NAFKAH DARI RYAN

Romance Series 72600

Laily terkebil kebil apabila di hulur sejumlah wang oleh Ryan. Pertama kali dia melihat jumlah wang yang begitu banyak. Semua nilai RM100. Tebal nya ada dua ruas jari nya. Gila betul .

"Ambik lah cepat .Kau tak pernah tengok duit ke", Ujar Ryan sambil menyumbat duit tersebut ke dalam beg tangan Laily .

" Buat apa banyak banyak ni? ",

" Nafkah kau . Ambik je lah banyak bunyi pulak ",

Laily mengintai duit di dalam beg nya . Di keluar kan semula dan di hulur kembali kepada Ryan .

" Banyak sangat ni. Lagi pun bahaya bawak duit banyak banyak macam ni ", Laily bertegas.

Ryan jungkit kening nya . Kemudian dia memanggil 4 orang lelaki yang selalu menjaga Laily di rumah .

" Ni ...4 orang ni akan ikut kau pergi shopping . Jadi kau tak payah risau kalau kena rompak", ujar Ryan bersahaja.

Laily membulat kan mata nya. Siap ada bodyguard? Wah wah. Nak pergi beli baju je pun?

"Kau ingat aku nak lari ke? Siap suruh orang ikut pulak", Laily mencebik.

Ryan memandang Laily atas bawah .Kemudian sengih kambing .

" Kalau kau lari pun ,sekelip mata je aku boleh jumpa. Time tu ,kau tau lah nasib kau macam mana ", Mendatar suara Ryan.

Panas telinga Laily mendengar nya. Sikit sikit ugut . bagi santau angin tau lah kau !

" Lagi satu ,kau jangan berani berani nak pergi mana mana tanpa diorang semua ni .Kau faham tak? ", Soal Ryan.

" Fahammm tuannn", balas Laily sinis.

"Lepas habis shopping terus balik. Jangan nak melencong sana sini", Pesan Ryan lagi. Lagak nya seperti memberi nasihat kepada budak umur 5 tahun .

Laily mengumam sendiri . " Macam lah kita budak kecik",

"Apa kau cakap?",

" Tak ada apa. Dah la aku nak cepat ni .Kang lambat pulak balik", Ujar Laily seraya menggerak kan kaki nya berjalan keluar dr rumah itu .

Ryan memandang semua anak buah buah nya yg di tugas kan menjaga Laily .

"Kalau dia degil tak nak balik ,seret je bawak balik .",

" Baik bos!",

**********

Hari ini genap satu minggu Laily menghilang kan diri .Call dan mesej langsung tak dapat . Natasha bimbang keselamatan sahabat nya itu . Kali terakhir dia mendengar khabar Laily dari lelaki yang 'menculik' sahabat nya itu .Kata nya Laily baik baik sahaja . Siap di kirim gambar Laily yang sedap lahap menikmati makanan. Ah,Laily kalau dah dapat makan semua pun dia lupa.

Tak kan Laily kahwin lari pulak? Terus senyap macam tu sahaja. Dengan lelaki tu?

"Hmm...aku harap kau baik baik je Laily. Anak kau kat rumah tu hari hari mengiau panggil kau .Nasib baik ada aku ni nak bela ", Omel Natasha sambil tangan nya ligat mengelap meja di restoran itu .

" Assalamualaikum ...",

Natasha memusing kan badan nya sambil menjawab salam . Dia memandang manusia di hadapan nya dr atas ke bawah . Tak berkelip mata nya memandang .

"Hello ..ada orang tak ni? ",

" Laily? ", soal Natasha tak percaya . Terus di peluk erat tubuh Laily .

Laily mengusap ngusap belakang Natasha. Seperti Nastasha ,dia juga merindu kan teman nya itu. Agak lama mereka berpelukan hingga lah Laily melerai kan pelukkan mereka.

" Laily ,kau kemana saja? Kenapa langsung tak call aku? ", Soal Natasha sambil menggengam erat tangan Laily .

Laily tersengih sengih . " Aku ada je .Cuma ada urusan sikit . ",

" Urusan apa nya? Kau dah kahwin ye? ", tebak Natasha.

Laily tersengih lagi lantas mengangguk .

" Kau mengandung anak luar nikah ya? ", Soal Natasha sambil menekup mulut nya sndiri .

Laily membuntang kan mata nya.

" Choiii.....",

"So, kenapa tiba tiba?",

Laily hanya mampu tersengih dan tersengih .

*********

" Story lah beb. Kau kemana je seminggu ni?",

Laily mencapai air kotak soya yang di hulur kan Natasha. Di tebuk dan di sedut. Ah ,nikmat nya . Dah seminggu dia tak merasa air nikmat ni .

"Kau tau ,Bobot hari hari nangis cari kau ",

Bobot kucing peliharaan Laily sudah 3 tahun. Manja dan bijak kucing nya itu. Setiap malam tidur sekatil dengan nya .

" Hmm ..aku datang ni sebenar nya nak ambik Bobot lah .Aku rindu gila kat dia tahu . ", Laily mengeluh .

" Kau nak bawak pergi mana? ", Soal Natasha.

" Rumah laki aku lah mana lagi .",

Natasha menarik kerusi nya mendekati Laily . Dia tersengih .

"Aku kenal siapa laki kau tu. Aku baru tahu semalam ", ujar Natasha teruja.

Laily jungkit kening nya . " Kau kenal? scandal ke?",

"Choiii ....merepek ",

" Dah tu?",

Natasha mengeluar kan telefon nya. Di taip sesuatu dan di tunjuk kan kepada Laily . Laily mengerut dahi. Lama dia membaca nya .

"Laki kau tu kepala Mafia kat sini. Semua orang kenal .Kita je lambat kenal ",

Laily melongo. Jadi apa yang di kata kan Ryan semua nya betul? Kerja dia korek orang? Eh ,korek mata orang semua tu?

" Bertuah la kau Laily ..ada suami gagah macam tu . Siap dapat bodyguard lagi ", usik Natasha sambil mengerling ngerling 4 orang lelaki di luar restoran .

Laily telan liur. Bertuah? Bala ada lah . Hidup dengan lelaki berstatus macam tu? Oh my God ....

" Weh. .apa kata kau bawak aku kerja kat rumah mewah kau tu. Aku jadi orang gaji pun takpe lah . Aku dah lama berangan doh kerja dengan abg Mafia ", Ujar Natasha sambil mengerdip ngerdip mata nya .

Laily sengih. " Jadi PA aku lah . Kerja kau hari hari teman aku shopping ",

" Nak wehh ...aku nak please. Tukang bawa barang kau pun ok dah ",

Laily mencebik . Malas mahu melayan Natasha. Air Soya nya di sedut hingga habis . Ah,lega nya tekak .

Sebenar nya dari tadi dia tak membeli apa apa lagi. Rimas rasa nya di ekori setiap masa . Tak ada kebebasan langsung. Nak pilih seluar dalam pun tak selesa.

" Madam ... kita kena balik sekarang",

Lamunan Laily terhenti apabila Boy tiba tiba menyapa nya. Laily kerling jam di tangan nya. Aik ,awal lagi dah kena balik?

"Tapi baru 3 jam kita keluar ni Boy ...",

" Tuan Ryan arah kan kita balik sekarang juga .", Balas Boy serius.

Laily tarik muka .Dah macam budak sekolah di buat nya aku !

"Okay macam ni ..Awak balik dulu. Dalam satu jam lagi saya balik.Nanti saya naik teksi je", ujar Laily sambil tersenyum .Berharap Boy akan setuju.

Laju Boy geleng kepala . " Kalau Madam rasa nak hadiah kan saya Al-Fatihah ,boleh la suruh sy balik dulu",

Laily mendengus . Geram nya !

"Tapi saya tak ambil Bobot lagi . Kita pergi ambil Bobot dulu boleh?", pinta Laily bersungguh sungguh.

" Maaf Madam ..tapi kita kena terus balik .Arahan tak boleh singgah mana mana",

Sekali lagi Laily mendengus. Natasha di sebelah sudah tersenyum senyum memandang Boy. Kacak nya dia .Gaya bercakap pun dah macam lelaki sejati ..Oh aku jatuh cinta !

*******

Ryan menumbuk numbuk dinding bilik nya . Rasa marah menguasai diri nya. Setengah jam lepas dia menerima satu Whatsapp dari individu yang tak di kenali nya. Gambar gambar LAily yang sedang leka membelek baju baju di pusat beli belah di terima nya.

Ada orang yang mengekori Laily . Shit ! Nyawa Laily dalam bahaya makna ny sekarang ni . Siapa yang berani sangat mengancam nya mengguna kan Laily? Dapat tahu akan di cincang lumat orang tu .

"Mana diorang tak sampai lagi John? ", jerkah Ryan .Hati nya panas .

" Err, on the way tu bos . Tadi Boy call bagi tahu mereka dah gerak balik . ", jawab John serba salah.

Ryan meraup muka nya. Hati nya benar benar gelisah . Selagi Laily tak tiba dengan selamat ,selagi tu hati nya tak tenang . Dia benar benar risau akan keselamatan Laily ketika ini .

" Rileks bos ...kejap lagi Madam sampai tu ", ujar John cuba menenang kan Ryan yang tampak gelisah .

Ryan memandang John tajam. " Aku nak kau cari siapa barua yang hantar gambar gambar ni kat aku. Dapat bawak kat aku .",

"Baik bos .",

Pandangan Ryan teralih apabila melihat kereta yang di pandu Boy memasuki kawasan rumah nya. Laju dia bergerak keluar bilik. Anak tangga di turuni nya dengan laju . Dia dah tak sabar nak melihat Laily .

Laily masuk dengan wajah cemberut nya. Di jeling jeling Ryan yang sedang berdiri tegak di hadapan nya.

" Apsal lambat sangat balik? ", soal Ryan keras.

Laily mengalih kan pandangan nya ketepi . Malas mahu melihat wajah Ryan tika ini .

" Lambat apa nya. Baru je 3 jam keluar . ",

" Apsal kau suka menjawab hah? Lain kali kalau aku suruh balik tu ,terus balik", Marah Ryan.

"Kenapa nak balik cepat cepat? AKu tak sempat ambil Bobot tau . Tasha cakap dah seminggu dia menangis ",

Bobot? Otak Ryan memikir mikir siapa Bobot .

" Bobot mana pulak ni?",

Laily menghentak kaki nya .Kemudian berjalan meninggal kan Ryan .Dia benar benar marah dengan Ryan. Setiap anak tangga di pijak nya keras .Tanda protes !

"Eh ,dia ni ...aku balun kang apa pun tak dapat ", omel Ryan .

Boy menepuk bahu Ryan perlahan . Ryan kalih pandangan nya . kening nya di jungkit tanda bertanya kenapa. Boy sengih bak kerang busuk .

*Patut tadi singgah ambik Bobot .Tapi bos dah suruh balik ,jadi nya Bobot pun kemana", Ujar Boy .

" Sapa Bobot ni? ", soal Ryan hairan .

" Anak kesayangan Madam bos ", balas Boy masih tersengih.

Anak? Laily ada anak? Anak angkat ke? Sebab kalau nak kata anak betul tak mungkin .Aku lelaki pertama sentuh dia .

" kucing bos ...", ujar Boy terus terang apabila melihat wajah curiga Ryan.

Ryan tepuk dahi . Kemudian di geleng geleng . Alahai ...

maaf lambat ...Ok Laily tiba lagi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience