HADIAH UNTUK LAILY

Romance Series 73168

"Makcik masak apa harini? Bau sedapp ", Laily menegur sambil menarik kerusi dan duduk.

Lauk pauk di atas meja di ambil bau satu satu. Perut nya lapar . Saka lapar nya dah bangun sekarang . Tadi lepas balik ,dia terus terlelap .Sedar sahaja sudah jam 8 malam . Terasa penat harini ..Ya,penat memaki hamun Ryan di dalam hati .

" Mana yang lain Makcik? ", Soal Laily apabila melihat keadaan rumah yang sunyi sepi .

" Ada tu kat luar .Cik sofie pun ada sama .Entah apa di bincang kan mereka .", Jawab Cik Samiah.

Laily kerut dahi. Sofie lagi? Kerap betul dia datang kesini. Siapa dia tu? Apa urusan nya?

"Sofie tu selalu datang sini kan Makcik? Dia buat apa kat sini? ", Soal Laily ingin tahu.

" Oh ,Cik Sofie tu adik angkat Tuan Ryan . Dari kecik lagi Famili Tuan Ryan jaga dia . Memang dia membesar kat sini. Tapi lepas dia dh habis belajar dulu dia pindah duduk sendiri ", ..

Adik angkat? Terus terangkat? Cehh. perangai

" Sofie tu ada hubungan kan dengan Ryan?", Soal Laily lagi .

Cik Samiah tersenyum mendengar soalan Laily itu .

"Ya dulu ..tapi itu hal lama .Sekarang kan Madam yang dah berjaya takluk Tuan Ryan . Beruntung lah ", Usik Cik Samiah.

Laily tersenyum sinis. " Yab,beruntung sangat ni ",

Laily mencedok nasi ke pinggan nya. Baru sahaja dia nak mencapai lauk ,tiba tiba tangan nya terhenti apabila terdengar suara kucing mengiau . Dahi nya di kerut kerut . Lantas dia bangun dan mencari arah suara itu datang .

Dari ruang makan itu ,terus dia ke dapur . Mulut nya melongo apabila melihat Bobot yang sedang asyik memakan makanan nya. Laily menekup mulut nya. Dia tak percaya .

" Bobot ! ",

Lantas dia gendong bobot .Di peluk di cium anak kesayangan nya itu . Di ramas ramas bulu lebat Bobot .Sungguh dia rindu .

" Tuan Ryan yang bawa Bobot ke sini . ", Ujar Cik Samiah dari belakang .

Laily mengesat air mata nya . Baik juga ya mamat tu. Ingat sifat baik dalam diri nya dah lama pupus . Terbukti dia manusia bukan syaitooonn...

Laily masih mengendong Bobot dalam pelukkan nya. Dia berjalan keluar dari dapur . Tersenyum senyum dia sambil berjalan. Dia berjalan keluar kearah Ryan yang sedang Rancak bersembang bersama Sofie dan beberapa lelaki lain .

Bahu Ryan di cuit cuit . Ryan berpaling.

" Apsal? ", soal Ryan .

Laily menjingkit kan kaki nya . Lantas di kucup lembut leher Ryan di hadapan semua yang ada . Ryan terkedu . Yang lain tersengih sengih menonton wayang di hadapan mata . Sofie sahaja yang kelihatan tak seronok .

" Thank you ...", ucap Laily lembut .

Ryan memandang Laily lama kemudian beralih pandangan ke Bobot .

"Hmm ..sama sama ",

" kejap lagi aku belanja kau sesuatu okay ", bisik Laily . Sengaja dia meniup.perlahan di telinga Ryan .

Ryan berdehem. Cuba mengawal emosi nya tika ini. Laily ni perangai yang bukan bukan sahaja .

" Jangan lama sangat tau ", Ujar Laily sambil menguis nguis dada Ryan . Bibir nya sengaja di gigit .

Ryan mengalih kan pandangan nya dari Laily . Shit lah ..dia dah mula perangai nakal dia . Sekali lagi di depan semua orang .

" Masuk Laily ...sebelum aku buang Bobot ni ", ugut Ryan .

Laily mencebik ." Bobot tengok Daddy ni ...jahat dia kan .Tapi takpe selagi Mummy ada kat rumah ni ,Daddy tak kan berani mcam macam ...kalau dia berani macam macam ,Mummy tembak dia ..Pengg penggg", Laily menggomol keras perut Bobot .

Ryan ketap bibir .Sempat di kerling semua yang ada di situ .Smua nya kelihatan seronok ketawa kan nya .

"Ok lah bye ..nak masuk dulu", Ujar Laily .sempat dia mencium pipi Ryan sebelum berlari lari masuk ke rumah . Girang hati nya .

Seketika Ryan tersenyum nipis .

Bobot dah tibaaa

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience