Bab 11

Horror & Thriller Completed 4568

Pada sebelah petang. Kereta yang dipandu Ustaz Zain menyusur satu laluan jalan lama untuk ke sebuah pekan. Dia kini di luar Kuala Lumpur kerana ada tugas yang mustahak. Malam baru dia boleh balik semula ke Kuala Lumpur, besok dia cuti dan boleh berehat. Dia singgah solat Asar yang sudah terlepas satu jam. Kelihatan sebuah surau di kawasan pekan pedalaman. Dia melihat nama surau itu Surau Al-Thaha.

Dia parkir kereta. Dia turun dan menutup pintu keretanya. Udara segar dihirup, rindu suasana kampung yang tenang dan nyaman. Surau di di belakangnya hutan kelapa sawit yang tebal. Dia bersendirian dan tiada sesiapa di kawasan surau. Kecuali ada sebiji motosikal terpacak di tepi tiang.

Dia mengambil air wudhu. Matanya menjeling sebelah kiri. Dia macam perasan ada dua orang disitu perhatikan dia. Tapi dia buat tak endah dah mengambil wudhu. Dia berdiri di bahagian depan sekali. Takbir pertama di angkat. Suasana waktu ini tenang dan membolehkan Ustaz Zain khusyuk sekali bacaan.

Seorang pakcik tua tadi baru lepas bersihkan tandas. Dia keluar dari tandas dan ternampak ada sebuah kereta. Pasti ada orang tengah solat Asar sekarang walaupun sudah satu jam berlalu. Pakcik itu menjengah ke dalam. Nampak Ustaz Zain sedang solat. Ustaz Zain mengangkat takbir kedua. Dia membaca surah Al-Fatihah.

"...walad dhollinn...Amin."

"Amiinnn...."

Ustaz Zain tersentak seketika setelah dia dengar suara ramai aminkan selepas dia baca surah Al-Fatihah. Dia menarik nafas dalam-dalam dan teruskan bacaan. Dalam samar-samar ruang malap di belakang Ustaz Zain. Ada sekumpulan manusia lelaki berjubah putih menjadi makmum. Selesai tahiyat akhir. Salam kanan diberikan, lalu salam kiri juga diberikan.

Ustaz Zain berpaling kebelakang. Tiada sesiapa. Dia bangun dan melipat kain sejadah. Hatinya dah tenang tak takut sebab yang ikut solat sebagai makmum dia anggap mereka ni Jin Islam atau golongan Orang Bunian. Baginya takde masalah janji dapat solat dengan sempurna. Dia dah pernah masak dengan semua ni. Dulu pernah dia alami makmum dari bangsa Jin Islam.

Ustaz Zain menyarungkan selipar. Pakcik tadi yang tengok dia solat tu muncul tiba-tiba. "Assalamualaikum nak."

Terkejut betul Ustaz Zain pakcik tu muncul tiba-tiba. Dia menjawab salam, "Waalaikumsalam."

"Cucu ni dari mana?" soal pakcik tua tu.

"Saya dari KL. Datang sini atas urusan kerja juga." Ustaz Zain menjawab dengan baik. Pakcik tua tu senyum, ada manis pada senyuman pakcik tua tu.

"Cucu jangan takut. Yang ikut solat tadi tu golongan orang bunian. Kampung mereka sebelah surau ni je." Pakcik tua tu memberitahu. Ada sedikit perasaan takut pada wajah Ustaz Zain.

"Baiklah pakcik. Saya minta diri dulu." Ustaz Zain salam dan meminta diri untuk pulang. Dia segera ke arah keretanya. Dia masuk ke dalam kereta dan mula bergerak meninggalkan perkarangan surau itu.

+++++

USTAZ ZAIN datang ke sebuah rumah yang ingin dia tuju. Itu adalah rumah ibubapa klien dia. Datang bertujuan untuk berbincang tentang pelaburan yang mereka buat baru-baru ni. Ustaz Zain disambut baik oleh mak ayah klien dia.

Pak Nasir duduk di kerusi membawa beberapa fail yang berisi kandungan untuk diserahkan. Isterinya Makcik Zabedah sediakan minuman buat tetamu yang datang. Dia bahagikan air minuman.

"Tuan, jemput minum." Makcik Zabedah pelawa.

"Baik. Terima kasih." ucap Ustaz Zain terima pelawaan.

"Haa..jumpa pun." kata Pak Nasir. Satu dokumen dikeluarkan dan serahkan pada Ustaz Zain.

Dia periksa dan baca. Segalanya telah lengkap dan hasil pelaburan tu telah pun diluluskan. Ustaz Zain senyum dan mengambil dokumen tersebut untuk dibawa ke pejabat lusa nanti. Mereka berbual pendek dan seketika. Mata Ustaz Zain terpandang satu bingkai gambar yang tergantung pada dinding.

Bila dia amati pemilik gambar itu. Teringat dia pada pakcik tua yang dia jumpa di surau tu tadi. Ustaz Zain bangun dan pergi dekat gambar tersebut. Pak Nasir melihat saja apa yang hendak dilakukan ustaz muda tu.

"Pakcik, ni gambar siapa?" soal Ustaz Zain berpaling pada Pak Nasir, sambil tunjukkan gerangan dalam gambar tu.

"Tu gambar Tok makcik. Dia dah hilang dekat 60 tahun dah. Kali terakhir dia dijumpai dekat surau lama yang dah ditutup bertahun-tahun, nama surau lama tu Al-Thaha." Makcik Zabedah memberitahu. Terkejut Ustaz Zain sebab baru saja dia menunaikan solat Asar disitu.

"Makcik biar betul." Ustaz Zain masih tak percaya. Dia pandang Makcik Zabedah seperti pandangan tak percaya. Padahal baru sekejap tadi jumpa pakcik tua tu sebelum datang kesini.

"Betul apa yang makcik cakap. Tok dia dah hilang 60 tahun lepas. Surau tu pun dah ditutup 50 tahun lalu. Sebab Imam dan Bilal dulu sering nampak belakang surau tu ada orang bunian. Kalau jemaah solat disitu. Nanti mereka dengar suara orang ramai-ramai belakang jemaah." Pak Nasir bercerita. Wajah Ustaz Zain dah mula pucat.

"Kamu kenapa tanya pasal Tok makcik?" soal Makcik Zabedah nak tahu sangat kenapa.

"Sebab saya solat Asar dekat situ. Memang saya nampak ada pakcik tua dekat surau tersebut. Sama muka dalam gambar ni." keterangan dari Ustaz Zain buatkan suami isteri itu memandang antara satu sama lain.

"Macam mana kamu boleh masuk solat disana?? Pagar tu dah ditutup dan pintu surau pun berkunci?? Kuncinya hanya pada Imam kampung ni." kata Pak Nasir memberitahu. Lagi bertambah pucat pada wajah Ustaz Zain.

"Mustahil. Orang kampung masa cari dia tak jumpa. Sampai terpaksa panggil pakar perubatan datang. Tok kata dia taknak keluar dari kampung tu. Bermakna rezeki kamu dah jumpa dia." kata Makcik Zabedah, dia pun dah lama tak jumpa Tok dia.

+++++

DALAM perjalanan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Ustaz Zain tak bercakap langsung dan diam sepenuhnya. Dari apa yang diberitahu Pak Nasir dan Makcik Zabedah benar-benar berjaya naikkan bulu roma. Selepas keluar dari kediaman rumah Pak Nasir. Dia lalu jalan yang menuju ke surau Al-Thaha tu. Benar apa yang dikatakan Pak Nasir. Surau tersebut nampak sangat usang dan buruk sekali. Pagar pun berkunci dan besinya sudah karat. Daun-daun bersepah di tempat meletakkan kenderaan. Pintu pun kelihatan berkunci dan ada mangga karat disitu. Ustaz Zain nampak pakcik tua tadi melambaikan tangan ke arahnya sebelum menghilang.

Ustaz Zain sudah sampai di rumah sewa. Isterinya sambut kepulangan suami dengan berdiri terpacak depan pintu. Pandangan pertama yang Ustaz Zain nampak adalah tangan kanan isterinya berbalut tu. Pasti ada yang tak kena. Dia matikan enjin dan turun dari kereta.

"Sayang, tu tangan kenapa?" itu yang Ustaz Zain persoalkan. Ustazah Dahlia sorokkan sedikit.

"Takde apa. Terkena pisau masa nak potong bawang." isterinya terpaksa menipu taknak suaminya tahu apa yang telah terjadi di rumah Encik Amri pagi tadi.

"Hari ni ada kemana-mana??" Ustaz Zain melabuhkan badan dan sandarnya pada sofa. Tenang dia sekarang dapat berehat.

"Ke rumah Encik Amri tadi. Saja nak melawat Karmila tu." suara Ustazah Dahlia menjawab kedengaran di dapur.

"Macam mana keadaan dia?" soal Ustaz Zain nak tahu perkembangan.

"Alhamdulillah. Budaknya okey." lega hati Ustaz Zain dengar Karmila tak apa-apa. Tapi dia pun tak tahu macam mana nak keluarkan tali kafan dalam badan tu.

Ustazah Dahlia keluar dari dapur membawa secawan minuman panas. Dia hidangkan atas meja depan suaminya. Dia duduk sebelah suami sambil picitkan bahu penat bekerja.

"Kasihan abang. Penat cari duit walaupun anak-anak dah besar panjang." Ustazah Dahlia kagum dengan suaminya. Walaupun sudah masuk 4 siri tapi airmuka suaminya tak nampak tua. Dengan kulit mukanya cerah dan tubuh badan tegap.

Mana tak nampak tua kalau setiap pagi selepas Subuh akan bersenam sedikit untuk berpeluh. Bila tengah hari suaminya selalu makan makanan yang tak berminyak dan berkalori tinggi. Petang kalau ada masa terluang dia pergi ke pusat gym. Kalau takde mood selalunya dia mengajak isteri jogging di luar. Kalau cerita bab penyondol ada juga budak perempuan tempat kerja selalu buatkan air minuman, kadang kala bawakan bekal bagi pada suaminya. Tapi mereka akhiri dengan Kirana bagi amaran keras kalau perempuan tu ganggu ayahnya.

Ustazah Dahlia pernah terkena sihir pemisah membuatkan dia jadi benci pada suami. Hampir sebulan mereka tidur berasingan dulu. Ustaz Zain pun terkena juga sihir pemisah. Mujur Ustaz Hanafi dengan Ayunie datang membantu dengan putuskan sihir tersebut dan kembalikan kepada tuannya.

Ustaz Zain bangun untuk ke bilik mandi. Meninggalkan isterinya yang sedang menonton filem hollywood. Ustaz Zain naik tangga ke tingkat atas. Dia pergi ke bilik mandi untuk mencuci muka terlebih dahulu.

Lampu tiba-tiba terpadam dan menyala beberapa kali. Ustaz Zain berhenti dari perbuatan dia nak cuci muka. Dia menjeling ke atas siling, melihat lampu bilik mandi terpadam dan menyala untuk seketika.

"Aku tahu kau dekat sini, nak kacau aku kan?" tiba-tiba Ustaz Zain bersuara. Tapi matanya memandang ke sinki, yang sedang cuci tangan dan mukanya.

Setelah mencuci mukanya. Dia mengelap dengan menggunakan kain kering dan lembap. Dia terus menatap pada pantulan cermin. Benda yang dia nampak adalah sosok Pocong di luar bilik mandi. Makhluk tu hanya tunggu di luar di kawasan koridor yang agak gelap dengan sedikit cahaya lampu malap tepi dinding.

"Kalau kau rasa aku kacau kau, tu salah sebenarnya. Yang sebenarnya kau sudah kacau orang lain. Siapa hantar kau kemari??" soal Ustaz Zain takde nak berlembut, suaranya tegas dan sedikit garang.

"Woi, aku tanya kau sekarang. Siapa hantar kau??" Ustaz Zain dah bengang pertanyaan dia tak dijawab.

Dia pusingkan badan nak menghadap sendiri. Makhluk itu memandang Ustaz Zain dengan pandangan menakutkan. Mukanya hitam penuh darah dan nanah. Bola matanya terbeliak macam nak terkeluar. Lidahnya menjelir panjang sehingga air liur basi bercampur nanah dan darah turut mengalir. Baunya sangat busuk dan juga bau tanah kubur. Kafan dia lusuh dan kotor sekali.

"Bau busuklah kau. Oh lupa kau syaitan. Sebab kalau manusia meninggal dikafankan muka bersih sebab amalan baik mereka banyak. Kau ni syaitan menyerupai manusia berkafan. Apa orang kata?? Pocong ea..." satu sindiran dari Ustaz Zain. Makhluk itu masih berdiri taknak beralih pergi.

Mulutnya berkumat kamit membaca ayat suci Al-Quran. Dia hembuskan pada makhluk Pocong tu. Lama kelamaan dia menghilang sampai meninggalkan kesan tanah, airliur basi bercampur nanah dan darah. Keluhan berat dilepaskan. "Bangang punya hantu! Dia tinggalkan benda busuk ni?!"

Malam itu dia mencuci lantai sambil baca beberapa ayat. Kekotoran yang dia bersihkan bukan kotoran biasa. Dah macam nak bagi badi Pocong supaya makhluk tu ganggu. Kalau dah syaitan tetap ada cara nak ganggu umat manusia.

"Abang buat apa tu?" Ustaz Zain berpaling, rupanya isterinya yang menegur.

Terima kasih kerana menyokong dan membaca novel THE RITUAL POCONG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience