Bab 14

Horror & Thriller Completed 4568

Kediaman rumah sewa Ustaz Zain di datangi Shazlan pada keesokan hari. Kirana dan Ustazah Dahlia membawa minuman untuk tetamu yang datang. Di ruang tamu, Shazlan cerita dia semalam telah diganggu oleh Pocong depan Ustaz Zain dan Hakim.

"Sumpah memang bodoh.." Shazlan melenting tak tentu pasal bila bercerita.

"Shazlan..." Ustazah Dahlia jeling remaja tu. Menegur sebab ada ayat yang tak sepatutnya disebut. Shazlan terus tunduk malu.

"Takpelah sayang. Kadang kita bila dah takut, secara tak langsung kita boleh tersebut perkataan tu." ujar Ustaz Zain, faham Shazlan tak sengaja menyebut perkataan bodoh.

"Kejap, semalam kau kata kau tendang Pocong tu sebab geram? Hebat juga kau ni.." Hakim memujinya. Kirana dan Ustazah Dahlia saling memandang, dan mereka ketawanya.

"Kalau kakak, dah pengsan dik. Kau sempat tendang makhluk tu." Kirana mengusiknya. Shazlan dah malu cerita dia tendang hantu jadi bahan ketawa. Ustaz Zain dah gelak terbahak-bahak.

"Allah, selama jadi perawat perubatan Islam. Ni pertama kali jumpa orang tendang pocong." ujar Ustaz Zain, menyambung gelaknya. Shazlan mengecilkan mata. Amboi orang tua ni gelak sakan nampak! Getus hati remaja tu.

Telefon bimbit Ustaz Zain berdering menandakan ada panggilan masuk. Dia keluarkan dari poket seluarnya. Tertera nama kawan dia, Ustaz Firdaus. Dia menjawab panggilan. Ustazah Dahlia angkat gelas teh dan hirupnya. Matanya menatap suami yang sedang jawab panggilan.

"Apa?! Sekejap! Siapa budak tu??" ada kerutan di wajah Ustaz Zain. Semua yang ada disitu terdiam, masing-masing menatap Ustaz Zain sekarang.

"Sophea??" itu yang Ustaz Zain sebut. Semua memandang sesama mereka.

"Bila kena rasuk budak tu??" Ustaz Zain menyoal Ustaz Firdaus dalam talian tu.

"Kenapa bang?" Ustazah Dahlia nak tahu kenapa.

"Malam tadi..." gumam lelaki tu.

"Baiklah bro, terima kasih." dia meletakkan panggilan itu. Dia menyapu wajah. Penat semalam masih tak hilang lagi. Sekarang ada lagi gangguan dan kali ini terkena pada Sophea.

"Sophea ni kalau tak silap kawannya Karmila. Ustaz Firdaus kan ada sebut pasal adik Sophea tu kena rasuk baru-baru ni." getus Ustazah Dahlia. Ustaz Zain melepaskan keluhan berat.

"Allahuakhbar. Karmila, apa yang dah kamu buat??" dia dah mula merungut sekarang. Ustazah Dahlia bangun dan menghampiri suaminya.

"Abang sabarlah. Kita sama-sama perjuangkan. Lagipun Karmila kan nak putuskan perjanjian tu. Bila tali kafan tu dah dipulangkan. Insya-Allah, tiada lagi gangguan selepas ni." dia memujuk suaminya dengan membelai lembut badan tegap lelaki itu.

"Ayah, Hakim nak ikut kali ni." getus Hakim meminta keizinan untuk ikut bapa mertua. Disebabkan Ustaz Hanafi tiada, dia terpaksa membawa Shazlan dan Hakim sekali.

"Jomlah semua bersiap. Kita gerak sekarang." Ustaz Zain gesa mereka bergerak bersiap-siap.

++++++++

Keadaan di rumah Encik Wahid ribut dengan melihat Sophea mengamuk nak melepaskan diri. Encik Wahid kedua-dua kaki anaknya. Puan Ana tutup telinga, takut mendengar suara Sophea yang menakutkan. Ustaz Firdaus teruskan bacaan dia. Makin lama makin ganas rasukan yang terkena pada Sophea.

Puan Ana mendengus dengan nafas yang kuat. Dia tahu ni angkara siapa. Dia segera bangun dan keluar dari rumah. Suaminya panggil tidak dilayan sama sekali. Encik Wahid tak boleh nak halang isterinya, Sophea semakin mengganas semasa Ustaz Firdaus membaca ayat-ayat suci.

"Tahan dulu!" suruhnya. Encik Wahid masih fokus dengan tahan kaki anaknya, tapi hatinya berbelah bagi terhadap isterinya.

Dua buah kenderaan baru sahaja tiba. Kereta jenis VIOS yang dipandu Puan Ana telah bergerak tinggalkan kediaman. Ustaz Zain dan Ustazah Dahlia turun dari kereta. Mereka nampak kereta VIOS milik Encik Wahid pergi entah kemana. Hakim dan Shazlan segera masuk ke dalam rumah. Kirana buka pintu tempat duduk belakang. Dia pun mengekori dari belakang.

"Tu macam Puan Ana." Ustazah Dahlia menduga.

"Dah jom masuk." Ustaz Zain mengajak.

Mereka tiba di depan pintu. Melihat Ustaz Firdaus dah keletihan sejak tadi. Ustaz Zain terus duduk untuk membantu. Shazlan dan Hakim baca apa-apa yang boleh pertahankan dinding tu.

"Encik, isteri tu nak kemana?" Ustazah Dahlia menyoal. Encik Wahid menggelengkan kepala. Ustazah Dahlia pandang anak perempuannya.

"Tadi nampak macam bawak kereta laju. Rasanya dia ke rumah Karmila." Ustazah Dahlia menduga lagi. Kirana pun berfikiran yang sama.

"Kalau macam tu jom ma kita ke rumah Karmila. Saya pun dapat rasa perasaan yang sama." Kirana menarik tangan ibunya menuju ke kereta tadi.

Ustazah Dahlia dan Kirana masuk ke dalam kereta. Kirana yang akan memandu sementara Ustazah Dahlia baca-baca di tempat duduk sebelah pemandu. Kirana terus bawa keretanya menuju ke rumah kediaman Karmila.

Sementara keadaan di rumah. Ustaz Zain pegang kepala Sophea dan membacanya. Dia nampak di dalam badan Sophea ada 5 ekor Pocong nak mengawal tubuh badan gadis itu.

"Akim, Shazlan, Firdaus. Tolong sekejap!" Ustaz Zain tak mampu nak lawan sendiri. Mereka pun turut membantu sama.

"Budak ni kuat. Ada lima dekat dalam badan dia." kata Ustaz Zain, matanya memandang Encik Wahid.

"Allahuakhbar. Ini bukan sihir kan ustaz??" soal Encik Wahid, terlampau risaukan keadaan anaknya.

"Nanti dulu. Bagi saya lemahkan makhluk dalam tu." Ustaz Zain menyuruh Hakim dan Shazlan melaungkan azan di setiap penjuru rumah.

"Zain, kalau kau tak kuat. Aku bantu sama." Ustaz Firdaus risau tengok Ustaz Zain. Nampak dari airmuka lelaki tu dah kepenatan.

Ustaz Zain berjaya keluarkan seekor dan dicampakkan ke arah penjuru bersebelahan tingkap rumah.

"Hakim, ayah dah campakkan sekor dekat situ. Cepat!" suruhnya dengan tunjukkan arah, tapi mata memandang Sophea sambil sambung membaca.

Hakim segera menurut perintah. Dia baca-baca sebelum melaungkan azan. Sophea menjerit kepanasan. Ustaz Zain berjaya tarik seekor lagi. Dia terus mencampakkan keluar dan lemparkan ke arah penjuru di belakang pintu. Kali ini dia mengarahkan Shazlan pula.

Tiga ekor dia kunci seketika sehingga Hakim atau Shazlan selesai kunci dua ekor tu melekat ke dinding. Ustaz Firdaus dah penat juga. Tapi dia terpaksa gagahkan diri untuk bantu. Ustaz Zain memandang keluar. Ada banyak Pocong menanti untuk merasuk ke dalam tubuh Sophea.

"Firdaus, kau kunci pintu ni dengan ayat pendinding. Dekat luar banyak tu!" Ustaz Zain menggesa dan menyuruh. Mukanya sudah basah bermandi peluh yang mengalir menitik.

Ustaz Firdaus segera bangun dan pergi berdiri depan pintu. Dia mula membaca ayat pendinding. Tiba-tiba, dia nampak ada bayangan hitam seperti banyak kelibat hitam di luar rumah. Padahal waktu siang tapi boleh pula ada Pocong.

++++++

KERETA yang dipandu Puan Ana sudah sampai betul-betul depan pintu pagar. Dia matikan enjin, turun dari kereta. Pintunya dihempas kuat. Dia menjerit pekik memanggil nama Karmila dekat dalam. Pagarnya digegarkan. Dia tak ubah seperti orang tak waras.

"Karmila...!! Keluar kau sekarang..!!" Puan Ana pekik memanggil Karmila.

Kejiranan rumah Encik Amri mula keluar dari rumah mereka untuk melihat apa yang telah terjadi. Puan Ana tak putus-putus jerit panggil Karmila. Tidak lama kemudian, pintu rumah dibuka. Puan Vanidah muncul depan pintu.

"Oh..Puan Ana. Jemputlah masuk." Puan Vanidah pelawanya baik.

"Aku taknak masuk rumah setan ni! Hei, anak kau mana?? Anak kau!" Puan Ana tuding jari pada Puan Vanidah. Sentap hati Puan Vanidah bila emak Sophea berkata rumah mereka ni rumah setan.

Puan Vanidah segera masuk ke rumah untuk panggil anaknya. Karmila ketika itu tak sihat dan sedang berehat untuk kumpulan tenaga dan semangat. Puan Ana masih turun naik turun naik nafas. Nafasnya dihembus kasar berkali-kali. Api marahnya meluap-luap nak meletup.

"Hoi perempuan!!" Puan Ana tengking sebaik sahaja nampak Karmila depan muka pintu. Puan Vanidah turut terkejut sekali.

"Puan kenapa ni marah-marah??" soal Puan Vanidah keluar rumah. Seliparnya disarungkan dan berjalan ke arah pintu pagar.

Puan Ana buka pintu pagar dengan sendiri. Dia terus langgar Puan Vanidah dan berlari ke arah Karmila. Gadis 20 tahun terkejut emak Sophea tiba-tiba mengamuk tak tentu pasal. Satu tamparan kuat hinggap ke pipi. Dia tarik rambut gadis itu dan tolaknya. Karmila meronta-ronta minta dilepaskan. Puan Vanidah segera halang Puan Ana mengapa-apakan anaknya.

"Sudahlah puan! Puan dah kenapa?!" Puan Vanidah tarik tangan Puan Ana yang cengkam rambut Karmila.

Ustazah Dahlia dan Kirana muncul depan pintu selepas tiba. Mereka pun segera meleraikan keganasan Puan Ana terhadap Karmila.

"Sudahlah puan! Allahuakhbar! Cukup!" Ustazah Dahlia dah bersuara. Dia tarik tangan Puan Ana.

Rambut Karmila direntap dan melepaskan secara kasar. Puan Vanidah dan Ustazah Dahlia tariknya sehingga mereka jatuh tergolek bertiga. Karmila terus menangis ketakutan. Kirana datang peluknya tenangkan gadis itu.

"Cukuplah..." Kirana bersuara tapi perlahan.

"Hei perempuan setan! Pasal kebodohan kaulah punca anak-anak aku kena kacau! Kena rasuk! Kalau nak cantik, pergi buat rawatan spa! Bukan pergi jual jiwa kau dekat setan!!" Puan Ana tengkingnya dan menghina. Karmila menangis dalam pelukan Kirana.

Ada kekecewaan pada wajah Puan Vanidah. Dia dah tak tahu nak cakap apa lagi. Dia fikir lepas tali kafan dah keluar dari tubuh badan Karmila, sudah selesai. Rupanya anak Puan Ana kena kacau teruk.

"Apa lagi kamu dah buat Mila?? Mak malu tahu tak!" Puan Vanidah pula marahkan. Karmila dah menggigil ketakuan. Dia peluk kuat badan Kirana.

"Hei perempuan..!!" Puan Vanidah rentap rambut Karmila, tapi Kirana tepis tangan tu. Dia pandang emak Sophea dengan pandangan tak berpuas hati.

"Sudahlah tu...!!" kali ini Ustazah Dahlia tinggikan suaranya. Dia menjegilkan mata memandang Puan Ana dan Puan Vanidah.

Suasana bertukar sepi setelah kekecohan berlaku. Ustazah Dahlia segera menyuruh dua ibu itu duduk dahulu. Kirana terpaksa membawa Karmila masuk ke dalam bilik berehat. Ustazah Dahlia masuk ke ruang dapur menyediakan air mineral.

Tidak lama kemudian, dia keluar dari dapur membawa dua gelas. Dia hulurkan pada dua ibu itu. Ustazah Dahlia pun duduk di sofa. Matanya tak fokuskan keliling dia. Hanya fokuskan pada dua ibu itu.

"Cukuplah tu. Budak tu dah menyesal dengan apa yang dah dia lakukan. Kalau rasa dia punya angkara, tu bukan! Sebabkan dia nak patahkan perjanjian inilah punca kita semua dah terkena. Perempuan sihir yang dah buat perjanjian itulah nak balas dendam sebab Karmila nak putuskan untuk perbatalan.

Puan Ana! Syaza dan Sophea kena rasuk bukan berpunca dari Karmila! Tu betina syaitan pengamal ilmu hitam itulah punca! Dia buat semua ni untuk porak perandakan semua! Macam sekarang tiba-tiba puan datang sini serang Karmila mengatakan dia tu punca...!!" Ustazah Dahlia dah mula bebel.

"Tapi tetap salah dia! Kalau dia tak ada janji dengan setan tu. Semua takkan jadi." Puan Ana tetap nak menyalahkan Karmila seratus peratus. Ustazah Dahlia mengucap panjang.

"Maaf Ustazah, saya sokong Puan Ana ni. Sebab tu saya larang dia dari dulu lagi. Berhenti dari pakai produk-produk timbang kilo ni. Tapi tetap degil nak jugak atas alasan model kulit cantik lepas pakai! Mudah sangat terpengaruh dengan model plastik tu!" ujar Puan Vanidah menyokong Puan Ana.

"Ya saya tahu tu semua. Tapi dalam keadaan sekarang ni jangan asyik hentam dia tanpa henti. Dia boleh tension, stress, takde sokongan. Sekarang ni syaitan belum bebas dari Karmila lagi. Dibuatnya Karmila bersendirian, masa tu syaitan akan ambil peluang untuk ganggu dia dengan bisikan halus. Buat masa sekarang bagi dia sokongan penuh. Biar saya dan suami patahkan kuasa sihir ni. Hal tali kafan dah selesai. Masa sekarang ni adalah patahkan sihir tu." ujar Ustazah Dahlia, mengharapkan mereka perlu bagi sokongan penuh.

Kali ini Puan Ana dan Puan Vanidah terdiam selepas kena ceramah free-free. Ustazah Dahlia kasihan dengan Karmila. Memang perbuatan gadis itu salah, tapi masih boleh diberi peluang untuk bertaubat dan kembali ke jalan Allah. Ustazah Dahlia menarik nafas dalam-dalam. Dia taknak menjerit tadi. Tapi keadaan sudah memaksa dia tegur perbuatan dua ibu tu.

Sementara di bilik tidur atas. Karmila baring di atas katil dalam keadaan menangis. Dia sendiri mula rasa semua sudah menjauhkan diri darinya. Bagaikan petaka buruk kalau dia rapat dengan orang. Dia menyalahkan diri sendiri sebab membuat perjanjian dengan Mak Esah. Tak sangka sulit untuk putuskan perjanjian itu. Sampai keluarga Sophea teruk kena kacau. Keluarga Ustaz Zain pun kena kacau.

Kirana menatap gambar lama Kirana. Memang ternyata gadis tu semasa sekolah rendah sangat cantik dan comel. Kirana berpaling melihat keadaan Karmila. Dia membiarkan gadis itu keluarkan airmatanya. Tadi sudah memujuk tapi gadis itu nak bersendirian. Dia tak kisah Kirana ada bersama asalkan tiada gangguan.

Dia simpati dengan nasib gadis tu. Ayahnya pagi tadi merungut juga, mujurlah emaknya tak merungut kerana emaknya masih ada naluri sebagai ibu. Dia faham anak gadis 20 tahun ni belum matang lagi. Kirana terasa angin meniup dari tingkap. Dia berpaling, melihat langsir beralun lembut. Dia faham sangat ada aura menakutkan telah tiba.

Kirana terasa sekali ada sesuatu di depan pintu bilik tidur Karmila. Dia berpaling dan membeliakkan mata. Depan pintu bilik kelihatan seorang lelaki berbadan agak tegap. Wajahnya pucat seperti mayat. Berpakaian jubah hitam dari paras leher sehingga bahagian kaki. Keliling matanya merah-merah kehitaman, bibirnya juga pucat.

Karmila terus terjaga dan menjerit ketakutan. Dia turun dari katil dan menyorok di belakang badan Kirana.

"Siapa kau??!" Kirana menyoal dengan nada tegas. Tangan Karmila dipegang supaya gadis itu tak cemas.

"Aku Zabir."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience