| Bab 03

Romance Series 31808

Bunyi bingit muzik kuat dalam kelab ini tidak mampu membuatkan masalah di dalam fikiran Adam hilang. Air penyejuk tekak dalam gelas dihirup perlahan. Adam meramas rambut belakang kepala perlahan, pening memikirkan cara. Dia tersentak apabila bahunya ditepuk kuat dari belakang.

"Bro! What's up?", sapa Mike. Adam berpaling, berkerut dahinya melihat muka selamba Mike. Berdebar dadanya tadi akibat terkejut dengan sapaan Mike.
"Kau ni. Nak suruh bagi salam, bukan Islam. Dalam night club pula tu. Tapi tak boleh ke tegur sopan-sopan sikit?", sindir Adam. Mike ketawa besar.
"Kau tu yang jauh sangat termenung, Mr. Adam Hafrez. Aku panggil tadi kau tak dengar pun", bidas Mike. Adam mencebik, malas mahu melayan Mike. Mike ketawa tiba-tiba apabila melihatkan gelas di depan Adam.

"Really, bro? Mojito je? Ajak minum tapi Mojito je?", kuat Mike memerli. Adam lepas keluh berat. Dia tidak mahu mabuk malam ini. Hanya kerana dia masih mahu berfikir waras untuk merencana sesuatu. Itu juga sebab utama dia ajak Mike ke mari.
"Aku taknak mabuklah. Aku tengah pening ni", balas Adam. Mojito dalam gelas dihirup habis. Mike sudah membetulkan duduk di sebelah. Tequila dalam gelas diteguknya perlahan.

"Tell me, apa yang buat kau serabut sangat ni. Last month kau balik pun muka macam ni juga", tanya Mike, cuba menjadi pendengar setia kawan baiknya ini. Adam tarik nafas dalam lalu dihembus perlahan.

"Kau ada kenal mana-mana perempuan, yang boleh aku upah untuk jadi temporary girlfriend aku?", tanya Adam terus. Mike terus ketawa mendengar soalan Adam. Buat apa mahu upah perempuan untuk jadi girlfriend sementara sedangkan lelaki ini sudah mempunyai teman wanita?

"Sara?", cadang Mike.
Adam berdecit, "Sara tak boleh. Dia tak boleh tahu pasal family aku"

Sara, gadis yang sudah dua tahun menjadi kekasihnya dan juga teman tidurnya. Hanya kerana satu peristiwa yang tidak disengajakan, Sara terus menjadi teman wanitanya. Dari hanya sekadar menidakkan rasa bersalah, Adam mula menyayangi gadis itu. Namun Sara bukan seperti yang Adam sangka, cintanya pada Adam hanya untuk duit dan kemewahan kerana Sara tahu Adam mampu berikan semua itu. Dan Adam pula, melihatkan Sara yang mata duitan, dia mempergunakan gadis itu sebagai pemuas nafsunya saja.

"But I think she is the best candidate. She knew you well, inside out"
"Sebab dia tahu luar dalam akulah, aku taknak dia jumpa family aku. Faham? Kau nak tolong aku ke tak ni, Mike? Serabutlah", balas Adam. Mike saja menambah serabut dalam fikirannya ketika ini.
"Okay, okay. Aku tolong kau. Tapi aku tak sure that this is the best solution", kata Mike, mengalah apabila melihat Adam sudah mula naik angin. "But before that aku nak tahu, kenapa kau nak temporary girlfriend ni?", tanya Mike.

"Tan Sri Mikael dengan Puan Sri Melanie dah tak sabar nak menantu sulung. Ada ke patut nak kenalkan aku dengan anak kawan mama, memanglah aku tak nak"

"And you told them you have a girlfriend? Well, yes you have one. But now kau nak cari lain pula"

Cepat Mike potong kata-kata Adam tadi. Makin pelik dan keliru dengan perangai kawannya ini. Adam hanya angguk.
"Lebih baik aku cakap ada, aku bawa jumpa dia orang then in few months when everything is back to normal, I'm done!", balas Adam.

Itu saja dalam fikirannya ketika ini. Bawa saja sesiapa jumpa keluarganya hanya untuk tutup mulut mereka dan selepas itu dia pulang ke Melbourne dan tak akan balik ke Malaysia lagi.
"They just want to meet my girlfriend untuk puaskan hati je. Lepas tu confirm senyap", kata Adam lagi.

"Okay, kau nak yang macam mana? I have few in mind, but I wanna know your taste", soal Mike tanpa banyak bicara.
"Perempuan, of course. Good looking and nice body", balas Adam lancar. Dalam fikirannya ketika ini, dia menggambarkan gadis itu seperti Tania. Gadis yang berkulit putih susu dengan anak mata coklat cair seperti anak kacukan.

"Perempuan, yes. Good looking, yes. Nice body...?", tanya Mike meleret. Adam jeling kawannya ini.
"Aku macam ni, takkan girlfriend aku body tak siap? Mestilah aku nak yang ada nice body shape. Baru selera sikit nak tengok", sinis balasan kata Adam. Geram pun ada dengan Mike ni.

Mike angguk faham. Iyalah, siapa yang tidak terpikat dengan lelaki maskulin seperti Adam. Muka kacukan, badan berketul-ketul dan seorang CEO kaya. Renungan mata dia saja mampu mencairkan hati wanita.

"Aku pernah jumpa sorang yang macam tu. Tapi..."
"Tapi apa?"
"She's an escort girl"

Adam mengeluh. Escort girl? Biar betul Mike ni.

"Tell me more", pinta Adam. Mahu juga dia tahu tentang gadis cadangan Mike ini. Jika kena gaya, mungkin boleh dijadikan girlfriend sementaranya.

"Kau ingat tak aku pernah pergi Europe lepas aku tak jadi kahwin dulu?", tanya Mike. Adam angguk. Siapa yang tidak ingat kejadian itu. Sehari sebelum Mike sepatutnya berkahwin, tunangnya lari bersama lelaki lain. Kecoh satu keluarga Mike. Tapi Mike tetap pergi ke Eropah, berbulan madu seorang diri. Itu yang Adam tahu.
"Aku pergi dengan this one girl. Isabel. She's an escort girl. Tapi bestlah, at least I still can enjoy my holiday", sambung Mike.

"Apa yang kau buat dengan dia? I mean... you know", tanya Adam dengan senyum nakal. Mike jeling tajam ke arah Adam. Dia tahu apa yang berada dalam fikiran kawannya ini. Penuh dengan fantasi nakal tentang perempuan. Itu sudah pasti. Mike saja yang faham tentang Adam jika tentang hal itu. Menjadi kawan lelaki ini sejak mereka sama-sama belajar di UK dulu, perempuan dan arak menjadi hidangan mereka setiap malam.

"Aku tak buat apa-apa, okay. Dia cuma temankan aku, happykan aku", bidas Mike.
"How much you pay her?", soal Adam ingin tahu.

"5K for 10 days", ringkas balasan Mike.

"I don't think hire her is the best idea. Macam mana kalau Tan Sri Mikael pernah langgan dia?", selamba soalan Adam.
"Damn. Bapak kau yang hari-hari pergi masjid tu? Agak-agaklah Adam Hafrez oi", balas Mike berserta satu tepukan kuat di bahu Adam. Adam mencebik.
"Mana tahu, alim-alim kucing", sindirnya.

Menggeleng Mike dengar jawapan Adam. Dia tahu Adam tidak pernah sebulu dengan Tan Sri Mikael. Tindakan yang Adam ambil untuk berhijrah ke Australia lima tahun dulu hanyalah kerana dia memberontak dengan Tan Sri Mikael.

"I don't think so. She is exclusive"
"Yang eksklusif ni susah, bro. Of course customer dia orang korporat dan mana tahu kawan Tan Sri pernah langgan dia"

Mike diam. Betul juga. Isabel seorang escort girl eksklusif yang hanya dilangggan oleh golongan atasan atau ahli korporat. Mungkin juga kenalan Tan Sri Mikael pernah langgan gadis ini.

"Apa kata, kita jumpa dulu boss Isabel dan tanya?", cadang Mike. Dia juga sebenarnya mati akal mahu cadangkan siapa lagi pada Adam. Dalam fikirannya, Isabel layak untuk watak itu.

"Okay. Tapi kalau tak okay, tolong aku cari orang lain. Aku mana kenal perempuan dekat KL ni. Kau mestilah kenal. Playboy kan", perli Adam.

Hanya untuk beberapa hari saja Adam perlukan seseorang untuk menyamar menjadi teman wanitanya. Selepas itu, semuanya akan kembali normal.

************************

"Tolong, Paksu. Jangan buat Nia macam ni"

"Jangan, Paksu! Tolong!"

Tania terjaga apabila bahunya digoncang kuat. Habis basah baju tidurnya akibat berpeluh. Tania berpaling, memandang wajah cemas lelaki di sebelahnya.

"Are you okay, baby? Having the same dream again?", tanya lelaki itu. Tania angguk perlahan. Peluh yang membasahi dahinya dilap dengan belakang tangan. Sejuk penghawa dingin juga tidak mampu menyejukkan badannya.

Lelaki itu bangun menuju ke mini pantry dalam suite mewah ini. Dicapainya sebotol air mineral lalu dihulurkan kepada Tania. Tania meneguk rakus air mineral itu. Tekaknya terasa kering. Mimpi itu betul-betul membuatkan dia takut.

"Are you sure that you're okay?", tanya lelaki itu lembut. Disisirnya rambut panjang Tania ke belakang. Tania angguk lagi. "You know what, I have early flight to catch today. Why don't we stay up and have some chit chat?", tanya lelaki itu. Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi.

Tania angguk lagi. Debarnya kerana mimpi tadi masih juga belum reda. Kali ini, keadaannya semakin menakutkan. Setiap hari, Tania menjadi takut untuk melelapkan mata. Hanya kerana tidak mahu mengalami mimpi ngeri itu lagi.

"I'll make you a cup of coffee", kata lelaki itu lalu bangun ingin meninggalkan Tania namun langkah kakinya terhenti apabila cepat saja tangan gadis ini meraut pergelangan tangannya.
"It's okay. Just stay here", kata Tania. Lelaki itu senyum dan kembali naik ke atas katil. Bahu Tania diraut lembut dan Tania melentokkan kepalanya ke bahu lelaki itu.

"Thanks, Trent. You're being so nice to me", ucap Tania. Ciuman ringkas dihadiahkan kepada lelaki Amerika ini. Satu-satunya lelaki warga asing yang masih kekal menjadi pelanggannya. Setiap kali Trent ke Kuala Lumpur atas urusan kerja, Tania yang dicarinya dan Tania selesa dengan lelaki ini.

"You're welcome, Isabel. I'll bring you something when I come back here again, okay?", kata Trent lembut. Dahi Tania diciumnya lama. Tania kembali lena dalam pelukan Trent awal pagi itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience