| Bab 14

Romance Series 31808

"Kenapa kita datang sini? You cakap I dah tak kerja dengan taukey?", tanya Tania. Tertanya-tanya sebab Alex membawanya berjumpa taukey. Tania tidak selalu menemui lelaki yang digeruni ini, tetapi selalunya dia akan bertemu taukey jika melibatkan pelanggan kelas atasan.

"Taukey nak jumpa you. I'm not sure why", balas Alex.

Tania berdebar. Mungkinkah taukey mahu memarahi dia? Atau ini peluang untuk Tania merayu supaya taukey menerima dia bekerja kembali?

Langkah kaki diatur penuh debar memasuki ruang pejabat taukey. Dari pintu saja sudah kelihatan raut wajah taukey, tidak bengis seperti lalu. Hanya senyum menghiasi wajah tua taukey. Tania sedikit lega. Dia sendiri takut berdepan dengan taukey sebenarnya meskipun dia sudah lama bekerja dengan lelaki ini.

"Isabel! Come, have a seat", pelawa taukey. Lelaki yang duduk di depan taukey berpaling, memandang Tania.

"Adam!". Tania terkejut melihat Adam dalam bilik pejabat taukey. "What are you doing here?", tanya Tania. Dia masih terkejut dengan kehadiran Adam.

"Come, Isabel. Duduk dulu", pelawa taukey sekali lagi. Tania masih kaku berdiri. Melihat Adam di sini, hatinya menjadi sakit, amarahnya kian membuak-buak. Tania masih benci pada Adam walaupun ada rasa rindu juga.

Entah!

Sekejap rindu, sekejap benci dan marah. Terkadang Tania sendiri keliru dengan perasaannya. Satu yang pasti, Tania masih kecewa kerana Adam tidak berusaha lebih lagi untuk memujuknya.

"No. I nak tahu apa dia buat dekat sini", kata Tania sambil tuding jari ke arah Adam. Adam masih juga membisu, tidak bersuara walau sepatah. Ketakutan Tania untuk berdepan dengan taukey tadi hilang tiba-tiba. Entah dari mana datang kekuatan untuk berdepan dengan big boss nya ini.

"You tahu kan yang you tak lagi kerja dengan I?", tanya taukey. Mengalah juga dengan sikap degil Tania. Tania hanya angguk. Hatinya menjadi sayu, hanya kerana dia mengandung, dia diberhentikan dari menjadi escort girl.
"He bought you. I'm no longer your boss. He is", sambung taukey lagi sambil tunjuk ke arah Adam.

Tania tergamam. Adam beli dia? Dia salah dengar ke? Badan Tania terus menjadi kaku, berdiri tegak seperti patung cendana.

Adam bangun dan bersalaman dengan taukey.
"Thank you, uncle. Nice dealing with you", ucap Adam. Tangan mereka berenjut, tamat sudah urusniaga Adam dan Robert.

"You're welcome, Adam. Please take a good care of my girl. And send my regards to your dad", balasnya.

Tania tersentak apabila lengannya digenggam lembut. Lama dia berdiri kaku tadi sehinggakan tidak dengar perbualan dua lelaki ini.

"Jom balik", bisik Adam perlahan. Tania rentap lengannya dari terus dipegang Adam.
"Let me go", keras suaranya.

"Nia...", panggil Adam lembut. Adam tahu Tania masih marahkan dia. "Kita balik dulu then we talk, okay?", cadang Adam. Tania hanya diam. Langkah kakinya laju meninggalkan ruang pejabat taukey.

Di luar, Alex masih setia menanti. Dia segera berjalan menuju ke arah Tania dan Adam apabila melihat pasangan itu keluar dari pejabat taukey. Melihatkan wajah sugul Tania, Alex sudah mula berdebar. Tania renung tajam ke arahnya.

"You knew about this right? Bukan taukey tak bagi I kerja tapi dia ni dah beli I. You tahu kan?", soal Tania keras. Alex angguk perlahan. Tania lepas keluhan berat, dadanya berombak kuat menahan marah. Matanya sudah mula berair.
"I trusted you, Alex. Tak sangka you buat macam ni dekat I", kata Tania dengan suara yang bergetar menahan sendu.

Alex, lelaki yang paling Tania percaya yang boleh menjaganya selama ini rupanya tidak jujur.

"I hate you!", jerit Tania kuat lalu terus berlalu meninggalkan Alex. Mujur Adam sempat tarik tangan Tania dan membawanya ke kereta.

Alex terkedu. Marah betul Tania padanya kali ini. Dia terus diselubungi rasa bersalah. Bukan dalam kemampuannya untuk menghalang urusniaga itu dari berlaku.

'I'm sorry, Nia. I did this for you'. Hanya itu yang terluah di hati Alex.

"I'll bring her home. See you later, Alex", kata Adam. Satu tepukan lembut singgah di bahu Alex. Dia tersenyum nipis melihat lelaki itu berlalu. Harapnya, Adam dapat memujuk Tania.

*************

Pintu utama kondonya ditolak kasar. Tania masih marah dengan kejadian tadi. Adam pula hanya mengekori Tania dari belakang. Perlahan Adam menutup pintu yang dibuka Tania tadi. Kunci keretanya diletakkan di dalam bakul kecil atas kabinet berdekatan pintu utama. Tempat itu juga Tania letakkan kunci rumahnya sebentar tadi.

"Leave me alone, Adam!", bentak Tania. Dia tidak mahu terikat dengan Adam. Hatinya masih sakit dengan perbuatan lelaki ini. Dia masih belum memaafkan Adam. Adam datang menghampiri Tania yang mundar mandir di ruang tamu kondo. Hati Tania tidak tenteram.

"Nia, I did this for you. I tak nak you jadi call girl lagi. I.."

"You have no rights, Adam! This is my life. This is what I'm doing for the past 10 years. Ini saja yang I tahu buat. Puaskan nafsu lelaki!", sinis kata-kata Tania hamburkan pada Adam. Dadanya berdebar laju sehingga dia rasa sesak nafas.

"Please, Nia. You kan pregnant. Besides I ada hak nak tentukan apa yang you boleh buat. You're carrying my baby", lembut tutur kata Adam. Tania ketawa besar mendengar ayat yang keluar dari mulut Adam.

"Your baby? It can be anyone's baby, remember? You said that to me", perli Tania. Adam mengeluh berat. Dia sedar itu salah dia kerana tidak boleh menerima berita kehamilan Tania.

Tapi semuanya sudah jelas selepas diceritakan Dr. Suzanne dan Alex sebulan lalu. Sebab itu juga Adam balik ke Melbourne dan menyiapkan rumah pantai itu untuk Tania. Adam mahu memperisterikan gadis ini.

"Nia... please? I'm really sorry", rayu Adam. Namun Tania tetap sama. Dia segera menolak badan tegap Adam menuju ke pintu utama.
"Go away! I taknak tengok muka you dekat sini. Pergi! I hate you, Adam. Really really hate you. Pergi!!", jeritan Tania makin kuat. Sepenuh tenaga digunakan untuk menolak Adam keluar. Kunci kereta Adam di atas kabinet dicapai lalu dicampak ke luar pintu. Adam juga sudah setapak ke luar pintu.

"Nia, please. Let me fix this. I love you, Nia. I want you", rayu Adam lagi. Pintu dihempas kuat membuatkan Adam sedikit terkejut. Diketuknya pintu berkali-kali, meminta Tania untuk membukanya.

Tania tersandar pada pintu. Sayu yang dia tahan dari pejabat taukey tadi sudah tidak mampu dibendung. Airmatanya gugur juga. Tania sendiri masih keliru dengan keadaan yang berlaku dalam hidupnya.

"Nia.. open the door please?", rayu Adam di luar pintu. Sayu suaranya. Adam sudah mati akal untuk memujuk Tania. Tapi dia tahu dan yakin, dia memang mahukan gadis ini.

"Nia..."

Tania tekup telinganya dengan tapak tangan tatkala mendengar sayup namanya dipanggil dari balik pintu. Tangisannya semakin menjadi-jadi. Tania tertanya-tanya dengan percaturan hidupnya kali ini.

Kenapa Adam wujud dalam hidupnya?

"Go away, Adam. I hate you", perlahan bisikan Tania. Adam tidak dengar butir percakapan itu. "Kenapa I jumpa you? Kenapa I jatuh cinta dengan you? Sedangkan I tahu, I tak layak untuk dapat cinta lelaki macam you", sambungnya lagi.

Adam tekap telinganya di pintu. Dia dengar seakan bisikan dari dalam tapi tidak jelas butir percakapannya.

"Hidup I jadi kucar kacir sebab you! Kenapa Adam?! Kenapa mesti you?!", jerit Tania. Ditamparnya pintu itu berkali-kali. Adam menjarakkan telinganya yang bingit dengan tamparan itu. Dia tersandar lemah pada pintu.

Kenapa aku? Aku pun tak tahu, Nia.

Dan kenapa kau? Aku juga tak tahu.

"You boleh benci I sampai bila-bila, Nia. Tapi satu yang I nak you tahu. I won't give up. I will wait for you. Take your time, baby", ujar Adam. Dia tidak akan mengalah. Dia pasti akan kembali lagi memujuk Tania. Adam tahu Tania perlukan masa.
"I pergi dulu. But I just want you to know that I will always be here for you. I love you, Nia", sambung Adam lagi.

Tania sudah berhenti menangis. Dia dengar semua itu. Acapkali dia mendengar ucapan itu.

Ikhlaskah Adam?

Tania bangun. Dari lubang di pintu, dia nampak Adam mengutip kunci kereta yang dibaling Tania tadi dan terus berlalu pergi.

"Kenapa you pergi, Adam? Sampai situ saja usaha you untuk pujuk I?", gumam Tania. Dia kembali sendu. Masih belum cukup usaha seorang Adam. Tania kembali menangis di sebalik pintu, kedua tangan memeluk lututnya. Teresak-esak dia meratapi usaha separuh jalan Adam.

*************

Bunyi loceng menyedarkan Tania dari lena. Tidak sedar dia tertidur di sebalik pintu. Penat menangis tadi agaknya. Tania segera seka airmata yang masih tersisa di kelopak matanya. Dia bangun lalu memandang sekilas wajahnya di cermin. Mata dan hidung yang kemerahan dan wajahnya yang sedikit sembab akibat menangis tadi.

Loceng berbunyi sekali lagi. Tania intai tetamunya dari lubang kecil di pintu.

Adakah Adam yang datang kembali?

Atau Alex yang mahu memujuknya?

"Riz?", soal Tania perlahan. Berkerut dahinya memikirkan sebab kedatangan Mukriz. Loceng berbunyi sekali lagi. Sudah kurang sabar agaknya tetamunya ini.

Dalam debar Tania membuka pintu perlahan. Mukriz tersenyum saat melihat pintu dibuka. Dia menjengah sedikit. Di sebalik pintu, Tania berdiri dengan penuh debar.

"Hai Nia. Or should I call you Isabel?", sapa Mukriz dengan muka yang dirapatkan dan senyuman sinis.

Tania tergamam mendengar sapaan itu. Dia sudah boleh duga ini bukan sesuatu yang baik. Tania segera menolak pintu untuk menutupnya semula namun tangan Mukriz lebih cepat menghalang. Sepenuh tenaga Tania gunakan untuk menutup pintu namun tenaga lelaki di luar pintu lebih kuat darinya.

Pintu ditolak kuat membuatkan Tania terhantuk pada bucu pintu dan berundur ke belakang. Dia usap dahinya yang sakit akibat hantukan tadi.

Mukriz melangkah masuk penuh gaya. Senyuman sinis tidak lekang dari bibirnya. Pintu rumah dihempas kuat membuatkan Tania sedikit terkejut. Baru dia tersedar, kini Mukriz berada di dalam rumahnya.

"What do you want ha?", tanya Tania garang. Dia harus berani walaupun dia sebenarnya takut. Lelaki hidung belang ini, dari senyumannya saja sudah boleh tahu niatnya ke mari.

"Bagus soalan you tu. I nak you!", balas Mukriz lalu menolak kuat tubuh kecil Tania ke sofa. Tania mengaduh sakit akibat tolakan itu. Terasa pinggangnya sakit tiba-tiba tiba akibat hentakan ke sofa. Tania cuba bangun, namun cepat saja dihalang Mukriz. Kedua tangannya digenggam kuat.

Mukriz mendekatkan bibirnya dengan cuping telinga Tania. Dihidu haruman dari tubuh gadis ini.

"Hurmmm.. your body scent makes me feel so horny", bisik Mukriz dengan nada gersang. Tania sudah pejam mata, takut dengan lelaki ini. Dia cuba meronta untuk lepaskan diri namun ternyata kudratnya tidak mampu melawan kuatnya tenaga Mukriz.

Mukriz segera duduk atas Tania, mengikat supaya gadis ini berhenti meronta. Tania cuba meronta perlahan, masih mencuba untuk melepaskan diri apabila dia rasakan sesuatu mula mengeras dalam seluar Mukriz mengenai perutnya.

"Lagi you meronta, lagi I suka Nia. You buat I lagi stim", bisik Mukriz lagi. Payudara Tania yang bergoyang kencang itu membuatkan nafsu Mukriz semakin membuak-buak.

"Tolong jangan apa-apakan I, Riz. Pleaseeee", rayu Tania. Mindanya mula terbayang kejadian silam, saat dia dirogol tanpa belas oleh Paksu. Matanya mula mengeluarkan butir-butir jernih. Bukan untuk minta simpati tapi Tania meratapi nasib dirinya kini.

"Apa dia, Nia? I tak dengar? You dah tak sabar? Sekejap ye sayang. Bagi I buka seluar dulu", kata Mukriz. Tangannya dengan pantas membuka butang dan zip seluarnya. Harus dia ratah tubuh kecil molek gadis ini.

Apa agaknya rasa tubuh yang digila-gilakan Adam ini?

Tania segera menolak tubuh tegap Mukriz saat genggaman tangan lelaki itu terlerai dari pergelangan tangannya. Tolakan itu menyebabkan Mukriz hilang pertimbangan dan jatuh di lantai. Dengan tenaga yang semakin hilang, Tania segera bangun dan berlari menuju ke pintu utama.

"Stop her!", jerit Mukriz yang mencuba untuk bangun kembali. Mendengarkan jeritan itu, satu susuk tubuh berdiri tepat di muka pintu. Tania tergamam dan terkaku. Dia kembali berundur apabila susuk tubuh itu maju setapak ke hadapan. Pintu ditutup kembali.

Tania berpaling, Mukriz sudah berdiri di belakangnya. Di depannya, susuk tubuh seorang wanita. Saiz badannya lebih besar dari Tania. Bukan saiz wanita Asia. Tania sudah tersepit antara wanita itu dan Mukriz.

"Apa kau nak ha?", tanya Tania. Bergetar suaranya kali ini menahan rasa takut dan debar yang belum reda.

"So this is Tania who stole my boyfriend?", tanya wanita itu sinis. Mukriz angguk dan tersenyum nakal. Dia belum puas, dia masih mahu merasai nikmat tubuh Tania.

Seakan sepantas kilat, wanita itu terus mencekik leher Tania dan membawanya ke dinding. Tania yang terkejut cuba untuk meleraikan cangkaman dilehernya.

"Sara! Easy!", kata Mukriz sedikit kaget. Sara tidak hiraukan kata-kata itu. Cengkamannya semakin kuat menyebabkan nafas Tania semakin pendek. Cepat dadanya turun naik untuk mencari nafas. Tania cuba melepaskan cengkaman itu namun hampa.

Dia yang sudah hilang tenaga atau wanita bernama Sara ini memang kuat. Badannya saja sekali ganda badan Tania. Sudah hampir sama besar dengan Mukriz lagaknya.

"You stole my boyfriend. Kau buat dia tinggalkan aku. Kau patut terima balasan!", kata Sara keras, dekat dengan muka Tania.

"Ak.. aku tak faham. Aku tak curi boyfriend sesiapa". Dalam payah Tania cuba balas kata-kata itu. Dia masih tidak mengerti maksud kata wanita ini.

"Adam! Kau kenal dia kan? He is my boyfriend. Dia tinggalkan aku sebab kau! Perempuan sundal!", jerit Sara lalu menolak kuat badan Tania sehingga dia jatuh terjelupuk ke lantai.

"Kau patut mati! Perempuan sundal! Pelacur!", jerit Sara. Kakinya menyepak perut Tania yang sudah tidak berupaya. Tania cuba menghalang namun tiada dayanya lagi. Tania terus mengerang kesakitan. Mengerekot badannya menahan sakit di bahagian abdomen akibat sepakan Sara.

"Enough, Sara. Dia dah nak mati tu. Kalau mati betul-betul nanti macam mana?", halang Mukriz. Dia merangkul kuat badan Sara yang kelihatan seperti orang gila.

"I don't care! Dia memang patut mati!!", jerit Sara. Satu sepakan kuat sekali lagi mengenai bahagian perut Tania.

Kali ini erangan Tania bertambah kuat. Sakit yang teramat sangat di bahagian abdomennya. Tania mula rasa ada cecair panas di celah kelengkangnya. Tangannya mula memulas baju di bahagian perut. Pedih dan sakit yang teramat sangat.

Mukriz dan Sara kaget apabila melihat cairan berwarna merah pekat mengalir dari celahan kaki Tania terus ke lantai.

"She's bleeding. Let's go!!". Mukriz terus menarik tangan Sara yang tiba-tiba kaku melihat kejadian itu.

Sakitnya sudah tidak tertahan lagi. Jeritan minta tolongnya semakin lama semakin perlahan. Mata mula kabur dan akhirnya dunia Tania menjadi gelap!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience