| 28

Romance Series 31808

Pinggan yang baru dibasuh dilap satu persatu. Mulutnya terkumat-kamit membebel namun tidak kedengaran bebelannya. Hatinya sakit dengan kedatangan tetamu tidak diundang itu. Sudahlah datang tidak dijemput, diminta pula berbuat macam-macam.

"Hish! Geram betullah aku! Yang Riz ni pun satu, kenapa nak baik sangat dengan dia tu!", getus Melanie. Terluah juga sesak di dadanya. Sudahlah pembantu rumahnya bercuti hari ini, terpaksalah dia memasak juadah yang diminta oleh tetamunya itu.

"Sedap you masak tadi. Lain kali bolehlah I datang lagi kan?". Suara itu membuatkan bahu Melanie terenjut akibat terkejut. Matanya tajam merenung pada susuk tubuh lelaki sebaya arwah suaminya itu. Pinggan yang dilap tadi disimpan di dalam kabinet dengan kasar, seakan merusuh. Lelaki itu ketawa kecil lalu merapati Melanie. Pinggang wanita itu dipeluk dari belakang. Kaget dengan keadaan itu, Melanie terus melarikan diri jauh dari lelaki itu.

"Apa ni, Robby? I tak halau you dah cukup baik. Jangan buat I marah". Melanie memberi amaran. Namun sedikit pun tidak menggentarkan Robert. Dia melangkah menghampiri Melanie. Wanita ini tetap nampak cantik pada pengamatannya. Seolah wajahnya tidak dimamah usia.

"You marah lagi I suka, Mel. You make me horny", bisik Robert pada telinga Melanie. Hembusan nafas hangatnya menyapa cuping telinga wanita ini. "Do you remember, dulu-dulu? You came to me when you mad at Mikael. You nampak cantik bila you marah", ujar Robert. Badannya semakin merapati tubuh Melanie. Wangian yang dipakai wanita ini menaikkan syahwatnya. Meski sudah berumur 60 tahun, Robert masih mempunyai nafsu. Selalu saja GRO atau call girlnya menjadi pemuas nafsu serakahnya.

"Go away, Robby. Sebelum I jerit. Baik you balik". Melanie sedaya upaya menolak badan Robert namun ternyata tenaganya tidak setanding lelaki ini. Robert dengan pantas menggenggam kedua-dua tangan Melanie yang cuba menolaknya tadi. Dengan tenaga yang dia ada, Robert menolak Melanie sehingga pergerakkannya mati di tepi kabinet.

"Lepaskan I, Robby. Please. Don't do this to me", rayu Melanie. Dia mula membayangkan perkara-perkara buruk yang mampu Robert lakukan. Lelaki berhati kejam ini. Apa saja dia sanggup lakukan. Robert mula ketawa. Dia suka melihat wajah ketakutan Melanie.

"You are mine tonight, Mel. Aku takkan lepaskan kau!", bentak Robert seraya menggenggam kuat rambut Melanie membuatkan wanita itu menjerit kesakitan. Tangan Melanie cuba meleraikan genggaman tangan Robert dirambutnya namun tidak berjaya. Dia jatuh terjelupuk di lantai. 

Dalam kesakitan, Melanie cuba melarikan diri dari Robert tapi hampa. Robert berjaya menggenggam kembali rambutnya lalu diseret keluar dari dapur. Demi menahan sakit kulit kepala akibat rambut yang ditarik, Melanie mengikut gerak langkah Robert. Badannya dicampakkan di ruang tengah, ruang antara ruang makan dan ruang santai. Robert tersenyum sinis memandang Melanie yang mukanya berkerut menahan sakit. Dia membongkok, mendekatkan mukanya dengan Melanie.

"You nak masuk bilik sendiri atau you nak I heret you?". Soalan Robert itu mengejutkan Melanie. Tidak sangka sampai ke situ pemikiran Robert ketika ini.

"Riz! Tolong mama!". Panjang akalnya menjerit meminta pertolongan daripada Mukriz. Robert tidak gentar malah dengan beraninya dia ketawa kuat sehingga memenuhi ruang tingkat satu banglo.

"Dia tak boleh tolong you, Mel! Awal-awal lagi aku dah tidurkan dia. Kesian anak you tu. Penat dia ke sana ke mari tanpa kaki. Daripada dia derita, lebih baik dia tidur. Selamanya", kata Robert penuh bangga. Membuntang mata Melanie mendengar setiap patah kata yang keluar dari mulut Robert. Tiba-tiba datang kekuatannya untuk bangkit. Ingin melihat keadaan anaknya di bilik tidur. Namun belum sempat Melanie bangun sepenuhnya, Robert berjaya merangkul pinggangnya.

"Lepaskan aku! Lepaskan aku!", jerit Melanie dalam ronta. Matanya sudah mula menerbitkan titik-titik jernih. Robert ketawa terbahak-bahak. Malam ini, dia akan hapuskan semuanya. Robert terus mengheret Melanie menaiki tangga menuju ke bilik tidur utama, bilik tidur Melanie.

Badan Melanie dihempas ke atas katil. Blouse yang dipakainya tersingkap ke atas lalu menampakkan perut Melanie. Robert mula berasa ghairah. Melanie memang pandai menjaga badan. Pinggangnya ramping meski sudah berumur lewat 50-an.

"Kau binatang!", jerit Melanie dalam susah payah untuk bangun dari katil. Badannya mula terasa sakit dan sengal-sengal akibat cengkaman Robert tadi. Robert menghampiri katil lalu naik ke atas Melanie. Pergelangan tangan Melanie digenggam kuat. Matanya tajam merenung wanita itu.

"Kalau aku binatang, kau pun binatang! Kau ingat aku boleh lepaskan kau macam tu je? Kau akan terima nasib sama dengan anak kau!", jerkah Robert dengan suara yang lantang. Lantas dia mencekik leher Melanie sekuat hati. Meronta-ronta wanita itu minta dilepaskan namun kuat saja tenaga Robert mencekik Melanie sehingga rontaan Melanie semakin perlahan dan akhirnya berhenti.

Setelah melihat tiada lagi rontaan Melanie, Robert merebahkan badan di sebelah wanita itu. Penat juga dia bekerja keras malam ini. Mula-mula Mukriz, kemudian Melanie. Namun dia puas. Kedua-duanya sudah dihapuskan.

Kini, hanya tinggal Alana.

Tawa Robert memenuhi bilik tidur Melanie. Akhirnya, keluarga Mikael Sulaiman sudah dihapuskan.

**********

Adam tersentak dari lena. Terasa peluh membasahi badannya yang tidak berbaju. Suhu sejuk penghawa dingin dirasakan tidak membantu. Dia capai iPhone yang diletakkan di sisi katil sebelum tidur tadi. Punat tepi telefon ditekan lalu skrinnya menyala.

Jam 3 pagi.

Adam kerling di sebelah. Tania lena tidur selepas pelbagai aksi sejak petang tadi. Adam tersenyum nipis. Kasihan melihat wajah letih isterinya. Semalaman melayan keinginan nafsunya yang membuak-buak. Pelbagai posisi dan tempat mereka lakukan. Boleh dikatakan segenap pelusuk ruang suite ini digunakan sepenuhnya. Mujur tidak sampai ke balkoni.

Selimut tebal yang menyelimuti separuh badan diselak. Kaki diturunkan ke lantai. Boxernya yang berada berdekatan ditarik menggunakan jari kaki lalu disarungkan. Sempat dia mengucup dahi Tania sebelum keluar bilik menuju ke mini pantry.

Entah kenapa dada Adam berdebar kuat tiba-tiba. Rasa tidak sedap hati. Dia membuka peti sejuk, mencari jika ada air yang boleh diminum. Matanya tertancap pada deretan tin warna hijau yang tersusun di dalam peti sejuk itu. Ia memang ada disediakan, akan dikira di dalam bil saja nanti.

"Carlsberg.. tapi aku dah lama tak minum", gumamnya. Satu tin diambil lalu digenggam lama. Keluhan nafas berat dilepaskan lalu diletakkan semula tin itu di dalam peti sejuk. "No. I need to stop", bisiknya pada diri sendiri. Sebotol air mineral yang juga ada di dalam peti sejuk dicapai. Mujur dia minta lebih ketika memesan makanan petang tadi.

Kaki melangkah menuju ke ruang santai. Remote TV di atas meja dicapai lalu dihalakan ke TV. Tiada siaran. Ah, memanglah. Pukul 3 pagi. Apa yang ada. TV ditutup dan kemudian Adam bersandar lesu pada sofa. Mata dipejam rapat sambil kepala didongak ke atas. Dadanya masih lagi berdebar dari tadi.

"Sayang...?". Panggilan suara lembut itu membuatkan Adam membuka mata. Tania yang memakai bathrobe datang menghampiri dengan mata yang separuh terbuka.

"Yes baby? What's up?", tanya Adam lembut. Tania datang menghampiri lalu melabuhkan punggung di sebelah Adam. iPhone milik Adam dihulurkan kepada lelaki itu.
"Your phone keep ringing. Private number", balas Tania perlahan. Kepala dilentokkan ke sisi Adam dan dia kembali lelap. Menggeleng Adam dengan Tania. Penat sangat agaknya. Bahu wanita ini dirangkul penuh kasih.

Adam menyahaktif kunci iPhonenya. Ada 5 panggilan tidak berjawab dari private number. Masanya sejurus selepas Adam tinggalkan bilik tadi. Berkerut dahinya memikirkan gerangan di pemanggil.

"Ah, bukan aku boleh call balik pun. Tunggu je lah orang tu call balik", bisik Adam. Dia turut terlelap bersama Tania di sofa.

Baru saja ingin terasa lena, Adam dikejutkan dengan panggilan masuk dari nombor tidak dikenali itu. Sempat dia kerling jam, sudah pukul 4 pagi.

"Hello", ringkas sapaan Adam. Jarinya menggosok-gosok mata yang pedih. Mata tidak boleh terbuka sepenuhnya. Pedih.

"Hello. Mr. Adam Hafrez?", tanya suara di hujung talian.
Adam hela nafas dan menjawab, "Yes, speaking. Who's on the line?"

"I'm Sargeant Bernard from Bukit Aman"
"Bu-bukit Aman?"

Segar terus mata Adam mendengar pengenalan pemanggilnya tadi. Dia terduduk tegak dan turut mengejutkan Tania dari lena. Terpisat-pisat wanita itu bingung.

"Ya, encik. Saya minta encik datang ke HKL untuk membuat pengecaman mayat yang disyaki ibu dan adik lelaki encik", terang Sarjan Bernard. Degupan jantung Adam bagaikan terhenti. Seperti mimpi.

"Kenapa you?", soal Tania keliru. Adam menjadi kaku tiba-tiba dengan telefon masih di telinganya. Adam masih diam membuatkan Tania semakin tidak senang duduk. Sesekali Adam angguk perlahan, mungkin cuba faham percakapan di talian satu lagi.

"Ya, encik. Saya akan ke sana pagi nanti". Itu saja yang terluah dari mulut Adam setelah diam seketika. Tania meraut lembut lengan Adam.

"Sayang... what's wrong?", tanya Tania lembut. Adam tertunduk dan pejam mata. Sukar untuk dia terima meski pun dia bencikan wanita dan lelaki itu. Tapi mereka tetap keluarganya.

"Mama and Riz. They found dead at the house". Perlahan namun Tania dengar.
"What?!". Naik satu oktaf suara Tania. Terkejut dengan perkhabaran itu. "Did Lana knew about this?", tanya Tania lagi.

Adam menggeleng, "I don't know, sayang. We need to check out early in the morning. I'm sorry, baby for ruining our honeymoon".

Tania merangkul erat lengan Adam. Dia tahu suaminya ini sedang runsing dan mungkin juga bersedih. Dia harus tenangkan hati gundah lelaki ini.

"It's okay, sayang. I'm okay with it. Kita settlekan apa yang perlu dulu, okay?", pujuk Tania. Adam angguk lemah dan perlahan.

**********

Suasana di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur terasa sayu. Beberapa orang kenalan dan saudara keluarga Melanie mula memenuhi perkarangan bilik mayat.

Di satu sudut, Alana sudah menangis teresak-esak. Dia dapat tahu tentang ini awal pagi tadi ketika dihubungi seorang pegawai polis dari Bukit Aman.

Dia cuba menghubungi Adam namun hampa. Entah di mana abangnya berada sekarang. Selepas majlis akad nikah semalam, Adam dan Tania terus menghilangkan diri. Alana sendiri tidak pasti di mana mereka berada.

"You dapat call Kak Nia?", tanya Alana pada Amber dalam sedu tangis. Amber menggeleng. Alex juga puas cuba menghubungi Adam dan Tania namun hampa. Adam tidak memberitahu lokasi mereka tapi Alex tahu Adam membawa Tania berbulan madu.

"Janganlah dia orang dah balik Aussie..", gumam Alana.
"I'm sure they still in Malaysia. You bersabar ye", pujuk Amber lembut. Dia tahu kegusaran hati Alana ketika ini. Gadis ini mendapat berita pagi tadi, ketika mereka sedang menyediakan sarapan. Sejak keluar dari rumah keluarganya, Alana menetap di rumah Alex dan Amber.

Kereta dipandu Adam diparkir dekat ruang letak kereta bertingkat HKL. Bahu Tania digerak perlahan untuk kejutkan wanita ini dari lena.

"Dah sampai ke?", tanya Tania dalam mamai. Wajah sayu Adam ditatap. Adam ukir senyum nipis dan angguk.
"Dah. It's okay kalau you nak tunggu sini", kata Adam. Tania geleng. Dia mahu berada di sisi suaminya ketika ini. Dia tahu Adam perlukan sokongan.

"I'll go with you, sayang", tegas Tania. Pagi tadi berulang kali juga Adam minta Tania tinggal saja di sana dan dia akan kembali selepas semua urusan selesai. Tapi Tania berkeras untuk mereka tinggalkan Avani Resort dan pulang saja ke Kuala Lumpur.

Adam beralah. Langkah mereka diatur menuju ke bilik mayat. Dalam hatinya masih debar. Kematian mengejut ini dia masih belum tahu punca. Sarjan Bernard minta Adam berjumpa dengannya di sini.

Alana bangun dari kerusi yang dia duduk apabila melihat kelibat Adam dan Tania dari jauh. Air mata yang sudah kering tadi kembali membasahi pipinya.

"Abang!". Badan Adam dipeluk erat. Meraung Alana di dalam dakapan abangnya.
"Shh.... don't cry, Lana. Please. You need to be strong", pujuk Adam. Rambut Alana diusap lembut. Kucupan singgah di atas kepala gadis ini.

Tania hanya memerhatikan tingkah laku dua beradik ini. Timbul rasa sedih dalam hatinya. Hati Tania mula tertanya-tanya.

Kenapa semua ini mesti berlaku dalam keluarga Adam? Berapa banyak lagi nyawa yang akan terkorban? Tania yakin ini perbuatan khianat. Kematian yang disengajakan.

Sejak kematian Tan Sri Mikael, kemalangan Mukriz yang dia tahu angkara Robert dan kini Melanie dan Mukriz menerima nasib yang sama.

Siapa mangsa seterusnya? Adakah Alana? Atau Adam? Atau dirinya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience