| 29

Romance Series 31808

"You rasa semua ni taukey yang buat ke?", tanya Tania pada Alex seakan berbisik. Tetamu yang tadinya ramai memenuhi banglo mewah keluarga Adam sudah mula beransur pulang.

Di satu sudut, Adam dengan wajah sugul melayan tetamu yang mahu berjumpa dengannya dan Alana. Sayu wajah dua beradik itu. Alana apatah lagi. Kehilangan mengejut baginya.

Alex jungkit bahu dan menjawab, "Entahlah. What make you say so?".

Tania diam. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya tapi dia tidak luahkan pada sesiapa hatta kepada suami sendiri, Adam. Tania keluarkan sesuatu dari handbagnya lalu dihulurkan pada Alex.

"Can you do me a favor?", tanya Tania. Alex menyambut huluran Tania. Beberapa helai rambut dalam plastik transparent.
"Apa ni?", soal Alex penuh tanda tanya. Tania memandang ke sekeliling bagi memastikan tiada siapa mendengar perbualan mereka.

"Rambut Lana. I nak minta tolong you buat DNA test. Dengan taukey. I think they're related", bisik Tania. Melopong mulut Alex mendengarnya.
"Why so? Bukan Lana anak Mikael? Adik Adam", tanya Alex keliru. Berkerut mukanya memandang Tania. Dia mahukan penjelasan.

"Family ni terlalu banyak rahsia. Makin lama I masuk dalam hidup Adam, makin banyak sisi lain dia dan family dia yang I tahu. Sarjan Bernard sendiri cakap Melanie dan Riz dibunuh"

"Tapi pembunuh tak tinggalkan bukti. You tak pelik ke macam mana cctv boleh rosak on that day? Maid cuti and even security guard tak dapat trace kereta yang keluar masuk malam tu"

Suasana antara mereka sunyi seketika. Tiada kata yang terbit dari mulut Alex mahupun Tania.

"Nia, I rasa you just stay away from all these. I taknak something bad happen to you. Cukuplah selama ni apa yang dah jadi dekat you", larang Alex. Tania berdecit dan lepas keluh berat. Dia tidak boleh berdiam diri jika perkara ini sudah melibatkan Adam.

Tania mahu ceritakan pada Adam tapi dia tidak mahu menambah serabut fikiran lelaki itu. Tapi dengan apa yang berlaku kini, Tania yakin semuanya ada kaitan.

"No, Al. I takkan berdiam diri. I tahu taukey ada kaitan. And DNA test tu, I nak tahu siapa ayah kandung Lana"

Alex terkedu, "What? Apa you cakap ni, Nia? Kenapa you percaya Lana anak taukey?"
"I heard the conversation between Melanie and taukey. Waktu tu I datang hospital. Niat I nak melawat Riz. Tapi tak sangka taukey ada dekat sana. They having an affair before, Al. And taukey fikir Lana tu anak dia"

"I-I'm speechless"

Sungguh Alex tidak menyangka tentang perkara itu. Betul kata Tania, banyak rahsia keluarga Adam. Dan ia tersingkap satu persatu.

"I taknak bagitau Adam pasal apa yang I dengar  I taknak serabutkan kepala dia lagi. He promised me not to get involve with Altech anymore. Tapi lepas apa yang dah jadi ni, I don't think yang dia akan biarkan macam tu je"

"Tapi Nia. Kalau taukey involved, it's too dangerous for you. Please Nia. Stay out of this. Please?", rayu Alex. Dia tidak mahu sesuatu buruk berlaku pada Tania pula. Dia sudah cukup masak dengan Robert. Dia tahu bosnya itu berhati kejam.

"Okay, fine. But I cuma nak tahu betul ke Lana anak taukey. The rest, I takkan masuk campur". Tania beralah kali ini dengan kerisauan Alex.

***********

"No, Lana". Adam berkeras. Alana sudah menangis meraung merayu supaya Adam tinggal lebih lama.

"Please, abang. Abang je harapan Lana. Siapa lagi Lana nak harapkan kalau bukan abang?", rayu Alana bersungguh-sungguh.

Dia tahu semua ini terlalu cepat berlaku. Sebelum ini bolehlah Mukriz uruskan Altech sementara Alana menghabiskan pengajiannya yang berbaki satu semester lagi. Tapi kini, tiada siapa yang boleh dia harapkan kecuali Adam.

"I told you. I serahkan semua sebab I taknak ada kaitan dengan Altech. Please, Lana. I have my own business to take care of. Altech have its own management. They can handle it", bangkang Adam lagi.

Alana bangun dari tempat duduknya tadi dan melutut di depan Adam. Kaget dengan keadaan itu, Adam melarikan kakinya jauh dari Alana. Namun sempat saja gadis yang sedang menangis teresak-esak ini menarik dan memeluk kaki Adam.

"Abang! Tolonglah. Lana dah tak ada sesiapa. Lana ada abang je sekarang. Apa jadi dengan Lana kalau abang tak ada? Abang tahu kan mama dan Riz mati dibunuh. Macam dengan Lana kalau abang tak ada? Lana takut, abang. Please, don't leave", rayu Alana namun rayuannya tidak diendahkan. Adam rentap kasar kakinya yang dipeluk Alana lalu berlalu meninggalkan ruang tengah banglo itu.

Terjerit terlolong Alana memanggil Adam namun lelaki itu terus saja berlalu keluar dari rumah. Tania yang berada di luar bersama Alex tergamam dengan drama itu.

"Please abang! Jangan tinggal Lana!". Jerit Alana dan berlari meluru ke arah Adam. Tania segera mendapatkan adik iparnya yang sedang merayu-rayu Adam. Saat terlihatkan kelibat Tania, Alana meluru ke arah wanita itu.

"Akak, tolong. Jangan tinggalkan Lana. Please. Lana takut". Tubuh Tania dipeluk kuat. Terasa gigil badan gadis ini. Tania mengusap lembut belakang Alana, cuba menenangkan gadis ini. Dari suaranya, jelas dia takut.

"Lana jangan risau okay? I'll talk to him", pujuk Tania. Isyarat mata diberikan kepada Alex, meminta lelaki itu membawa Alana pergi. Untuk sementara waktu, Alana akan tetap tinggal bersama Alex dan Amber. Tania yakin Alana selamat bersama mereka. Dan dia perlu lebih berhati-hati.

Langkah diatur menuju ke arah lelaki yang sudah berdiri di sisi keretanya itu. Sebal rasa hati Tania dengan Adam ketika ini. Entah apa di dalam fikiran suaminya hingga sanggup bersikap begitu dengan Alana. Sepatutnya kini Adam menjadi pelindung kepada Alana tapi sebaliknya.

"Seriously you?"
Adam berpaling memandang Tania, "What?"

"Kenapa you buat macam tu dekat Lana? She's so scared, Adam. Kenapa you tiba-tiba macam ni? You tak kesian dekat dia ke?"

Adam mendengus kasar. Tangan yang bersilang tadi terlerai. Soalan Tania tidak dijawab, dia terus melepasi Tania lalu masuk ke dalam kereta. Dia tidak mahu membincangkan tentang hal itu ketika ini.

"Get in the car. Kita balik sekarang", arah Adam. Tania berkerut muka, pelik dan geram dengan sikap Adam namun dia hanya turutkan arahan Adam itu. Meski hati masih mahu membincangkan hal itu, tapi Tania tahu dia perlu cari masa yang sesuai. Namun perkara ini tidak boleh dibiarkan lama kerana Tania yakin jika Robert dalang semua ini, lelaki itu pasti tidak akan berdiam diri lama.

Perjalanan pulang yang sunyi sepi. Tiada satu patah perkataan keluar dari mulut Adam mahupun Tania. Adam fokus dengan pemanduannya manakala Tania hanya membatu di sebelah. Hatinya sakit melihat Adam memperlakukan begitu kepada Alana.

Kereta yang dipandu Adam tidak terus ke rumah Alex. Sebaliknya ia meluncur memasuki Jalan Ampang. Berkerut dahi Tania apabila kereta yang dinaiki membuat lencongan masuk ke Jalan Ampang. Pandangannya yang dari tadi hanya tertumpu pada jalan raya dialihkan kepada Adam.

"Kita nak pergi mana?", soal Tania bingung. Ini bukan jalan ke rumah Alex.
"Balik rumah you". Dingin dan tegang suaranya menjawab soalan itu. Tania tergamam. Dia sudah lama tidak pulang ke kondonya. Sejak peristiwa yang memeritkan itu, Tania terus tinggal di rumah Alex.

"Ke-kenapa kita nak balik sana?", tanya Tania tergagap-gagap. Bukan dia tidak mahu pulang ke rumah sendiri, cuma dia selesa di rumah Alex. Lagipun pasti Alana perlukan sokongan mereka ketika ini.

"Habis tu? Nak balik rumah Alex? Nak buat apa? You ada rumah sendiri, baliklah rumah sendiri", balas Adam. Masih dingin. Tania ketap gigi menahan perasaan geramnya. 

Langkah kaki Adam terus diatur laju menuju ke unit kediaman Tania di tingkat 20. Tania sudah tidak boleh tahan, hatinya menjadi semakin sakit dengan riak wajah selamba Adam. Sepertinya yang baru dikebumikan pagi tadi bukan ibu dan adiknya. Seolah yang meraung menangis merayunya untuk terus tinggal bukan adiknya, yang dia jaga dan sayang sedari kecil.

"Kenapa dengan you ni, Adam? Mind to explain?". Lengan Adam digenggam kuat kaki sudah melangkah masuk ke dalam rumah. Dari tadi Tamia tahan dirinya untuk bertanyakan soalan itu.

Adam mendengus kasar. "Kenapa dengan I? You ni pulak kenapa? Tiba-tiba nak marah I ni". Tania tergamam. Adam tinggi suara dengannya. Sekali lagi selepas kejadian Adam membuat keputusan untuk menikahinya dulu.

Tapi Tania tidak mahu beralah. Kali ini dia benar-benar mahu tahu perubahan sikap Adam. Tania pasti semua ini ada kaitan dengan kematian Melanie dan Mukriz.

"I tanya, kenapa you buat Lana macam tu? You tak kesiankan dia ke? Dia takut, Adam. Takut! Dan you boleh tinggalkan dia macam tu je. Why?!". Tinggi suara Tania menanyakan soalan itu pada Adam.

"Because I'm done with all these! I dah penat dengan drama family I sendiri. You will never understand, Nia. Never!". Bergema ruang dalam rumah dengan suara Adam yang entah berapa oktaf tingginya.

"Ye. Memang I takkan faham. Your family is too complicated. You too. But I'm talking about the only family member left. I'm talking about Lana. She is your sister, Adam! You sanggup ke nak hilang dia?" 

"I already lost everything, Nia. I just want to go back to Melbourne and live my life. I dah tak nak tinggal sini lagi. So pack all your things, we're leaving tomorrow morning"

Tania tergamam. Begitu mudah Adam membuat keputusan untuk lari dari semua ini? Bagaimana dengan pembunuh Melanie dan Mukriz?

"Wait.. wait.. wait! You nak kita pergi Melbourne dalam keadaan macam ni? Adam.. what's on your mind? Please fikir pasal Lana. Takkan you nak tinggalkan dia macam tu je?", persoalTania. Dalam fikirannya kini, tiada lain yang dia fikir kecuali mengenai nasib gadis itu. Fikiran Tania begitu terganggu dengan teorinya mengenai Robert.

"Nia, please. I taknak bincang pasal hal ni. You tak tahu apa yang dia minta dari I. Something that I cannot give and do. So please Nia, we're going back to Melbourne tomorrow"

Suara Adam mula kendur. Bukan niatnya untuk bertelagah dengan Tania tentang masalah keluarganya. Tetapi Adam tahu, sebagai isteri sudah tentu Tania mahu tahu semuanya.

"It's all about Altech, right?", tanya Tania serkap jarang. Perubahan raut wajah Adam selepas soalan itu diajukan meyakinkan Tania bahawa perubahan sikap Adam adalah kerana syarikat itu. Altech Holdings.

"I promised you, Nia", lemah balasan kata Adam. Janji itu. Adam masih pegang sehingga kini. Dia tidak mahu memungkiri janji itu. Antara Altech dan wanita ini, Adam lebih memilih wanita di depannya ini.

Tania datang menghampiri Adam. Tangan Adam digenggam dan dibawa ke bibirnya lalu dikucup lama kedua tangan itu. Kemudian tapak tangannya jatuh pada dada bidang Adam. Tania ukir senyum saat mata mereka bertentang. Adam hanya membatu, memerhati perilaku Tania.

"I'm okay if you break the promises. Think about your sister, Adam. She needs you as much as you need me. Dia je keluarga you yang tinggal. If you're not doing that for Altech, at least do that for Lana. Please sayang?"

Adam lepas keluhan berat. Besar makna perbandingan Tania itu. Sudah tentu dia perlukan isteri di sisi.

Tapi ada benarnya kata-kata Tania. Alana juga perlukan dia. Dan dia perlu buat sesuatu untuk Alana. Selama ini Adam terlalu melindungi adiknya itu, kenapa kali ini dia bersikap pentingkan diri sendiri?

"Let me think about that. But, we're still go to Melbourne tomorrow"

Ringkas. Tiada kata putus untuk Alana. Hanya kata putus untuk tinggalkan Malaysia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience