"I setuju. Tapi I takkan jual pada you"
Puan Sri Melanie mendengus kuat mendengar jawapan dari Adam saat dia menawarkan diri untuk membeli saham Adam.
"Kalau bukan I, you nak jual dekat siapa? Riz? You tahu dia still koma kan? Entah bila nak sedar tu", balas Puan Sri Melanie kasar. Dua hari dia menghubungi Adam, baru hari ini dia dapat berjumpa lelaki ini. Rupanya pergi ke kampung Tania.
Tepat sangkaan dia, Adam pergi menyundal dengan betina tu!
Adam tersenyum sinis. Jika ikutkan amarah dan dendam, tidak akan sekali Adam serahkan sebahagian sahamnya pada ibu tiri mahupun adik tirinya, Mukriz. Biar dia sendiri yang uruskan Altech. Nak melingkup ke, nak dibangunkan ke, biar semua di tangannya.
"I akan serahkan pada Lana", balas Adam selamba.
Puan Sri Melanie bangun dari duduk. "What?!"
"Kenapa Lana?", soal Alana keliru. Tiba-tiba namanya disebut.
Keadaan bilik mesyuarat di pejabat Altech Holdings menjadi sepi. Semua mata tertumpu pada Adam.
"Itu syarat I. Take it or leave it. I give you one week to think". Tegas Adam. Dia bangun dan terus tinggalkan bilik mesyuarat. Alana terus mengekori Adam keluar.
"Abang, kenapa abang letak syarat macam tu? Lana taknak ada apa-apa kaitan dengan Altech". Alana menyatakan suara hatinya. Dia keluar rumah pun kerana Altech. Sekarang Adam pula mahu serahkan saham pada dia.
"Abang buat semua ni untuk Lana. Masa depan Lana", balas Adam. Sudah lama dia fikirkan tentang hal ini. Sememangnya Adam mahu berikan saham miliknya pada Alana. Dia tidak mahu ada kaitan dengan syarikat itu.
"Tapi abang..."
"No buts. Kalau Lana nak terus duduk dengan abang, itu syarat abang. If not, you may go back to your mom's house", tegas Adam lagi.
Alana akur dengan keputusan Adam. Tak ada guna juga bertelagah dengan Adam. Alana sedar perubahan sikap Adam sejak pulang dari kampung Tania. Mereka berdua juga nampak tidak mesra. Mungkin ada perselisihan faham.
"Abang nak singgah pejabat agama sekejap. Ambil borang nikah. Sementara abang balik Melbourne, abang nak minta tolong Lana uruskan. Boleh?", tanya Adam. Alana angguk faham. Lega hati mendengarnya.
"By the way, pasal saham tu, you have no choice. And please, when you have it, don't sell it to mama or Riz", pesan Adam. Alana hanya diam. Dia masih tertanya-tanya dengan tujuan sebenar Adam.
"Faham tak?", soal Adam.
"Faham", laju Alana menjawab. Adam jika sudah serius, memang Alana kecut perut.
**********
Melanie renung jasad kaku Mukriz. Sudah dua bulan, dia masih begitu. Langsung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk sedar.
Tangan Mukriz digenggam lembut. Digosok atas tangan itu perlahan. Sayang benar Melanie pada anak lelakinya ini. Anak ini hadir selepas dua tahun kelahiran Adam. Semua orang katakan Adam pembawa rezeki. Sebab itu Melanie sayang Adam sama seperti Mukriz.
Melanie mencebik. Sakit pula hatinya terkenangkan si anak haram itu.
"Ehem.. tak jemu kau pandang muka anak kau ni kan?". Soalan sinis itu membuatkan Melanie pandang ke depan, ke arah datangnya suara itu. Wajahny bertukar bengis.
"Apa kau nak ha?". Kasar suaranya bertanya. Suara itu ketawa seakan mengejek.
"Kau ni Mel, memang tak sedar diri kan? Dah jadi macam ni pun kau masih nak berlagak dengan aku", sinis kata-kata itu.
"Apa kau nak, Robert? Tak puas kau dah bunuh Mikael, sekarang kau nak bunuh anak aku pula?", soal Melanie. Tawa Robert yang tadi sudah berhenti kembali memenuhi ruang. Robert menapak ke hujung katil Mukriz. Wajah lelaki yang terlantar tidak sedarkan diri itu direnungnya dengan senyuman sinis terukir di bibir.
"Kau yang patut bunuh dia. Buat apa kau nak seksa anak kau ni? Dia patut dah masuk kubur sama macam laki kau", ujar Robert sinis.
"Kurang ajar! Keluar!". Melanie bangun dan menolak badan Robert keluar. Tapi kudrat Robert lagi kuat berbandingnya. Sikit pun Robert tidak berganjak.
"Haha! Aku kesian tengok kau, Mel. Kalau dulu kau tak dengki dengan Maya, semua ni takkan berlaku. Sekarang ni, apa yang kau nak kau takkan dapat. Aku akan pastikan kau atau Riz takkan dapat Altech. Aku nak tengok Altech musnah!"
"Aku tahu selama ni kau racun pemikiran Adam. Aku nak tahu kenapa dia nak serahkan share dia pada Lana. Apa yang kau dah racun dia ha?", jerkah Melanie. Berahi saja dia bertentang mata dengan Robert ketika ini meskipun dia tahu apa yang lelaki ini mampu lakukan.
Robert ketawa. Satu berita baru bagi dia. Dia tidak tahu Adam mahu serahkan bahagiannya kepada Alana. Nampaknya Robert tak perlu mengorak langkah seterusnya. Adam sendiri yang rela.
"Bukan itu yang kau nak? Lana pun anak kau kan? Ke dia anak aku? Sebab aku tengok muka dia tak sama dengan Mikael", ujar Robert dengan senyuman sinis sentiasa menghiasi bibirnya. Cerlang biji mata Melanie mendengar ayat itu.
"That was a mistake, Robby. Kau pun tahu. Lana bukan anak kau. Dia anak Mikael!", jerkah Melanie menafikan kenyataan Robert. Tawa Robert semakin kuat. Dia suka melihat wanita ini hilang arah.
"Kau yakin? Kau sendiri cakap dengan aku yang Mikael dah lama tak sentuh kau waktu tu. Kau lupa? Kau cari aku dekat kelab semata-mata nak aku puaskan kau. Mel.. Mel. Kau memang tak pernah berubah. Kalau kau nak cakap Maya tu pelacur, kau pun sama! Semua rahsia kau dalam tangan aku, Mel. Jangan lupa, aku yang tolong kau dapatkan Mikael dulu. Aku tutup semua sejarah silam kau walau pada hakikatnya, kau lagi teruk dari Maya!".
Satu persatu sejarah silam Melanie pula disingkap Robert. Kisah silam yang dia simpan rapi selama ini. Kali ini, semua itu akan digunakan untuk menentang wanita ini.
Melanie terduduk. Lemah kakinya apabila Robert mula membuka satu persatu kisah silamnya yang dia cuba lupakan.
"Kau dengan Mikael gunakan Maya untuk naikkan Altech. Kau dengan Mikael tak ubah seperti bapak ayam bila kau serahkan Maya untuk layan nafsu potential clients Altech. Bila Maya tolak, kau racun dia"
Kata-kata Robert terhenti di situ. Fikirannya jauh mengingatkan kisah berpuluh tahun dulu. Maya datang kepadanya , menangis dan mengadu tentang perkara itu. Namun dia tetap lakukan semua itu kerana cintanya pada Mikael. Sebab itu juga Robert mula menyimpan dendam pada Mikael dan Melanie. Dia mahu jatuhkan Altech kerana baginya, Altech dibina atas kesengsaraan Maya, wanita yang dia sayang.
"Kau buat semua ni sebab dendam? Kau tidur dengan aku, kau tabur benih kau dalam rahim aku sebab kau nak balas dendam? Sebab Maya?"
"Ya! Sebab Maya! Sebab aku cintakan dia. Tapi dia pilih Mikael. Aku ingat Mikael boleh jaga dia, tapi tak. Dia tak mampu nak halang kau dari bunuh Maya. Jadi aku buat rancangan aku untuk jatuhkan Altech. Memang aku racun pemikiran Adam. Thanks to you sebab benci kau pada Adam membantu dia untuk terus memberontak. Dan sekarang ni rancangan aku hampir berjaya. Jika Adam serahkan shares dia pada Lana, aku yakin Altech tak akan hidup lama. 'Anak kita' tu tak tahu uruskan company. Satu-satunya yang tahu selok belok Altech, tu.. yang tengah tunggu masa tuhan cabut nyawa dia".
Pang! Entah dari mana datang kekuatan itu, hinggap tapak tangan Melanie di pipi kiri Robert. Lelaki itu mengusap pipinya yang pedih. Gigi diketap rapat, geram. Matanya tajam merenung Melanie.
"Thank you, sayang. Dah lama aku tak rasa tangan kau sentuh aku. Nanti kita jumpa lagi like the old days. Aku rindu kau belai aku, Mel". Sinis kata yang dituturkan Robert. Jemarinya mengerlus perlahan pipi Melanie. Cepat Melanie melarikan pipinya dari disentuh Robert.
"Ingat Mel. Aku akan tetap jatuhkan Altech". Bisik Robert perlahan dekat dengan telinga Melanie dan terus berlalu meninggalkan bilik wad itu. Melanie terus hilang kata. Lidahnya kelu. Di matanya sudah terbayang kehancuran Altech.
"Aku akan pertahankan!". Melanie menggumam. Nekadnya, tidak kira apa yang akan berlaku dia akan pastikan Altech sentiasa gah. Altech bukti pengorbanan hatinya lama dulu.
**********
Tania masukkan satu persatu baju Adam ke dalam beg baju. Disusun kemas. Adam akan pergi tinggalkan dia seketika. Tania harap Adam akan kembali. Tania takut Adam tidak akan kembali lagi.
'Tapi... Adam dah janji nak kahwin dengan aku.', bisik hatinya. Borang permohonan nikah yang diberikan Adam pagi tadi direnung.
'Betul ke keputusan you, Adam?', soal hatinya lagi.
Adam masuk ke dalam bilik, terlihat Tania yang termenung di sisi katil. Matanya tertumpu pada helaian kertas di atas katil.
"Sayang?"
Tania angkat muka, memandang ke arah suara yang memanggil. Adam datang menghampiri dengan wajah keliru.
"Kenapa ni?", tanya Adam lembut seraya melabuhkan punggung di depan Tania. Tania tersenyum nipis dan menggeleng.
"Nothing", ringkas jawapannya. Tangannya kembali mengemas beg baju Adam. Adam pegang tangan Tania, menghentikan pergerakan tangan itu.
"I'm sorry about that day. Kepala I serabut sangat. Dengan Altech, bisnes I dekat Melbourne. There's so many things need my attention", terang Adam. Tania hanya mendiamkan diri.
'But I want your attention too, Adam', luah Tania tapi hanya dalam hati. Tidak terluah di mulutnya.
"I'm sorry for always rejecting you..". Tania bangun, tidak mahu mendengar alasan Adam ketika ini. Mungkin salah dia juga kerana tidak pernah benar-benar memahami lelaki ini. Tangan Tania diraut Adam seraya menghentikan langkah Tania. Kedua pergelangan Tania digenggam. Berdiri Tania di depan Adam yang masih duduk di tepi katil.
"Let me explain, sayang. Please?", pinta Adam. Tania diam, hanya memerhatikan gerak geri Adam. Pegangan tangan Tania dilepaskan lalu Adam merangkul pinggang wanita ini. Mukanya dirapatkan ke perut Tania lalu dikucup lama. Tangannya mula mengusap perlahan perut Tania apabila kucupan dileraikan.
Baju yang dipakai Tania diangkat sedikit lalu menampakkan perut Tania. Dikucup lagi perut itu, skin to skin. Tania hanya diam memerhatikan. Sedikit pun dia tidak berganjak. Tangan Adam perlahan melurutkan sedikit seluar Tania sehingga menampakkan bahagian bawah perutnya. Adam usap parut pembedahan Tania.
"I'm not rejecting you, sayang. I don't want to hurt you. You know I want you so bad. How can I resist? Tapi I tak bersama you sebab nafsu semata-mata. I sayang you and I nak jaga you for the rest of my life. I'm sorry, sayang. I tahu dari awal lagi I patut terus terang dengan you", jelas Adam. Lembut dan perlahan tutur katanya sambil mengusap lembut parut itu.
"I've been thinking about this long time ago". Adam menyambung kata. Tania menjadi tertanya-tanya maksud kata Adam itu.
"Think? About what?", soal Tania perlahan. Berdebar pula dadanya. Takut jikalau Adam menolaknya terus dari hidup lelaki ini. Adam angkat jari telunjuknya meminta Tania tunggu sebentar. Dia menyeluk sesuatu dari poket seluarnya. Satu kotak baldu kecil berwarna merah dikeluarkan.
"I've been thinking about this". Adam membuka kotak kecil itu lalu ditunjukkan kepada Tania. Tania tergamam. Cincin bertakhta berlian di depan matanya kini.
"Will you marry me, baby?", tanya Adam sambil tersenyum memandang Tania yang tergamam. Serta merta mata Tania membentuk butir-butir jernih.
"I want to have you in good or bad, in happy or sad. I wanna build new life with you. I wanna share my life with you"
"Adam..."
"Yes, sayang?"
Tania tarik nafas panjang. Sedihnya cuba ditahan namun airmata itu gugur juga. Terharu. Tania terharu dengan lamaran itu. Wanita mana yang tidak mahu dirinya dilamar lelaki idaman? Selama ini Adam yang dia mahukan walaupun hatinya masih rasa dia punya banyak kekurangan untuk mendampingi lelaki hebat seperti Adam.
"Sayang... kenapa menangis ni? I ikhlas, baby. I really want you to be my wife". Adam bangun lantas menarik Tania ke dalam dakapannya. Air mata Tania semakin laju mengalir saat mukanya tersembam di dada Adam.
"I have flaws, Adam. Banyak yang kurang dalam diri I. I still cuba untuk lupakan kisah silam I. I tak boleh bagi you anak, bakal pewaris you. I am a call girl. I hina, kotor. Dan I tak sempurna"
Adam meleraikan pelukan. Air mata Tania diseka dengan jemarinya. Dahi Tania dikucup lama. Sungguh, Adam sayang wanita ini.
"I dah tak kisah semua tu, Nia. You cakaplah apa you nak, I don't care. All I want is you. Let me make you happy, sayang", ucap Adam. Tania pandang tepat ke dalam anak mata Adam. Dia masih mencari keikhlasan dalam anak mata lelaki ini.
"Be my wife, Nia", kata Adam lalu menunjukkan kotak berisi cincin itu sekali lagi. Tania renung cincin itu dan kemudian mengukir senyuman nipis dan tertawa.
Jika Adam yang dia inginkan, kenapa mesti dia menolak lamaran ini?
"Should I put this ring on my own?", tanya Tania berseloroh. Adam ketawa lantas menyarung cincin bertakhta berlian itu ke jari manis Tania. Tangan Tania dikucup sekilas.
"Thank you, sayang. Thank you so much", ucap Adam. Bibir mereka bertaut mesra. Lama. Seakan meluah segala rindu yang terpendam.
"Thanks sebab terima I seadanya, Adam Hafrez", balas Tania saat bibir mereka terlerai. Adam puas dan lega. Satu langkah lagi Tania akan menjadi miliknya selamanya. Di minda, sudah terbayang kehidupan baru mereka di rumah pantai yang dia sudah sediakan untuk Tania.
"Thanks to you too, my love"
Satu ikatan janji sehidup semati akan termeterai antara Adam Hafrez dan Tania.
Share this novel