| 30

Romance Series 31808

Passport dalam laci meja pejabatnya diambil dengan pantas. Dia kaget. Dia perlu keluar dari Malaysia dengan segera.

"Boss, semua dah ready. Kita boleh pergi sekarang", kata orang kanan Robert. Robert angguk sekilas lalu berjalan laju meninggalkan ruang pejabatnya.

Sejak didatangi dua orang pegawai penyiasat semalam, Robert rasa tidak sedap hati. Melalui beberapa orang dalam, dia dapat tahu bahawa dirinya kini dalam pemerhatian polis dan juga menjadi suspek pembunuhan Melanie dan Mukriz.

"Bos, maklumat yang bos nak tu dah dapat", bisik orang kanan Robert ketika kereta yang dinaiki meluncur laju menuju ke lapangan terbang. Robert angkat kening.
"Memang betul sangkaan boss. Adam yang uruskan Altech. Tapi dia berselindung di sebalik Alana dan orang kuat Altech", cerita orang kanan Robert.

Robert genggam tangan dan ketap gigi rapat sehingga menampakkan garis rahangnya.
"Tak guna punya Adam! Aku ingatkan dia balik Melbourne, dia tak ambil tahu pasal Altech", getus hatinya.

"Aku nak kau cari dekat mana Adam tinggal", arah Robert pada orang kanannya. Sejak Adam tinggalkan Malaysia bersama Tania, Adam tidak pernah menghubunginya. Malah Robert tidak tahu ke mana Adam berpindah. Lelaki itu seakan menjauhkan diri dari Robert.

"I ingat bos tahu di mana Adam tinggal. Bukan ke bos godfather dia?", soal orang kanan Robert bingung. Robert lepas keluhan kasar dan merenung orang kanannya tajam.
"Kalau aku tahu, tak adalah aku suruh kau cari!", bentak Robert. Terdiam terus orang kanannya. Tanya soalan bodoh. Mujur saja tidak kena buku lima Robert.

"Sorry, bos", ucap lelaki itu takut.
"Aku rasa Adam dah syak aku yang bunuh Melanie dengan Mukriz. Sebab tu dia jauhkan diri dari aku. Dan dia bijak. Dia tarik Alex untuk tinggalkan kerja dia dan jaga Alana. Berani dia tentang aku!", marah Robert. Alex berhenti kerja dengannya sebulan selepas Adam dan Tania tinggalkan Malaysia.

Perhitungan Robert belum berakhir. Selagi Altech Holdings tidak hancur, dia tidak akan berdiam diri. Dia masih mahu syarikat itu dihancurkan. Walau dia terpaksa menentang Adam sendiri.

Bagi Robert, Adam bukan seperti yang pernah dia kenali dulu. Sejak Adam mengenali Tania, lelaki muda itu berubah sama sekali. Pemikiran Adam semakin sukar untuk dipengaruhi. Dan kini, ia semakin sukar apabila Adam sendiri sudah mula mencampuri urusan Altech Holdings dan Robert pasti, keputusan Adam untuk membantu menguruskan Altech Holdings dipengaruhi Tania.

**********

Skrin iPhone di tangan ditenung bagai nak tembus. Tidak berkelip mata Tania memandangnya. Sangkaan dia selama ini ternyata benar.

Alana anak Robert!

"Ya Allah. Macam mana kalau Lana tahu ni?", omel Tania perlahan. Terbit rasa resah di hatinya. Dan bagaimana pula jika Adam tahu mengenai ini?

Sepasang tangan yang melingkari pinggangnya dari belakang membuatkan Tania terkejut. Hampir saja iPhone di tangan terlepas.

"Sayang...! Terkejut I", kata Tania bernada rajuk. Bibir dijuih ke depan. Adam ketawa kecil. Ciuman hangat singgah di pipi kanan Tania.
"You tengok apa tu? Bukan main lama lagi tenung phone tu", tanya Adam lembut. Dari dalam rumah tadi dia nampak Tania begitu fokus memandang skrin iPhonenya dengan dahi yang berkerut. Sengaja Adam datang perlahan dari arah belakang, kononnya untuk mencuri lihat skrin telefon Tania namun hampa. Tiada apa yang dia nampak.

"Tak ada apa-apa. Just a message from Alex", bohong Tania. Tidak mungkin dia memberitahu tentang hal yang baru dia tahu tadi pada Adam.

"Hurmm.. baca mesej Alex macam baca mesej boyfriend", ujar Adam berbaur cemburu. Tania ketawa besar dan menggeleng. Mulalah Adam nak cemburu tak bertempat.

"You ni... dengan Alex pun nak cemburu lagi ke?", tanya Tania berseloroh. Adam angguk laju, muka masam mencuka. Geli hati Tania melihat mimik muka Adam.

"Mengadalah you ni. Alex tu kan dah macam abang I. Dari dulu lagi I tak pernah anggap dia lebih dari seorang abang", terang Tania. Berkali-kali tanpa jemu. Meski kini dia sudah menjadi milik Adam, namun tetap saja lelaki ini menzahirkan perasaan cemburunya terhadap Alex.

