| 31

Romance Series 31808

Bunyi dua das tembakan menyentak jantung Tania. Langkah kakinya yang laju melangkah tadi terhenti lalu dia berpaling ke arah datangnya bunyi itu.

"Adaaammmm!!", jerit Tania. Serentak itu air matanya jatuh membasahi pipi. Dia cuba sedaya upaya untuk mendapatkan Adam yang sudah berlumuran darah. Dalam payah Adam menekan dadanya yang terkena tembakan.

"Run, Nia. Run!...". Suara Adam semakin sayup kedengaran. Tania cuba mendapatkan Adam tapi terasa kakinya bagai dipasak ke bumi. Sepasang tangan sasa memeluknya dari belakang menyebabkan Tania tidak dapat bergerak untuk mendapatkan lelaki kesayangannya itu.

"Let me go!!!", jerit Tania dalam ronta namun tangan sasa itu semakin kuat memeluknya. Dalam kabur pandangan mata, Tania nampak satu susuk tubuh mengacukan sepucuk pistol tepat ke tubuh Adam yang semakin lemah terbaring di atas lantai. Tania cuba menghalang namun sudah habis kudratnya meronta dari pelukan tangan sasa yang melingkari tubuhnya dari tadi. Dalam hati Tania cuma berdoa agar picu tidak ditarik oleh sesusuk tubuh yang tidak jelas wajahnya itu.

"Kau memang patut mati! Bye, Adam", ucap suara dari susuk tubuh itu lantas picu ditarik. Satu das tembakan mengenai dada Adam sekali lagi dan Adam terus tidak sedarkan diri. Matanya tertutup rapat, tangannya terkulai layu jatuh ke atas lantai.

"Adammmmm!!!"

Adam tersentak. Jemarinya yang sedari tadi laju menari di atas papan kekunci komputer ribanya terhenti. Dia segera bangun untuk mendapatkan arah suara yang menjerit memanggil namanya itu. Agak kuat meskipun dia berada di bilik sebelah.

Saat pintu bilik tidur dibuka, kelihatan Tania sedang meracau di atas katil. Matanya terpejam rapat, mukanya berkerut. Kepala digelengkan laju sambil tangan menggenggam kuat bantal yang menjadi alas kepalanya. Adam menghampiri lalu melabuhkan punggung di sisi katil. Tania mimpi buruk lagi tapi dia tidak tahu mimpi apakah yang mengganggu tidur malam wanita kesayangannya ini.

"Nia... bangun, sayang". Adam menggerakkan bahu Tania berulang kali namun Tania masih juga meracau memanggil namanya dan menangis.
"Sayang... wake up", kejut Adam lagi.

"Adam!"

Tania buka mata. Wajah lelaki di sisinya direnung dalam. Dia bangun lalu memeluk erat tubuh Adam. Terasa hangat pelukan itu menyalurkan sedikit rasa tenang di hatinya. Adam mengusap lembut belakang badan Tania.

"Don't leave me, Adam. Please, don't leave me", bisik Tania perlahan. Berkerut dahi Adam cuba memahami tutur kata Tania itu. Ini bukan kali pertama Tania berkata begitu. Sudah seminggu tidur malam Tania terganggu begini malah semakin lama ia bertambah parah. Dan malam ini, pasti mimpi itu semakin buruk sehingga Tania boleh menangis di dalam mimpinya.

Pelukan Tania dileraikan. Adam menyeka air mata yang masih mengalir di pipi mulus Tania. Wanita yang dinikahinya beberapa bulan lalu. Masih terasa hangat perkahwinan ini dia rasakan. Meski baru siang tadi dia berselisih faham dengan wanita ini, namun Adam tidak mahu jadikan itu sebagai sebab dia untuk menjauh.

"Tell me, sayang. You mimpi apa? Kenapa you selalu cakap macam tu? You tahu I takkan tinggalkan you kan?", soal Adam ingin tahu. Setiap kali Tania terbangun dari igauan itu, hati Adam memberontak ingin tahu tentang mimpi itu namun Tania hanya mengunci mulutnya dari bercerita.Ā 

Rambut panjang mengurai Tania yang menutup separuh wajahnya ditolak ke belakang oleh jemari Adam. Tania tertunduk. Ingin dia ceritakan pada Adam, tapi dia takut. Dia takut mimpi itu menjadi kenyataan. Puas Tania fikir tentang susuk tubuh dalam mimpinya itu, namun hampa. Wajah susuk tubuh itu tidak dapat dipastikan pemiliknya tapi jelas dia seorang lelaki.

"Tell me, sayang. Please?", pujuk Adam. Dia masih bersabar menanti. Malam ini, dia mahu tahu semuanya. Dia mahu tahu mimpi apa yang sudah mengganggu tidur isterinya seminggu ini. Tania angkat muka, memandang wajah Adam. Nampak tenang saja lelaki ini namun Tania tahu, dalam fikirannya menyimpan seribu satu persoalan.

"I mimpi you...", lemah suara Tania membuka cerita. Adam tersenyum nipis.
"Thanks sebab selalu mimpikan I. Tu tandanya I sayangkan you", balas Adam cuba bergurau. Satu cubitan manja singgah di perut Adam. Tania tarik muka masam.
"That's not funny, okay! I mimpi you tinggalkan I. You've been shot and you're dead". Lantang Tania membalas kata-kata Adam tadi. Air matanya kembali mengalir. Adam terkedu. Nak melawak tak kena tempat. Berderau darahnya mendengar patah kata yang keluar dari mulut wanita ini.

"Who shot me?", tanya Adam setelah berdiam seketika. Tania menggeleng.
"Tak tahu. Dah banyak kali I mimpi yang sama but still I tak nampak siapa yang tembak you...", lemah jawapan dari Tania. Adam hela nafas perlahan. Rasa bagai terhenti degup jantungnya.

Mungkinkah begitu pengakhiran hayatnya nanti? Mati ditembak?

Adam menggeleng kepala beberapa kali. Cuba menepis segala perkara negatif yang mula menerjah masuk pemikirannya. Mimpikan cuma mainan tidur, kenapa mesti perlu ambil serius tentang perkara itu.

"Dah lah sayang, jom tidur. Jangan fikir sangat pasal tu, okay? InsyaAllah we will be fine", pujuk Adam meski dia sendiri berasa gusar dengan hal itu. Tania hanya angguk lemah. Dia kembali berbaring setelah Adam juga naik ke atas katil, baring di sebelahnya. Rangkulan tangan Adam di pinggang Tania diperkemaskan. Satu ciuman singgah di dahi Tania.

"Janji jangan tinggalkan I?", pinta Tania. Adam senyum dan angguk.
"I promise, sayang", balas Adam. Walaupun dia sendiri tidak pasti dengan janji itu, tapi Adam tahu dia perlu berjanji hanya untuk menenangkan hati Tania yang sedang gundah dan terganggu dengan mimpi buruknya.

**********

Tania menggeliat, membetulkan segala urat yang tegang. Tidurnya agak lena malam tadi selepas mengalami mimpi buruk itu. Mungkin juga kerana tidurnya ditemani si suami. Silau cahaya matahari yang mula menerjah masuk ke dalam bilik tidurnya melalui celahan langsir membuatkan matanya mengecil. Dari balik langsir yang terbang ditiup angin, Tania tahu Adam ada di balkoni luar bilik tidur mereka.

Tania turun dari katil. Night robeĀ yang diletak pada hujung katil sebelum tidur malam tadi diambil lalu disarungkan ke tubuhnya. Perlahan-lahan Tania melangkah keluar menuju ke balkoni. Tubuh sasa Adam dipeluk dari belakang. Terenjut bahu Adam akibat sedikit terkejut dengan tangan yang tiba-tiba melingkari pinggangnya namun kemudian dia mengukir senyum. Adam berpaling, mengadap Tania. Senyuman terukir di bibirnya, dihadiahkan untuk wanita di depannya ini.

"Good morning, sunshine", ucap Adam lalu bibirnya menyentuh dahi Tania. Tania tersenyum manja.
"Morning, sayang", balas Tania. Satu ciuman singgah di pipi kanan Adam. Adam merenung ke dalam anak mata Tania. Matanya sedikit bengkak kerana menangis malam tadi. Tapi anak mata itu jelas terpancar kegembiraan. Mungkin sudah lupa akan mimpi buruknya malam tadi. Tania membetulkan tali leher Adam. Sudah bersiap untuk ke tempat kerja. Segak berkemeja biru muda.

"Lana call tadi. Dia dengan Alex on the way datang sini. Flight pukul 9 pagi", kata Adam. Menyampaikan berita tentang kedatangan Alana ke Melbourne kepada Tania. Wajah Tania bertukar ceria. Tersenyum lebar mendengar nama-nama orang yang dirindui ingin datang ke Melbourne. Sungguh dia terlalu merindui Alana yang selalu ceria dengan celotehnya dan Alex dengan lagak abangnya.Ā 

"9 pagi, Malaysia time. That's mean pukul 11 nanti dia depart. Sempatlah I sediakan apa yang patut. Lama tu nak sampai sini", kata Tania riang. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Melbourne mengambil masa kira-kira lapan jam. Dia sudah berkira-kira untuk menyediakan makan malam istimewa untuk tetamu-tetamunya nanti.

"Nanti I terus pergi airport tau. Pagi ni I ada meeting sampai tengah hari. You tak payah masak lunch nanti sebab I tak balik, okay?", panjang lebar Adam meninggalkan pesan. Tania angguk tanda faham. Sudah biasa dengan pesanan-pesanan Adam setiap pagi sebelum ke tempat kerja. Selalunya Adam akan pulang untuk makan tengah hari kecuali jika dia begitu sibuk dengan kerja, seharian juga Tania tidak akan menerima sebarang panggilan dari Adam. Beberapa bulan ini, dia sudah mula memahami kesibukan lelaki ini. Ditambah dengan Altech Holdings yang perlu diuruskan juga oleh Adam, menambah lagi kesibukan lelaki ini.

"Take care, sayang. Nanti I nak keluar beli barang ye?", tanya Tania meminta izin suaminya. Adam senyum dan angguk. Lantas Tania mengambil tangan Adam, digenggam dan dibawa ke bibirnya. Dikucup lama tangan lelaki itu.

Tania terus menghantar Adam pergi dengan pandangan mata. Angin bayu laut yang meniup pagi itu sedikit dingin menyentuh tubuh Tania yang hanya berbalut night robe nipis. Entah kenapa dia rasa sesuatu yang lain pagi ini. Hatinya tiba-tiba sayu apabila kelibat Adam hilang dari pandangan.

'Jagakan Adam untuk aku, Ya Allah'

**********

Ding dong! Ding Dong!

Bunyi loceng mematikan tingkah laku Tania dari terus membuat kerja di dapur. Banyak juga barang yang perlu dia simpan selepas keluar membeli barangan dapur tadi. Jika Alana datang, paling tidak dia mahu gadis itu tinggal sekurang-kurangnya seminggu di sini. Rindu yang sudah lama tersimpan, cerita-cerita tentang kehidupan barunya masih belum diceritakan pada gadis itu. Sudah tentu seminggu tidak cukup untuk dia lepaskan rasa rindu pada Alana.

Ding dong!

Bunyi loceng bertalu-talu membuatkan Tania mempercepatkan langkah kakinya menuju ke pintu utama. Sempat dia kerling jam di pergelangan tangan. Jam baru menginjak ke pukul 3 petang. Tidak mungkin tetamu-tetamunya sudah tiba. Tidak mungkin juga Adam pulang ke rumah. Jika Adam sekalipun, sudah tentu Adam boleh masuk sendiri ke rumahnya.

"Hold on! I'm comingggg", jerit Tania ketika menghampiri pintu utama rumah pantai milik Adam ini. Bunyi loceng tidak berbunyi lagi. Mungkin tetamunya dengar jeritan Tania tadi. Pintu utama rumah dibuka perlahan. Susuk tubuh yang berdiri di depan pintu rumahnya itu tersenyum manis memandang Tania, menimbulkan sedikit rasa gentar dalam hatinya. Namun Tania cuba berlagak selamba.

"Hai Isabel", ucap figura di depan Tania itu. Tania tersenyum kelat. Sudah lama dia tidak dengar nama panggilan itu. Malah sejak dia bersama Adam, Isabel seakan sudah luput dari hidupnya.

"Ma-macam mana boss tahu rumah ni?", soal Tania sedikit tergagap. Sejujurnya dia takut dengan kehadiran tetamu tidak diundang ini. Selepas kematian Puan Sri Melanie dan Mukriz, hati Tania selalu kata bahawa Robert dalang semuanya. Namun setiap kali Adam atau Tania bertanyakan tentang perkembangan siasatan kes itu daripada Sarjan Bernard, pegawai penyiasat itu selalu saja kata ia masih dalam siasatan dan masih tidak pasti dalang di sebalik kematian Puan Sri Melanie dan Mukriz.

Robert tersenyum mesra. Dia tahu Tania sudah pasti tidak menduga akan kedatangannya ke rumah pantai milik anak angkatnya ini. Sejak semalam dia perhatikan pasangan suami isteri ini dan sejak dari pagi tadi dia mengekori Tania. Ini peluangnya untuk bertemu dengan wanita ini.

"I kan godfather Adam. Of course I tahu mana anak I tinggal", jawab Robert bersahaja. Langsung tidak menunjukkan wajah bengis dan kejamnya. Dia tidak mahu Tania dapat menghidu akan niatnya ke rumah ini. "And... don't call me, boss. I am no lnger your boss. Panggil I, Uncle Robby. Lagi mesra kan?", sambung Robert lagi. Tania angguk perlahan. Matanya mula meliar ke luar rumah. Memerhati kalau-kalau Robert datang bersama konconya. Paling tidak orang paling kanannya namun tidak pula nampak seperti Robert datang bersama orang-orangnya.

"Uncle datang seorang jeĀ  ke?", tanya Tania ragu-ragu. Robert angguk memberikan jawapan kepada soalan Tania itu. Dia dengar Tania hembus nafas perlahan. Lega agaknya dengan jawapan yang dia berikan.
"By the way, Nia taknak jemput uncle masuk ke?", soal Robert mencuba nasib. Tania membuka pintu dengan lebih luas membuatkan Robert tersenyum lebar.
"Masuklah, uncle. Tapi Adam tak ada", pelawa Tania. Dia cuba berlagak seperti biasa, tidak mahu menunjukkan yang dia sedang takut untuk menghadapi lelaki ini.

Robert melangkah masuk dengan tangan bersilang di belakang. Tania tutup pintu rapat lalu mengekori Robert dari belakang. Dalam fikirannya, dia sedang berkira-kira untuk menghubungi Adam. Rasa tidak sedap hatinya semakin menebal. Tania hanya memerhati gerak langkah Robert yang sedang menuju ke ruang tengah rumah.

"Ermm..uncle duduk dulu. Nia buatkan air", kata Tania memecah suasana janggal ketika itu. Robert menoleh sekilas dan angguk. Matanya memerhati gerak Tania yang cepat menuju ke dapur. Konsep rekaan ruangan dalam yang terbuka memudahkan Robert memerhatikan Tania dari ruang tengah ini.

Tangan Tania menggigil. Degupan jantungnya semakin kencang. Mesej yang baru saja dia baca membuatkan nafasnya seakan terhenti. Tania rasa ingin pitam.

'Robert is the main suspect. Dia dah lari dari Malaysia. Kalau ada orang yang you tak kenal datang, jangan buka pintu. Set all the alarms. I'm on my way home' - Adam.

Tania menoleh ke belakang untuk melihat kelibat Robert. Mata mereka bertemu, senyuman terukir di bibir Robert. Tania tidak membalas senyuman itu sebaliknya dia kembali membelakangkan Robert. Jemarinya mula laju menaip sesuatu pada skrin iPhonenya. Namun belum sempat dia menghantar mesej itu, sesuatu yang tajam menyucuk belakang pinggangnya membuatkan Tania menjadi kaku.

"Kau hantar mesej tu, kau mati". Keras bisikan itu di cuping telinga Tania. Jantung yang mengepam darah seakan terhenti, badannya terasa sejuk tiba-tiba. Robert dengan kasar merampas iPhone milik Tania lalu dicampakkan ke lantai.

"Why uncle?". Soalan Tania dijawab dengan tawa. Robert mencekak rambut Tania dengan tangan kirinya lalu menarik wanita itu jauh dari ruang dapur. Pisau yang diacukan ke pinggang Tania masih di situ. Takut dirinya tertikam pisau itu, Tania hanya menurut.

Tania dibawa ke ruang tengah. Satu kerusi dari meja makan diambil lalu didudukkan Tania atas kerusi itu. Pita pelekat dari dalam briefcase yang dibawa diambil lalu Robert menutup mulut Tania dan mengikat tubuh, kaki serta tangan Tania menggunakan pita pelekat tersebut. Tania sempat kerling isi briefcase itu. Ada sepucuk pistol yang mirip dengan pistol dalam mimpinya.

Tania sudah tidak mampu menahan ketakutannya. Mimpi yang mengganggu tidurnya kini bakal menjadi kenyataan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience