| Bab 12

Romance Series 31808

Tawa memenuhi ruang pejabat milik Robert Chua atau lebih dikenali sebagai taukey. Curut di tangan diletakkan ke bibir lalu dicucuhkan api di hujungnya. Dengan beberapa sedutan, curut itu mula menyala. Robert sedut dalam curut itu lalu dihembuskan asapnya perlahan. Dia masih memandang lelaki muda di depannya ini.

"Mr. Adam Hafrez. Mikael's son. How's your father?", tanyanya memula bicara. Adam tersenyum nipis. Dia tidak berjumpa dengan Robert untuk bercerita tentang ayahnya. Dia ke sini kerana Tania.

"I'm not coming here to talk about my dad", sinis balasannya. Bodyguard berbadan tegap di belakang Robert mula merengus kasar. Bengis wajahnya namun tidak menggentarkan Adam. Robert angkat tangan, menghalang lelaki berbadan sasa itu melangkah ke depan.

"Adam... Adam. You never changed. Always want to be the rebellious one", sindir Robert. Curut di tangan diletakkan dalam bekas abu rokok. White Wine dalam botol dituang ke dalam gelas lalu dipelawanya Adam minum sekali.

"I dah tak minum", tolak Adam. Robert jungkit bahu, malas melayan mungkin. Sejujurnya memang Adam sudah lama tidak menyentuh air haram itu. Sejak beberapa bulan lalu.

"So, tell me. What so special about this girl sampai you sanggup nak beli dia", tanya Robert terus kepada Adam. Membuka topik utama sebab pertemuan mereka malam ini. Adam membetulkan duduk. Nafas dihela panjang lalu dihembus perlahan.

"I want to marry her. She's pregnant of my baby", jawab Adam selamba. Membuntang mata Robert mendengar jawapan itu. Bodyguard di belakangnya sudah mula maju setapak lagi ke hadapan.

Robert pandang wajah selamba Adam. Sudah lama dia kenal lelaki ini. Sejak Adam dilahirkan. Tidak sangka anak lelaki Mikael yang disanjung tinggi dalam dunia korporat, menjalin hubungan dengan seorang call girl seperti Tania.

"Are you sure we're talking about the same girl here? I know your dad very well. And I know you too, Adam. You're having an affair with one of my girl?", tanya Robert. Suaranya mula sedikit keras. Kepantangan dia pelanggan mengganggu gadis-gadisnya. Tania tidak terkecuali.

"Yes. I'm sure we're talking about Isabel or her real name is Tania. Fuad's niece. You also knew what happened to her last week. Fuad almost rape her", jawab Adam penuh yakin. Robert lepas keluh berat.

Tania, salah seorang escort girl terbaik yang dia ada. Malah paling lama berkhidmat dengannya. Melepaskan Tania bermakna satu kerugian untuknya.

"I can't let her go", ringkas tolakan Robert. Adam merengus perlahan. Dia perlu usaha untuk itu. Bagaimana cara sekali pun, dia perlu tebus Tania.

"How much you pay Fuad for her?", tanya Adam. Robert renung lelaki ini. Nampaknya sikap degil Adam yang dia kenal memang masih ada sehingga kini. Dan Robert tahu, Adam tidak akan berputus asa selagi tidak dapat apa yang dia mahu.

"You really want her, don't you?"

Adam berdecit, geram pula dengan soalan Robert ini. Dia tidak sangka lelaki yang dia panggil Uncle Robby ini merupakan bapa ayam. Sisi hitam Robert yang Adam baru tahu. Sudah tentu Tan Sri Mikael juga tidak tahu tentang itu.

"Like I said, I want to marry her. So you need to let her go, Uncle Robby", kata Adam sedikit sinis. Dia mula bermain dengan kata-kata. Robert merengus perlahan.

Mahu menasihat atau dimaki saja Adam ini?

"Your dad won't agree if you marry her, Adam", kata Robert melarang. Adam ketawa, kelakar pula rasanya mendengar larangan Robert.
"Papa yang suruh I kahwin dengan Tania, uncle. Itu yang you kata dia tak setuju?", balas Adam sedikit sinis. Adam ingat lagi kata-kata Tan Sri Mikael yang meminta dia mengahwini Tania.

"But I am sure he doesn't know the real Tania. An escort girl", tegas Robert dan tersenyum sinis. Adam terdiam. Betul juga kata Robert.

Bagaimana jika Tan Sri Mikael tahu siapa Tania sebenarnya?

"Ah, I don't care. I yang nak kahwin dengan dia, bukan papa. Besides, she's carrying my baby. At least let me responsible for what I've done", pujuk Adam.

Robert pula yang terdiam. Kenapa mesti Tania dalam banyak-banyak gadisnya?

"I bought her for 10k. But it was 10 years ago", ujar Robert. Mengalah dia kali ini. Hanya kerana lelaki ini, Adam Hafrez. Anak kenalannya. Jika orang lain, tentu sudah lumat dikerjakan bodyguardnya.

"I pay you 100k", selamba Adam membuat tawaran. Robert sedikit terkejut dengan tawaran itu. 100 ribu untuk seorang gadis yang dah tak suci, yang sudah disentuh ramai lelaki, yang telah melayan beratus lelaki hidung belang. 

Sangat tidak berbaloi!

Adam sudah mengeluarkan buku ceknya dan mula menulis amaun yang disebut tadi pada helaian kertas cek itu.

"100k. Deal?", kata Adam lalu menghulurkan sekeping cek pada Robert. Tidak ada perbincangan susulan tentang harga itu, Adam terus saja menutup ruang urusniaga.

***

"Adam, please forgive me?", rayu Sara. Adam membatu, hanya mendiamkan diri. Ruang kemaafan untuk gadis ini sudah tiada. Semua sudah terbongkar. Jika bukan kerana dia mengemas stor di penthousenya, Adam tidak akan jumpa pita rakaman cctv 2 tahun lalu. Rakaman yang menunjukkan bagaimana segala hubungan dia dengan Sara bermula.

"I can forgive you if you get out from my house. None of your things you can bring. That's all came from me", balas Adam tegas.

Rayuan Sara tiada gunanya. Jelas dalam rakaman itu bahawa Sara yang merancang untuk memerangkapnya atas tuduhan rogol. Yang sebenarnya Adam sendiri tidak pasti dengan tuduhan itu.

Jika dia mahu melempiaskan nafsu, boleh saja dia cari mana-mana gadis. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk merogol sesiapa. Hubungan seks yang dia lakukan sebelum ini semua atas persetujuan bersama.

Tetapi akal gadis ini panjang. Dia sudah merancang dari awal lagi untuk membuat Adam mabuk dan kemudian perangkap Adam.

Lelaki yang Adam nampak bersama Sara sebelum ini, itulah rakan subahat dan juga teman lelaki sebenar Sara. Adam pernah berusaha memperbaiki hubungannya dengan Sara namun ternyata kebenaran telah membongkar segala helah jahat Sara.

"You will regret, Adam!". Sara berlalu dengan perasaan marah. Marah kerana tipu muslihat dia untuk kikis harta Adam akhirnya terbongkar. Marah dengan dirinya juga kerana menyimpan pita rakaman cctv itu di dalam stor.

"I'll regret if I still keep you here. Now get out from my house!", tengking Adam lalu menolak Sara sehingga ke muka pintu. Handbang Hermes yang Sara bawa dicampak tepat ke kaki gadis itu. "You can have it as a complimentary", kata Adam sinis lalu menghempas kuat pintu utama penthousenya.

"You will regret, Adam!!". Jeritan serta ketukan bertalu-talu ke pintu oleh Sara tidak dihiraukan Adam. Dia segera mendial nombor security di bawah lalu mengarahkan supaya mereka menghalau keluar Sara dari kawasan kediamannya.

***

Sebulan sudah berlalu. Tania sudah kembali sihat seperti biasa. Kandungannya sudah masuk tiga bulan. Tania usap perutnya yang masih tidak kelihatan baby bumpnya lalu tersenyum sendiri.

"Mummy minta maaf, sayang sebab pernah terfikir nak buang sayang", bisik Tania sendiri. Sebulan ini dia masih tidak dibenarkan bekerja oleh Alex. Adam juga tidak muncul sejak kali terakhir lelaki itu mengetuk pintu rumah dan memujuknya sebulan lalu.

"Kalau daddy taknak sayang tak apa. Mummy ada. Uncle Alex pun ada. Ramai lagi orang boleh jaga kita, sayang", omel Tania lagi.

Dadanya mula berombak sayu. Kalaulah Adam usaha lebih lagi ketika itu, mungkin ada ruang kemaafan untuk lelaki itu. Sejujurnya, Tania masih berharap Adam datang kembali memujuknya namun hampa. Sebulan dibiarkan berlalu begitu saja dan hati Tania sudah tawar.

Fokusnya kini, melahir dan membesarkan anak dalam kandungannya ini walaupun bayi ini akan lahir tanpa seorang bapa.

Bunyi loceng di pintu menyentakkan Tania dari lamunan. Dia seka airmata yang hampir gugur dari kelopak matanya lalu bingkas bangun menuju ke pintu utama.

"Alex! Masuklah". Pelawa Tania dengan senyuman terukir di bibir. Alex tersenyum lebar lalu mengangkat tinggi plastik putih di tangannya. Gembira Tania melihat plastik itu. Pasti Alex membawa sesuatu yang dia idamkan.

"Makan sikit je tau. Jangan banyak-banyak. Kalau Suzanne tahu, habis you kena marah", pesan Alex. Tania tidak menghiraukan pesanan itu. Plastik di tangan Alex ditarik lalu membawanya ke meja makan.

Sudah lama dia mengidam nak makan durian musang king tapi tiap kali Tania suarakan niat itu pada Alex, pasti dia dimarahi. Panas, kata Alex.

"Seulas je. Yang lain I punya", kata Alex lalu merampas bekas yang berisi durian itu dari tangan Tania. Berkerut dahi Tania menahan marah.
"Alex! Satu lagi pleaseeee", rayu Tania.
"No!", tegas Alex.

Tania tarik muka masam. Baru seulas dia makan durian tu, kalau makan lagi seulas pasti tidak ada apa-apa yang akan berlaku. Bayi ini kan kuat!

"Jangan buat muka macam tu dekat I. Dalam hal ni, I tak akan berlembut dengan you, okay?", kata Alex perlahan. Dia cuma risaukan Tania. Ramai yang berpesan supaya dia menjaga Tania dengan baik, termasuk bapa bayi itu sendiri.

"Fine, uncle Alex!", perli Tania. Menggeleng Alex dengan keletah Tania. Dia senang hati melihat perubahan sikap Tania dalam sebulan ini. Tania kembali ceria, sama seperti dirinya yang dulu.

Tania kembali duduk di meja makan dengan segelas air kosong di tangan. Dicicip perlahan air dalam gelas itu lalu diletakkan di atas meja.

"Alex..", panggilnya. Alex yang sedang ralit menghabiskan beberapa ulas durian, angkat muka dan memandang Tania.

"I nak kerja", pinta Tania. Cepat Alex menggeleng, tidak mengizinkan. "But why? I bosanlah duduk rumah je. Lagipun I dah sihat. I dah boleh kerja", pinta Tania lagi.

Alex balas ringkas, "Tak boleh".

Tania merengus kasar. Dia sudah bosan duduk di rumah. Lagipun dia perlu bekerja untuk mencari duit bagi menyediakan keperluan bayi yang bakal lahir.

"I kena makan juga. Baby ni nanti nak lahir, nak pakai duit. I kena cari duit, Alex", hujah Tania.

"I cakap tak boleh, tak bolehlah", bidas Alex. Lebih tegas kali ini.

"Tapi kenapa?", tanya Tania tidak puas hati.

"Sebab you bukan escort girl lagi", jawab Alex. Dia tidak sepatutnya memberitahu tentang ini, tapi Alex tahu Tania pasti akan mendesak sehingga dia tahu alasannya.

"What?! But.. but why? Sebab I pregnant?", tanya Tania bertalu-talu. Sedih hatinya. Dia mahu bekerja. Dia perlu mencari duit untuk membesarkan anaknya nanti.

"Yes. Sebab you pregnant. Taukey taknak you kerja lagi", bohong Alex. Tania tersandar pada kerusi, memikirkan tentang nasib yang bakal dia hadapi.

Jika dia tidak bekerja, bagaimana dia mahu hidup? Rumah ini, makan minumnya, semua bil. Itu semua dibayar menggunakan duit. Memang Tania ada sedikit simpanan, tapi jika asyik dikikis, gunung pun boleh rata.

"Kalau I tak kerja, macam mana I nak besarkan anak I, Alex?", tanya Tania sayu. Diusap-usap perutnya perlahan. Alex lepas keluh perlahan.
"I akan jaga you. Don't worry, okay?", pujuk Alex.

Tania tertunduk dan hanya berdiam. Dia tahu Alex akan menjaganya, tapi sampai bila?

"Don't worry about your expenses. All on me", sambung Alex lagi. Dia tahu Tania risau tentang itu.

Tapi Alex ada caranya sendiri. Dia sayang Tania dan bayi ini. Selagi dia mampu, dia akan jaga Tania.

Itu janji Alex.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience