| 24

Romance Series 31808

Air milo O panas dalam cawan jenama Arcopal itu dihirup perlahan. Maklong kalau buat air panas, sikit pun tak letak air sejuk. Lepas tu disuruhnya minum. Melecur lidah, maklong oi!

Tania tersenyum nipis memandang cawan jenama Arcopal tu. Teringat zaman kecilnya dulu. Bukan main maklong berkempen dengan nenek, suruh nenek beli set cawan ni. Nasib baik nenek tak mudah terpedaya dengan skim ansuran Maklong.

"Adam tak ikut sekali ke Nia?". Soalan Maklong mengejutkan Tania dari terus mengelamun. Pisang goreng yang baru diangkat dari kuali diletakkan di atas meja. Tania tersenyum lebar. Pisang tanduk goreng kesukaannya.

"Tadi Nia keluar dia tak bangun tidur lagi. Malam tadi dia tidur lewat, siapkan kerja", jawab Tania bersahaja sambil tangannya cepat saja mencapai pisang goreng yang panas. Cepat tangan Maklong menampar lembut tangan Tania.

"Hish budak ni. Perangai dari dulu tak berubah. Kan panas lagi tu. Tunggu sejuk sikit baru makan", bebel Maklong apabila melihat Tania gelojoh mengambil pisang goreng itu. Tania tersengih.

"Dah jadi bini orang, Nia. Perangai kenalah jaga. Maklong tengok suami Nia tu bukan sembarangan orang. Macam orang ada-ada, pakai pun kereta besar. Apa namanya? Posh? Porce? Porsi? Eh, tak retilah Maklong nak menyebutnya". Berkerut-kerut dahi Maklong nak menggayakan sebutan jenama kereta Adam. Tania ketawa dengan gelagat Maklong. Maklong pun dari dulu tak berubah. Sama saja kelakarnya.

"Porsche lah Maklong. Apa susahnya tu?", balas Tania. Maklong angguk kepala faham. Baru tahu sebutan yang betul. Orang kampung macam dia, yang tidak sekolah tinggi manalah tahu nak sebut jenama kereta import ni semua. Nurin, anaknya yang sebaya Tania tu pun pakai kereta buatan Malaysia saja.

Maklong duduk di kerusi depan Tania. Matanya ralit memerhatikan wanita di depannya ini yang meniup perlahan pisang goreng yang masih panas. Sesekali berkerut mukanya apabila menggigit pisang goreng itu.

Orangnya cantik, masih sama seperti ketika remaja. Persis wajah ibunya juga. Tapi sayang, dia dinoda di usia remaja. Sepuluh tahun Tania menghilang, ingin benar Maklong tahu tentang kisah hidup Tania. Wanita yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri ini.

"Nia dengan Adam dah lama ke kahwin?".

Tania angkat muka memandang Maklong. Lama dia terdiam, berkira-kira tempoh perkenalannya dengan Adam. Ahh, tak boleh ingat pula.

"Baru lagi. Tak sampai setahun", bohong Tania. Muka selamba dan tidak rasa bersalah langsung. Alah, dah selalu menyamar kan? Apa yang susahnya? Yang penting kena jawab penuh yakin.

"Nia, sebelum nenek Nia meninggal, dia ada cerita dekat Maklong". Perlahan suara Maklong. Dia ingin membuka sebuah cerita yang selama ini dia tidak pernah tahu.

Tania tergamam. Dadanya terus berdebar. Cerita apa yang dimaksudkan Maklong?

"Pasal Fuad". Maklong seolah dapat membaca pemikiran Tania ketika ini. Tania telan air liur. Terasa sesuatu tersekat di tekaknya apabila mendengar nama itu.

"Apa yang nenek cerita dekat Maklong?", soal Tania ingin tahu. Maklong beralih tempat duduk. Kali ini, di sebelah Tania. Tangan wanita ini digenggam lembut lalu digosok perlahan. Tania hanya memerhatikan tingkah laku wanita yang sudah dianggap seperti ibunya ini.

"Nenek cerita semua. Waktu dia tengah nazak, dia minta Paklong cari Nia. Dia nak minta maaf dengan Nia. Tapi Paklong tak tahu nak cari dekat mana. Nia terus hilang macam tu je lepas ambil keputusan SPM tu. Nurin balik menangis-nangis mengadu dekat Maklong yang Nia hilang. Tapi Fuad cakap Nia tak hilang, Nia lari"

Tania terkedu mendengar cerita itu. Satu cerita yang sangat berbeza dengan apa yang dia telah lalui ketika itu.

"Nenek rasa bersalah sebab selama ni dia butakan mata, pekakkan telinga dengan apa yang Fuad buat dekat Nia. Kenapa Nia tak bagitau Maklong yang Fuad rogol Nia? Kenapa Nia?".

Soalan Maklong dibiarkan tanpa jawapan. Tania sudah mula terasa sendu. Dia mula mengimbas kembali betapa peritnya derita yang ditanggung selama hampir lima tahun sejak Paksu mula meratah tubuhnya ketika dia berusia 13 tahun.

"Maklong tahu ada budak kampung ni yang contact Nia lepas nenek meninggal. Maklong cuba call nombor yang sama, tapi tak dapat". Suara wanita ini mula bertukar sayu. Dia saksi bagaimana Nek Yah meraung dan meracau meminta maaf dari Tania, namun cucunya ini tidak muncul tiba. Jelas tergambar kekesalan di mata Nek Yah ketika itu.

"Nia tahu nenek meninggal. Memang Nia taknak balik", ujar Tania bersahaja walaupun hidungnya mula pedih, matanya mula berair menahan tangis.

"Nia benci nenek. Banyak kali Nia mengadu dekat nenek tapi nenek tak pernah nak dengar. Nenek selalu menangkan Paksu sebab lelaki tak guna tu bagi dia duit", Tania menyambung kata. Giginya diketap rapat tanda geram. Dia merana diperlakukan begitu.

"Maafkan nenek, nak. Nenek dengan Paksu pun dah tak ada. Maklong tahu Nia simpan dendam tu dalam hati. Lepaskan semua tu, Nia. Mulakan hidup baru". Nasihat Maklong. Cerita yang dia dengar dari Nek Yah mungkin hanya suku daripada cerita sebenar. Namun tiada gunanya berdendam dengan orang yang sudah tiada di dunia ini.

"Maklong tak faham. Apa yang Nia lalui selama ni, penyeksaan Paksu. Paksu jual Nia. Nia hampir jadi pelacur. Tak ada orang pun yang tahu apa yang Nia lalui", balas Tania dalam suaranya yang bergetar.

"Memang Maklong takkan faham, Nia. Nia yang faham diri Nia sendiri. Maklong taknak benda ni ganggu hubungan Nia dengan Adam. Nia baru je kahwin kan? Macam mana kalau Adam..."

"Adam tahu, Maklong. Dia tahu ada benda yang pernah jadi pada Nia sebelum ni. Sebab tu dia bawa Nia balik sini untuk Nia pulihkan diri"

Maklong tarik tangan Tania supaya dekat dengannya. Ditatapnya wajah putih mulus ini.

"Lepaskan semua, Nia. Maafkan mereka. InsyaAllah hidup Nia lebih tenang". Pinta Maklong. Tania hela nafas panjang dan dilepasnya perlahan-lahan. Ada benarnya kata Maklong. Selagi Tania simpan dendam dan amarahnya dalam hati, dia tidak akan pernah tenang.

**********

Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur yang sepi hanya ditemani suara deejay radio dan lagu-lagu yang diputarkan. Baik Tania mahu pun Adam, dua-dua membisu sejak mereka bergerak pulang dari kampung tadi.

Perbualan Tania dengan Maklong tadi didengari Adam. Dia terlintas untuk mencari Tania di rumah Maklong apabila melihat segugus kunci rumah tiada di tempatnya. Adam yakin Tania ke rumah Paklong untuk menyerahkan kunci asal kerana Tania telah membuat kunci pendua rumah nenek.

Adam tidak sangka semua itu terjadi dalam hidup wanita ini. Terlalu banyak yang dia simpan dalam hati hingga ia memakan dirinya sendiri.

Adam kerling Tania di sebelah. Tania fokus memandang ke depan. Adam rasa terbeban dengan perasaan bersalah. Dia sepatutnya lebih memahami Tania.

"Sayang, I'm sorry", ucap Adam memecah kesunyian antara mereka. Sudah sejam perjalanan mereka namun tiada sepatah kata keluar dari mulut Tania. Adam jadi tidak betah tidak mendengar suara wanita ini.

Tania hanya terdiam. Dia dengar tapi tidak mahu memberikan sebarang reaksi. Dia masih terasa hati dengan sikap Adam malam tadi. Adam genggam tangan Tania lalu dibawa ke bibirnya. Dikucup lama tangan itu. Masih tiada reaksi dari Tania.

Adam masih tidak puas dengan sikap Tania yang diam membisu. Lain benar rajuknya kali ini. Stereng kereta diputar memasuki hentian sebelah. Di situ juga Adam mahu buat Tania kembali bersuara. Perjalanan mereka berbaki dua jam lagi. Adam tidak sanggup menghadapi dua jam ini dengan wanita yang membatu seperti patung di sebelahnya.

"Kenapa berhenti sini?", soal Tania. Kereta diparkir agak jauh dari bangunan yang menempatkan tandas dan lebih tepat lagi, Adam berhentikan kereta bersebelahan dengan tempat parkir lori dan bas.

Adam membuka tali pinggang keledar lalu memalingkan badannya mengadap Tania. Tania masih seperti tadi, wajahnya masam tapi sedikit keliru.

"I'm sorry about last night. I tak ada niat nak tengking you. I tak suka when you say that you are my call girl. You are not, Nia. You ARE my girl. My forever girl, baby", ucap Adam. Tangan Tania dibawa ke bibirnya lalu dikucup lama.

"But I am a call girl, right? You bought me, Adam. You boleh datang dan pergi bila-bila masa je. I know that. I tak boleh jadi orang lain selain call girl", balas Tania sinis. Adam menggeleng kepala beberapa kali. Sakit hatinya mendengar Tania berkata begitu.

"Sayang. Please don't say that. I tak beli you. I cuma lepaskan you dari Robert. You know how much I love you. I buat semua tu sebab I sayang you, Nia". Bersungguh-sungguh Adam menyakinkan Tania. Tania ukir senyuman hambar.

"You buat apa pun, that will not change the fact yang I ni kotor, hina. I tak layak pun untuk you, Adam. I perempuan murahan. Tak setaraf dengan you". Tania masih mahu membidas.

Adam diam. Mati akal untuk yakinkan Tania. Dia kembali bersandar pada kerusi. Tali pinggang keledar dipakai semula. Kereta kembali bergerak meninggalkan hentian sebelah.

Tania pejam mata. Dia kalah kali ini. Sejam perjalanan tadi, puas Tania berfikir ke mana hala tuju hubungan dia dan Adam. Kisah hitam hidupnya, Adam masih belum tahu.

Tania kerling Adam di sebelah. Adam fokus dengan pemanduannya. Tania tahu Adam juga mengalah tadi. Tania sedut nafas dalam dan dihembus perlahan.

"I lost my virginity when I was 13". Tania membuka cerita dan kemudian diam. Menanti reaksi Adam. Namun Adam hanya diam. Tiada reaksi.

"He raped me in my room, on my bed. I ingat itu yang pertama dan terakhir. Tapi I silap. Beberapa hari lepas tu, dia datang lagi dalam keadaan mabuk. Selepas hari tu, dia selalu datang. Boleh dikatakan setiap hari"

Tania tertunduk menahan tangis.

"Nia, it's okay kalau you tak nak cerita. I dah tak kisah semua tu. You can't change who you used to be but you can choose who you want to be in future", balas Adam tenang.

"You tak faham ke apa I cakap tadi? I ni kotor, Adam. Hina! Pelacur. I lost everything. I dah tak sempurna, Adam!". Suara Tania mula meninggi.

"Nia. Stop saying that"

"No. You need to understand. I tak boleh hidup dengan you. Tempat I bukan dengan you"

"Apa you cakap ni, Nia? How many times I need to tell you? I tak kisah pun siapa you sebelum ni. Can you please stop saying that dan I taknak dengar you cakap macam tu lagi. Faham?!"

Sepi.

Tania terkedu mendengar suara Adam yang meninggi. Wajahnya bertukar serius. Ini kali kedua dia dengar Adam tinggi suara seperti itu.

"I tak nak dengar apa-apa lagi dah. Keputusan I muktamad. Kita tetap akan kahwin dan I tetap akan bawa you pergi Melbourne. Full stop".

Tania terus terdiam. Kalau dibantah, mungkin akan jadi lebih teruk. Segala rasa baik disimpan saja dalam hati. Siapa yang salah? Tania sendiri tidak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience