ALAHAN

Romance Series 72600

Ryan memicit micit kepala nya yang terasa sakit. Dari pagi tadi kepala nya terasa berat. Sudah 5 biji Panadol di telan nya tapi masih terasa sama .Dengan tekak nya yang terasa loya .Perut nya memulas mahu muntah .Segala macam sakit di rasa kan nya saat ini .

Dah la tambah Si Laily buat perangai .Dah 3 hari isteri nya itu tidak mahu bercakap dengan nya .berbakul bakul Ryan bercakap sepatah pun tidak di balas nya. Benar benar marah nampak nya .

"Hmmm ".. Ryan mengeluh sambil terus memicit kepala nya .

Suasana di restoran makan siang itu agak sunyi .Tidak begitu ramai orang . Bagus juga ,kalau terlalu bising akan tambah kan rasa sakit kepala nya .

Mata nya di pejam erat .Rasa nya mahu lelap sahaja saat ini .Tapi di sebab kan sebentar lagi dia mahu berjumpa orang ,nak tak nak terpaksa juga di gagah kan diri bertahan .

"Sakit kepala? ",

Berkerut dahi Ryan apabila terasa ada jari jemari lembut yang mengurut kepala nya . Agak lama dia berkerut dan blur sebelum memutus kan menoleh melihat .

"Oii Mak kau ". Terkejut Ryan hampir terkentut melihat Monalisa yang sedang tersengih sengih di hadapan nya .

Mata Ryan melilau kiri kanan risau kot kot Laily muncul tiba tiba. Satu hal lagi nak menjawab .

"Why?" Soal Monalisa pelik melihat Ryan yang sedikit cuak itu.

"Apa u buat kat sini? "Soal Ryan .

"Jumpa U", balas Monalisa selamba sambil duduk di sebelah Ryan.

Ah sudah !!

Elok je Monalisa tersenyum manja melihat nya . Laju Ryan menepis tangan Monalisa yang tak reti duduk diam Ini kalau Laily nampak lagi ni memang perang bertambah tambah lah .

"Apa ni Lisa .. jangan buat macam tu ", ujar Ryan sambil menunjuk kan wajah tak selesa nya .

Monalisa tanpa segan silu terus merapat kan kerusi nya .

Ryan mengeluh perlahan .

"Hey, kenapa ni? U tak sihat? ", Soal Monalisa sambil cuba meraih tangan Ryan.

Laju Ryan mengelak.

"I okay ", balas Ryan pendek .

"Hmm , kenapa You ni? macam tak happy je jumpa i?", Soal Monalisa agak kecewa

Ryan angguk mengiya kan .Langsung tak berniat menjaga hati Monalisa .

"You dah banyak berubah Ryan .Dah tak sama macam dulu .Dulu you layan i special sangat.Tapi sekarang?",

"Dulu dan sekarang dh lain .Sekarang i dah ada isteri .",

Monalisa ketawa sinis .

"Macam lah i tak tahu. You kawin dengan dia sebab terpaksa kan? Angin tak ada ribut tak ada terus kawin??", Monalisa seakan menyindir.

Ryan memandang tepat ke mata Monalisa .Aura dari Ryan membuat Monalisa seketika terpana.

"Wife i tengah pregnant tau. Dan dia akan terus pregnant setiap tahun . Itu maksud you terpaksa ke?", sinis kata kata Ryan .

Monalisa mengetap gigi nya. Agak sakit hati juga dengan kata kata dari Ryan .

" Satu lagi . Wife i orang paling special sekarang .Dan i tak nak ada masalah dengan isteri i di sebab kan you .", Ryan bangun dari duduk nya .

Monalisa merengus tak puas hati .

"Hadam baik baik kata kata i ya . jangan biar i ulang ", tambah Ryan sebelum melangkah pergi .

Sakit kepala nya makin bertambah sekarang. Dia perlu pergi ke tandas. perut nya terasa berputar putar. Dia mahu muntah !!!

*****

Laily menangis teresak esak .dah sekotak tisu habis mengesat air mata nya . Sekejap sekejap dia menghembus hingus nya .

Cik Samiah yang dari tadi menemani Laily ikut turut menangis . Bukan sebab sedih tapi sebab Letih melayan Laily .

"Dah lah tu Madam .Jangan menangis lagi ", Pujuk Cik Samiah sambil mengusap usap bahu Laily .

"Sedih nya Makcik .Kenapa dia kena mati ", Bertambah kuat Laily menangis .

Cik Samiah mengambil remote tv dan terus memati kan nya .

"Tu kan drama je Madam. Dia bukan mati betul betul . ", ujar Cik Samiah sambil tersenyum .

Laily memandang Cik Samiah lama . kemudian air mata nya kembali mengalir.

"Mana boleh macam tu Makcik .Kan dia hero ,mana boleh mati ...huhuhuu ",

Cik Samiah menggaru kepala nya .Tak tahu harus memujuk macam mana lagi .

Tepat masa itu terdengar kereta Ryan memasuki perkarangan rumah .Cik Samiah sedikit lega . Boleh la tugas memujuk di serah kan kepada Ryan .

"Hah ..tu Tuan dah balik tu ",

Laily membetul kan duduk nya. Air mata di kesat .
Dia tidak mahu Ryan melihat nya menangis. Rajuk nya masih ada !

Ryan mencampak kan kunci kereta nya ke atas meja. Badan nya di hempas ke sofa. Kepala nya benar benar tengah sakit . Mata di pejam rapat .

Laily mengerling ngerling suami nya. Menanti kata kata dari Ryan.

Huh..dah 28 saat berlalu tapi Ryan masih senyap tak cakap apa apa !!

"Seronok ke keluar tadi? " soal Laily memerli .

Ryan mengabai kan soalan dari Laily .

Laily tak puas hati . Di baling bantal kecil ke arah Ryan .

Ryan bangun . Muka nya merah menahan .

Laily terkedu. Alamak ..saka baran dia dah sampai .

Ryan menekup mulut nya.

"Bagi aku 10 minit ".. Ujar Ryan sambil berlari ke arah tandas.

Laily terkebil kebil melihat nya. Dahi nya berkerut .

sorry sebab lama sepi

Share this novel

Syafiqah
2024-01-13 14:05:29 

ryan makin aum la

Syafiqah
2023-12-30 23:16:47 

i need moree authorr hehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience