"Apa maksud kau? Aku tak faham", tanya Tan Sri Mikael. Wajahnya penuh tanda tanya dan keliru. Jika Sara tiada rahim, gambar ultrasound siapa yang dia tunjukkan?
"MRKH sindrom", balas lelaki yang berdiri di ambang pintu itu. Adam yang pada mulanya terkejut dengan suara itu terus mendapatkan lelaki itu, bersalam dan memeluknya.
"Apa tu?", tanya Tan Sri Mikael lagi. Perkataan itu begitu asing baginya. Adam menghampiri katil papanya semula.
"MRKH sindrom or Mayer-Rokitansky-Küster-Hauser sindrome. Wanita yang dilahirkan tanpa organ peranakan. Sara antara seorang dalam berjuta wanita yang dilahirkan dengan sindrom ni. Dia ada ovari cuma dia tak ada rahim. Dia boleh mengandung, tapi dia kena cari ibu tumpang, or undergo transplant rahim. Sebab tu Adam yakin dia tak mengandung", tenang Adam menjawab pertanyaan Tan Sri Mikael tadi.
Adam tahu tentang perkara ini beberapa tahun lalu ketika Sara membuka cerita tentangnya. Wanita dengan sindrom ini biasanya tidak datang haid. Sejak Adam tinggal serumah dengan Sara, dia pernah rasa pelik kerana Sara tidak pernah datang bulan. Sangkanya Sara mengandung, tetapi sebaliknya. Namun Sara masih bernasib baik kerana dia punya kilang telur yang aktif di mana jika dia mahukan anak, ovumnya boleh disenyawakan dengan sperma di luar dan kemudian ditumpangkan kepada rahim wanita lain.
Adam pernah rasa simpati untuk itu tetapi kini, Adam mula sedar yang Sara gunakan kelebihan itu untuk terus hanyut dalam permainan nafsunya.
"Habis gambar tu?", tanya Tan Sri Mikael lagi. Dia semakin keliru. Terlalu banyak pembohongan yang berlaku sehingga dia sendiri tidak tahu mana yang harus dia percaya.
"Boleh jadi gambar sesiapa, Mikael. Kau terlalu mudah kena tipu dengan anak kau sendiri", kata lelaki itu. Tan Sri Mikael merengus kasar. Marah dikata begitu.
"Jaga sikit mulut kau!", katanya garang. Lelaki itu ketawa kuat.
"Aku cakap benda betul, Mikael. Mukriz dengan Sara yang rancang semua tu", kata lelaki itu.
Adam tergamam. Jadi betullah sangkaan dia bahawa Mukriz memang rancang sesuatu dengan Sara. Melihat rakaman cctv itu saja cukup jelas, namun Adam mahu menafikan pada mulanya. Fikirnya Mukriz mempengaruhi Sara untuk ke kondominium Tania.
"So betullah Riz dan Sara berkomplot?", tanya Adam pada lelaki itu.
"Yes, Adam", ringkas lelaki itu menjawab.
"Tapi kenapa? I dah lama putus dengan Sara. You tahu kan yang I nak kahwin dengan Tania", tanya Adam lagi. Motif yang masih samar-samar baginya.
"No! Adam tak boleh kahwin dengan Tania", bantah Tan Sri Mikael. Adam merengus kasar. Dahinya berkerut marah.
"Relax, Mikael. Kau kena tahu hal yang sebenar. Adam juga", kata lelaki itu yang cuba untuk menenangkan dua beranak ini.
"Adam, can you excuse us? I have lots of things to talk with your dad. I'll talk to you later. Better you pergi jenguk Nia", cadang lelaki itu.
Adam akur. Elok juga dia tenangkan hatinya yang sedang marah ini. Gadis itu, entah bagaimana keadaannya ketika ini.
*******************************
"Mikael... Mikael... Dah jadi macam ni pun kau masih taknak mengalah dengan anak kau"
Lelaki itu berjalan ke kiri dan kanan di hujung katil Tan Sri Mikael. Tangannya bersilang ke belakang. Curut di tangan tapi tidak dinyalakan. Kawasan hospital, mana boleh merokok. Cuma tabiatnya saja yang suka kepit curut di celah jari.
"Kau yang rancang semua ni?", tanya Tan Sri Mikael dengan suara yang tersekat-sekat. Lelaki itu ketawa besar sehingga memenuhi ruang bilik VVIP Tan Sri Mikael di hospital itu.
"Aku tak rancang. Tapi aku pernah bagitau kau, kalau kau susahkan Adam, aku akan susahkan kau", balas lelaki itu.
"Tania. Itu rancangan kau?", soal Tan Sri Mikael lagi. Makin kuat tawa lelaki yang hampir seusianya ini.
"Takdir. She crossed in Adam's path. Tania bukan rancangan aku. They're coincidentally met and fell in love", balas lelaki itu bersahaja.
"Aku percaya kau, Robby. But you betrayed me. Kau yang buat Adam derhaka dengan aku sedangkan kau tahu aku buat semua ni untuk Adam", suara Tan Sri Mikael mula meninggi. Kawan yang dia sangka boleh menyimpan semua rahsia rupanya seorang yang tidak jujur.
"Mikael, I never betrayed you. You know how much I loved Maya. But she chose you. When she was dying, she made me promise to take care of her son"
Tan Sri Mikael terdiam sepi. Sudah lama dia tidak mendengar nama itu. Nama wanita yang menjadi isteri keduanya 30 tahun lalu.
"Kau buat semua ni bukan sebab kau sayang Adam, Mikael. Tapi sebab kau rasa bersalah dengan Adam atas apa yang Mel dah buat dekat Maya. Tapi aku tahu, Mel tak akan berdiam diri dan biarkan kau serahkan Altech dekat Adam. Dia mesti nak anak kandung dia yang ambil alih Altech"
Satu persatu kisah hitam hidup Tan Sri Mikael disingkap Robert. Di luar bilik, ada seseorang yang memasang telinga dan mencuri dengar perbualan itu. Niatnya untuk datang melawat Tan Sri Mikael terhenti di luar bilik.
"Jadi kau cerita semua dekat Adam pasal Maya?", soal Tan Sri Mikael. Tangannya masih mengurut dada yang sedikit sakit. Degup jantungnya juga masih tidak normal, masih kencang seperti awal tadi namun dia cuba mengawal keadaan itu.
"Sampai bila kau nak rahsiakan pasal Maya dari dia? Dia ada hak untuk tahu pasal mak kandung dia", soal Robert pula kepada Tan Sri Mikael.
"Kau tak ada hak nak buka cerita pasal Maya pada Adam!", keras suaranya. Marah tiba-tiba pada Robert. Berpuluh tahun Robert menjadi kawannya, segala rahsia lampaunya ada dalam tangan Robert.
Bukan niat Tan Sri Mikael untuk rahsiakan tentang Maya pada Adam, cuma dia tidak mahu ceritakan selagi Altech Holdings belum menjadi milik Adam. Kerana Tan Sri Mikael tahu jika Adam tahu tentang itu sekarang ini, sudah tentu Adam akan menolak untuk mengambil alih Altech Holdings.
"I'm his godfather. Remember? Dia mungkin tak tahu tapi aku tak pernah abaikan dia. Dia sentiasa dalam perhatian aku", kata Robert.
Adam datang padanya 10 tahun lalu, meminta Robert menceritakan semua yang dia tahu tentang ibu kandungnya, Maya. Adam hanya tahu Maya merupakan isteri kedua Tan Sri Mikael. Ibunya meninggal ketika dia berusia 3 tahun. Namun satu perkara yang Adam tidak tahu, bagaimana ibunya meninggal dunia dan siapa Maya sebelum menjadi isteri kedua Tan Sri Mikael.
Maya, pelayan seks kelas atasan yang bekerja dengan Robert. Mikael merupakan salah seorang pelangganya. Sama seperti Adam jatuh cinta pada Tania, Mikael juga jatuh cinta pada Maya. Mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. Atas dasar kawan, Robert rela Maya pergi kepada Mikael walaupun dia juga mencintai wanita itu. Bagi Robert, persahabatannya dengan Mikael lagi berharga daripada seorang wanita walaupun mereka berdua pernah bergaduh kerana Maya.
Oleh kerana perkahwinan Mikael dan Melanie belum diserikan dengan seorang anak setelah 5 tahun berkahwin, Melanie menyambut baik kehadiran Maya pada mulanya. Melanie pernah menjadi seorang wanita tabah dan redha dengan keputusan Mikael.
Adam lahir setahun selepas Mikael dan Maya berkahwin. Dialah penyeri kehidupan Mikael dan dua orang isterinya. Melanie sayangkan Adam seperti anaknya sendiri. Ditambah pula dengan sikap Mikael yang tidak pernah pilih kasih dan adil dengan kedua-dua isterinya membuatkan Melanie berlapang dada.
Kebahagiaan keluarga Mikael bertambah apabila Melanie disahkan mengandung ketika Adam berusia dua tahun. Namun kebahagiaan itu tidak berpanjangan. Selepas Melanie melahirkan Adam Mukriz, sikapnya mula berubah. Dia mula cemburukan Maya dan Adam. Melanie mula merencana untuk singkirkan Maya dari hidup Mikael.
Melanie menjaga Adam sama seperti dia menjaga Mukriz. Kasih sayang yang dia berikan sama rata namun sedikit demi sedikit dia mula menyingkap kebenaran tentang Adam, tentang ibu kandungnya. Perlahan dia meracuni pemikiran Adam. Sehingga Adam berusia 15 tahun dan ketika itu Mikael menyuarakan hasratnya untuk menyerahkan Altech kepada Adam kelak, Melanie yang berang mula menceritakan hal sebenar kepada Adam bahawa Adam bukan anak kandungnya.
Lima tahun selepas itu Adam pendam rasa sehinggalah dia berusia 20 tahun, sebelum dia melanjutkan pelajaran ke United Kingdom, Adam datang kepada Robert. Robert ceritakan tentang semua kisah silam Mikael dan Maya kepada Adam. Sejak itu, Adam mula memberontak dan tinggalkan keluarganya.
Satu kenyataan yang amat payah untuk Adam terima tentang ibunya namun dia terima hakikat itu.
"Kau memang pengkhianat. Kau bukan kawan aku, Robby!", tengking Tan Sri Mikael selepas Robert menamatkan penceritaannya. Degupan jantungnya kembali kencang, dadanya bagai dicucuk-cucuk dengan pisau tajam. Pedih dan sangat sakit.
Robert tersenyum sinis lalu merapatkan mukanya dengan muka Tan Sri Mikael. Wajah berkerut kawannya itu langsung tidak dia hiraukan.
"Aku akan pastikan Adam kahwin dengan Nia. Sebab Nia layak untuk Adam. Dan aku akan pastikan Riz dapat balasannya. Termasuk Mel!", keras suara Robert memberi amaran kepada Tan Sri Mikael. Nafas lelaki di atas katil hospital ini semakin pendek. Tercungap-cungap mencari nafas yang hilang.
"Kau memang..."
"Aku memang apa, Mikael? Jahat?"
Robert ketawa lagi. Dijengilkan mata memandang Tan Sri Mikael yang masih menahan rasa sakit di dada.
"Memang aku jahat! Kau sendiri tahu apa yang aku mampu buat, Mikael. Selama ni aku biarkan apa yang Mel buat pada Adam. But this time, aku tak akan berdiam diri lagi. Mel akan dapat balasan atas apa yang dia buat dekat Maya dan Adam!", gertak Robert dan terus berlalu keluar meninggalkan Tan Sri Mikael yang mengerang kesakitan.
Puas hati Robert. Persahabatan dia dengan Tan Sri Mikael bagai tiada nilainya lagi. Hanya kerana sifat hasad dengki isteri pertama Tan Sri Mikael terhadap Maya.
Alana kaku di luar bilik. Hampir saja dia terduduk di lantai mendengar perbualan itu. Tidak sangka, selama ini Adam Hafrez bukan abang kandungnya. Paling dia tidak sangka, Mukriz dan Sara bersubahat untuk jatuhkan Adam dan Tania.
********************************
Puan Sri Melanie menangis teresak-esak di sisi jenazah suaminya yang sudah dikafankan. Satu kematian yang mengejut walaupun dia sendiri tahu suaminya sedang menerima rawatan di hospital.
Di satu sudut tidak jauh dari jenazah itu, Adam duduk menunduk merenung senaskah Yasin di tangan. Sudah lama dia tidak membaca naskah seperti ini. Huruf-hurufnya juga semakin luput dari ingatan Adam.
Alana pula dari tadi cuba menenangkan mamanya yang sekejap meraung, sekejap okay. Dia juga masih tidak boleh terima kenyataan yang papa sudah pergi meninggalkan mereka semua.
Kelibat Mukriz juga yang tidak kelihatan ketika ini.
"Lana dah call Riz? Mana dia ni?", tanya Puan Sri Melanie dalam sayu. Raungannya masih juga seperti tadi.
"Dah, ma. Tapi tak dapat. Banyak kali dah Lana call dia", jawab Alana. Beratus kali dia cuba menghubungi Mukriz sejak Tan Sri Mikael meninggal dunia awal pagi tadi namun hampa. Langsung tidak dapat menembusi talian.
"Sara? Dah cuba call?", tanya Puan Sri Melanie pula. Alana mengeluh berat. Menyampah pula mendengar nama Sara. Ini salah satu punca keluarganya menjadi semakin kucar kacir.
Alana alih pandangan jauh ke depan, ke arah abang sulungnya. Adam masih tunduk. Sesekali kelihatan Adam kesat matanya.
Alana jadi keliru. Dia sendiri masih tidak faham punca sebenar perbalahan ini. Apa yang dia tahu, Tan Sri Mikael mati-mati ingin serahkan Altech Holdings kepada Adam manakala Mukriz sedaya upaya ingin ambil alih Altech. Dan mama pula, selalu menyokong segala tindakan Mukriz.
"Ada call Sara tak?", tanya Puan Sri Melanie sedikit keras. Alana tersentak lalu angguk laju. "Tak dapat juga?", tanya Puan Sri Melanie lagi. Alana angguk laju sekali lagi. Puan Sri Melanie mengeluh berat. "Mana pergi dia orang ni?", gumamnya.
Puan Sri Melanie kemudian kalihkan pandangan matanya, tepat ke arah Adam. Nafas yang dihela tenang tadi mula menjadi tidak teratur. Amarahnya kian membuak-buak.
Lelaki itu puncanya!
Puan Sri Melanie bingkas bangun lalu meluru ke arah Adam. Alana yang kaget dengan keadaan itu terus mengekori belakang mamanya. Dia seakan sudah boleh menduga apa yang akan berlaku.
"Hey anak haram! Kau berambus dari sini. Kau yang bunuh laki aku!", jerit Puan Sri Melanie. Dia terus merentap kasar kolar baju melayu Adam. Adam terkejut dengan serangan dari Puan Sri Melanie. Bagai orang gila wanita ini menarik kuat baju Adam. Alana pula cuba menghalang tapi tiada dayanya. Alana jatuh terduduk di lantai dengan tangisan tanpa henti. Beberapa tetamu yang ada ketika itu cuba untuk meleraikan kekalutan itu.
"Berambus! Kau jangan jejak kaki lagi dekat rumah aku!", jerit Puan Sri Melanie lagi. Adam tarik kolar baju melayunya dan merengus kasar.
"Kalau bukan sebab papa, aku tak hadap lah muka kau!", bentak Adam. Bergema ruangan itu dengan suara kuat Adam. Seumur hidupnya, dia tidak pernah tinggi suara dengan wanita ini. Wanita yang dia anggap seperti ibunya sendiri walaupun hatinya selalu saja disakiti oleh wanita ini.
Puan Sri Melanie terkedu mendengar suara tinggi Adam. Agak bingit di telinganya. Dia renung wajah lelaki ini. Matanya merah dan mukanya bengis. Puan Sri Melanie terus berlalu dari situ. Takut juga dengan Adam ketika ini. Teringat malam Mukriz ditumbuk bertubi-tubi oleh lelaki ini.
Adam betulkan bajunya yang sedikit kusut tadi dan melangkah keluar rumah namun dihalang Alana.
"Abang jangan pergi. Kalau abang pergi, macam mana dengan papa. Please, abang...", rayu Alana. Tangan Adam dipegang kuat, tidak mahu melepaskan lelaki ini pergi. Adam toleh sebelahnya. Alana dengan airmata yang membasahi pipi, sayu meminta belas.
"I'm not your brother, Lana. Let me go", balas Adam perlahan. Makin kuat tangisan Alana. Dia tetap anggap Adam abang sulungnya walaupun berlainan ibu. Dia sendiri lebih rapat dengan Adam berbanding Mukriz yang tidak pernah menghiraukannya dari dulu lagi.
"Abang tolonglah. Lana tetap anggap abang ni abang Lana. Lana minta maaf dengan apa yang Lana pernah cakap dengan Kak Nia. Tolong abang. Jangan pergi", rayu Alana lagi. Dia sedar, dia juga bersalah. Kata-katanya pada Tania tempoh hari sangat kasar.
Adam lepas keluh perlahan. Dia sendiri tidak sampai hati untuk tinggalkan jenazah papanya sebelum diuruskan pengebumiannya.
"Okay. Abang stay sampai kebumi. Lepas tu abang tak akan jejak lagi kaki dekat rumah ni. Itu yang mama nak kan...", balas Adam. Alana memeluk erat tubuh Adam. Mukriz tak balik pun tak apa asalkan ada Adam untuk uruskan.
"Thanks, abang!"
Share this novel