| Bab 09

Romance Series 31808

Adam tergamam. Seperti tidak percaya dengan apa yang baru dia nampak sekejap tadi. Sara, teman wanitanya bersama seorang lelaki. Berpelukan dan bercumbuan mesra seolah dunia ini mereka yang punya.

"Tak guna punya perempuan! Aku bela kau, kau menggatal dengan lelaki lain", marah Adam. Tangan digenggam membentuk penumbuk. Ingin saja dia tumbuk muka lelaki itu.

Otaknya ligat berfikir lalu dikeluarkan iPhone dari poket seluar. Kemesraan pasangan itu dirakam, sebagai bukti. Akan disimpan bukti ini untuk melihat sejauh mana Sara menipunya.

Sara dan lelaki itu melangkah masuk ke dalam sebuah hotel. Adam mendengus kasar. Membuak-buak amarahnya ketika ini namun dia bersabar. Dia juga pernah begitu, tidur dengan perempuan lain. Bukan seorang, malah sudah tidak terkira ramainya.

"Tapi kau janji kau hanya untuk aku!", Adam menggumam. Dihentaknya dinding perlahan. Sakit hati dengan adegan itu.

Wajah Tania tiba-tiba muncul dalam fikirannya. Dia pernah minta Tania untuk tidak melakukan hubungan seks dengan lelaki lain, kecuali dirinya. Tapi apa dia sudah buat pada Tania? Dia halau Tania dari rumahnya tempoh hari. Adam tepuk perlahan dahinya, berkali-kali. Cuba melenyapkan wajah itu dari fikirannya. Entah kenapa selepas kejadian tempoh hari, dia selalu teringatkan Tania.

Ya, Adam akui dia pernah rasa sesuatu dengan gadis itu. Tapi apabila pulang ke Melbourne, perasaan itu hilang. Yang dia mahu hanyalah Sara. Adam mahu perbaiki hubungannya dengan Sara. Dan sebab itu dia marah ketika Tania datang ke Melbourne tempoh hari. Hanya kerana dia tidak mahu Sara tahu tentang Tania.

Lagipun, Adam kenal benar gadis seperti Tania. Tania tahu tentang keluarga dan kemewahannya. Tidak mustahil itu semua muslihat Tania untuk kikis hartanya.

'Ahh! Perempuan semua sama! Sara dengan Tania, sama saja dua-dua. Mereka cuma mahukan duit aku!', bebel Adam dalam hati.

Dengan rasa marah, Adam pergi meninggalkan kawasan hotel itu. Fikirannya berserabut, hatinya tidak tenteram. Seperti ada sesuatu yang kurang tapi dia tidak pasti apakah ia.

**************

"Semua okay. Kandungan you dah masuk enam minggu. Still in the early stage, so I want you to be careful ya", pesan Dr. Suzanne. Tania hanya angguk. Fikirannya masih kosong, hatinya masih tertanya-tanya. Tidak tahu apakah yang dia inginkan ketika ini.

"You kena banyak makan makanan berkhasiat. Throw away all the junk foods.."

"Doc, boleh tak I nak gugurkan kandungan ni?"

Dr. Suzanne terkedu mendengar soalan Tania. Dia belum habis memberikan nasihat, Tania sudah mencelah. Dipandangnya wajah kosong gadis ini.

"Nia, kenapa nak..."
" Boleh kan?". Tania tanya lagi soalan yang sama. Dr. Suzanne tatap wajah mulus gadis ini.

"Nia.."
"I tak nak baby ni, doc. I tak tahu nak buat apa dengan dia"

Bergetar suaranya, Tania sedih. Berhari-hari dia fikirkan tentang hal ini. Sebelum semuanya menjadi lebih teruk, lebih baik dia cegah dulu. Jika perutnya sudah semakin besar, bagaimana dia mahu bekerja? Sudah tentu Tania tidak dapat sorokkan lagi perutnya yang semakin membesar nanti.

"Baby ni tak salah, Nia. Kenapa you nak buang dia? Dia berhak untuk hidup", kata Dr. Suzanne. Biarpun anak luar nikah, tapi bayi ini tetap ada hak untuk hidup seperti bayi yang lain.

"I tak tahu nak buat apa. Kalau Alex tahu mesti dia marah. You tak kenal Alex yang sebenar. Semua ni salah I, doc. I tak sepatutnya skip injection tu"

Tania mula menyalahkan dirinya. Semua ini berpunca dari suntikan itu. Dr. Suzanne menggenggam erat tangan Tania. Dia tahu banyak yang ditanggung gadis ini, tapi menggugurkan kandungan bukan penyelesaiannya.

"Nia, listen to me. Setiap masalah tu ada jalan penyelesaiannya. Gugurkan kandungan ni tak boleh selesaikan masalah", pujuk Dr. Suzanne.

"Doktor tak faham!", bentak Tania. Hatinya sakit, hidupnya jadi tidak tentu arah hanya kerana bayi ini. Mujur Alex masih mahu dia bercuti. Bolehlah dia berehat seketika memikirkan cara.
"I mungkin tak faham apa yang dah jadi, Nia. Tapi I minta you jangan gugurkan bayi ni", rayu Dr. Suzanne. Macam mana sekalipun cara yang telah membentuk bayi ini, dia tetap tidak bersalah. Bayi ini harus diberikan peluang untuk hidup.

"You're not helping me at all. By the way, thanks", ucap Tania lantas berlalu meninggalkan bilik Dr. Suzanne. Bukan dia mahu bersikap kurang ajar dengan doktor ini, tapi Tania tidak mahu fikirannya diracuni oleh Dr. Suzanne. Hanya gelengan kepala yang menghantar Tania keluar dari bilik Dr. Suzanne.

*************

"Tania?"

Sapaan itu membuatkan Tania menyeka airmata yang hampir mengalir. Tidak sangka satu lagi kisah duka hidupnya begini. Kalaulah dia tidak pernah kenal lelaki bernama Adam.

"Tan Sri..". Tania tergamam dengan teguran dari lelaki ini. Tan Sri Mikael mengukir senyum, namun wajahnya pucat.
"Just call me uncle, Nia. Besides, you are Adam's girlfriend right? Soon will be my daugther in-law", lancar saja tutur kata Tan Sri Mikael.

Tania tersenyum nipis. Begitu yakin lelaki tua ini mengatakan Tania bakal menantunya. Kalaulah lelaki ini tahu kisah sebenar.

"Kenapa menangis?", tanya Tan Sri Mikael terus. Dia nampak Tania keluar dari bilik Dr. Suzanne tadi dengan muka sugul. Risau juga hatinya melihat keadaan Tania. Dia mungkin sudah lama tidak berjumpa gadis ini, namun dia masih ingat raut wajahnya.

"Tak.. tak ada apa-apa uncle", jawab Tania tergagap-gagap. Tidak mungkin dia ceritakan tentang kehamilan ini meskipun bayi yang dikandung ini adalah cucu lelaki ini.
"Nia tak sihat ke? Demam?", tanya Tan Sri Mikael prihatin. Tania angkat muka, memandang wajah lelaki lewat 60-an ini. Wajahnya pucat, kedutan di wajahnya juga semakin ketara. Anak mata itu, sama seperti anak mata Adam.

Tania rindukan Adam tiba-tiba.

Tania angguk perlahan, "Haah. Nia demam". Bohong Tania. "Uncle datang check up ke? Sorry Nia tak datang melawat uncle hari tu. Nia tak ada dekat sini", bohong Tania lagi. Tan Sri Mikael ukir senyuman dan angguk perlahan.
"Tapi dah settle. Jom kita pegi kafe. Lama uncle tak borak dengan Nia. Kita jumpa pun sekali saja", pelawa Tan Sri Mikael. Tania keberatan. Dia tidak sepatutnya rapat dengan keluarga Adam. Itu bukan yang dirancang sebelum ini. Tania cuma menjadi girlfriend sementara Adam dan selepas perjumpaan itu, dia tidak sepatutnya bertemu lagi dengan ahli keluarga Adam. 

Tapi Tania sedar dia sendiri sudah langgar peraturan itu. Dia pernah berjumpa Alana untuk tahu alamat Adam di Melbourne, dia pernah jumpa Mukriz di hospital ini secara kebetulan ketika Tan Sri Mikael dimasukkan ke hospital. Dan sekarang ini, dia berjumpa dengan Tan Sri Mikael pula.

Tania seperti sudah ada satu ikatan dengan keluarga ini. Bayi dalam kandungannya ini, keturunan Tan Sri Mikael. Bapanya adalah Adam dan di depan Tania kini, datuk kepada bayinya.

"Jom?", pelawa Tan Sri Mikael sekali lagi. Wajahnya penuh pengharapan. Dia mahu mengenali lebih rapat lagi dengan gadis ini. Semasa di rumahnya sebulan lalu, Tan Sri Mikael dapat lihat wajah kegembiraan Adam. Renungan mata Adam memberi seribu satu makna. Gadis ini juga sangat peramah dan mudah mesra. Dia senang dengan Tania dan tidak menghalang jika Adam mengahwini gadis ini.

"Okay, tapi Nia tak boleh lama. Ada kerja", bohong Tania lagi. Tan Sri Mikael angguk faham. Dia hanya mahu luangkan sedikit saja masa dengan gadis ini. Ada perkara yang ingin dia bincangkan tentang Adam.

*************

Tania termenung, otaknya masih memikirkan permintaan Tan Sri Mikael. Permintaan itu bukan sesuatu yang mudah baginya. Dia sendiri sudah dihalau Adam, bagaimana mahu tunaikan permintaan Tan Sri Mikael pula?

"Uncle rasa Nia tahu Adam macam mana. Dah dua tahun Nia dengan dia kan? Adam tu degil. Dia taknak langsung dengar cakap uncle"

Tania hanya diam. Dua tahun bersamaan dengan dua minggu. Itu tempoh dia mengenali Adam. Dia tidak tahu sedegil mana lelaki bernama Adam ini. Dua minggunya bersama Adam dulu sentiasa indah. Sentiasa ghairah dan berahi. Tania tidak tahu sisi lain Adam.

"Uncle nak dia balik sini, uruskan Altech. Tapi dia taknak", sambung Tan Sri Mikael lagi. Tania masih lagi seperti tadi, diam membisu. Hanya dengar saja tutur kata lelaki di depannya ini. Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu memberikan reaksi pada kata-kata Tan Sri Mikael. Tania juga punya masalahnya sendiri, kini dia rasa terbeban pula dengan masalah keluarga Adam.

"Nia boleh tolong uncle?", tanya Tan Sri Mikael tiba-tiba. Tania angkat muka, memandang wajah lelaki ini. Lelaki ini masih menanti Tania menyatakan sesuatu. Tania hembus nafas perlahan.

"Tolong apa tu uncle?", tanyanya pula. Walaupun Tania tidak mahu ambil tahu, tapi takkan dia nak diam membisu pula. Sekadar berbahasa, Tania bertanya juga.

"Tolong yakinkan Adam untuk balik sini dan take over Altech", pinta Tan Sri Mikael.

Tania menggeleng kepala beberapa kali. Yakinkan Adam uruskan Altech? Nak yakinkan Adam tentang bayi dalam kandungan ini pun Tania tidak mampu, macam mana nak yakinkan Adam untuk ambil alih Altech?

Mukriz kan ada. Lelaki itu yang mahukan semuanya, seperti yang Adam kata. Kenapa Tan Sri Mikael masih mahu Adam Hafrez yang uruskan Altech Holdings?

'Ah! Tak fahamlah aku dengan perangai orang-orang kaya ni. Sudah ada harta melimpah ruah tapi hidup masih tidak tenang, keluarga berpecah belah, adik beradik bergaduh. Kalau kau orang jadi macam aku, baru tahu macam mana susahnya nak hidup!', bebel Tania dalam hati.

Langkah diatur menuju ke bilik tidurnya. Memikirkan masalah sendiri juga sudah penat, ditambah pula dengan masalah orang lain. Menyesal rasa hati pernah mengambil tugas penyamaran itu.

'Aku benci kau, Adam!', jerit Tania dalam hati. Badan dihempaskan ke atas tilam, mata terpejam rapat. Tangannya mengusap lembut perut, terbayang wajah Adam di mindanya. Sentuhan hangat dan layanan mesra Adam terbayang di minda Tania.

"I hate you but I miss you. This is your baby, Adam. Why you did this to me..?", bisik Tania perlahan. Dirinya masih tidak boleh terima semua kebodohan sikapnya. Dengan Adam, semuanya jadi lain. Dia jadi seorang yang sangat rapuh dan lemah.

Hanya kerana seorang Adam!

Airmata yang sedari tadi memenuhi kelopak matanya dibiarkan mengalir. Tania masih tidak tahu nasibnya selepas ini apabila Alex tahu tentang kehamilannya. Lelaki itu yang selalu mengingatkan Tania tentang langkah pencegahan. Alex juga yang cadangkan Tania mengambil suntikan mencegah kehamilan itu.

Tapi hanya kerana dia alpa, Tania lupa akan semua itu.

"Aku taknak baby ni, aku benci kau. Aku taknak!!", jerit Tania sambil menumbuk-numbuk perutnya. Meraung Tania di dalam bilik tidur kondominiumnya, tiada siapa yang tahu. Beban ini terlalu berat untuknya.

Ding dong! Ding dong!

Tangisan Tania terhenti apabila mendengar loceng pintu ditekan berkali-kali. Tidak sabar sungguh tetamunya ini. Tania bingkas bangun dan mengesat airmatanya yang banyak mengalir membasahi pipi.

Ding dong!

Loceng berbunyi sekali lagi. Cepat Tania mengatur langkah menuju ke pintu utama. Pintu dibuka luas.

"Hai Nia"

Tania kaget. Kakinya bagai dipaku, tubuhnya menggigil. Lidahnya kelu, jantungnya berdegup kencang.

"Miss me?"

Bibir Tania bergetar. Matanya mula membentuk kembali empangan airmata. Tania ingin menangis tapi entah kenapa airmatanya seolah menjadi beku.

Siapa tetamu Tania?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience