| 33

Romance Series 31808

"Adam...."

Lemah suara itu. Matanya sayu melihat lelaki yang semeter jaraknya. Nampak dekat tetapi lelaki itu tidak dapat menghampirinya. Semakin dia cuba mendekat, semakin kuat rangkulan lengan Robert di bahunya. Tania sudah tidak mampu untuk bergerak lagi. Setiap kali dia cuba meronta, setiap kali itu mata pisau tajam menghiris sedikit demi sedikit kulit leher Tania.

"Please uncle, let her go". Rayu Adam namun tidak dihiraukan. Mata Adam dan Tania bertentang. Jelas terpancar ketakutan dalam mata Tania yang sudah penuh dengan air mata dan mengalir jatuh ke pipi tanpa sedar. Bibir Tania juga bergetar menahan rasa takut. Tania cuba meronta sekali lagi apabila pisau jauh dari lehernya namun hampa. Ternyata Robert masih bertenaga walaupun usianya sudah menjangkau lewat 60-an.

"Please uncle. Its about you and me. Nothing to do with Nia. Let her go, uncle. I'm begging you", rayu Adam lagi sambil menyusun sepuluh jari. Dia cuba mendekati Robert namun lelaki itu semakin menarik Tania menjauhi Adam.

"She should die! She made you changed your mind about Altech. She shouldn't do that. You should leave Altech!", keras dan lantang suara Robert. Bingit di telinga Tania.

"You should leave Altech long time ago, Adam", sambung Robert lagi. Sedikit demi sedikit langkahnya membawa Tania keluar dari kawasan dapur.

'Jadi semua ini sebab Altech Holdings? Syarikat kebanggaan Tan Sri Mikael. Berapa banyak lagi nyawa yang perlu terkorban hanya untuk sebuah syarikat?', fikir Adam dalam hati.

"Kenapa you buat semua ni uncle? I ingat selama ni you sayangkan I, you jaga I", soal Adam. Sungguh dia menjadi keliru dengan permainan Robert. Dia sendiri tidak sangka Robert adalah dalang semua ini.

"Sebab aku nak Altech jatuh. Tak ada apa yang boleh dibanggakan dengan Altech. Altech terbina atas kesengsaraan orang lain. Kesengsaraan mak kau, Adam!", tempik Robert. Pisau kembali diacukan di leher Tania. Tania semakin sukar untuk bernafas. Dengan segala kudrat yang dia ada, dia cuba untuk meleraikan rangkulan tangan Robert yang semakin kejap di bahunya. Setitik demi setitik airmatanya jatuh.

"I tahu semua tu, uncle. I tahu kenapa you marah sangat. Sebab you terlalu sayangkan dia. I tahu siapa dia sebelum dia kahwin dengan papa", balas Adam tenang. Dia tahu dalam keadaan begini, dia perlu tenang supaya dia dapat mengawal Robert walaupun jika diikutkan hatinya yang sedang marah ini, ingin saja dia menyerang Robert. Tapi Adam sedar, ada nyawa yang sedang dipertaruhkan. Nyawa wanita kesayangannya.

"I tak pernah berdendam dengan papa. I mengaku, dulu I marah dengan papa. Tapi semua tu dah lepas uncle. You need to let it go", sambung Adam lagi. Perlahan dia cuba mendekati Robert yang terdiam dengan kata-kata Adam itu.

Ada betulnya kata-kata lelaki ini. Jika diikutkan, Adam lebih sengsara dari Robert. Terlalu banyak penipuan dan helah sepanjang hidupnya. Jika yang patut berdendam itu, bukan dia tetapi Adam.

"I tahu kenapa you marah sangat dengan papa, dengan Altech. Because you loved her so much but she chose papa"

"Kau tak akan faham, Adam! Kau terlalu naif pasal semua ni. Aku tahu kau berubah sebab perempuan ni! Dia memang patut mati!", bentak Robert seraya pisau yang berada di leher Tania ditekan sedikit sehingga mengguris lapisan atas kulit leher Tania. Berkerut muka Tania menahan pedih hirisan pisau itu.

"Uncle please... Don't hurt her. Nia tak salah. I yang salah. Tolong uncle. Lepaskan Nia, ambil I". Adam mula menghampiri Robert dan Tania. Melihatkan Adam yang semakin menghampiri, Robert terus menarik kasar tubuh Tania dan membawa wanita itu jauh dari Adam. Langkah kakinya meninggalkan ruang dapur menuju ke ruang tengah. Adam mengikut jejak langkah Robert. Otaknya ligat mencari jalan untuk melepaskan Tania dari genggaman Robert.

Rasa pedih yang dia rasa dari tadi semakin menjadi-jadi. Badannya terasa sangat lemah. Tania perlu berfikir segera untuk lepaskan diri dari Robert. Dia cuba mengingat kembali imbasan saat Robert menarik dia bangun selepas dia pengsan tadi. Dalam kabur mata, Tania nampak Robert selitkan pistol di belakang badannya. Dia perlu berfikir bagaimana untuk mendapatkan pistol itu daripada Robert.

Robert menapak selangkah demi selangkah menjauhi Adam yang seakan meniru rentak kakinya. Selangkah dia menapak, selangkah juga Adam menapak. Dia masak benar dengan sikap lelaki muda ini. Jika dia tekad, apa saja dia mampu lakukan. Tetapi dengan adanya Tania dalam genggamannya, tidak mungkin Adam akan bertindak di luar jangkaan. Sudah tentu Adam akan memikirkan nyawa wanita ini. Rangkulannya di bahu Tania semakin kuat apabila Adam dengan perlahan mara kepadanya. Pisau diacukan ke depan, ke arah Adam.

"Kau jangan dekat! Kau dekat aku bunuh dia!", ugut Robert. Melihatkan kedudukan pisau yang jauh dari lehernya, Tania mengambil peluang menggigit lengan Robert yang merangkul bahunya lalu perut Robert disiku dengan kuat membuatkan rangkulan itu terlepas. Robert tertunduk, mengaduh sakit disiku Tania. Tania segera berlari mendapatkan suaminya.

Tersedar Tania terlepas dari genggamannya, Robert segera mencapai pistol di belakang badannya dan dengan tidak teragak-agak dia terus menarik picu pistol itu. Satu tembakan tepat mengenai bahu Tania dari belakang.

"Sayanggg!". Bergema seluruh rumah dengan jeritan suara Adam. Tania tersentak apabila terasa pedih dan sakit yang teramat sangat di bahu kanannya. Sempat dia memaut bahu Adam sebelum dirasakan badannya lemah.
"Adam.....", sayup kedengaran suara Tania memanggil Adam. Adam merangkul erat tubuh Tania yang semakin lemah. Tiada dayanya lagi Tania untuk bertahan. Kudratnya dari tadi bagai dikerah untuk melarikan diri daripada Robert.

Robert meluru ke arah Adam. Kolar baju Adam dicekak memaksa Adam meleraikan pelukannya pada tubuh Tania. Dengan tenaganya, Robert menarik Adam meninggalkan Tania yang sudah terkulai layu. Tubuh Tania terus rebah ke lantai.

Amarah Robert semakin menguasai diri. Hilang segala kasih dan sayangnya pada Adam selama ini. Hanya kerana dia tidak mahu Altech Holdings terus maju, dia sanggup ketepikan janjinya pada Maya untuk terus menjaga Adam. Kalaulah pendirian Adam tidak berubah, sudah tentu bukan begini pengakhirannya.

"Kill me if that what you want, uncle!". Lantang dan berani Adam mencabar Robert. Dia menepis tangan Robert yang menghalakan pistol ke kepalanya. Berang dengan tindakan Adam, Robert menghentak kepala Adam dengan pistol yang digenggam kejap. Adam terjatuh ke lantai. Berdengung telinganya akibat hentakan itu. Tangannya meraba bahagian kepala yang sakit. Robert terus memijak dada Adam menyebabkan Adam sukar untuk bangun kembali.

"Kalau tu yang kau nak, aku akan tunaikan", sinis Robert berkata-kata.

"Adam...."

Dari jauh, Tania nampak pistol dihalakan ke arah Adam. Dejavu! Sama seperti di dalam mimpinya sebelum ini. Pandangan mata Tania semakin kabur, dikaburi air matanya yang semakin deras mengalir. Sama banyak dengan darah yang mengalir akibat tembakan Robert ke bahu kanannya.

Adam berpaling memandang Tania. Dari kejauhan dia nampak wajah sayu Tania. Dari gerak bibirnya, Adam tahu apa yang dituturkan wanita itu.

"I love you too...", bisik Adam. Dia tahu Tania mengerti gerak bibirnya.

Bang! Bang!

**********

Dalam keadaan kelam kabut, Alex dan Alana meluru ke arah pintu utama. Bunyi beberapa das tembakan jelas kedengaran saat kereta yang dipandu pengawal peribadi Alana berhenti di depan perkarangan rumah pantai Adam.

"Kau pergi sana. Aku yakin dia dekat dalam", arah Alex kepada dua orang pengawal peribadi Alana yang mengiringi perjalanan mereka ke Melbourne. Sejak di lapangan terbang tadi Alex cuba menghubungi Tania namun tidak berjaya. Alana juga cuba menghubungi Adam namun panggilannya tidak berjawab. "You tunggu dalam kereta", arah Alex pada Alana pula. Alana angguk laju. Takut juga dia untuk berdepan dengan penjenayah yang berbahaya itu walaupun hatinya meronta-ronta untuk mengetahui keadaan Adam dan Tania.

Alex cuba mengintai ke dalam rumah melalui celahan dinding kaca di sebelah pintu masuk utama. Melopong mulutnya melihat keadaan di dalam rumah. Tania baring tidak sedarkan dengan badannya berlumuran darah manakala Adam sedang dipijak Robert! Alex merengus kasar. Perasaan marahnya membuak-buak. Dia tahu dia perlu selamatkan Adam dan Tania.

"Bos, ada tempat nak masuk. Dekat dapur", bisik pengawal peribadi Alana yang diarahkan Alex untuk memeriksa keliling rumah. Alex angguk faham.
"Kau, tunggu sini dengan Lana. Kau ikut aku", arah Alex. Dua orang pengawal peribadi itu angguk tanda faham.

Alex menyelusup masuk dari tingkap dapur yang sedikit terbuka namun terlindung dari pandangan Robert. Dari luar sayup kedengaran erangan Adam. Alex tahu Adam sedang diseksa Robert. Matanya melilau mencari sesuatu yang boleh dijadikan senjata untuk mempertahankan diri dan juga untuk menyerang.

"Aduh, kalau ada pistol kan senang. Aku tembak je orang tua tu dari sini", omel Alex. Dalam keadaan terhendap-hendap, dia membuka perlahan satu laci di kabinet dekat dengan sinki. Seakan menjumpai harta karun, mata Alex bersinar. Lantas dia mencapai objek tajam itu. Satu dihulurkan kepada pengawal peribadi yang mengikutnya tadi.

"Kau pernah main dart?", soal Alex seakan berbisik. Pengawal peribadi itu angguk laju. "Good!", sambung Alex memberi pujian ringkas.

"Kita nak buat apa bos?", tanya pengawal peribadi sedikit terpinga-pinga. Melihatkan Robert memegang pistol sudah cukup buat dia kecut perut. Peluru itu lebih laju dari pisau yang sedang dia pegang.

