"Mukriz! Keluar! Aku tahu kau ada dekat dalam!"
Jeritan suara seorang lelaki dari luar berserta ketukan bertalu-talu di pintu biliknya membantutkan henjutan Mukriz ke lubang nikmat Sara. Dia merengus kasar dan sedikit cemas.
"Riz!! Keluar aku kata!"
Suara itu menjerit lagi. Sara hampir menjerit ketakutan apabila pintu diketuk tanpa henti, namun cepat saja Mukriz menekup mulut Sara dengan tapak tangannya.
"You balik bilik dulu. I pergi tengok orang gila mana datang pagi-pagi buta ni", arah Mukriz. Sara terus melompat turun dari katil dan mengutip bajunya yang bertaburan di lantai bilik Mukriz lalu kembali ke biliknya melalui connecting bathroom antara biliknya dan bilik Mukriz.
Mukriz bingkas turun dari katil, menyarung boxer dan berjalan penuh debar menuju ke pintu bilik. Si adik kecil masih keras terpacak.
"Aduh! Dia ni pun taknak turun lagi!", rengus Mukriz dalam hati. Tengah syok menghenjut Sara, boleh pula ada orang datang mengganggu.
Ketukan di pintu masih juga tidak reda malah semakin kuat sehingga mengejutkan penghuni rumah yang lain. Mukriz tahu siapa tetamu tidak diundangnya ini.
"Riz!! Buka pintu ni sebelum aku pecahkan!", jerit Adam. Masih tidak mahu mengalah.
Tan Sri Mikael yang terdengar jeritan itu sedari tadi keluar dari bilik tidurnya yang berada selang satu pintu dari bilik Mukriz. Alana juga turut terjaga dari lena. Hanya Sara yang masih membatu di bilik sebelah, takut. Sara juga tahu siapa tetamu Mukriz itu.
"Apa bising-bising ni, Adam? Baru balik dah bising-bising macam ni?", tanya Tan Sri Mikael perlahan sambil pegang dadanya yang sakit. Sejak akhir-akhir dia bukannya sihat sangat, malah sakitnya itu semakin menjadi-jadi walaupun setelah membuat pembedahan bypass jantung beberapa bulan lalu.
"Anak papa ni memang dah melampau. Adam tak boleh nak diam lagi!", balas Adam kasar dan keras. Turun naik dadanya menahan marah. Tangannya sudah menggigil, rasa ingin saja dia tumbuk muka Mukriz sekarang.
"Selama ni Adam diam apa yang dia buat. Adam tak ambil kisah. Tapi kalau sampai dia kacau Nia, Adam tak boleh nak diam lagi dah!", sambung Adam lagi. Mukriz dengar kata-kata itu, lalu mengukir senyum sinis.
Jadi sebab itu Adam bagai orang gila terpekik terlolong di luar bilik tidurnya?
"Tania? Pelacur tu?". Puan Sri Melanie mencelah. Adam terkedu dengan soalan itu. "We all semua dah tahu pasal perempuan tu. Apa lagi yang you nak sorokkan, Adam?", sinis soalan Puan Sri Melanie. Ini masa yang dia tunggu-tunggu sejak Sara datang ke rumahnya seminggu lalu. Dia juga sama seperti Mukriz, ingin membongkar semua pembohongan Adam.
"Nia bukan pelacur!", tegas Adam. Puan Sri Melanie ketawa. Sinis bunyinya.
"Abang tengok anak kesayangan abang, dia ingat dia boleh bodoh-bodohkan kita lagi agaknya", kata Puan Sri Melanie lagi.
"Cukup tu, Mel", halang Tan Sri Mikael. Jelas dia juga kecewa dengan Adam. Melanggan pelacur hanya untuk menutup mulut keluarganya tentang perkahwinan. Sehingga Tan Sri Mikael sendiri terpedaya dengan tipu helah Tania yang dia rasakan sangat baik ketika itu.
"Papa tak sangka Adam sanggup tipu papa. Sanggup upah pelacur untuk berlakon jadi girfriend Adam sedangkan Adam sendiri dah ada girlfriend. Sekarang ni Adam nak salah Riz pula atas apa yang jadi dekat perempuan tu?", perlahan katanya namun sakit apabila didengar.
Mukriz tersenyum puas. Akhirnya rancangan dia untuk menjatuhkan Adam hampir berjaya. Ini belum lagi watak Sara keluar sekejap lagi.
Mukriz memberanikan diri membuka pintu bilik. Dalam jahatnya hati dia, masih juga ada perasaan takut dengan Adam.
"Kau!"
Adam terus mencekik leher Mukriz apabila melihat susuk lelaki ini di muka pintu. Menjerit Puan Sri Melanie melihat anak kesayangannya dicekik Adam.
Cengkaman tangan Adam semakin kuat membuatkan Mukriz sedikit hilang nafas. Dia cuba meleraikan cengkaman itu namun ternyata kemarahan Adam membuatkan lelaki ini semakin kuat.
"Lepaskan aku!", jerit Mukriz dalam payah. Adam tidak hiraukan rayuan itu. Satu tumbukan kuat singgah di pipi kiri Mukriz membuatkan lelaki itu terjatuh ke lantai. Mukriz usap pipinya yang sakit. Terasa berdesing dalam telinganya akibat tumbukan padu Adam.
Adam masih tidak puas. Dia kembali mencekik Mukriz dan satu lagi tumbukan mengenai pipi yang sama. Tersembur keluar darah pekat dari mulut Mukriz.
"Adam! Stop it. Enough!", jerit Puan Sri Melanie lalu menarik kuat bahu Adam supaya jauh dari Mukriz. Adam menepis kasar tangan mamanya.
"Mama jangan masuk campur. Ni urusan Adam dengan Riz!", balas Adam. Tumbukan bertubi-tubi diberikan kepada Mukriz membuatkan lelaki ini tidak berdaya untuk melawan lagi. Puan Sri Melanie sudah menjerit-jerit meminta Adam melepaskan Mukriz namun masih tidak diendahkan Adam.
"Kau kacau aku, aku tak kisah. Kau kacau Nia, memang kau cari pasal. Apa salah dia dekat kau ha?! Lelaki tak guna!". Berbakul sumpah seranah Adam berikan kepada Mukriz sambil dia terus menerus menumbuk Mukriz sehingga luka kening dan bibirnya.
Puan Sri Melanie sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Amarah Adam sudah tidak dapat dibendung lagi. Dia segera mendapatkan suaminya pula yang sedari tadi sudah bersandar lemah pada pintu bilik.
"Abang! Abang! Tolong anak kita, abang", rayu Puan Sri Melanie. Berjuraian airmata melihat Mukriz ditumbuk bertubi-tubi oleh Adam. Tan Sri Mikael hanya diam, tersandar di pintu. Tangannya semakin kuat menekan dada yang sakit. Perkara yang paling dia takuti kini berlaku juga. Depan matanya, dua anak lelakinya bergaduh hanya kerana seorang perempuan yang tidak layak dibela.
'Kenapa Adam nak ulang kesilapan papa?', bisiknya dalam hati. Wajahnya berkerut menahan sakit.
"Lana! Sara! Please help me. Somebody please help me!", laung Puan Sri Melanie apabila melihatkan suaminya sudah semakin lemah. Dia menjadi bingung, tidak tahu untuk berbuat apa. Di dalam bilik, Adam masih lagi mengerjakan Mukriz dan di luar sini, suaminya semakin hilang nafas.
Alana yang dari tadi hanya berdiri di sebalik pintu biliknya segera keluar mendapatkan mama dan papanya yang kalut di depan bilik Mukriz. Sara juga turut keluar dari bilik apabila mendengar namanya dipanggil.
"Lana tolong mama. Sara, please stop them", arah Puan Sri Melanie. Alana angguk lalu membantu Puan Sri Melanie memimpin Tan Sri Mikael jauh dari tempat itu.
Sara kaget melihat muka Mukriz yang berlumuran darah dan lemah namun Adam masih tidak mahu berhenti. Menggigil seluruh badannya melihat adegan itu. Dia sendiri tidak pernah tengok Adam semarah ini.
"Adam! Stop it. You will kill him!"
Dengan sepenuh tenaganya, Sara menarik Adam dari atas badan Mukriz. Saiz badannya yang hampir sama besar dengan Mukriz sedikit sebanyak membantu. Adam terkejut mendengar suara yang tidak asing baginya. Tumbukan ke muka Mukriz terhenti dan dia terduduk di atas lantai. Mukriz sudah tidak bermaya, lemah namun dia lega akhirnya Adam berhenti membelasahnya.
"What are you doing here, Sara?", soal Adam keras. Tangannya mula terasa sakit akibat tumbukan tanpa henti ke muka Mukriz. Sara tidak menjawab lalu segera mendapatkan Mukriz yang sudah hilang separuh nyawa. Mukriz masih boleh ketawa memandang wajah keliru Adam.
"Kau memang bodoh, Adam. Sebab perempuan sundal tu kau pukul adik kau sendiri", sindir Mukriz.
"You're not my brother. Aku tak pernah anggap kau ni adik aku", balas Adam perlahan. Hilang juga tenaga, habis disalurkan kepada amarahnya tadi. Adam membelek buku limanya yang berdarah, darah dia dan Mukriz.
"Baguslah kau dah sedar aku bukan adik kau. Aku pun tak pernah anggap kau abang aku. Memang dasar anak pelacur!", bentak Mukriz. Sara tergamam, amarah Adam kembali.
'Memang kau nak mati, Riz!', marah Adam dalam hati. Tangannya sudah tinggi dilayangkan ke udara, ingin sekali lagi melumatkan muka Mukriz.
"Adam! Don't!", jerit Sara sambil melindungi muka Mukriz.
"Abang Adam! Papa.. papa pengsan!". Jeritan dari muka pintu mematikan tindakan Adam. Kaget dengan jeritan Alana itu, Adam segera bangun meninggalkan Mukriz dan Sara lalu mengekori Alana ke bilik tidur Tan Sri Mikael.
******************************
Tania terjaga apabila mendengar esakan di sisi katil. Dengan mata yang berat, perlahan dia membuka mata. Di kerusi sisi katil, duduk seorang gadis berambut panjang, menangis tersedu-sedu.
"Lana...", lemah suara Tania memanggil. Alana angkat muka, memandang wajah pucat Tania. Lama dia menunggu Tania sedar. Menurut doktor tadi, Tania baru saja diberikan sedatif untuk menenangkannya. Daripada apa? Alana tidak mahu ambil tahu.
"Puas hati you sekarang kan?", sinis pertanyaan itu. Berkerut dahi Tania mendengarnya. Dia tidak faham maksud kata-kata itu. "You dah pecah belahkan family I. My brothers fought because of you and papa tak sedarkan diri. Puas hati you?!", sedikit tinggi suaranya.
Tania diam. Otaknya masih memproses kata-kata Alana. Kepalanya masih lagi terasa pening, mungkin akibat suntikan ubat penenang tadi. Sekejap tadi dia juga menerima berita yang dia sendiri tidak mampu untuk menerimanya.
"I tak faham, Lana. Apa maksud you...?", tanya Tania. Suaranya masih lemah. Dia masih tidak mampu untuk bangun dari katil. Hanya berbaring mengiring memandang gadis ini. Alana tersenyum sinis. Sakit hatinya melihat Tania. Gadis ini memang pandai berlakon. Alana mendekatkan kerusinya dengan katil lalu merapatkan mukanya dengan Tania.
"You memang pandai berlakon. Lakonan you dah terbongkar, you buat abang-abang I bergaduh sebab you. Dan sebab tu papa dapat heart attack. I tak akan maafkan you kalau apa-apa jadi dekat papa. You dah rampas kebahagiaan family I!", balas Alana.
Tania terkedu. Adam dan Mukriz bergaduh? Pasti Adam sudah tahu tentang kejadian itu. Tentang kedatangan Mukriz dan Sara ke kondonya semalam.
"Macam mana kebahagian I yang Riz rampas, Lana? I lost my baby. I lost everything and I can't pregnant again". Bergetar suara Tania untuk menuturkan ayat itu. Berita ini terlalu perit untuk dia terima. Kerana hentakan yang terlalu kuat pada abdomennya menyebabkan kandungannya gugur dan rahimnya luka teruk. Demi selamat nyawa Tania, rahimnya terpaksa dibuang.
"Perempuan macam you tak patut hidup bahagia. Anak you tu pun entah anak lelaki mana. You memang sengaja nak pecah belahkan family I kan? Sebelum you muncul, everything is fine. Lepas you muncul, semua hancur"
Tania tidak dapat tahan mendengar kata-kata sinis yang keluar dari mulut Alana. Airmatanya gugur lagi entah untuk ke berapa kali.
Hina sangatkah perempuan macam dia? Tak layak langsung untuk rasa bahagia?
"You deserved that, Nia. Pelacur macam you memang patut merana!"
"Lana!"
Tempikan kuat dari satu suara lelaki itu membuatkan Alana angkat muka. Adam sudah berdiri tidak jauh dari katil Tania. Dia nampak bahu Tania yang membelakanginya berenjut laju. Adam pasti Tania sedang menangis.
"What?! Salah ke apa Lana cakap? Sebab pelacur ni, abang berubah. Dia dah hancurkan keluarga kita. Abang sedar tak?". Meninggi suara Alana. Hatinya sakit mengenangkan pergolakan keluarga yang semakin teruk. Adam pula tidak habis-habis mempertahankan Tania, menambah rasa sakit hati Alana dan Puan Sri Melanie.
"Dia bukan pelacur. She's my future wife", balas Adam tegas. Alana merengus kasar.
"Perempuan macam ni abang nak kahwin? Dia mengandung anak luar nikah abang tahu tak?", bentak Alana. Dia tidak boleh terima pelacur seperti Tania masuk ke dalam keluarga. Tidak ada seorang pun yang mahu Tania masuk ke dalam keluarga Tan Sri Mikael.
"She's pregnant of my baby. Anak luar nikah yang Lana cakap tu anak abang", jawab Adam. Alana ketawa besar. Geli hati dengan pengakuan Adam.
"Abang percaya? Dia ni pelacur. Berapa banyak lelaki dah sentuh dia? Abang nak percaya itu anak abang?", sinis pertanyaan Alana.
Tania tak mampu untuk tahan perasaan. Dua beradik ini bertengkar mengenainya sedangkan dia ada di situ menahan rasa pedihnya hati dengan nasibnya ketika ini.
"Shut. Up! Both of you, get out! Get. Out!!!", jerit Tania kuat menyebabkan Alana dan Adam terkejut. Tania mula memukul tilam bertalu-talu. Dia juga merana di sini, dia juga seorang mangsa. Kenapa mesti dia yang dipersalahkan atas pergolakan keluarga mereka?
"Keluar! Aku kata KELUAR!!".
Tania sudah mula mengamuk. Habis semua barang yang berdekatan dengannya dicampak. Dia mula meronta-ronta. Alana yang tergamam dengan jeritan nyaring itu terus berjalan laju meninggalkan bilik Tania. Adam segera mendapatkan Tania yang sudah mengamuk macam orang gila. Butang merah segera ditekan untuk memanggil jururawat.
Adam memeluk erat tubuh Tania yang masih meronta, cuba untuk menenangkan gadis ini. Hatinya sayu melihat keadaan Tania. Sekuat hati Tania meraung sambil cuba melepaskan diri dari pelukan Adam.
"Pergi! Aku taknak tengok muka kau. Pergiiiii!!!!", jerit Tania lagi. Lengan Adam yang memeluknya dipukul kuat namun sedikit pun tidak membuatkan Adam melepaskan pelukannya itu.
"Calm down, Nia. Shhh.. calm down". Adam cuba memujuk. Kali ini Tania bertindak lebih ganas. Dia menggigit lengan Adam yang melingkari dadanya.
"Auchh!"
Pelukan itu terlepas juga. Kuat juga gigitan Tania menyebabkan Adam mengaduh kesakitan. Tania terus mengamuk, kakinya menendang kuat hujung katil, bantal dibaling kepada Adam. Dua orang jururawat yang baru masuk ke bilik Tania terus memanggil doktor. Sekali lagi ubat penenang perlu diberikan kepada Tania.
Tania mula tenang selepas suntikan itu. Kali ini dosnya sedikit tinggi berbanding pagi tadi. Adam juga diberikan rawatan akibat gigitan Tania tadi. Awal pagi tadi, buku limanya yang berbalut. Kini lengannya pula.
*********************************
Pang!
Satu tamparan singgah di pipi Adam. Dia mengusap perlahan pipinya yang ditampar tadi. Nafas ditarik dalam lalu dilepaskan perlahan-lahan. Seumur hidupnya, sekalipun tangan wanita ini tidak pernah singgah di pipi apatah lagi tubuhnya.
"Selama ni I tak pernah bezakan all of you. I layan anak-anak I semua sama rata. Tapi kali ni you dah buktikan yang you bukan anak I". Jerkah Puan Sri Melanie. Merah matanya menahan marah. Menggigil juga badannya selepas menampar Adam.
"I tak pernah anggap you as my mom, Puan Sri. Dari dulu lagi I tahu you memang tak pernah sukakan I", balas Adam sinis. Hilang terus hormatnya pada wanita ini. Bertahun Adam menahan perasaan marah dan benci pada keluarganya sendiri. "So you memang tak ada hak nak tentukan hidup I. Dengan siapa I nak kahwin, dengan siapa I berkawan, mana I tinggal", sambung Adam lagi.
"Mel.. Adam. Sudahlah tu. You all memang nak tengok papa mati ke?". Sayup suara itu menegur dua beranak ini. Puan Sri Melanie berpaling, melihat suaminya yang sudah sedarkan diri. Pantas dia menuju ke sisi katil.
"Tinggalkan I dengan Adam sekejap", bisik Tan Sri Mikael pada isterinya. Puan Sri Melanie agak keberatan. Dia takut sesuatu berlaku pada suaminya ini. "Please, Mel. I nak cakap dengan Adam", pinta Tan Sri Mikael. Puan Sri Melanie akur kali ini. Dia terus menarik Alana keluar bersama. Adam hanya menghantar mereka keluar dengan ekor mata.
"Adam, come. Seat beside me", ajak Tan Sri Mikael. Adam akur. Dia juga rasa bersalah dengan kejadian malam tadi. Kerana terlalu ikutkan amarahnya, dia langsung tidak fikirkan orang lain.
"Kalau papa nak pujuk Adam, its okay. Adam takkan terpedaya", suara Adam sebelum sempat Tan Sri Mikael berkata apa-apa. Lelaki tua itu hela nafas dalam, terasa sakit di dada setiap kali dia mahu menghela nafas. Pernafasannya menjadi semakin sukar. Dia tahu masanya sudah tidak lama.
"Jangan ulang apa yang papa dah pernah buat. Tinggalkan Tania, kahwin dengan Sara. Bertanggungjawab dengan apa yang Adam dah buat dekat Sara", perlahan tutur katanya namun jelas di telinga Adam. Mengecil mata Adam, dahinya berkerut, otaknya ligat berfikir maksud kata-kata itu.
"Sara mengandungkan anak Adam. Papa nak Adam bertanggungjawab. Altech milik Adam. Kahwin dengan Sara, papa akan serahkan Altech pada Adam", sambungnya lagi.
Adam yang tadinya duduk di sisi katil bingkas bangun. Dia makin tidak faham dan keliru dengan kata-kata Tan Sri Mikael.
"Wait, pa. What are you talking about? Sara mengandung? Anak Adam?", soal Adam bertalu-talu. Dia geleng kepala berkali-kali lalu meramas rambut belakang kepala. "You must be kidding me, pa. Sara tak boleh mengandung!", kata Adam lagi.
"Dia tunjuk dekat papa gambar ultrasound tu, Adam. Adam kena bertanggungjawab!". Suara Tan Sri Mikael semakin keras dan tegas. Sesekali dia menekan dada yang sakit.
"No, no. Dia tipu papa. Dia dah tipu semua orang. Dia tak boleh mengandung, pa. Adam tahu", bidas Adam lagi. Lima tahun dia bersama Sara, dia tahu Sara tidak boleh mengandung.
"Sebab apa?!", soal Tan Sri Mikael ingin tahu.
"Sebab dia seorang wanita tanpa rahim"
Suara seorang lelaki di ambang pintu. Adam dan Tan Sri Mikael terdiam lalu memandang ke arah lelaki yang berdiri di ambang pintu itu.
Share this novel