DEGIL

Romance Series 72600

Laily menggigit bibir nya. Kepala nya di jengah jengah ke tingkat bawah mencari kelibat Cik Samiah dan yang lain nya. Jam di tangan di kerling . Jam 10 pagi . Awal pagi lagi Ryan dah keluar bersama Boy ,John dan yang lain nya . Seperti biasa di letak kan 4 orang pengawal untuk menjaga Laily di rumah.

Hari ini Laily nekad untuk keluar sendiri .Dia dah jemu dengan kehidupan 24 jam di kawal ketat. Tak bebas ke sana ke mari .

Kaki nya melangkah turun perlahan lahan . Mata nya masih memerhati kan sekeliling . Tiada sesiapa di ruangan bawah . Peluang baik .

Laily menekup mulut nya sendiri bagi menggelak kan dari bersuara. Dah gaya seorang pencuri lagak nya. Terjingkit jingkit dia berlari ke arah pintu keluar . Perlahan lahan di buka .

"Fuhh ....berjaya ", Bisik Laily sendiri . Pintu di tutup kembali .

Baru sahaja dia nak bersuka ria ,tiba tiba langkah nya terhenti apabila melihat pengawal pengawal peribadi nya sudah berdiri tegak di hadapan nya. Laily mendengus.

" Madam nak ke mana? ", Soal salah seorang .

Laily ligat memikir kan alasan .Muka nya sedikit cuak .

" Ermm ...tak kemana pun .Cuma nak jalan jalan kat luar tu ", balas Laily cuba menyakin kan .

Kesemua pengawal nya memandang Laily seakan tak percaya . Mereka telah di pesan awal awal oleh Ryan ,jangan mudah terpedaya dengan sebarang kata kata Laily .

" Sila masuk semula Madam .kejap lagi Tuan Ryan balik ",

Laily menjeling geram .Tak guna betul ...

" Sebenar nya macam ni ,kan Bobot baru datang sini .Jadi nya dia tak ada sangkar lagi . Saya nak pergi beli lah ni ", Dalih Laily bersungguh sungguh.

Sorry Bobot . Mummy terpaksa petik nama Bobot. Mummy terpaksa ...isk iskkk

" Oh pasal tu Madam tak perlu risau ..Sebab semua nya dah beli ",

Melopong Laily melihat sangkar ,bekas najis ,dan segala jenis makanan mahal di sudut ruang tepi rumah itu . Bila masa pulak semua ni di beli? Lagi lagi kurang ajar ...hilang peluang aku .

" Sila kan Madam ...", ujar pengawal nya sambil membuka jalan untuk Laily masuk semula ke rumah .

Laily menghentak kaki . Tanda protes.

"Nooo ....", Laily pantas memijak kaki pengawal nya dan pantas berlari ke arah gate utama.

Aksi kejar mengejar berlaku . Nak putus nafas Laily semasa berlari . Nak ke gate pun jarak nya boleh tahan jauh . Tercunggap cunggap Laily di buat nya.

Dia menoleh ke belakang .Begitu hampir mereka semua mengejar nya . Tak boleh jadi ni .Kena keluar kan jurus pecutan kayangan . Hiyarkkkk ...

Makin laju Laily berlari . Tanpa dia sedar kaki nya tersadung dan dia jatuh tersembam ke atas rumput rumput hijau tu . para pengawal nya mulai cemas .

" Madam ..okay ke?",

Laily angkat muka . Kepala nya yang terhentak agak kuat terasa berpinar . Darah pekat mengalir dari hidung nya . Di kesat guna jari ,dia terketar ketar melihat darah merah itu. Terasa mahu muntah pun ada.

"Darah ..", ujar Laily perlahan.

" Bangun Madam ...kita sapu ubat dulu ", Pengawal nya membantu dia bangun .

Tapi Laily benar benar tak berdaya. Kaki nya terasa lemah .Sungguh dia takut dengan darah walau pun setitik. kepala nya sudah mulai pening .

Pandangan nya terasa gelap. Dia tahu bila bila masa sahaja dia akan pengsan .Dengan darah tak berhenti keluar dari hidung nya buat kan dia betul betul lemas .

" Aku nak mati dah ke? ", Soal Laily kepada diri nya sendiri . Mata nya di pejam rapat .

Belum sempat tubuh nya jatuh ke tanah dia terasa badan nya di rangkul erat oleh seseorang . Mata nya di buka sedikit. Muncul wajah Ryan . Nampak berkerut dahi Ryan melihat nya.

" Kalau aku mati ...aku amanah kan Bobot kat kau tau ", Pesan Laily sudah mula menangis.

Ryan mendengus . Tubuh Laily di gendong nya.

" Hidung kau berdarah je ..belum sampai nak mati lagi .",

Laily memuncung kan bibir nya. Pautan di leher Ryan di perkemas kan .

"Kau makan gajah ke? Berat bukan main ", Rungut Ryan sambil berjalan masuk ke dalam rumah .

Laily tersengih . " Alah ,sekarang terasa berat? Semalam main dukung dukung dalam bilik tak ada pulak complain berat ",

Terus mata Ryan memandang anak buah nya yang berada di samping . Walau pun tak ketara,tapi Ryan pasti mereka semua sedang tersengih mengejek nya .

"Tutup mulut kau ...", Marah Ryan perlahan tapi cukup keras .

Laily tersenyum simpul .

**********

Cik Samiah mengelap ngelap hidung Laily dengan tisu . Sudah 15 minit dia membersih kan darah yang mengalir . Sudah di lap keluar lagi .

" Dah Makcik ...terima kasih ", Laily mengambil tisu di tangan Cik Samiah lalu di tenyeh tenyeh hidung nya sendiri.

" Madam nak kemana tadi? Tuan Ryan tengah bising bising kat bawah tu .Habis semua di marah nya ", Adu Cik Samiah .

Laily berasa kasihan kepada semua pengawal nya. Bukan salah mereka ,tapi dia yang degil . Tak pasal pasal orang lain yang jadi mangsa kemarahan Ryan .

" Jangan buat macam tu lagi Madam ...Nasib baik jatuh dalam kawasan rumah sendiri . Buat nya Madam jatuh masa kat luar? Sorang sorang pulak tu ..dah mcam mana?", Bebel Cik Samiah panjang lebar.

Laily tersenyum . Di genggam erat jari jemari Cik Samiah .

"Jangan risau. tak akan berlaku lagi .",

" Janji dengan saya Madam ..ada sebab kenapa Tuan Ryan tak bagi Madam keluar sorang sorang ",

Laily kerut dahi . Perasaan ingin tahu nya membuak buak .

" Kenapa ya makcik? ",

Cik Samiah mengeluh kecil . Ikut kan dia tak mahu ikut campur urusan rumah tangga mereka berdua . Tapi di sebab kan Ryan sudah di anggap seperti anak sendiri jadi dia rasa perlu mengingat kan Laily .

" Madam tahu kan ...kehidupan Tuan Ryan macam mana? Musuh ramai . Kat mana mana je ada orang yang tunggu masa nak musnah kan hidup Tuan Ryan. ",

Laily memandang Cik Samiah .Dia menunggu bicara selanjut nya.

" Sekarang ni Madam isteri sah Tuan Ryan. Orang orang dah kenal Madam siapa . Boleh jadi ada orang nak buat jahat ke Madam . Hati orang ni kita tak tahu ",

Laily memikir mikir . Sebab tu lah dia pasang pengawal peribadi untuk aku? Larang aku pergi mana seorang diri? Ya ,gaya nya mungkin menyebal kan tapi dia laku kan semua tu untuk keselamatan diri aku?

" Oh Makcik ..saya ni betul betul penting kan diri sendiri", Laily menunduk . Dia berasa sedikit kesal dengan sikap nya tadi .

"Hah ...dah elok dari rasa nak mati ke?",

Pertanyaan itu membuat Laily merasa jengkel . Ryan muncul sambul mendukung Bobot. Bukan main manja lagi Bobot dengan Daddy nya. Tiap masa nak berdukung sahaja .

" Bobot tengok lah Mummy tu degil macam lembu ..", Ujar Ryan sambil mengusap ngusap kepala Bobot .

Cik Samiah bangun dan meminta izin untuk turun ke bawah menyambung kerja nya . Seketika suasana sunyi antara Laily dan Ryan .

"Kau tak keluar ke? ", soal Laily memecah kesunyian. Sekadar berbasa basi .

Ryan meletak kan Bobot di atas katil . Kemudian dia duduk di hujung katil .Berpeluk tubuh dan memandang tajam Laily . Laily sudah tidak senang duduk. Dia tahu sebentar lagi dia akan panas telinga memdengar bebelan Ryan .

" Otak letak kat mana?", Soal Ryan keras.

Kan ..dah mula tu. Dia dah start keluar kan peluru bisa dia.

"Kau tau tak ...bahaya kalau kau keluar sorang sorang? Berapa kali aku nak remind pasal benda ni?",

Laily diam .Tak berani nak membalas apa apa.

" Nasib baik jatuh tadi tak pecah kepala .Kalau berkecai kepala tu dah jadi satu kerja pulak nak tanam mayat kau ",

Laily pandang Ryan .Mata nya dah mula berkaca . sampai hati betul Ryan melontar kan kata kata itu. Walau pun dh biasa dengan kata kata buruk dari Ryan, tapi kali ni hati nya benar benar terusik .

" I hate you ...", ucap Laily sambil menangis .

Ryan mendengus. "Diam ..jangan menangis. Salah sendiri kan?",

Laily menekup muka nya dengan bantal . Dia menangis semahu nya . Tak memperduli kan Ryan yang berada di hadapan nya .

Ryan garu kepala .Dah kenapa sensitif sangat minah ni? Datang bulan ke apa? Kena tegur sikit je pun . Ke sebab jatuh tadi kepala dah jadi mereng sikit?

" Dah diam ...", Arah Ryan . "pukul 8 siap ..pakai lawa lawa sikit ",

Laily pantas mengangkat wajah nya. Terlihat hidung nya sudah memerah sebab menangis .

" Nak pergi mana? ",

" Aku bawa kau keluar. Kau bosan kan? Lagi satu aku tak nak kau tiba tiba jadi monyet sebab lama terkurung ",

Laily mencebik . Tak lama kemudian dia tersenyum . Lantas dia menerpa ke arah Ryan tanpa isyarat . di peluk erat Ryan .

"Macam budak budak ..", Marah Ryan .Tapi tangan nya sempat mengusap lembut rambut Laily.

Laily mendongak memandang Ryan. Senyuman paling manis di hadiah kan . Ryan berlagak bersahaja . Tuhan sahaja tahu dalam hati nya berombak macam mana .

ada yang tunggu lagi ke?

Share this novel

Eita juita
2021-11-08 11:26:02 

suka....suka....Saya suka cerita ade romantic ....action....


NovelPlus Premium

The best ads free experience