"Aku akan alihkan perhatian dia, bila kau nampak dia alihkan pistol dari Adam, kau terus baling pisau ni dekat dia. Make sure aim betul-betul", tegas Alex memberikan arahan. Pengawal peribadi itu angguk laju tanda faham. Kerja mudah saja. Apabila pistol sudah terlepas dari genggaman tangan Robert, Alex akan segera menerpa ke arah Robert dan menangkapnya. Itu perancangan Alex.

"Ready?", tanya Alex pada lelaki di sebelahnya. Pengawal peribadi itu angguk lagi dengan ibu jari ditunjukkan isyarat bagus tanda bersedia dengan aksi sekejap lagi. Alex tarik nafas dalam sekali dan terus keluar dari tempat persembunyian di belakang kabinet tengah di dapur.

"Hoi!". Jerit Alex dengan wajah penuh yakin meski dia takut untuk menghadapi Robert, seorang yang kejam menurut pengetahuannya. Robert mengangkat muka lalu pandangan matanya dialihkan daripada Adam ke arah suara yang memanggilnya. Raut wajahnya berubah saat melihat susuk tubuh lelaki yang pernah menjadi pekerjanya ini. Pistol diacukan kepada Alex namun belum sempat picunya ditarik, lengannya terasa pedih tiba-tiba menyebabkan pistol itu jatuh ke lantai.

Alex segera meluru ke arah Robert lalu menangkapnya. Robert yang tenaganya masih kuat cuba melepaskan diri dari Alex. Pergelutan berlaku antara Alex dan Robert. Pengawal peribadi yang mengikut Alex tadi segera berlari ke pintu utama untuk membolehkan rakan sekerja dan majikannya, Alana masuk ke dalam. Melihatkan keadaan Adam dan Tania, dia tahu mereka perlu selamatkan dua nyawa ini.

Alana segera meluru masuk ke dalam rumah, melepasi Alex dan Robert yang sedang bergelut. Laju dia meluru ke arah tubuh Adam yang sudah kaku dengan darah banyak mengalir di lantai.

"Cepat! You angkat Kak Nia", arah Alana pada pengawal peribadinya. Lelaki itu angguk lalu dia mengendong badan lemah Tania menuju ke kereta di luar. Alana sedaya upaya cuba membantu Adam yang juga ditembak di bahu.

"Leave me, Lana. Save her", lemah suara bisikan Adam di telinga Alana. Gadis itu menggeleng laju seraya air mata mula memenuhi empangan matanya.

"No! I will save both of you", balas Alana tegas dengan suara yang  bergetar. Adam menolak Alana yang cuba membantunya. Pedih yang semakin menyucuk hingga ke ulu hati tidak diendahkan. Dia tekad, Robert perlu mati di tangannya.

"Pergi, Lana!", jerit Adam dari suara dalamnya. Namun Alana tetap berdegil. Dia tidak akan tinggalkan Adam di situ.

Alex mencekik kuat leher Robert yang berada di atasnya. Sungguh dia tidak sangka tenaga Robert begitu kuat dibandingkan dengannya yang masih muda. Robert pula bagai sudah dirasuk syaitan, terus menerus mencekik kuat leher Alex. Semakin kuat genggaman Alex di lehernya, begitu juga kuatnya genggaman tangan Robert di leher Alex. Pergelutan itu menjadi semakin rancak. Berguling-guling kedua tidak mahu mengalah. Alex rasakan nafasnya semakin pendek. Dia harus akui bahawa dia sudah kalah pada Robert tapi tidak semudah itu dia mengalah. Alex pejam mata, kejap dan menghela nafas dalam. Seolah mengumpul kekuatan untuk menumpaskan Robert.

Alex membuka mata dan....

Bang! Bang! Bang!

Robert terus rebah di atas Alex. Membuntang mata Alex mendengar bunyi 3 das tembakan itu. Dia segera menolak badan Robert dari atas badannya lalu matanya tepat memandang ke arah sesusuk tubuh yang berdiri dengan tangan yang menggigil memegang sepucuk pistol.

"Lana...."

"Dia memang patut mati kan?"

Alana tersenyum dalam tangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience