Ryan kembali

Romance Series 73168

Sofie memandang wajah Ryan yang sedang menyinga di hadapan nya . Sudah setengah jam berlalu ,namun sepatah kata pun tidak keluar dari mulut Ryan .Tanda nya dia benar benar sedang marah .

Dapat sahaja berita dari Sofie ,laju Ryan sampai ke rumah mewah milik nya. Sepanjang perjalanan dia menyumpah nyumpah kepada orang yang melaku kan. penculikkan isteri nya.

"Ryan ...", Sofie berdebar memula kan bicara.

Ryan masih diam .

" Erm ..sekarang ni kau rileks dulu. kau marah pun tak ada guna. Laily tetap hilang",

Ryan mengetap gigi nya .

"Kita sama sama fikir kan jalan untuk bawa Laily balik", ujar Sofie sambil cuba menenang kan Ryan .

Ryan memandang Boy tajam . kemudian dia beralih pandang ke arah budak nya yang lain . Muka nya masih menyinga.

" Aku bayar kau orang untuk kerja jaga bini aku . Apa kau orang buat?!", Jerkah Ryan sambil mengacu kan pistol tepat ke dahi Boy.

Semua yang ada di situ telan air liur. Bila bila je Ryan boleh kecai kan kepala Boy saat ini .

"Ryan ..sabar. Semua orang pun dah buat yang terbaik ", Sofie mencuba menenang kan Ryan sekali lagi.

Ryan ketawa sinis. " Terbaik?",

Laju Ryan menembak dada salah seorang pengawal peribadi yang di tugas kan mengawal Laily. Semua tergamam.

Darah membuak keluar dari tubuh lelaki itu . Tak menunggu lama ,akhir nya tewas juga. Ryan benar benar sudah naik hantu .

"Kalau kau orang semua dah buat yang terbaik ,Laily mesti ada kat sini sekarang ni ",

Sofie hanya mampu diam . Dia tahu kalau dia keluar kan walau sepatah kata sekarang ni ,nyawa nya pasti melayang.

" Aku nak tahu siapa bangsat yang ada dalam rumah ni. Aku tak kan sisa kan walau secebis daging di badan dia. ", Ujar Ryan sambil berjalan meninggal kan semua .

Sofie mengeluh berat . Mata nya tertumpu kearah jasad kaku lelaki yang tidak bersalah tadi .

" Tanam..", ujar Sofie perlahan memberi arahan.

********

Laily menguis nguis makanan di hadapan nya. Mati selera nya Sekarang ini. kepala nya tidak berhenti memikir nya APA sebenar nya yang terjadi ketika ini. kenapa dia??

Mata Laily memandang ke luar tingkap. Jendela yang terbuka luas . Dalam keadaan sekarang ini senang senang sahaja dia boleh melari kan diri. Tangan kaki nya juga tak di ikat .

Pintu bilik di buka. Laily masih memandang ke luar .Sudah tahu siapa yang memasuki bilik itu.

"Kenapa kau tak makan nasi tu?", Soal penculik nya.

Laily tersenyum nipis. Mata masih tidak di kalih.

" Aku tak nak kau mati awal sebab tu aku bagi kau makan",

"Kau je lah makan. Takut kau pulak mati awal", balas Laily selamba.

Penculik nya tersenyum memeluk tubuh.

"Aku tak sabar nak kerat leher kau depan Ryan.",

Kali ini Laily mengalih pandangan nya memandang manusia keparat di hadapan nya . kaki nya di silang kemas.

" Aku pun tak sabar tunggu suami aku datang.",.

"Aku akan pastii kan Ryan melutut cium kaki aku ", ujar penculik itu yakin dan tegas.

Laily mencebik mendengar nya . " Kalau kau bernasib baik

"

"Aku selalu bernasib baik. Bukti nya ,kau tak pernah terfikir aku musuh kau orang selama ni. Am i right?",

Penculik nya itu duduk betul betul di hadapan Laily . " Dan ,Ryan tak tahu siapa kau sebenar nya kan? Betul ke tekaan aku ni?",

Laily mengetap gigi nya dalam dalam.

*********

Ryan membelek belek gambar Laily di dalam telefon nya. Setiap senyuman Laily di dalam setiap gambar itu tampak benar benar bahagia. Berbeza dengan senyuman kosong saat pertama kali bertemu .

Ah Laily. Mana kau sekarang? Sihat ke tidak? Makan ke tak? Dah la tengah mengandung ,jadi pula hal hal macam ni.

"Please comeback sayang ..", Ryan memejam mata nya sambil membayang kan wajah Laily .

Baru sahaja Ryan mahu terlena dengan angan angan nya ,telefon nya berbunyi menanda kan ada Whatsapp masuk. Laju tangan Ryan mencapai telefon nya .

Membulat mata Ryan apabila melihat isi kandungan Whatsapp yang di terima nya.

" Shitttt ...bangsat !",

Terketar ketar tangan Ryan memandang gambar gambar yang di terima nya . Semua gambar Laily yang sedang tidur di dalam ruangan yang sangat asing bagi nya . Kat mana?

"Siapa kau bangsat?!", Jerkah Ryan.

Segera di dail nombor yang menghantar pesanan kepada nya. Berdering tetapi tidak di angkat . Di cuba lagi . Pun sama . Hampir sahaja telefon itu di baling nya. geram punya pasal .

Tak tunggu lama ,segera dia turun ke bawah mendapat kan semua bawahan nya. Semua orang pantas berdiri tegak semasa Ryan turun. Dah macam hadap pengetua sekolah .

Share this novel

Lisa Halik
2022-04-13 19:30:44 

terima kasih update wlu lama menunggu..rajin2lh

norsila
2022-04-13 07:25:54 

tq..tapi tk puas..haha


NovelPlus Premium

The best ads free experience