| Bab 02

Romance Series 31808

"Where have you been last night? You tinggalkan client macam tu je? He won't pay, you know", bebel Alex. Tania buat muka selamba sambil menghirup kopi dalam cawan. "Nia! You dengar tak I cakap ni?", tanya Alex lalu diraihnya lengan Tania lembut.

Tania merengus kasar. Fikirannya masih memikirkan kisah malam tadi bersama Adam, Alex sibuk membebel tentang pelanggan tua yang dia tinggalkan di bilik hotel sebelum ke pub.

"You potonglah komisen I. Bosanlah, Alex. Next time bagilah client muda. Ni dah tua, nak henjut pun tak larat", balas Tania selamba. Alex menggeleng mendengarnya. Kenal sangat dia dengan gadis ini, bukan makan saman.

"You know we cannot choose client, right?", tanya Alex. Dia mahu memastikan Tania faham dengan cara kerjanya. Tania mencebik dan angguk acuh tak acuh.

"Yes, I know. Boleh tak next time, if client want sex, I don't wanna do that. It's not a satisfaction for me anymore. You give them to Anna, Helena or Stephanie. They're not choosy like me", rungut Tania.

Alex pandang gadis ini tajam. Pasti ada sesuatu yang bermain di benak fikiran gadis ini. Sepuluh tahun Tania bekerja untuknya, belum pernah sekali dia merungut begitu. Selama ini, segala pelanggan dia layan sebaiknya. Tiada kompromi.

"Tell me, where did you go from 1am to 6am?", tanya Alex ingin tahu. Tania tersenyum, teringat kisahnya bersama Adam. Lima jam yang penuh dengan aksi berahi sehingga Tania kepenatan dan Adam masih lena tidur ketika dia meninggalkan bilik hotel.

"I was with a man. Young man. Good looking and have a great body", terang Tania sambil membayangkan perwatakan Adam. Sehingga detik ini dia masih tidak boleh lupa kehangatan dan keghairahan hubungan mereka.

"What?! You know you cannot do that when you have a client. You had sex with him?", tanya Alex lagi. Itu polisi kerja call girl dibawah jagaannya. Tidak dibenarkan mempunyai dua pelanggan dalam satu masa terutamanya jika pelanggang mahukan khidmat seks.

Tania angguk, menjawab soalan Alex tadi. Alex merengus kasar.
"Did he pay you?", tanya Alex lagi. Tania menggeleng pula. "Nia.. what have you done? Kalau boss tahu ni, mati you. I pun mati sekali", lemah ucapan kata Alex. Tania pandang Alex, raut wajahnya sudah bertukar sayu. Tania berdecit.

"Boss tak akan tahu kalau you tak bagitau. Lagipun malam tadi I tak boleh tidur. The client know why", kata Tania, cuba memujuk Alex. Tania sedar, Alex sudah banyak menutup segala kesalahan dia. Alex alih pandangan, memandang tepat wajah Tania dengan dahi berkerut.

"You still having that bad dream?", tanya Alex. Tania angguk. Sejak akhir-akhir ini dia selalu saja bermimpi tentang Paksu. Lelaki yang menghantui hidupnya dari kecil.

"It happens when I had sex with client. I don't know why but it's kinda weird", balas Tania. Alex tahu semua tentangnya. Sejak dia dijual Paksu kepada boss sepuluh tahun lalu, dia diletakkan di bawah pengawasan Alex. Mujur Alex hanya menguruskan bisnes escort girl, berbanding Robin yang menguruskan GRO. Alex yang banyak membantunya, mengajar dia cara melayani pelanggan dan memberi perlindungan kepadanya setiap kali dikasari pelanggan.

"So please, Alex. Next time if client wants sex, pass them to other girls", kata Tania. Alex hanya terdiam. Tania escort girl paling lama bersamanya. Dia dianggap seperti lejen untuk semua escort girl baru. Dia selalu dijadikan contoh untuk orang baru.
"I'll try but I can't promise", balas Alex.

Tania bangun dari kerusi di meja makan lalu diciumnya pipi Alex.
"Thanks, Alex. I know I can count on you", kata Tania. "By the way, I nak rehat. You know your way out", sambungnya. Tania terus berlalu ke satu-satunya bilik tidur yang berada di dalam kondo mewahnya di Jalan Ampang ini. Kondo yang dibeli dengan duit simpanan hasil daripada kerja yang sudah dilakukan selama sepuluh tahun ini.

Duit haram! Itu kata orang. Tapi Tania tidak peduli. Itu saja sumber rezekinya ketika ini. Bukan dia merompak pun!

************

Adam hempaskan badan ke tilam empuk di bilik tidurnya dekat banglo mewah milik keluarganya di Cyberjaya. Mata dipejam rapat, dan jemarinya mengurut kepala yang berdenyut-denyut sakit. Keluhan berat dilepaskan.

Fuck! Kenapa aku teringatkan dia ni?!

Cepat-cepat Adam buka mata apabila bayangan tubuh badan Tania muncul difikirannya. Adam menggeleng kepala beberapa kali. Dia tidak tahu kenapa sejak dia berjumpa Tania sebulan lalu, gadis itu selalu muncul dalam fikirannya. Lebih-lebih lagi jika fikirannya tengah berserabut. Tania juga salah seorang one night standnya, yang dia jumpa secara rawak di pub bulan lalu. Tapi entah kenapa bayangan gadis itu tidak luput dari ingatannya seperti gadis-gadis one night stand yang lain.

Ketika bersama girlfriendnya juga, dia membayangkan Tania. Betapa kuatnya aura gadis ini yang telah memberikan dia kepuasan yang maksimum. Mungkin kerana itu. Ya, Adam pasti! Tania lebih hebat di ranjang berbanding girlfriendnya, Sara meskipun dua tahun ini, tubuh Sara yang menjadi dambaannya.

iPhone yang dicampak sebelahnya tadi diambil lalu mendial nombor seseorang. Dia perlukan distraction supaya tidak terlalu memikirkan Tania dan masalah yang dihadapinya ketika ini.

"Yes, bro. What's up?", sambut suara di talian sebelah sana.
"Mike, jom lepak minum. Aku stresslah", balas Adam.
"Sure. Mana?", laju saja Mike bertanya. Bab lepak minum, dia suka.
"Usual place. At 8", ringkas Adam membalas.
Mike menjawab pula, "Okay, bro. See ya"

Adam segera bangun dan menuruni tangga menuju ke tingkat bawah.
"Nak pergi mana tu? Maghrib ni". Soalan itu mematikan langkah Adam yang mahu keluar. Dengusan kasar dilepaskan lalu berpaling melihat papa dan adik lelakinya yang lengkap memakai baju melayu dan kain pelikat serta bersongkok.
"Nak pergi berjemaah dekat masjid wilayah", selamba jawapan Adam dan terus berlalu keluar.

"Yelah tu. Jemaah dekat kelab mana malam ni?", sinis soalan adiknya, Mukriz. Adam dengar itu namun dia tidak mahu ambil kisah. Hipokrit! Mukriz sama saja sepertinya tapi kalau depan papa, pijak semut pun tak mati. Macam Adam tidak tahu Mukriz selalu ke kelab malam, mabuk dan melanggan perempuan. Sekurang-kurangnya Adam tidak pernah melanggan. One night standnya hanyalah wanita-wanita kesunyian yang dia jumpa di pub. Dengan daya memikat dan rupa yang dia ada, senang saja wanita-wanita itu tersungkur dalam dakapannya.

Tan Sri Mikael menggeleng melihat kerenah dua orang anak lelakinya ini. Kedua-duanya memang tidak pernah sebulu dan keras kepala. Setiap kali bertemu, ada jaga benda yang nak digaduhkan.

"Sudahlah tu, Riz. Let him be", kata Tan Sri Mikael. Mukriz merengus perlahan. Papa selalu saja menangkan Adam sedangkan selama ini dia yang bersungguh-sungguh mengambil hati orang tua ini.

"Orang macam tu yang papa nak untuk handle your company? Dia mana tahu tanggungjawab. Riz takut tak sampai sebulan dia take over Altech Holdings, dah lingkup", sinis kata-kata yang keluar dari mulut Mukriz. Tan Sri Mikael tarik nafas dalam. Terasa sesak dadanya mendengar kata-kata itu.

"Riz, mind your words. Papa bina Altech bukan untuk dilingkupkan. I have plans for all of you. Alana tak terkecuali. Cuma papa tahu, papa perlu ubah Adam dulu", tegur Tan Sri Mikael. Mukriz diam dan kembali fokus dengan pemanduannya menuju ke masjid.

Dalam hati dia menyumpah seranah Adam yang dianggap hanya sebagai penghalang untuk dia terajui Altech Holdings. Sejak tamat pengajian, Mukriz terus bekerja dengan Altech Holdings manakala Adam pula sudah lari ke Australia, membuka syarikat digital marketingnya sendiri di sana.

Altech hak aku, Adam! Aku tak akan benarkan kau dapat walau sebesar zarah pun bahagian dalam Altech Holdings.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience