CEO Altech Holdings, Tan Sri Mikael Sulaiman disahkan meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Gleaneagles, Kuala Lumpur. Jenazah beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Presint 20, Putrajaya lewat petang ini.
Tania termenung. Perkhabaran duka itu dia dengar dari berita di TV.
"Kesian Adam". Itu yang terlintas di fikirannya.
"Memang I marah papa, tapi I sayang dia. I know he did this for a reason". Terngiang-ngiang kata Adam itu suatu masa dulu ketika Tania mula menyelami perasaan lelaki itu terhadap keluarganya. Tania jadi tahu yang Adam hanya rapat dengan Tan Sri Mikael dan Alana saja. Pasti pemergian Tan Sri Mikael memberikan satu tamparan hebat buat Adam.
"Tapi, aku je kesiankan orang. Siapa nak kesiankan aku?". Tania menggumam. TV yang masih terpasang tadi ditutup. Malas mahu mendengar lagi berita tentang kematian Tan Sri Mikael. Badan dia rebahkan kembali. Kebosanan mula menemani Tania kala ini.
Kerjanya asyik tidur, bangun makan, pergi tandas, naik atas katil semula, baring dan rutin itu berulang lagi. Mata juga sudah tidak mahu lelap.
Sudah dua hari juga dia tiada pelawat. Alex mungkin sibuk dengan kerja. Adam sudah semestinya tidak akan datang selepas dia menggigit lengan lelaki itu tempoh hari. Ditambah pula hari ini Adam kehilangan papanya.
"Hai Tania"
Tania menoleh ke arah pintu bilik yang mula terbuka apabila mendengar namanya dipanggil lalu mengukir senyuman.
"Hai doktor. Masuklah". Tania lega. Akhirnya ada juga orang datang di kala dia kebosanan walaupun mungkin Dr. Suzanne datang hanya seketika untuk memeriksa keadaannya. Dr. Suzanne datang menghampiri. Tania sudah bangun semula. Duduk di atas katil.
"How are you today?", lembut pertanyaan doktor ini. Tania angguk.
"Okay. Tapi ada rasa ngilu dekat perut", tenang jawapan diberikan Tania. Dr.Suzanne angguk faham dan tersenyum.
"That's normal. Luka operation you belum baik sepenuhnya. But don't worry. Dalam seminggu ni okaylah", jawab Dr. Suzanne. Tania angguk faham.
"Bila I boleh keluar?", tanya Tania. Dia sudah bosan. Sekurang-kurangnya kalau di rumah, tidaklah begitu bosan seperti di hospital.
"Inilah I nak bagitau you. Looks everything is fine from the report. So you dah boleh keluar"
"Really?", tanya Tania. Dia mula bersemangat. Ketawa Dr. Suzanne melihat wajah penuh semangat Tania.
"Yes. Tapi... Alex tak bagi you keluar hari ni because he's out of town. Dia tak bagi I lepaskan you seorang", balas Dr. Suzanne. Wajah Tania kembali suram. Baru mahu gembira dapat keluar dari hospital, sudah ditahan pula. "Esok Alex akan datang bawa you balik, okay?", pujuk Dr. Suzanne.
Dia tahu Tania sudah bosan berada di sini walaupun baru beberapa hari. Dia juga simpati dengan nasib yang menimpa gadis ini. Nampak macam sudah boleh terima kenyataan, tapi hatinya tiada siapa yang tahu.
"Doc, betul ke I tak boleh mengandung lagi?". Soalan yang tiba-tiba keluar dari mulut Tania itu menghentikan jemari Dr. Suzanne dari terus menulis sesuatu pada rekod perubatan Tania. Dia duduk di sisi katil. Tangan Tania digenggam lembut.
"You still can have a baby, Nia. This is not the end. There are so many ways for you to have a baby", ujar wanita ini lembut. Dia tahu bukan mudah untuk seseorang yang bergelar wanita untuk menerima hakikat yang rahimnya sudah tiada. Lebih-lebih lagi wanita muda seperti Tania yang umurnya baru saja mencecah 28 tahun.
"Tapi.. I tak boleh mengandung normal", sayu suaranya. Tania sudah mula ingin menangis. Dia hilang satu nikmat yang hanya ada untuk wanita.
"Tapi tak bermakna you tak boleh dapat anak dari darah daging you sendiri. Kalau I nak terangkan, terlalu banyak. Sekarang ni I cuma nak you rehat cukup-cukup, pulihkan diri you dulu and when you ready to have a baby, come and see me. I'll show you the way", pujuk Dr. Suzanne lagi.
Tania angguk perlahan tanda faham. Susah untuk dia terima tapi Tania redha. Mungkin ini juga balasan untuk dosa-dosanya.
**********************
"I'm sorry for your lost, Adam". Robert menepuk perlahan bahu Adam. Ketika tiba di banglo milik keluarga Adam di Cyberjaya, jenazah Tan Sri Mikael sudah pun dibawa ke tanah perkuburan. Robert mengambil keputusan untuk tunggu di banglo ini saja.
"Thanks, uncle. I felt guilty", lemah tutur kata Adam. Dia mula rasa bersalah kerana pergaduhan dia dan Mukriz yang menyebabkan Tan Sri Mikael terkena serangan jantung sekali lagi.
"Jangan macam tu, Adam. Dah ajal dia kan?", tenang saja Robert berkata. Walaupun ketika dia meninggalkan bilik Tan Sri Mikael, lelaki itu berada dalam keadaan sakit namun sedikit pun dia tidak rasa bersalah atau kasihan. Malah dia rasa puas.Â
Kini hanya tinggal Mukriz dan Melanie saja untuk dihapuskan.
"Pasal Riz dan Sara. You tahu?", soal Adam tiba-tiba. Baru dia teringat sesuatu yang belum jelas tentang itu. Robert angguk. Senyuman nipis diukirkan untuk lelaki muda ini.
"Riz buat macam-macam untuk cari maklumat pasal Nia. One of my informer bagitau yang Riz ada cari Nia. And then dia cari Sara just untuk buktikan yang Sara is your real girlfriend, not Nia. And bonus for him sebab waktu tu you dah tinggalkan Sara. They are taking advantage of each other. Kalau dia orang berjaya jatuhkan you, Riz akan dapat Altech dan Sara akan dapat share Altech. That's their deal".
Adam tergamam mendengar cerita itu. Baru Adam tahu kenapa Tan Sri Mikael dan Puan Sri Melanie melabel Tania sebagai pelacur. Sudah tentulah Mukriz yang bongkarkan semua itu.
"But, I am sorry about Nia. Orang-orang I lost track that day and I tak tahu Riz dan Sara pergi kondo Nia", kata Robert. Dia turut sedih dengan nasib yang menimpa Tania.
Adam menjadi marah tiba-tiba apabila mengenangkan kejadian itu. Tubuh Tania yang tidak sedarkan diri serta berlumuran darah masih segar di ingatannya. Adam ketap gigi rapat, tangannya mula menggumpal penumbuk.
"You tahu dia orang dekat mana sekarang? Papa dah meninggal, Riz hilang entah pergi mana. Dan I dah janji dengan Nia yang I tak akan lepaskan orang yang dah buat dia macam tu", kata Adam sedikit keras. Walaupun sebelum ini sudah bertubi tumbukan dihadiahkan kepada Mukriz, dia masih belum puas. Dia mahu lihat Mukriz merana.
"I tak tahu but don't worry about that. I dah uruskan", tenang Robert berkata-kata. Berkerut pula dahi Adam. Kurang faham dengan maksud kata itu. "You tak payah risau pasal ni. Yang you perlu risau sekarang, Nia. I tahu dia still marahkan you".
Adam lepas keluh. Ya, Tania. Dia masih belum jumpa gadis itu. Niatnya semalam terbantut apabila mengenangkan amukan Tania sebelum itu.
Hari ini, Adam mesti melawat Tania.
**********************
Tania terjaga dari lena. Mata dibuka perlahan. Terasa tekaknya kering. Tania meninggikan sedikit kepala katilnya. Satu lampu atas kepala dibuka bagi memberikan sedikit cahaya. Cawan plastik di atas kabinet tepi katil cuba dicapai tetapi terasa jauh.
"Aduh, ni mesti nurse alih kabinet tadi", bebel Tania perlahan. Dia mencuba sekali lagi. Dapat dicapai dengan hujung jari tapi tidak dapat digenggam. Cawan itu jatuh ke atas lantai. Tania mengeluh berat.
Adam terjaga apabila terdengar sesuatu jatuh. Dia bingkas bangun dari sofa yang ada di dalam bilik Tania. Jam ditangan dikerling dengan mata yang dibuka separuh. Jam 2 pagi. Adam menggosok-gosok mata. Dia nampak bayang yang bergerak-gerak di sebalik tirai yang menutup separuh katil itu.
Tirai diselak perlahan. Adam menjengah kepalanya sedikit. Dia pasti Tania yang terjaga dari tidur. Adam nampak Tania sedaya upaya untuk turun dari katil. Segera Adam mendapatkan gadis itu.
"Let me help you"
Tania sedikit terkejut apabila mendengar suara seorang lelaki. Berdegup kencang dadanya apabila satu lembaga hitam mula menghampiri. Keadaan bilik yang sedikit malap membuatkan Tania kurang jelas dengan wajah lelaki itu.
Adam sudah tunduk dan mengutip cawan yang jatuh di atas lantai. Tania hanya memerhati dari atas katil. Dia kenal suara itu.
Suara Adam.
Tania gosok matanya berkali-kali. Dia bermimpi atau memang Adam yang di depannya kini?
"Ad.. Adam?", tegur Tania. Dia mahu pastikan lelaki itu benar-benar Adam. Adam bangun dan angkat muka. Senyuman nipis diukirkan untuk Tania. Tania telan air liur, terasa kelat. Ah, memanglah! Tekak dia kering dari tadi.
"You nak minum ke? I ambilkan". Teguran Tania tidak dibalas, Adam terus bertanya kepada Tania. Tania angguk perlahan. Dia masih tidak percaya lelaki ini adalah Adam. Matanya jatuh pada lengan lelaki ini yang berbalut.
Betullah Adam. Itu mesti balutan akibat gigitan dia tempoh hari. Kasihan Adam, tak pasal-pasal kena gigit.
Adam menghulurkan secawan air kepada Tania lalu dia duduk di kerusi yang berada di sisi katil. Tania senyum nipis lalu meneguk rakus air dalam cawan.
"Thanks", ucapnya. Cawan tadi dihulurkan kembali kepada Adam. Adam sambut dan tersenyum manis. Keadaan menjadi janggal ketika ini.
"You're welcome", jawab Adam. Ringkas. Tiada penyambung kata.
Tania tidak tahu akan perasaannya. Dia masih marahkan Adam, tapi Adam baru saja kehilangan ayahnya. Kejamkah jika Tania menghalau Adam keluar dari biliknya ketika ini?
Tapi, dia juga rindukan Adam. Sejujurnya, dia memang rindukan Adam. Dari semalam dia berharap Adam datang semula tapi Adam tidak muncul.
'Ah, bencilah dengan perasaan sendiri!', marah Tania dalam hati.
Tania meninggikan sedikit lagi kepala katil. Remote control TV yang dia selitkan dicelah bantal tadi diambil.
"Ermmm.. boleh tolong buka tirai tu tak? I nak tengok TV", pinta Tania perlahan. Dia kerling Adam sekilas. Tanpa kata, Adam bangun dari kerusi dan menarik tirai itu sehingga ke tepi.
"Thanks", ucap Tania lagi. Adam hanya senyum dan kembali duduk di kerusi tadi.
"It's 2 in the morning. You memang tak nak tidur balik?". Perlahan Adam bertanya. Tania menggeleng. Sejak dia dimasukkan ke hospital, dia sukar untuk tidur semula jika sudah terjaga pada tengah malam.
"I tak boleh tidur. Tapi kalau you nak tidur, it's okay. You tidurlah. I slowkan volume TV", balas Tania. Tenang. Nadanya biasa. Tidak marah seperti sebelum ini. Entah kenapa Tania rasa selesa apabila Adam berada di sini. Sekurang-kurangnya malam terakhirnya di hospital tidak sepi.
Adam menggeleng dan berkata, "Nope. I tak nak tidur. I nak teman you tengok TV".Â
Tania akur jika sudah itu kemahuan Adam. Dia masih membisu. Mata hanya ditumpukan pada siaran di TV, menonton filem yang sudah berapa kali dia ulang tengok sepanjang beberapa hari ini. Ingat dekat rumah ke ada banyak siaran TV? Apa yang ada hadap sajalah.
"I'm sorry for your lost, Adam". Kata Tania memecah kesunyian antara mereka. Adam kalih pandangan dari TV kepada Tania. Tania masih tidak memandang lelaki itu namun dari ekor matanya, dia tahu Adam pandang dia.
"Thanks", jawab Adam ringkas.
Tania menoleh memandang Adam. Lagaknya bersahaja. Tidak sedihkah lelaki ini dengan kehilangan ayahnya?
"Why you're here, Adam?"
"I have no place to go. Sini tempat paling tenang untuk I sekarang"
Tania ketawa kecil. Tenang apa benda? Sesak dada dan membosankan. Itu tenang?
"I nak jaga you, Nia. I tak nak apa-apa jadi dekat you lagi". Adam sambung kata tiba-tiba.
Tawa Tania terhenti, dia terkedu. Dia berdehem beberapa kali untuk menghilangkan rasa janggal dengan kata-kata Adam itu.
Tania amati wajah Adam. Nampak kosong dan tidak ceria. Ya lah, baru kematian ayah. Takkan Adam nak bergembira pula. Matanya tertumpu pada balutan di tangan Adam.
"Tangan you tu kenapa? I mean bukan yang I gigit tu. Tapi yang tu..", tanya Tania sambil tunjuk ke arah buku lima Adam yang berbalut. Dia juga mahu menukar topik perbualan tadi. Tidak mahu bercerita tentang perasaan.
"Ni?", tanya Adam. Dia angkat tangan kanan yang berbalut. Tania angguk laju. "I lumatkan muka Riz", selamba Adam menjawab.
Adam tumbuk Mukriz? Tapi memang patut pun kan? He deserved that!
Tania yang tergamam pada mulanya mula bertukar sayu. Dengar nama itu, hatinya cukup sakit. Lelaki itu cuba merogolnya. Tanpa disedari airmatanya mula mengalir. Adam menjadi kaget melihat Tania yang tertunduk dan bahunya terenjut.
"Nia? Are you okay? Kenapa ni? I salah cakap ke?", tanya Adam bertalu-talu. Dia mula tidak senang duduk. Salahkah jawapan dia untuk soalan Tania tadi? Adam merapatkan kerusi dengan sisi katil. Tania menggeleng. Airmata diseka dengan jari.
"He almost rape me...". Sayup kedengaran di telinga Adam. Terkejut dengan ayat itu, Adam ketap gigi rapat sehingga jelas kelihatan garisan tajam rahangnya. "Dan Sara, dia sepak perut I banyak kali. Kuat. I lost the baby because of that...", sambung Tania lagi. Kesedihan itu sudah tidak mampu dia bendung. Airmatanya tumpah sekali lagi, kali ini lebih banyak.
Adam kelu lidah. Tangisan Tania semakin kuat. Amarah Adam kembali lagi. Tidak sangka begitu sekali penyeksaan Mukriz dan Sara terhadap Tania. Dia tahu Tania dicekik berdasarkan kesan lebam pada leher Tania, tapi tidak sangka Tania disepak kuat sehingga keguguran.
Adam bangun dan terus menarik kepala Tania dekat dengan dadanya. Dia merangkul erat bahu Tania. Tangisan Tania semakin kuat.
"Please don't cry, Nia. I will make sure they pay for this", pujuk Adam. Dalam lembut katanya ada ketegasan. Bahu Tania diusap perlahan.
Kali ini, Tania hanya membiarkan dia dipeluk Adam. Hendak marah pun dia sudah tiada kuasa. Sememangnya dia perlukan seseorang yang boleh menenangkan hatinya sekarang ini.
"Sara. Is she really your girlfriend?", tanya Tania. Pelukan Adam dileraikan. Dia mahu tahu tentang itu. Adam duduk di sisi katil, mengadap Tania.
"She was", balas Adam berhati-hati. Dalam hati dia berharap agar Tania tidak bangkitkan hal ini.
"Not anymore?", tanya Tania lagi. Adam angguk.
"She cheated on me. She framed me for something that I didn't do. She want to destroy us, Nia. I am sorry for what she had done to you", terang Adam. Sayu tutur katanya. Tania pandang dalam anak mata Adam.
Adam ikhlas. Tania tahu.
"I tak tahu yang dia subahat dengan Riz. Riz bagitau papa and mama tentang you. Dia subahat dengan Sara untuk singkirkan I dari Altech"
Tania hanya diam. Memberikan perhatian pada cerita Adam. Patutlah Tan Sri Mikael jijik dengannya, rupanya Mukriz sudah bongkar tentangnya pada lelaki itu. Tania sedar ketika Mukriz datang ke kondonya tempoh hari.
"Tapi I akan pastikan dia orang dapat balasannya, Nia. I don't care about Altech. I don't even care about that family. I already lost papa and I don't want loose you too"
Adam genggam erat jemari Tania lalu diciumnya berkali-kali. Tania hanya perhatikan tingkah laku Adam itu.
"But they are your family, Adam. I tahu you marahkan Riz. I pun. Tapi mama you and Lana? Kalau you tak fikir pasal Altech, at least think about your mom and sister"
Adam mencebik. Baru saja tadi Puan Sri Melanie halau dia dari rumah. Itukah keluarga?
"They are not, Nia. I anak seorang pelacur", balas Adam. Tania terkedu.
"Adam. Tak baik cakap macam tu", bidas Tania.
Adam menggeleng beberapa kali. Adam ceritakan sejarah hidupnya pada Tania. Sukar untuk Tania percaya tapi itulah hakikatnya.
"Papa marah bila tahu I nak kahwin dengan you. Sebab dia taknak I ulang kesilapan dia kahwin dengan mak I"
"You nak kahwin dengan I?", tanya Tania. Tiba-Tiba dia rasa berdebar. Adam senyum dan angguk laju.
"Yes, Nia. I want you to be my wife. Apa yang I cakap dengan Lana that you are my future wife, I really mean it. I nak bawa you jauh dari sini. I dah sediakan semua untuk you. Just for you, baby"
Tania tertunduk sayu. Terharu dengan niat Adam.
Tapi...
"I can't, Adam", lemah suaranya.
"But why? I thought you love me?", tanya Adam.
Tania menangis kembali. Memang dia sayangkan Adam. Tetapi keadaan dia ketika ini yang memaksa dia menolak Adam.
"I tak sempurna. I used to carry your baby. Once. I can't do the same in future. I don't have..."
Kata-kata Tania terhenti apabila jari Adam singgah di bibirnya, meminta Tania tidak meneruskan kata. Adam sudah tahu tentang itu. Dr. Suzanne sudah terangkan semuanya kepada Adam dan Alex.
"I don't care, Nia. All I want is you. Please, Nia. Let me take care of you", rayu Adam. Tangannya mengusap lembut pipi Tania. Airmata Tania diseka perlahan dengan jemarinya.
Adam rindukan wajah ini. Wajah yang selalu masuk dalam mimpinya, yang melekat di dalam fikirannya.
Jemarinya mula menyentuh lembut bibir kering Tania. Diusap lembut, asyik. Bibir ini pernah membuatkan dia gila untuk mengucupnya. Tapi kini bibir ini pucat. Adam ingin kembalikan kemerahan bibir ini.
"Adam...", bisik Tania perlahan. Dia asyik dengan usapan lembut jemari Adam.
"I love you, Nia", bisik Adam perlahan.
Mukanya semakin rapat dengan muka Tania. Tania sudah pejam mata. Dia mula rasakan bibir Adam menyentuh bibirnya yang merekah kering. Tania hela nafas panjang. Sudah lama dia tidak rasakan nikmatnya kucupan bibir Adam.
Bibir mereka terlerai selepas habis basah bibir Tania dibasahi air liur Adam. Masing-masing tercungap mencari nafas. Dahi mereka bertemu, nafas menjadi satu.
Adam pejam mata lalu menghadiahkan satu kucupan hangat di dahi Tania. Tania turut pejam mata menikmati kucupan hangat itu.
Lama bibir Adam bertemu dengan dahi Tania. Tania lantas memeluk erat badan Adam.
"I love you too, Adam", bisik Tania perlahan namun Adam dengar. Adam pejam mata dan membalas pelukan Tania. Dirangkul erat tubuh kecil Tania.
Adam tersenyum bahagia. Akhirnya, dia sendiri dapat dengar Tania ucapkan kata sayang itu.
Share this novel