadi marah padanya. Sophea terus duduk dan matanya tak berkelip dari melihat wajah Karmila.
"Cantiknya kau. Spa mana kau pergi?" tanya Sophea teringin sekali nak tahu.
Karmila pandang kanan kiri untuk pastikan tiada sesiapa yang berada berdekatan mereka. Karmila keluarkan sesuatu dari poket seluar. Dia meletakkan kad misteri itu di atas meja lalu ditolak ke arah Sophea. Kawan baiknya itu terkejut dan melihat kad itu.
"Kau jangan cakap dengan aku kau jumpa Mak Esah pelik tu." kata Sophea nada serius. Karmila menelan liurnya. Memang dia pergi jumpa Mak Esah.
"Milah, dari mata kau ni aku boleh tahu kau sudah jumpa dia." Sophea tebak dengan tepat.
"Aku terpaksa Pia. Aku taknak orang pandang jijik dekat aku. Aku taknak fikir buruk pasal kau lagi macam kelmarin. Cukuplah aku kehilangan ramai kawan. Aku takut kehilangan kau." jawab Karmila mula menunjukkan airmuka sedihnya.
"Milah, kau tak hodoh. Cuma kau belum jumpa penawar yang tepat untuk baikkan semula rupa paras kau." Sophea memujuknya. Karmila mengesat airmata.
"Takpelah Pia. Janji aku tak buatkan kau geli nak makan bila hadap aku. Terima kasih Pia sudi jadi kawan baik aku selamanya." kata Karmila lalu mengulum senyuman manis. Sophea pun membalas senyuman. Sophea terus buka telefon bimbit dan membalas mesej.
Karmila sempat jeling pasangan di meja sebelah itu tanpa Sophea perasan. Dia buat muka jijik melihat pasangan yang selalu hina dia dengan riak muka jijik. Kini, dia membalas semula perbuatan mereka dengan menayangkan muka jijiknya pula.
+++++++
RUMAH USTAZ ZAIN
Kirana masuk ke dalam bilik stor yang emak dan ayahnya gunakan untuk menyimpan khazanah lama tentang mistik dan misteri. Teringat kejadian kawan baiknya Masha menyentuh kotak kaca yang menyimpan patung paling berpuaka dahulu kala. Patung yang namanya sangat disukai kanak-kanak. Kini, nama patung itu dari keseronokan menjadi suatu nama yang menyeramkan. Itulah Pinocchio.
Hakim pun masuk sekali. Mulutnya sudah membaca kumat kamit ayat suci Al-Quran. Dia dapat rasa aura iblis yang telah dikurung di dalam bilik stor ini. Hakim pun pertama kali melihat patung Pinocchio itu.
"Patung inilah yang telah menyebabkan auntie Ayunie kehilangan suami. Daniel dan Dilaila kehilangan ayah. Dan patung ini telah menyebabkan kecederaan pada anak angkat Ustazah Sanna, Alia namanya. Dan patung ini juga penyebab saya dan Dilaila bakal kehilangan kawan kami. Kawan saya Masha dulu buka kunci pintu ni sebab dia nak tengok apa yang ada. Dan dia terlupa untuk menguncinya semula. Sebab tu kami tiga orang masa tu kena gangguan teruk." Kirana menceritakan semula bagaimana nasib dia, Dilaila dan Masha berdepan detik cemas berlawan dengan puaka di dalam patung itu.
"Pernah tak ayah atau mak tanya puaka dalam ni. Kenapa dia ganggu manusia sampai menyebabkan kehilangan?" tanya Hakim ingin tahu.
"Pemilik patung asal ni bernama Helmi. Dia seorang pelakon pinocchio sehingga satu hari. Dia telah dianiaya oleh nenek moyang sebelah ayah. Helmi diculik dan telah dibunuh kerana iri hati nenek moyang sebelah ayah kuat. Sebenarnya dulu ada seorang budak lelaki ni nak jadi pelakon seperti si Helmi. Tapi populariti dia tidak setanding Helmi menyebabkan dia ingin balas dendam dan menyuruh keluarganya untuk tangkap dan bunuh.
Ayah kata budak lelaki yang bersaing dengan Helmi ni anak manja. Sebab tu keluarganya ikut saja suruhan budak lelaki tu. Ayah terpaksa patahkan sumpahan itu disebabkan dia tak tahan berada dalam sumpahan Pinocchio.
Helmi hentikan serangan ke atas ayah disebabkan ayah memberitahu dia takde kaitan dengan apa yang moyangnya telah melakukan. Helmi pun sejak dari itu dikurung disini sampai bila-bila. Mak kata benda ni akan meresap jiwa Iblis yang lain untuk bertindak dan energetik bagi bangkitkan semua." Kirana menceritakan sedikit sebanyak sejarah patung Pinocchio berpuaka itu.
"Kasihan kan? Dia nakkan popular sampai sanggup bunuh orang tak berdosa. Konon nak bagitahu yang si Helmi sudah tak mahu jadi pelakon. Padahal dia sendiri yang melakukan kekejaman." kata Hakim. Kirana melepaskan keluhan berat.
"Habis tu? Apa jadi dekat budak lelaki tu selepas Helmi tiada?" tanya Hakim lagi memandang isterinya.
"Dia sangkakan selepas kematian Helmi dia sudah boleh kuasai populariti tu. Tapi sayang tak jadi pun popular tu. Aura Helmi lebih kuat berbanding budak manja. And after that, berlaku pembunuhan melibatkan salah seorang orang gaji rumah itu telah dirasuk Helmi dan mulakan kekejaman dengan membunuh. Seorang bibik lain telah berjaya melarikan diri dengan membawa bayi. Dan bayi itulah moyang saya. Atuk kepada ayah." Kirana memberitahu. Hakim mengangguk faham.
Hakim melepaskan keluhan berat. Fahamlah dia kenapa Pinocchio ini jiwanya tidak tenteram. Kerana ayah mertua dia merupakan darah daging kepada keluarga pembunuh. Kasihan dia melihat ayah mertua yang terpaksa bertanggungjawab menghentikan sumpahan itu.
+++++++
Karmila pulang ke rumah selepas seharian kerja. Dia sudah rajin mencuci wajah sekarang bagi menampakkan lebih kejelitaan. Wajahnya yang penuh bahagia bertukar hambar. Dia teringat akan pesanan dari Mak Esah.
"Kalau kau nak bertambah lagi kecantikan. Kau datang kesini dan minum darah ini. Tapi ingat pantang larang yang perlu kau mengelak. Jangan mengunjungi rumah orang buat kenduri doa. Jangan mengunjungi rumah si mati. Kau boleh makan apa saja kau inginkan. Dan pantang yang paling terbesar sekali. Kau diharamkan mendengar azan dan bacaan Al-Quran. Kalau tidak, wajah lama kau akan kembali semula." kata Mak Esah yang terngiang-ngiang di kepala Karmila.
Karmila buka laci untuk mengambil buku novelnya. Dia belum habis membaca novel cinta itu. Dia bangun dan terus pergi ke arah katil. Di baringnya di atas dan terus membaca buku tersebut.
Sedang ralit membaca dengan penuh teliti. Hidungnya tercium bau sesuatu yang sangat busuk. Baunya seperti tanah yang bercampur hanyir darah dan nanah. Karmila terasa loya bila mencium bau tersebut. Dia menutup hidung dan memandang seluruh biliknya. Bersih dan tiada apa-apa. Tapi dari mana datangnya bau busuk itu?
Karmila meletakkan buku novel di tepi katilnya. Dia segera pergi ke sisi katil. Kakinya diturunkan. Dia terasa sesuatu yang dipijak. Karmila memandang kebawah. Ada beberapa taburan tanah di kakinya. Karmila jadi pelik dari mana datangnya tanah ini. Dia calitkan sedikit dan cuba untuk hidu. Bau kapur barus dan tanah kubur. Karmila terus angkat semula kakinya dan jauhkan diri.
"Apa tu?? Kenapa ada tanah kubur dan bau kapur barus??" tanyanya sendirian.
Karmila tidak sedar susuk makhluk berbungkus putih seperti mayat berdiri tegak di belakangnya. Karmila terus berpaling kebelakang dan tiada apa-apa disitu. Dia mengambil keputusan untuk turun dari katil dan keluar dari bilik. Dia mahu bersihkan biliknya untuk hilangkan taburan tanah itu.
Setibanya ke bilik dengan membawa baldi tadi. Bau busuk tadi hilang dan taburan tanah juga hilang sekali. Karmila hairan siapa yang datang bersihkan? Dan dari mana benda itu kemari? Dia berharap benda itu bukan Mak Esah hantarkan. Dan itu cumalah mimpi dan khayalan dia sahaja.
Karmila menyimpan semula baldi tadi dan juga batang mop. Dia bersendirian di bilik air ruang dapur sekarang. Membilas semula baldi yang sudah siap dengan air sabun. Bersihkan semula untuk digunakan hari lain nanti.
Karmila keluar dari bilik air itu. Dia berjalan ke ruang tamu. Sebaik sahaja langsir di selak. Kakinya terhenti dan mulutnya kaku. Segala ayat suci Al-Quran tak mampu dia menyebutnya sekarang. Matanya tak berkelip. Apa yang ada di depannya sungguh menakutkan. Dia nampak sekujur tubuh berbalut kain kafan baring betul-betul di depan tangga. Makhluk itu bangunkan badannya. Karmila sudah menggigil seluruh tubuh. Nafasnya kedengaran kuat. Matanya membulat besar. Kepala Pocong itu berpaling memandang Karmila. Wajahnya hitam menggerutu dan menampakkan daging-daging hancur dimakan ulat. Baunya sungguh busuk sekali. Kain kafan juga berlumuran darah hanyir dan nanah. Lusuh bercampur tanah kubur. Sebiji mata hampir nak terkeluar.
"Pulangkan tali kafan aku." kata makhluk seperti mayat berkain kafan. Karmila masih terkena kejutan dari makhluk Pocong tersebut. Dia mula pengsan tidak sedarkan diri.
Share this novel