Adam ukir senyum lalu membalas, "I know. Saja nak usik you". Hidung Tania dicuit dengan jari. Alex bukan saingan Adam. Dapat memiliki Tania sepenuhnya cukup buat Adam rasa bangga meski dia tahu sejarah silam Tania.

Adam melabuhkan punggung di kerusi lalu menarik Tania supaya duduk di atas ribanya. Tania hanya menurut. Memang kesukaannya santai petang seperti itu dengan Adam. Melihat pantai dan laut yang terbentang luas di belakang rumah mereka serta memerhatikan anak-anak jiran bermain di persisiran pantai, cukup membuatkan Tania gembira.

Kejiranan yang mesra. Jika Adam pulang lewat dari pejabat, Tania selalu saja menyertai anak-anak jirannya bermain boomerang bersama haiwan peliharaan mereka.

"Sayang... Anak Matthew tu comel kan?". Tania membuka bicara selepas seketika memerhatikan anak-anak jiran sebelah rumah mereka, pasangan Matthew dan Joelle bermain di pantai. Anak pasangan itu yang kecil sekali, Abby baru berusia dua tahun.

Adam angguk setuju dan menjawab, "Yes. So cute".
Adam turut melontar pandangan jauh ke arah 3 orang kanak-kanak yang ceria bermain bersama anjing mereka. Dari jauh terdengar hilai tawa keluarga itu.

"I wish I can give you a baby". Kata-kata itu terluah dari mulut Tania tiba-tiba. Adam terkedu. Beberapa bulan ini, mereka langsung tidak pernah membicarakan tentang hal ini. Dengan keadaan Tania, Adam redha jika tiada rezekinya untuk mendapat zuriat bersama wanita ini.

"Sayang...". Panggil Adam perlahan. Melihatkan perubahan wajah Tania, Adam tahu isterinya ini bersedih.
"I'm sorry, Adam. I tak boleh lahirkan zuriat untuk you", ucap Tania perlahan. Tubuh sasa Adam didakap erat. Menitis air matanya di bahu Adam. Tania mahukan zuriat, dari darah dagingnya sendiri. Dari persenyawaan telurnya dan benih Adam.

"Jangan cakap macam tu, sayang. Kita boleh ambil anak angkat kan?", pujuk Adam lembut. Tania menggeleng laju.
"I taknak anak angkat. I nak anak kita. Darah daging kita. We still can have it. Cuma I tak boleh mengandungkan anak tu", bidas Tania lalu menerangkan. Adam faham maksud Tania.

"I taknak ibu tumpang. Even janin tu dari kita, I taknak dia menumpang rahim perempuan lain. No way, sayang. NO way", bidas Adam pula. Dia mula rasa tidak senang dengan topik perbualan mereka petang ini. Dia tahu niat Tania, malah sudah beberapa kali dia mendengar perbualan telefon Tania dengan doktor yang merawatnya dulu. Namun Adam hanya membisu dan tidak mahu membuka cerita tentang perkara itu.

Wajah Tania mula bertukar sayu. Dia sudah boleh menduga Adam pasti tidak akan bersetuju dengan ibu tumpang.

"Tapi I taknak anak angkat...", ujar Tania perlahan. Ada sendu di hujung katanya. Dia terus berlalu meninggalkan Adam di balkoni luar rumah. Hatinya terusik dengan sikap Adam. Lelaki itu seoalah tidak mahu memahami isi hati dan keinginannya.

"Nia...". Perlahan, seakan berbisik. Adam menghantar Tania pergi dengan ekor mata. Keluhan berat dilepaskan. Sudah acapkali rancangan mengenai ibu tumpang itu dia dengari, tapi Adam mengambil langkah tidak mahu ambil tahu selagi Tania tidak menyuarakan hasratnya itu. Akan tetapi apabila rancangan itu disuarakan, dia tetap tidak setuju.

Adam melontar pandangan jauh ke arah pantai. Abby yang berusia dua tahun ralit bermain bersama ibu dan bapanya, Matthew dan Joelle serta dua orang abangnya. Nampak gembira dan bahagia. Jauh di sudut hati Adam, dia juga mengimpikan kehidupan yang sebegitu. Mempunyai keluarga sendiri, yang bakal mewarisi semua miliknya kelak. Tetapi Adam tahu keluarga yang  bakal dibina bersama Tania bukan keluarga yang normal seperti orang lain. Dia tidak mahu mengikut cadangan Tania itu. Adam lebih rela mengambil anak angkat dari mencari ibu tumpang semata-mata untuk mendapatkan waris keturunannya. Namun, Adam tahu kemahuan Tania. Isterinya hanya mahukan anak darah daging mereka sendiri.

**********

Alex mundar mandir di ruang lobi bangunan yang menempatkan pejabat Altech Holdings. Berita yang dia terima sebentar tadi amat merisaukan. Robert telah melarikan diri dan tidak dapat dikesan. Pejabat dan rumahnya juga kosong tidak berpenghuni. Konco-konco Robert juga sudah hilang entah ke mana. Orang kanan Robert yang rapat dengan Alex juga tidak dapat dihubungi.

Alex kerling jam di pergelangan tangan kanannya. Jarum pendek tepat pada angka enam dan jarum panjang hampir ke angka tiga.

"Lambat pulak Lana hari ni. Nak call, macam tak patut. Mesti tengah busy", gumam Alex sendirian. Dalam fikirannya kini hanya fikirkan keselamatan Alana, Tania dan Adam. Dia tahu tiga orang manusia ini menjadi buruan Robert. Jika Mukriz dan Melanie boleh dihapuskan, sudah tentu sasaran seterusnya adalah waris Tan Sri Mikael yang masih hidup.

"Tania! Aku kena call Tania". Alex berkata pada dirinya sendiri. Dia perlu memberi amaran kepada Tania supaya lebih berhati-hati. Poket jaket diseluk. Jarinya mencapai telefon bimbit di dalam poket tersebut. Telefon segera dinyahaktif dan nombor telefon Tania didial.

Lama menunggu, panggilannya tidak dijawab. Alex mencuba lagi. Berkerut dahinya sambil mulut terkumat kamit seperti membaca mantera. Jam tangan dipandang sekilas. Waktu di Melbourne sekitar 8 malam.

"Aduh Nia. Pick up the phone pleaseeee", pinta Alex perlahan. Nombor telefon wanita itu didialnya lagi. Masih sama, nada dering berbunyi sehingga masuk ke peti simpanan suara. Dari lif di lobi itu, Alex nampak kelibat Alana keluar dari lif. Dia mematikan panggilan tadi lalu menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket. Jaket yang dipakai dikemaskan. Alex cuma menyembunyikan riak wajah cemasnya dari Alana namun kelihatan raut wajah gadis itu agak merisaukan.

"Alex, I rasa kita kena pergi Melbourne malam ni jugak", kata Alana ketika mendekati Alex. Alex sedikit terkejut namun dia cuba sembunyikan perasaan itu. Dia berdehem beberapa kali untuk menghilangkan rasa gugup.
"Kenapa? You look so worried", tanya Alex bersahaja meski dalam hati bagai ada paluan gendang rasanya. Berdegup kencang sejak dia melihat Alana keluar dari lif tadi.
"Adam and Tania. I think they're in trouble. I tried to call Adam many times but cannot get through. Tania pun sama. I risaulah if something bad happened to them", jawab Alana lancar.

Dia berada di dalam mesyuarat tadi ketika mendapat panggilan dari Sarjan Bernard yang menyampaikan berita bahawa Robert sudah melarikan diri. Dalam fikiran Alana hanya satu, Robert pasti mencari Adam. Hatinya tidak tenang sepanjang dalam mesyuarat tadi. Habis saja mesyuarat, dia segera mendial nombor Adam dan Tania bergilir-gilir namun hampa. Tidak berjawab.

"Al, do you hear me?", tanya Alana apabila melihat Alex hanya mendiamkan diri. Alex angguk perlahan. Mungkin dia perlu suarakan kerisauannya juga.
"I'm also worry about them. Sarjan Bernard call I tadi bagitau yang Robert dah menghilangkan diri", balas Alex perlahan. Alana tidak terkejut kerana itu juga yang disampaikan Bernard padanya sejam yang lalu.
"He told me the same thing. We really need to go to Melbourne, Al. I takut Robert pergi sana", suara Alana, sedikit cemas.
"Okay. Let's go back and pack our things", cadang Alex. Alan angguk laju tanda setuju.

Semenjak Alex bekerja sebagai bodyguardnya atas arahan Adam, ke mana saja Alana pergi mesti mendapat kelulusan dari Alex terlebih dahulu meskipun dia majikan Alex. Ini semua hanya untuk memastikan dia sentiasa berada dalam keadaan selamat tanpa ancaman Robert. Mereka semua berpendapat bahawa Robert dalang di sebalik kematian Melanie dan Mukriz. Cuma pihak penyiasat masih tidak dapat mengumpulkan bukti yang kukuh untuk sabitkan Robert dengan jenayah itu.

"I harap Robert bukan cari dia orang", ujar Alana perlahan. Alex angguk setuju. Itulah yang bermain di fikirannya dari tadi. Dia juga berharap bahawa Robert melarikan diri, bukan membuat satu lagi jenayah.

"Let's pray for their safety, okay?", pujuk Alex. Dia tahu Alana terlalu risau memikirkan abang dan kakak iparnya itu. Berita mengenai kehilangan Robert masih belum Adam mahupun Tania tahu.

Satu yang pasti, Alex dan Alana perlu sampai di Melbourne dahulu sebelum Robert. Jika benar lelaki itu masih mahu membalas dendam terhadap keluarga Tan Sri Mikael.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience