ISTERI TUAN RYAN

Romance Series 72600

Laily menggeliat malas . Cahaya matahari yang masuk pagi ini membuat mata nya silau . Perlahan dia menarik selimut menutupi wajah nya. Mata nya masih mengantuk . Lagi pula buat apa nak bangun awal ? Bukan nya dia bekerja makan gaji lagi . Sekarang semua nya dah tersedia depan mata ..

Ryan Hakimi ..kau nak sangat aku jadi bini kau kan? Okay baik lah .Aku tak kan jemu habis kan duit kau. Alah ,ahli politik macam kau ni duit tak pernah habis. Banyak mana aku belanja nanti tak buat kau muflis.

Dari malam tadi dia tak melihat Ryan .Selesai tetamu pulang semalam Ryan terus keluar . Dia bangun pagi ni pun Ryan masih belum pulang . Kemana dia? Ada ke patut tinggal kan bini masa malam pertama ! Ah,kalau dia ada pun...tak kan ada malam pertama buat kami. Jangan harap lah .

"Lapar ...", Laily menggosok gosok perut nya .

Agak nya macam mana gaya sarapan orang kaya ya? Ada kah mcam dalam tv tu? Roti sekeping ...air jus oren ? Ah mana nak kenyang ..selalu aku balun roti canai 5 keping .

" Turun dulu lah ...", ujar Laily bingkas bangun.

*******

Ryan menghembus asap rokok nya . Badan nya di sandar kan di kereta nya. Wajah wajah manusia yang berlutut di hadapan nya di pandang satu satu .

"Sapa yang hantar korang?", Boy bertanya kepada semua lelaki itu .

Diam . Tak ada sesiapa yang berbunyi . Semua menunduk .

Boy mencapai pisau di pinggang nya. Perlahan dia mengelar lengan salah seorang . Meraung kesakitan lelaki itu .Tanpa belas kasihan Boy melapah lapah kulit lelaki itu . Dua lagi lelaki yg di ikat itu mulai cemas menanti saat mereka.

" Kalau korang bercakap ...aku kurang kan sikit sakit korang ni. ", Ujar Boy sambil menghenti kan torehan nya .

" Tak payah banyak cakap lah Boy. Bunuh dua ...tinggal kan sorang .Jangan lupa kerat jari dia baru lepas kan . ", ujar Ryan selamba .

Ryan menarik rambut salah seorang lelaki itu. " Pesan dekat bos kau ...silap.orang dia nak kacau . Aku bagi kau peluang hidup, pasti kan pesan aku ni sampai kat dia ",

Serentak itu juga Boy menikam bahgian jantung dua lelaki lain .

" Karim tak kan lepas kan kau Ryan ", Lelaki yang di biar kan hidup oleh Ryan itu berbicara kesal . Kesal melihat dua teman nya di bunuh depan mata .

Ryan mencapai pisau di tangan Boy. Tanpa banyak bicara di kerat ibu jari dan jari kelinking lelaki itu .

" Arghhhhhhh !!", Jeritan bergema di dalam hutan tebal itu.

********

"Selamat pagi Madam .Jemput duduk makan ", Sapa Cik Samiah ramah . Kerusi di tarik dan Laily di jemput duduk.

Laily tersenyum manis . " Selamat pagi makcik . ",

Laily memandang 4 orang lelaki yang bertubuh sasa di kiri kanan nya. Macam patung dah . Keras kejung je .

" Makcik dah makan?", Soal Laily smbil mencedok nasi goreng ke pinggan nya .

"Belum ,lepas Madam siap makan nanti makcik makan ",

" Ah ,kalau mcam tu mari lah duduk makan sama . Saya pun bosan kalau makan sorang je .", pelawa Laily.

Cik samiah menggeleng . "Tak apa lah Madam . Lagi pun kat rumah ni kami tak boleh makan semeja dengan majikan. Kalau Tuan Ryan nampak nanti kami kena marah",

Laily mengeluh perlahan ." Jangan risau .Kalau dia marah makcik ..saya kan marah dia balik . Dah ,ambil pinggan dan teman saya makan . Oh ya ,ambil sekali pinggan untuk 4 orang ni ", Arah Laily.

Cik samiah kelihatan teragak agak . Tapi bila melihat wajah serius Laily pantas dia ke dapur. Di bawa 5 biji pinggan dan di susun satu persatu .

" Awak 4 orang ni pun duduk makan ...", Arah Laily.

Mereka berempat memandang satu sama lain . Kemudian tak memperduli kan arahan Laily . Laily sedikit bengang.

"Dalam 5 saat kalau tak duduk dan makan , aku call Ryan dan suruh dia pecat korang . ", ancam Laily sambil menyuap makanan ke dalam mulut nya .

Macam lipas kudung semua nya berebut kerusi untuk duduk . Cik samiah mencedok nasi dan di letak kan ke dalam pinggan. Sungguh sungguh mereka makan .Lapar agak nya . Ryan ni pun satu buat peraturan entah apa apa ...

" saya tak nak awak semua jadi patung kalau dekat saya .Nak lagi masa makan . Kalau saya makan ,awak semua pun kena makan .Faham tak? ", soal Laily .

Semua mengganguk faham .Laily tersenyum puas .

*********

Selesai sarapan Laily naik ke bilik nya mandi dan tonton tv. Kebetulan drama kegemaran nya di siar kan .Dalam 2 jam dia menghadap tv . Langsung tak teringat perihal Ryan .

Jam di kerling ,sudah jam 2. Tadi sekitar jam 1 petang Cik Smaiah ada mengetuk pintu bilik nya ajak makan tengah hari .Tapi perut nya masih penuh . Di biar kan dahulu dan terus sambung menonton tv.

Tapi sekarang perut nya mula berkeroncong . Minta nasi dah perut ni .Pagi tadi dia buat permintaan untuk Cik Samiah memasak lauk kegemaran nya .Masak Lomak Cili Api . Sekarang air liur nya dah meleleh .

Segara dia bangun dan keluar dari bilik . Sambil turun tangga dia menyanyi kecil . Dress pendek berwarna hijau yang di pakai nya membuat tubuh nya kelihatan seksi . Rambut panjang nya di ikat .

" Makcik ....", laung Laily masih menuruni tangga . Rumah ni memang banyak tangga .Tangga nya bukan kaleng kaleng . Kalau nenek tua yang turun ni mau makan masa 2 minggu baru sampai ke bawah .

Mana pulak orang tua ni? Selalu ada je kat mana mana . Kat dapur kut? Terus Laily berjalan menuju ke dapur .Namun langkah nya terhenti semasa melintasi ruang tamu peribadi milik Ryan . Terlihat Ryan sedang berbicara dengan bebarapa orang tamu nya . Agak serius terlihat perbualan itu . Laily mencuping telinga nya .

Eh ,pompuan tu pun ada sekali? Laily masih ingat dengan Sofie ,perempuan yang menegur nya masa majlis nikah nya semalam . Bukan ke dia tu bekas kekasih Ryan? Tapi kenapa ada kat sini?

Timbul idea nakal di fikiran nya Laily. Sengaja dia ingin menggangu perbincangan Ryan dan ahli lain nya. Oh ,sampai ke rumah hal politik di bincang kan ya?

"Sayangggg ......", Rengek Laily sambil duduk di riba Ryan . Lehar Ryan di rangkul .

Ryan terkedu .Terkejut dengan perilaku aneh Laily . Ah sudah ..

" Semalam pergi mana .Lama tunggu ", Laily menguis nguis dada bidang Ryan .

Ryan berdehem .Sempat di pandang semua yang ada di depan nya . Terlihat mereka tersengih sengih . Aduh jatuh air muka nya di depan semua . Betul betul buat perangai perempuan ni .

" Laily ,naik atas sekarang ", ujar Ryan tegas .

" Tak nak ", balas Laily .

Ryan memaut pinggang Laily sambil mendekat kan bibir nya ke telinga Laily . " Naik atas sebelum aku ....",

"What? ", potong Laily berbisik juga.

Ryan menolak perlahan tubuh Laily .Wahh berani betul dia.

" Nak cium boleh? ", Soal Laily nakal.

Ryan berpeluh . Ya ,dia berpeluh apabila di goda oleh Laily di hadapan semua rakan nya .

Sofie yang dari tadi melihat menjeling jeling. Panas hati nya melihat Laily yang selamba bermanja di hadapan orang . sebenar nya dia sakit hati melihat lelaki yang di sukai nya di pegang pegang oleh wanita lain . Ryan hak aku !!

" Selagi tak cium ,saya tak nak naik", Bisik Laily lagi . suka hati nya dapat mengena kan Ryan. padan muka .

Ryan memandang Laily tajam . Dengan pakaian menjolok mata yang di pakai nya membuat Ryan terasa panas.

"Jangan buat hal kat sini. Baju kau ni tak sesuai orang lain tengok. Naik atas sebelum aku seret kau ", ujar Ryan masih perlahan.

Laily ketawa manja. Lantas di kucup bibir Ryan .

Shit !! Ryan menyumpah di dalam hati.

jangan lupa baca tau ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience