"Baby, what time will you come home tonight?", laung Sara dari dapur. Adam memandang jam di dinding, berkira-kira untuk menjawab soalan Sara. Masih buntu. Tidak tahu jam berapa dia akan pulang ke rumah hari ini. Semalam saja sudah hampir 1 pagi baru dia tiba di rumah. Adam berlalu keluar bilik menuju ke dapur.
"I'm not sure yet. Why?", tanya Adam lantas merangkul erat pinggang ramping Sara dari belakang. Ciuman singgah di leher gadis ini. Tersenyum Sara mendapat ciuman hangat dari Adam.
"Do you know what day is today?", tanya Sara. Adam ketawa.
"Today is Thursday, honey", jawab Adam dalam tawa yang tersisa. Sara berdecit, geram dengan jawapan main-main Adam. Mukanya sudah masam, merajuk. Makin kuat Adam ketawa.
"It's your birthday. Happy birthday, honey", bisik Adam lalu mencium telinga Sara penuh ghairah. Sara lantas berpaling dan merangkul erat leher Adam. Bibirnya bertaut dengan bibir Adam, lama.
"Thank you, baby. I thought you forgot", ucap Sara apabila tautan bibir terlerai. Adam tersenyum nipis. Dia tidak pernah lupa, malah setiap perkara tentang Sara dia tidak pernah lupa. Cuma terkadang Sara yang tidak pernah ambil tahu tentang Adam.
"I will arrange dinner tonight, but I don't know yet when I will finish my work. I'll text you later?", kata Adam. Sara angguk laju. Satu kucupan hangat singgah di bibir Adam.
Sudah lebih sebulan sejak Adam pulang dari Malaysia, sikapnya berubah sama sekali. Jika sebelum ini sesekali Adam bersikap dingin dengannya, kini tidak lagi. Malah hubungan seks mereka juga semakin mengghairahkan. Setiap kali ada saja posisi baru yang dilakukan. Itu yang Sara mahu. Dia mahu Adam terus kekal bersamanya.
Sex for money.
Itu yang Sara pegang selama dia dengan Adam. Tiada cinta untuk lelaki ini, yang ada hanyalah tubuhnya yang menjadi santapan Adam setiap malam dan Sara tidak kisah dengan semua itu. Dia sudah lama menjadi hidangan lelaki hidung belang sebelum ini. Cuma dia tidak pernah rasa kemewahan seperti ini. Dan Sara hanya mahukan kemewahan yang Adam miliki.
Itu saja.
**********
Langkah kaki membawanya masuk ke lobi utama kediaman mewah ini. Terpegun juga Tania melihat kemewahan tempat ini. Kalah kondominium kediamannya di Kuala Lumpur. Sudah tentu Adam Hafrez mampu memiliki segalanya. Tania tidak tahu seberapa mewah kehidupan Adam di sini, tapi dia pasti Adam bukan sembarangan orang. Jika dia mampu membayar khidmat Tania yang lebih RM10,000 itu, sudah tentu dia punya wang yang banyak.
Tetapi, bukan itu yang Tania mahu. Dia hanya mahu bertemu Adam, melepaskan rindunya dan juga memberitahu lelaki itu tentang satu perkara. Tania tidak tahu bagaimana penerimaan Adam nanti, namun dia tetap perlu katakan tentang perkara ini kepada Adam.
Rasa itu, sesuatu yang baru untuk Tania. Dia tidak pernah rasakannya sebelum ini. Namun semakin hari, perasaan itu semakin memekar di dalam hatinya. Kerana perubahan hormonkah atau sememangnya dia sudah lama jatuh cinta dengan Adam. Tania sendiri tidak pasti.
Dia tidak pernah jatuh cinta, malah dia tidak pernah dicintai. Sepuluh tahun menjadi call girl, belum pernah ada seorang pun lelaki yang melekat di dalam ingatannya kecuali Adam. Entah jampi apa yang digunakan Adam kepadanya.
Dan dengan kehadiran satu nyawa di dalam rahimnya ini, perasaan terhadap Adam itu semakin kuat. Janin yang sedang terbentuk ini sememangnya anak Adam. Ketika dikhabarkan tentang keputusan UPT, Tania sendiri tidak tahu mahu bereaksi bagaimana. Dalam fikirannya sudah terbayang wajah bengis Alex dan taukey. Sudah seminggu Tania rahsiakan kehamilannya dari Alex. Mujur juga Alex mahu dia ke luar negara buat sementara waktu.
"Hi. I would like to go to A-10", kata Tania di kaunter yang terletak di lobi kediaman mewah yang diduduki Adam ini. Dengan bantuan Alana, Tania dapat perolehi alamat rumah Adam di Melbourne. Nasib baik ketika dia ke rumah keluarga Adam di Cyberjaya, Alana ada di rumah.
"Mr. Adam's house?", tanya petugas di kaunter. Tania senyum dan angguk. Tidak salah lagi, itulah rumah Adam. "May I know who are you?", tanya petugas itu lagi. Tania hela nafas dalam. Boleh tahan juga tahap keselamatan di sini. Susah juga untuk masuk sesuka hati.
"I'm Alana. His sister", bohong Tania. Petugas itu angguk kepala dan kemudian mengangkat gagang telefon. Seketika petugas itu bercakap di telefon, mungkin dengan Adam, jika lelaki itu ada di rumah. Tania menanti penuh debar, harapnya Adam percaya bahawa Alana datang ke sini.
"You may wait at the couch. He's going down", kata petugas itu.
"Okay, thanks"
Tania lega. Kakinya laju melangkah menuju ke set sofa baldu yang terletak di ruangan lobi itu. Kediaman ini sudah seperti hotel. Semuanya lengkap. Dari lobi, bellboy dan juga receptionist.
Mata Tania hanya tertumpu pada lif yang sesekali terbuka dan tertutup semula. Dia pasti Adam akan keluar dari salah satu lif di situ.
Bibirnya mengukir senyuman tatkala melihat satu susuk tubuh yang amat dia rindui keluar dari lif. Tania gembira namun raut wajah Adam sebaliknya.
Lelaki itu langsung tidak senyum dan wajahnya kelihatan bengis.
"What are you doing here, Nia? Where is Lana?", tegas dan kasar suaranya. Tania mula rasa tidak sedap hati. Ingin sekali dia memeluk tubuh tegap ini, melepas segala rindu selama sebulan lebih ini.
"I miss you, Adam". Soalan Adam tidak dijawab, Tania pantas memeluk erat tubuh lelaki ini. Dia tidak peduli dengan wajah bengis Adam ketika ini. Namun dengan cepat juga Adam menolak rangkulan itu, cuba melepaskan diri dari terus dipeluk Tania. Kedua belah bahu Tania digenggam kuat.
"Where is Lana?", tanya Adam sekali lagi. Kali ini makin keras ton suaranya. Berkerut muka Tania menahan sakit genggaman tangan Adam. Perlahan dia mencuba untuk melepaskan genggaman yang semakin kuat itu.
"She's not here. I lied to the receptionist. It's only me", jawab Tania. Adam melepaskan genggaman tangannya dan merengus kasar. "I came here just to meet you, Adam. I miss you so much. You didn't call me. It's been more than a month", sambung Tania lagi.
Adam masih seperti tadi. Masih dengan wajah bengisnya. Dia tidak suka Tania ke sini. Di atas sana, Sara sedang menanti untuk makan malam bersama.
"You tak sepatutnya datang sini, Nia. This isn't your place", kata Adam seolah menghalau. Tania tergamam, Adam langsung tidak memandangnya.
"But I miss you, Adam. You promise me that..."
"I'm your client only, Nia. Remember that. I said I will look for you when I come back to KL. I am not asking you to come here", bersahaja Adam menuturkan kata-katanya. Terasa pedih hati Tania mendengar ayat yang Adam tuturkan itu.
"How about when you said you want me to be exclusive for you? Does it mean nothing?", soal Tania tidak puas hati. Adam renung mata Tania dalam.
"I just say that, it means nothing. Why you believe that? Don't be so naive, Nia. You know man come and go in your life"
Sinis!
Hati Tania mula dirobek. Pedihnya bagai ditembak berkali-kali. Tania mengusap perutnya. Jika begitu pedihnya kata-kata Adam, bagaimana jika dia tahu tentang kandungannya ini?
"I nak you balik dan jangan datang sini lagi", kata Adam dekat dengan muka Tania. Matanya mula membentuk empangan airmata. Tania sedih. Adam yang di depannya kini jauh berbeza dengan Adam yang dia jumpa lebih sebulan lalu.
Betul kata Adam. Tania terlalu naif. Tidak boleh bezakan suatu rasa.
"I'm pregnant, Adam. Your baby". Terluah juga kata itu yang dia simpan sejak tadi dengan harapan akan ada simpati dari Adam untuknya. Raut wajah Adam berubah serta merta. Terkejut dengan berita itu namun kemudian dia tersenyum sinis. Tidak ubah seperti senyuman Mukriz yang Tania nampak di hospital tempoh hari.
"It can be anyone's baby, Nia. I know a girl like you. Chasing after a rich guy like me"
Kali ini lagi sinis. Tania sudah tidak mampu tahan empangan yang semakin penuh. Ia pecah di situ juga, di depan lelaki ini.
Kenapa Adam menjadi begitu kejam? Salahkah call girl sepertinya mengandungkan anak lelaki ini? Satu perkara yang Tania amat pasti, ini anak Adam!
"It's your baby, Adam. I allowed only you.."
Belum sempat Tania habiskan kata, mulutnya ditutup dengan jari Adam.
"All you want is my money, right? You know I can give you anything. So you're planned this. Sebab tu you tak kisah I pancut dalam", kata Adam. Pedas dan sinis.
Pang!
Satu tamparan singgah di pipi Adam. Menggigil tangan Tania selepas memberikan tamparan itu. Hatinya sakit dituduh begitu. Sumpah! Tania tidak pernah terfikirkan semua itu. Muka Adam bertambah bengis, turun naik dadanya menahan marah. Diusap pipi yang ditampar Tania tadi.
"I never charged you for sex, Adam. Kalau I nak duit, bukan you yang I cari. Baik I kejar lelaki-lelaki yang lagi kaya dari you. You are totally wrong about me. And I was wronged about you. I ingat you lain, tapi you sama je dengan semua lelaki bernafsu binatang. You will regret, Adam. Mark my word! You. Will. Regret!"
Tania terus menarik bagasi bajunya meninggalkan ruang lobi. Berderai jatuh airmatanya.
Dia salah menduga. Salah dia juga kerana fikir Adam bukan seperti lelaki lain. Salah dia juga kerana membiarkan perasaan menguasai diri. Salah dia kerana percaya janji seorang Adam.
Ahh! Semua salah diri sendiri. Dan kini, Tania perlu cari penyelesaian untuk masalah yang dia cipta sendiri!
Share this novel