BALA ATAU TUAH?

Romance Series 72600

Laily menguap berkali kali di hadapan tv . Rancangan di dalam tv langsung tak menarik minat nya. Mata sahaja merenung tv, tapi fikiran nya melayang entah ke mana . Tiba tiba sahaja dia teringat lelaki biadap siang tadi .

"Kacak ,tinggi ,hitam manis . Ciri ciri yang aku suka. Tapi tu lah mulut macam celaka sikit ", omel Laily sendiri .

" Kalau jadi laki aku tu ,setiap kali dia cakap kurang ajar macam tu aku cium je . ", Ujar nya lagi dan tak semena mena tertawa lucu.

Hai la Laily ,berangan yang bukan bukan je . Kenal pun tidak . ENtah datang dari mana . Kurang ajar ,mak ayah dia tak ajar ke?Huh...

" Kalau lah aku ni berjodoh dengan dia,aku ajar erti adab ...tau lah dia nanti ", ujar nya tak puas hati .Memasang angan angan yang tak pasti .

*********

Hari ini Laily bekerja seperti biasa . Keadaan dalam restoran agak sesak penuh orang . selalu nya waktu pagi macam ni memang penuh customer datang . Yang datang dengan anak bini,rakan rakan ,yang seorang diri pun ada .

" Wehh Laily ...petang ni lepas habis kerja jom tengok wayang. Ada drama korea terbaru .Hero hensem tau", ajak Natasha sambil tangan nya ligat mengelap meja .

Laily menjuih bibir ." Tak nak la ..hero semua putih putih macam mayat je . Kalau hero hitam hitam sikit aku nak lah",

"Eh kau ni .dah nama pun hero korea mana nak datang hitam nya . kau ni ber-fantasi tak agak agak ",

Laily ketawa mengekeh .

" Kalau hitam macam mamat biadap semalam tu aku nak lah .", ujar Laily menggedik . Mata nya di kerdip kerdip.

Natasha mencebik . Jantan biadap tu yang di ingin kan nya? Dah la mulut tak ada insuran. Cakap main lepas je.

"Tak payah la beb. Jantan mcm tu akan menyusah kan hidup kau je nanti . mulut macam celaka", Natasha menggeleng geleng kepala laju.

" Tapi dia hensem lah . Kalau jadi laki aku tau lah aku nak ajar dia jadi budak baik ", Laily ketawa lagi .

Natasha sama ketawa . Bersilih ganti ketawa mereka . Tak semena mena mata Natasha terpaku melihat seseorang berjalan masuk . Kehadiran lelaki itu mencuri tumpuan mata pelanggan pelanggan wanita di dalam restoran itu .

" Erm...Aku pun sebenar nya suka jugak dengan jantan mulut celaka macam tu . Sebab sedap bila bergaduh .Takde lah rasa bergaduh dengan semut ", Laily berkata sambil memeluk tubuh .

Natasha berdehem agak kuat mengisyarat kan sesuatu . Tapi Laily langsung tak menyedari nya . Mulut nya masih sedap mengata lelaki itu .

" Mulut celaka macam tu elok bagi anjing gigit je . Baru tahu erti penyesalan", tambah Laily selamba.

Natasha dah pucat muka . Mana tak nya lelaki semalam itu berdiri betul betul di belakang Laily. Laily pula tak berhenti mengata .Aduhh bila pompuan ni nak berhentu bercakap ...masak lahhh

"Apsal kau ni takut takut je? Elehh kau takut jantan tu muncul lagi ke? Dont worry dia mesti tak nak datang sini dah . ", kata Laily yakin seyakin nya.

Natasha membulat kan mata nya . Bibir nya mengata kan sesuatu tapi tak keluar sedikit suara pun . Sambil mata nya di kerling kerling kearah belakang Laily.

Laily kerut dahi . Dah kenapa pulak dia ni buat muka monyet? Ada apa kat belakang aku . Serentak itu Laily memusing kan badan nya . Terkejut bukan kepalang dia . sempat mulut nya mencarut. .

Ah sudah . Ryan Hakimi berada betul betul di hadapan muka nya sekarang . Laily angkat sedikit kepala nya memandang Ryan. Lelaki itu agak tinggi menyebab kan Laily harus mengangkat kepala untuk memandang nya .

" Nak kopi ", ujar Ryan dua patah dan terus duduk di meja nya kosong .

Laily telan liur. Habis lah aku kali ni. Betul betul habis

Share this novel

Lisa Halik
2022-03-14 15:52:34 

hahaha..kantoi ke sis


NovelPlus Premium

The best ads free experience