"Nia? Are you ready?"
Tania berpaling ke arah ambang pintu. Berdiri Alex yang lengkap berbaju melayu warna kuning cair. Berdiri di sebelahnya, Amber. Si isteri yang ayu berbaju kurung moden kain kapas bercorak bunga kecil rona sama dengan baju melayu Alex. Tania tersenyum lebar melihat pasangan ini.
"You should change you name, Al. Jadi Ali maybe", gurau Tania. Alex dan Amber ketawa. Mereka tahu Tania pasti gementar menantikan hari ini.
"You look so beautiful, Nia. No wonder Adam tak boleh lepaskan you", suara Amber. Pelukan diberikan kepada wanita ini yang sudah lengkap berbaju kurung moden rona putih dengan veil sebagai pelengkap gaya.
"Thanks, M. I am so nervous", ucap Tania. Amber mengusap perlahan belakang Tania. Dia juga dapat rasakan debaran itu. Mereka melangkah meninggalkan rumah Alex dan menuju ke Masjid Wilayah, tempat di mana Adam dan Tania akan disatukan.
Di situ segalanya akan bermula. Satu lagi kisah baru untuk Adam dan Tania. Bagaimana Adam akan mengemudi rumahtangganya nanti? Hanya Tania yang akan tahu.
Di Masjid Wilayah, Adam baru saja tiba bersama Mike dan beberapa orang saudaranya. Dadanya berdebar saat melangkah masuk ke ruang nikah. Jurunikah dan beberapa orang ahli masjid sudah menanti.
"Ini masanya, Adam. Nia bakal jadi isteri kau yang sah". Kata Adam dalam hati. Nafas dihembus perlahan. Debarannya kian terasa.
"Nervous ke bro?", tanya Mike sambil ketawa. Adam mencebik dan tersenyum nipis. Bagai ada gendang dipalu dalam dadanya sekarang untuk menggambarkan betapa berdebarnya Adam ketika ini. "Chill, bro. One more step. She will be yours forever", kata Mike sekadar menghilangkan rasa gemuruh kawannya ini.
"Abang!". Alana menyapa dari belakang. Adam tersenyum lebar melihat adiknya. Lega dengan kehadiran gadis ini. Namun senyumannya mati saat melihat wanita bersama seorang lelaki yang berkerusi roda datang menghampiri.
"Perlu ke dia orang datang sekali?", bisik Adam pada Alana sambil matanya melirik kepada Melanie dan Mukriz yang berada di atas kerusi roda ditolak Melanie. Mukriz sedar dari koma sebulan lalu ketika Adam berada di Melbourne. Sepanjang dia uruskan hal kerjanya di Melbourne dan penyerahan pegangan sahamnya pada Alana yang berakhir minggu lepas, Adam langsung tidak ambil tahu tentang Mukriz. Meskipun banyak kali Alana menghantar berita tentang abangnya yang seorang itu.
Bagi Adam, semuanya sudah berakhir saat dia menyerahkan kesemua sahamnya kepada Alana yang secara automatiknya menjadikan gadis itu pemegang saham terbesar dan mempunyai kuasa eksekutif untuk mengemudi Altech Holdings. Mukriz akan kekal sebagai ahli lembaga pengarah yang tidak punya kuasa eksekutif seperti Alana. Itu keputusan yang Adam buat sebelum dia menyerahkan bahagian sahamnya pada Alana.
"Riz yang nak datang", jawab Alana perlahan. Dia tahu Adam tidak senang dengan kehadiran Melanie dan Mukriz.
"Please, Lana. I taknak Riz ada dekat dalam ruang nikah. I taknak Nia nampak dia", pesan Adam pada Alana. Mukriz salah seorang mimpi ngeri Tania. Berbulan wanita itu cuba lupakan semua igauannya. Adam tidak mahu kedatangan Mukriz ke majlis pernikahannya mengganggu emosi Tania.
"Okay, abang. By the way, good luck. Chill and relax, okay", ucap Alana. Adam ukir senyum manis untuk adiknya ini.
***********
"Aku terima nikah Tania binti Abdullah dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai". Salaman tangan berenjut. Jurunikah memandang saksi pihak lelaki dan perempuan silih ganti.
"Sah?"
"Sah"
Adam hembus nafas lega. Sekali lafaz, dia sah menjadi suami Tania. Tangan ditadah untuk berdoa. Sempat dia kerling ke kanan, melihat Tania yang duduk tidak jauh darinya. Hanya tertunduk dari tadi. Mula timbul curiga di hati Adam.
Selesai doa dibacakan, acara disambung dengan lafaz taklik dan penyerahan mas kahwin. Adam melangkah penuh yakin menuju ke arah wanita yang telah sah menjadi isterinya itu.
Dulang yang berisi cincin dan mas kahwin dihulurkan Alana kepada Adam. Cincin diambil lalu Adam mencapai tangan Tania. Wanita ini masih lagi tertunduk.
"Sejuknya tangan you", bisik Adam perlahan.
"Ke.. kenapa dia ada dekat sini?", soal Tania perlahan seakan berbisik. Tergagap-gagap dan suaranya bergetar. Jantung Adam berdegup kencang. Sudah tentu Tania nampak Mukriz.
"Sayang, kita settlekan ni dulu. Lepas tu kita balik, okay. Don't worry, I'm here with you", bisik Adam memujuk. Dia yakin Tania pasti ternampak Mukriz sebentar tadi sebelum majlis dimulakan. Tangan Tania mengggigil saat disarungkan cincin namun mereka berdua masih berlagak selamba. Satu kucupan hangat singgah di dahi Tania selepas cincin disarungkan. Lensa kamera tidak henti-henti merakamkan momen terindah ini. Ucapan tahniah juga tidak henti-henti diterima dari tetamu yang hadir.
Alana tersenyum gembira melihat pasangan ini disatukan. Selepas semua yang mereka lalui, sememangnya Adam dan Tania layak untuk disatukan. Tidak kira status dan darjat, asalkan mereka saling mencintai.
Adam bangun meninggalkan Tania yang masih membatu bersama Alana selepas tetamu mula meninggalkan ruang nikah. Dia mahu pergi menemui lelaki yang telah mendatangkan derita pada isterinya itu. Dari tadi dia menahan amarahnya. Tapi selepas melihatkan keadaan Tania, amarahnya tidak dapat dibendung lagi.
Mukriz dan Melanie memerhati langkah Adam dari jauh. Raut wajahnya bengis, tahulah mereka Adam tidak senang dengan kehadiran mereka di sini. Namun tenang saja riak kedua manusia ini.
"Kau buat apa datang sini? Nak rosakkan majlis aku?", soal Adam kasar. Mukriz tertunduk. Tidak berani menatap wajah bengis Adam ketika ini. Terbayang kejadian dia ditumbuk bertubi-tubi oleh Adam kerana dia mengganggu Tania. Sampai kini, masih terasa sakitnya apabila dia terkenangkan kejadian malam itu.
"Dan you. Apa lagi yang you tak puas hati?", soal Adam pada Melanie pula. Baru saja Melanie handak bersuara, Mukriz sudah menghalang.
"Aku nak minta maaf. Dengan kau dan Nia", ucap Mukriz perlahan. Adam mencebik dan tersenyum sinis. Badannya direndahkan, tangannya memegang kerusi roda Mukriz.
"Kau ingat aku percaya kau datang nak minta maaf? Hidup kau tak pernah ada kesal, Riz. Hati kau penuh dendam. Aku tahu kau takkan puas hati dengan semua keputusan aku pasal Altech. Sekarang ni aku nak kau dengan mak kau berambus dari sini. Jangan tunjuk muka kau sikit pun depan aku atau Nia kalau kau taknak penumbuk aku ni singgah lagi dekat muka kau". Tegas Adam memberi amaran. Tangan yang sudah membentuk penumbuk dihalakan ke muka Mukriz.
Melanie mendengus geram. Hatinya sakit apabila niat baik Mukriz disalah erti. Mereka datang dengan niat baik. Malah Mukriz sendiri yang berkeras untuk hadir ke majlis ini. Melanie segera mencapai pemegang kerusi roda dan ingin menolak Mukriz pergi namun sekali lagi Mukriz menghalang.
"Aku tahu kau marahkan aku. Aku menyesal dengan apa yang aku dah buat dekat kau dengan Nia. Aku ikhlas, Dam. Aku minta maaf dengan semua yang aku dah buat. Selama aku koma, aku nampak macam-macam. Siksaan, azab api neraka, orang disiksa. Dan setiap kali tu aku minta Tuhan jangan cabut nyawa aku. Aku minta Tuhan bagi aku peluang untuk bertaubat. Aku betul-betul menyesal. Please, maafkan aku". Pinta Mukriz lalu menggenggam erat pergelangan tangan Adam. Namun Adam rentap kasar tangannya.
"Aku tak akan..."
"I maafkan you"
Adam dan Mukriz terkedu. Begitu juga dengan Melanie. Adam berpaling ke arah suara itu. Tania berdiri di belakangnya bersama Alana. Berkerut pula dahi Adam melihat Tania. Dia menjadi keliru. Baru sebentar tadi wanita ini takut dengan kehadiran Mukriz. Kini lelaki durjana ini dimaafkan?
"Nia?". Panggil Adam.
Wajah Tania dipandang penuh tanda tanya. Tania angkat muka dan menatap wajah bingung lelaki yang baru tidak sampai sejam menjadi suaminya ini. Satu kerdipan mata penuh makna Tania berikan kepada Adam. Senyuman juga terukir di bibirnya meskipun kelihatan terpaksa.
"I rasa you dah terima hukuman tuhan. Dia dah bagi you peluang untuk bertaubat. Mungkin ini masanya. Tapi you tahu kan akibatnya jika you sia-siakan peluang yang dah diberikan?", kata Tania tenang. Matanya merenung Mukriz, salah satu igauan ngerinya. Dia perlu hadapi ketakutannya pada lelaki ini.
Tania ikut nasihat Maklong untuk maafkan orang yang sudah berbuat jahat padanya. Kerana kemaafan itu dendam yang paling terindah. Dan ia juga dapat lepaskan Tania dari terus dibelenggu ketakutan masa silam.
"I maafkan you, Riz. Tapi I tak akan lupa apa yang you dan Sara dah buat dekat I", sambung Tania lagi. Memaafkan mungkin mudah, tapi melupakan tidak mudah bagi Tania.
"Are you serious, sayang?", tanya Adam tidak berpuas hati. Dia mendekati Tania dan memandang tepat wajah isterinya ini seakan meminta penjelasan.
"I'm serious". Tegas Tania. Dia kemudian melepasi Adam untuk mendekati Mukriz yang kelihatannya masih terkejut dengan kemaafan yang diterima dari Tania.
"Tapi I taknak tengok muka you lagi. Stay away from my life. Kalau tak, you tahu apa yang abang you mampu lakukan. Oh, not only Adam. Maybe Alex and Robert too". Sedikit mengugut tapi Tania benar-benar maksudkannya. Dia sendiri yakin Adam dan Alex akan terus melindunginya.
Melanie terkejut mendengar nama Robert disebut. Lelaki itu sering saja mengganggu hidupnya sejak akhir-akhir ini. Namun Melanie hanya membatu di belakang Mukriz. Kisah dia dan Robert, biarlah hanya mereka berdua yang tahu.
"Thank you, Nia. I takkan ganggu hidup you dengan Adam. I janji", ucap Mukriz penuh sayu. Melanie yang dari tadi diam seribu bahasa terus membawa Mukriz pergi dari pasangan pengantin baru ini.
Tania hembus nafas lega. Dalam debar dadanya, dia mampu hadapi lelaki yang menjadi mimpi ngerinya ini. Terasa lapang dadanya kini untuk memulakan hidup baru bersama Adam, suaminya.
**********
Adam memberhentikan kereta pada petak parking yang disediakan. Sejam lebih perjalanan, tiba juga dia dekat tempat ini. Adam pandang Tania di sebelah. Lena diulit mimpi dengan baju nikahnya serta veil yang masih tersemat di atas kepalanya. Tersenyum Adam melihat wajah wanita ini.
"Tak sangka you dah jadi my wife, Nia. I promise I will take a good care of you, baby", bisik Adam perlahan. Tidak jemu dia memandang wajah ini. Selepas akad nikah tadi, seakan ada satu perasaan lain meresap ke dalam dirinya. Rasa kasih yang lain dari sebelum ini. Mungkin rahmat dari pernikahan itu.
Tania membuka mata perlahan apabila dia mula rasa tiada lagi buaian lembut yang mendodoi tidurnya dari tadi. Mata dibuka kecil, terlihat wajah Adam dengan senyuman manis di bibir. Tania tersenyum nipis sambil menggosok matanya yang pedih. Terasa lena sangat tidurnya tadi. Dia membetulkan duduk dan pandangan mata dilemparkan ke luar. Berkerut dahinya memerhatikan keadaan luar yang begitu asing baginya.
"Ki..kita.. dekat mana ni?", tanya Tania tergagap-gagap. Selepas mereka keluar dari kawasan masjid tadi, Adam kata mahu terus pulang ke rumah.
"Tempat honeymoon kita", bisik Adam sambil kenyit mata. Membuntang mata Tania. Melilau matanya memandang ke luar. Otaknya ligat memikirkan tempat ini namun hampa. Dia tidak pernah sampai ke tempat ini.
"Jom. Kita pergi check in. I dah tak sabar ni...", kata Adam meleret dengan senyuman nakal.
"You!"
Adam ketawa dan terus keluar dari kereta. Terkedek-kedek pula Tania keluar dengan menggayakan baju nikah yang dia pakai dari pagi tadi.
Bayu laut terus menyapa pipi gebu Tania. Bau air laut yang dibawa angin menusuk ke hidungnya. Tania tersenyum lebar. Pasti dia berada di tepi pantai ketika ini.
"Welcome to Avani Goldcoast Resort, sayang. Let me take you to our honeymoon suite", seloroh Adam lalu menghulurkan tangannya untuk Tania sambut. Dengan hati yang gembira Tania menyambut huluran tangan itu. Tidak sangka dalam diam Adam merancang percutian ini.
"Thank you, sayang", ucap Tania. Satu ciuman ringkas singgah di pipi Adam.
"Don't thank me yet", balas Adam dengan senyuman nakal.
Share this novel