| Bab 10

Romance Series 31808

Prakk!

Bajunya direntap kasar sehingga terkoyak, menampakkan bahu Tania yang putih gebu. Tangannya digenggam kuat sehingga kebiruan. Puas Tania meronta tetapi tenaga lelaki ini lebih kuat darinya.

"Tolong Paksu. Jangan buat Nia macam ni!", rayu Tania dalam tangis. Badannya sudah menggigil ketakutan. Mimpi ngerinya selama ini akirnya muncul depan mata, di alam nyata.

"Kau tak rindu aku ke Nia? Aku rindu kau", kata Fuad dengan suara gersang. Dijilatnya leher Tania berkali-kali. Meronta-ronta Tania minta dilepaskan. Matanya terpejam rapat, doanya hanya satu.

Semoga ada yang datang menyelamat. 

Tapi siapa?

"To..tolong Paksu. Lepaskan Nia", rayunya lagi namun langsug tidak diendahkan. Fuad menolak kuat badan Tania ke dinding. Genggaman di tangan Tania dipakukan ke dinding. Dia tersenyum nakal. Sudah lama dia mencari tubuh gadis ini. Gadis yang menjadi santapan nafsunya suatu ketika dulu. Dia lelaki pertama yang merasai dara gadis ini.

"Kau makin cantik, Nia. Badan kau... hurmmmm". Fuad hela nafas dalam dekat dengan telinga Tania. Menghidu haruman dari tubuh Tania. Wangi. Membangkitkan nafsunya. Genggaman tangan dilepaskan, dengan cepat Tania cuba lari dari lelaki durjana ini.

"Kau nak pergi mana? Aku belum start lagi!", jerit Fuad lantas merangkul kuat pinggang Tania. Terlepas, membuatkan Tania jatuh terjelupuk ke atas lantai. Perutnya terasa sakit tiba-tiba. Tania tidak mampu bangun. Dia cuma menekan bahagian perutnya yang senak. Airmata tidak usah dikata, sudah mengalir laju membasahi pipi mulus Tania.

Fuad dengan cepat merentap kasar kaki Tania yang cuba untuk merangkak melarikan diri darinya. Dipalingkan badan Tania supaya mengadapnya lalu dia duduk di atas badan Tania. Baju gadis itu direntap sekali lagi hingga koyak semuanya, menampakkan bra yang Tania pakai.

Fuad menjadi semakin bernafsu melihat payudara Tania yang mekar. Dia menjilat bibirnya berkali-kali sambil membuka zip seluar. Tania pasrah, dia sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Sakit di bahagian abdomennya semakin menjadi-jadi, mencucuk pedihnya sehingga ke ulu hati.

"To..tolongg Paksu. Jangan buat Nia macam ni...", suaranya makin lemah. Mata Tania semakin kabur dengan limpahan airmata. Fuad tidak hiraukan rayuan Tania. Lauk sudah terhidang di depan mata. Bertahun dia mencari Tania, merindui tubuh gadis ini. Fuad tidak akan lepaskan Tania kali ini. Akan diratah sepuasnya tubuh gadis ini.

Tania cuba meronta apabila seluarnya dilurutkan ke bawah namun tenaganya sudah tiada. Yang dia mampu buat ketika ini adalah merayu supaya tidak diapa-apakan.

"Paksu..jangan Paksu..", rayu Tania dalam tangis. Fuad ketawa mendengar rayuan Tania. Langsung tidak diendahkan. Lidahnya rakus menjilat leher Tania dan kemudian turun ke dada gadis ini. Payudara Tania diramas kuat. Dia terus menjilat penuh rakus.

Tangisan Tania semakin kuat. Sakit di perutnya semakin menjadi-jadi. Tania meronta tapi badannya semakin lama menjadi semakin lemah. Fuad semakin rakus menjamah tubuhnya tanpa belas kasihan.

"Hoi!"

Tempikan itu membantutkan perbuatan keji Fuad dari terus menjamah tubuh kecil Tania.

"Kurang ajar punya jantan! Kau nak buat apa dengan Nia ha?!"

Tania rasa badan Fuad ditarik dari atas badannya. Dia lega akhirnya badan lelaki keji itu beralih dari terus menghimpitnya. Tania nampak seorang lelaki berwajah bengis terus menolak Fuad membuatkan lelaki itu jatuh terlentang ke lantai.

"Kau siapa? Nia aku punya. Suka hati aku lah nak buat apa!". Fuad tidak mahu mengalah. Satu tumbukan padu singgah ke muka Fuad. Tania tidak mampu lagi untuk melihat. Dalam kabur airmata yang memenuhi kelopak matanya, dia nampak Fuad ditumbuk bertalu-talu sehingga lelaki keji itu terkulai layu.

Syukur! Ada orang datang selamatkan Tania.

*************

"Tania tu baik, papa suka dia. Adam kahwinlah dengan dia. Papa restu"

Adam meraup mukanya berkali-kali. Kata-kata itu berlegar di fikirannya sejak petang tadi. Setelah kali kedua Tan Sri Mikael dimasukkan ke hospital, baru kali ini Adam pulang ke Malaysia. Dia bukanlah kejam sangat seperti yang Mukriz sangka. Tan Sri Mikael tetap ayahnya, orang yang membesarkannya walaupun mereka tidak pernah sefahaman.

"Hari tu papa jumpa dia dekat sini. Bila papa cakap pasal Adam je terus berubah muka dia. Adam ada masalah dengan Nia ke?"

"Adam dengan Nia dah putus. Papa jangan tanya lagi pasal Nia"

Itu jawapan Adam. Dia malas untuk bercerita tentang Tania. Tugas Tania sebagai girlfriend sementaranya sudah lama tamat. Tapi gadis itu bukan saja mengganggu Adam tetapi keluarganya juga.

Bagi Adam, Tania sama saja dengan Sara. Ingin mendampinginya untuk kepentingan peribadi. Pertengkaran Adam dan Sara antara salah satu sebab yang membawa kepada kepulangannya ke Malaysia kali ini, juga untuk melawat Tan Sri Mikael yang masih berada di hospital.

"Salah aku sebab upah kau, Nia!", marah Adam dalam hati. Dia menyesal mengikut cadangan Mike untuk upah escort girl menjadi girlfriend sementara dan kini gadis itu menggangu keluarganya pula.

Tapi apa yang terjadi pada gadis itu kini mengundang simpati Adam.

"Encik Adam?". Adam mendongak apabila namanya dipanggil. Segera dia bangun, mengadap doktor yang berdiri tidak jauh darinya dengan fail di tangan.

"Yes?"
"Pesakit dah sedar. Tapi keadaan dia tak stabil. Saya dah bagi ubat penenang. Encik boleh tunggu pesakit di wad"

Adam hembus nafas lega.

"Her baby?", tanya Adam.
Doktor menjawab dengan tenang, "Her baby is safe. Ada sedikit pendarahan tapi kandungan dia selamat. But she need to be extra careful next time. She's still in the first trimester, still fragile".

Adam angguk faham. Dia lega dan juga bersyukur kandungan Tania selamat. Adam terduduk kembali di ruang menunggu itu selepas doktor berlalu pergi. Perasaan bersalah mula menyelubungi dirinya.

Melihat keadaan Tania yang separuh sedar dan hampir diperkosa lelaki itu, Adam menjadi marah. Amarah yang pada mulanya untuk gadis itu beralih kepada lelaki durjana yang dikenali sebagai Paksu oleh Tania.

Jadi itulah mimpi ngeri Tania selama ini.

Adam sepenuh hati menumbuk muka Fuad tadi sehingga buku limanya juga turut terluka. Segera dia menelefon Alex dan Adam terus bawa Tania ke hospital apabila dia lihat Tania sudah pengsan dengan sedikit pendarahan.

Adam masih tidak pasti bayi yang dikandung Tania adalah miliknya, tapi dia simpati dengan gadis itu. Amarahnya pada Tania kerana mengganggu keluarganya bertukar menjadi simpati.

Adam melangkah perlahan masuk ke dalam bilik yang menempatkan Tania. Terkujur kaku jasad itu di atas katil dengan air yang dimasukkan ke dalam tubuhnya melalui satu tiub yang melalui urat di tangan. Wajahnya pucat, pergelangan tangannya lebam kebiruan dan matanya bengkak walaupun gadis itu sedang tidur.

"Should I believe that you are carrying my baby, Nia?", bisik Adam dalam hati. Adam tenung wajah Tania yang lena akibat ubat yang diberikan doktor tadi. Keluhan berat dilepaskan. Pasti ini menjadi sesuatu yang sukar bagi Adam.

"Macam mana dengan Nia?". Soalan dari satu suara di pintu bilik membuatkan Adam berpaling. Wajah cemas Alex jelas kelihatan. Lelaki itu melangkah masuk dan terus menuju ke sisi katil. Wajah Tania direnung penuh sayu. Perlahan Alex mengusap rambut Tania.

Adam hanya perhatikan tingkah laku Alex itu. Betullah kata Tania dulu, Alex terlalu menjaganya. Tapi, tahukah Alex tentang kandungan Tania?

"She's okay", lemah jawapan Adam. Alex angkat muka, memandang Adam. Dia geram dengan lelaki ini, tapi Adam telah selamatkan Tania. Itu yang lebih penting.

"Thanks, Adam. But I'm not done with you", kata Alex tegas. Adam terkedu. Air liur yang ditelan terasa kelat. Dari cara percakapan Alex, Adam dapat menduga bahawa lelaki ini tahu tentang keadaan Tania.

'Mati aku!', kata Adam dalam hati.

*************

"Semua ada dalam ni. Dia memang bukan orang yang baik, bos"

Satu sampul surat berwarna coklat saiz A4 diserahkan kepada Mukriz. Dia menyambut huluran itu lalu dikeluarkan isi dalamnya. Mukriz tersenyum puas. Akhirnya segala maklumat yang dia inginkan untuk menentang Adam berada di tangannya.

"Great! Tan Sri mesti terkejut dengan semua ni. Jangan mati terkejut orang tua tu sudahlah", kata Mukriz. Tawa memenuhi ruang pejabatnya. Hampir dua bulan dia mencari maklumat tentang Adam, sudah tentu ini sesuatu yang mengejutkan semua pihak.

Gambar diteliti satu persatu. Semua gambar Adam di Melbourne, bersama seorang gadis berambut perang. Sudah semestinya Sara. Dan di sini, gambar-gambar Tania bersama beberapa orang lelaki. Mukriz tersenyum sinis.

"Adam.. Adam.. Kenapa kau bodoh sangat? Dengan papa bolehlah kau bodoh-bodohkan. Dengan aku? Kau memang silap Adam sebab upah escort girl macam perempuan ni jadi girlfriend kau!", kata Mukriz sendirian. Dia ketawa lagi, kali ini lebih kuat.

Hatinya puas! Dengan segala gambar dan bukti ini, Mukriz yakin dia mampu jatuhkan Adam. Mukriz yakin dia mampu yakinkan Tan Sri Mikael untuk serahkan Altech Holdings kepadanya.

"Kau akan kalah, Adam! Altech aku punya. Aku akan pastikan kau takkan dapat sesen pun dari Altech!", gumam Mukriz lagi. Dicampaknya semua gambar itu ke atas meja kerjanya lalu bersandar bangga pada kerusi kulit buatan Itali dalam bilik pejabatnya. Kedua kaki disilangkan ke atas meja. Mukriz tersenyum puas.

"Sekarang kau enjoy dulu dengan perempuan jalang tu. Masa kau akan tiba"

**************

"So kau tahu dia pregnant?", tanya Adam. Alex angguk. Hendak dimarah si Adam ni pun tiada guna. Tania yang mencari masalahnya sendiri. Dia sedar perubahan Tania sejak kali pertama gadis itu bertemu Adam. Dari saat itu Tania minta khidmatnya sebagai call girl hanya setakat menemani, tidak termasuk memuaskan nafsu lelaki yang melanggannya.

"Dr. Suzanne. Doktor yang merawat Nia selama ni kawan aku. Aku yang kenalkan Nia dengan doktor tu. Mana mungkin Suzanne rahsiakan perkara ini dari aku", jawab Alex bersahaja. Amarahnya pada Adam sebelum ini sudah reda. Yang dia fikirkan sekarang ini hanyalah Tania. Sudah tentu kejadian tadi menambah trauma Tania. Tapi Alex puas kerana dia sudah dapat tangkap Fuad, dan selepas ini Fuad tidak boleh lagi mengganggu Tania.

"Aku tahu kau takkan percaya kalau Nia cakap dia mengandungkan anak kau. Sebab orang macam kau memang skeptikal dengan perempuan macam Nia. Tapi aku kenal Nia, aku jaga dia sejak Fuad jual dia dekat taukey. Aku tahu Nia macam mana"

Adam hanya diam mendengar butir bicara Alex. Otaknya masih lagi memproses perkara tentang Tania. Banyak yang dia tidak tahu tentang gadis ini. Mimpi Tania yang selama ini menjadi tanda tanya dalam fikirannya, masih belum tahu puncanya walaupun tadi baru saja dia menumbuk lumat muka lelaki yang Tania panggil Paksu itu.

"Siapa Paksu? Sebelum ni Tania selalu jerit nama Paksu dalam tidur. Lelaki tadi tu, Paksu kan?", tanya Adam ingin tahu. Dia mahu tahu semua cerita tentang Tania. Penderitaan apa yang telah dilalui oleh gadis ini. Apa yang membuatkan dia terjerumus dalam lembah penuh hina ini.

Mungkin betul kata Tan Sri Mikael, Tania gadis yang baik. Adam nampak itu semua sewaktu kali pertama dia membawa Tania bertemu keluarganya. Tania tidak kekok, dan sopannya bukan dibuat-buat. Adam yakin itu sisi lain Tania yang selama ini orang tidak nampak kerana pandangan orang terhadap pekerjaaannya.

Dan betul juga kata Alex, Adam skeptikal dengan perempuan seperti Tania.

"Kalau kau betul-betul nak tahu pasal Paksu, better kau tanya Nia sendiri. Aku dah janji dengan Nia yang aku tak akan ceritakan kisah itu pada sesiapa. Kalau yang boleh cerita itu, Nia", jawab Alex lalu tunjuk ke arah Tania yang mula buka mata.

Adam menoleh, memandang muka berkerut Tania. Mungkin Tania masih mamai akibat ubat yang diberikan doktor tadi. Adam menghampiri katil lalu menggenggam lembut jemari Tania. Tania menoleh memandang lelaki yang menggenggam jemarinya itu.

Adam!

Dadanya mula berombak sayu. Airmata kembali memenuhi empangan matanya. Tania menoleh ke sebelah lagi, Alex. Sayu memandangnya. Tangan Tania meraut pergelangan tangan Alex, meminta Alex untuk dekat dengannya. Alex tunduk, mendekatkan telinganya dengan mulut Tania. Dia tahu gadis ini mahu katakan sesuatu.

"Ask him to get out. I don't want him to be here. I taknak jumpa dia", bisik Tania perlahan pada Alex. Alex angguk faham. Dia berdiri tegak semula lalu membuat isyarat mata pada Adam, meminta Adam keluar dulu. Tania terus rentap jemarinya yang digenggam Adam. 

"Nia.."

Tania terus paling muka, tidak mahu memandang wajah Adam. Dalam hatinya kini hanya benci pada lelaki ini.

"Better kita keluar dulu. Bagi Nia rehat", kata Alex dan terus menarik Adam keluar. Berat hati tapi Adam akur. 

Kalau Tania bencikan dia, memang dia layak mendapat kebencian itu. Adam sendiri yang ciptakan kebencian itu untuk Tania.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience