SIAPA DIA?

Romance Series 72610

"Adli ..", Salam di hulur .

Sofie memandang lama Adli sebelum menyambut tangan untuk bersalam . Dahi nya berkerut seolah cuba mengingat sesuatu. Di lirik dari atas ke bawah. Penampilan Adli benar benar mengingat kan nya kepada seseorang yang sangat di kenali nya.

" Eh ,duduk la . Tak kan nak berdiri je. ", Pelawa Adli .

Laily dan Sofie menarik kerusi masing masing lalu duduk. Suasana di dalam restoran itu agak tenang kerana tidak terlalu ramai orang . Sofie masih mencuri curi memandang Adli . Tidak puas hati nya kerana masih tidak dapat mengingat di mana dia pernah melihat Adli .

" So, ada hal apa yang penting sangat tu? ", Soal Adli . Gaya nya begitu lelaki dengan suara garau menggoda nya.

Laily membetul kan duduk nya membuat lebih selesa . kaki nya di silang kan .

" Aku nak kau siasat pasal suami aku ", Ujar Laily .

Adli mengerut kan dahi nya . Suami? Laily sudah berkahwin?What???

" Suami? ", Soal Adli masih tak percaya .

" Yup ..", Laily mengeluar kan satu sampul berwarna putih dari beg tangan nya . Di hulur kepada Adli .

Adli membuka sampul itu sambil mata nya sekejap sekejap memandang Laily . Di keluar kan sekeping Foto . Lama di tenung wajah di dalam foto itu .

"Tu suami aku ,polis sah kan dia dah mati dalam satu kemalangan kereta . Kereta terbakar dan mayat hangus . Cuma sisa kan satu bukti tatu di lengan nya . ",

Adli mengeluar kan kertas kertas yang ada di dalam sampul itu . Di baca satu persatu untuk memahami segala alur cerita nya.

Sofie memandang Adli tajam .Saat ini ,wajah Adli benar benar familiar bagi nya . Aduh ,kepala !! Kenapa lah kau lembab sangat waktu ni? Siapa sebenar nya Adli ni? Aku yakin ..dia ada lah orang terdekat .

" Kalau polis dah sah kan tu memang suami kau ,then kenapa nak siasat lagi? ", Soal Adli pelik.

Laily menanggal kan kaca mata hitam nya . Bibir nya mengukir senyuman nipis .

" I am not stupid . Tu bukan suami aku. ", balas Laily yakin .

Adli menolak semua kertas kertas itu ketepi . Badan nya di sandar selesa di kerusi . Dia berpeluk tubuh.

" Why?", Sepatah Adli bertanya.

"Naluri ..", jawab Laily sepatah juga .

Adli tersenyum menampak kan gigi taring pendek nya . Lesung pipit di kedua belah pipi nya juga kelihatan .

Sofie yang dari tadi merenung Adli terkesima apabila mata Adli merenung nya kembali . Cepat cepat Sofie mengalih kan pandangan nya. Jantung nya berdebar.

" Awak ada nak tanya apa apa ke Cik Sofie? ", Soal Adli selamba .

Sofie berdehem perlahan cuba menutup rasa malu nya .

" Tanya je apa apa yang you berdua nak ", ujar Adli lagi .

" U asal mana?", Soal Sofie.

Adli tersenyum nipis .", Kedah ",

Sofie mengerut kan dahi nya ." Bohong. ",

Adli membulat kan mata nya. " Oh ,kalau macam tu agak agak saya asal mana ya Cik Sofie?",

Sofie terdiam .

"Saya asal Kedah. Di besar kan di sana. Tapi lahir di Kuala Lumpur .",

Sofie menjungkit kening nya. " why?",

Laily mengerut dahi nya memandang dua orang di hadapan nya yang berbalas soalan .

"Privacy. Tak semua kita perlu share kan?", balas Adli .

Sofie diam . Hanya senyuman sinis di lempar kan .

Adli kembali melihat lihat segala kertas yang ada di hadapan nya . Sesekali dia memandang ke arah Sofie yang tampak tidak puas hati . Di dalam hati dia ketawa sepuas nya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience