| Bab 07

Romance Series 31808

"CEO Altech Holdings dikejarkan ke hospital lewat malam tadi akibat sesak nafas. Keadaannya kini dilaporkan stabil."

Tania terkejut membaca berita itu. Altech Holdings, milik Tan Sri Mikael. Bapa Adam Hafrez yang sudah sebulan pergi meninggalkan Malaysia dan sehingga kini masih tidak menghubunginya.

"Did he knew about this?", gumam Tania. Dia tahu hubungan Adam dan Tan Sri Mikael tidak begitu baik walaupun Tania rasa lelaki berusia lewat 60-an itu seorang yang baik hati dan peramah. Hanya bertemu dengan lelaki itu sekali, tapi Tania dapat rasakan kemesraannya. "Ahh, mesti family dia dah bagitahu. Kenapa aku nak sibuk pasal dia?", sambung Tania lagi. Bermonolog sendiri.

Sudah sebulan namun Tania masih tidak dapat melupakan Adam. Bukan kerana kehebatannya di ranjang tetapi kerana perubahan sikap Adam seminggu sebelum lelaki itu pulang ke Melbourne. Mungkin juga kerana sikap prihatin Adam terhadap mimpi buruknya.

"Cik Tania Abdullah!"

Tania segera angkat muka apabila namanya dipanggil. Jururawat sudah sedia berdiri di luar bilik doktor. Tersenyum manis melihat Tania berjalan menuju ke arahnya.

"Thanks, Nita", ucap Tania pada jururawat itu. Langkah kaki deras menuju ke meja doktor. Doktor yang sedang menaip sesuatu di komputer ribanya terus angkat muka memandang Tania apabila disapa gadis itu.

"Tania, have a seat. How are you today?", tanya Dr. Suzanne. Tania mengukir senyum manis. Dia senang dengan doktor ini, doktor yang merawatnya dari dulu lagi. Sudah hampir 5 tahun dia menggunakan khidmat doktor ini.
"Not really fine, doc. Sebab tu I datang", balas Tania.

Wajah Dr. Suzanne berkerut. Sepanjang gadis ini menjadi pesakitnya, jarang sekali Tania datang selain untuk regular medical check-up dan untuk mengambil suntikan perancang kehamilan. Dia tahu tentang kerja Tania dan dia amat ambil berat tentang gadis ini. Dia takut kalau-kalau Tania menghidapi sebarang penyakit kelamin. Namun gadis ini pandai menjaga diri dan kebersihan dirinya. Sepanjang tempoh ini, belum pernah lagi Tania disyaki menghidap sebarang penyakit kelamin.

"Is that because I skipped my injection?", tanya Tania sebelum sempat Dr. Suzanne bertanyakan sesuatu. Tania sedar dia tidak ambil suntikan mencegah kehamilan itu tiga bulan lalu.

"Hurmm.. we don't know yet. You jarang sakit, sebab tu I pelik you datang hari ni. By the way, I need to ask this. Did you have sex within these few months?", tanya Dr. Suzanne terus.

Tania terdiam. Kali terakhir dia bersama Adam, tanpa sebarang perlindungan dan Tania tidak pernah menghalang Adam menyemai benih di dalam rahimnya. Setiap kali mereka melakukan seks, sudah tentu Adam membuang air maninya di dalam vagina Tania.

'Tak mungkin aku mengandung!', bisik Tania dalam hati.

"Tania?"
"Yes. I did"

Cepat Tania menjawab. Dr. Suzanne lepas keluh perlahan. Banyak lagi yang mahu dia tanya sebelum dia memastikan Tania mengandung.

Mungkin! Dia sendiri belum pasti. Dia membuka rekod perubatan Tania. Suntikan cegah kehamilan itu sepatutnya diambil tiga bulan lalu. Ada kemungkinan Tania mengandung jika dia melakukan hubungan seks dalam masa tiga bulan ini.

"Okay. In these few months you ada datang period?"

Tania angguk dan menjawab, "Ya. Bulan lepas I period. Bulan ni belum lagi".

Dr. Suzanne terdiam. Masih memikirkan cara. Dia pandang wajah mulus Tania. Wajahnya nampak tenang, mungkin dibuat-buat untuk menutup rasa gugup atau mungkin juga kerana kurang sihat.

"Kita buat UPT dulu, boleh? Just to make sure", kata Dr. Suzanne. Perkataan itu sedikit menggentarkan Tania. Urine pregnancy test, UPT. Macam mana jika keputusannya positif? Sudah tentu anak dalam perutnya ini anak Adam. Satu-satunya lelaki yang menabur benih dalam rahimnya.

Dan kalau betul, macam mana dia mahu membawa bayi ini? Sudah tentu Alex akan marah dengannya nanti. Itu Alex, bagaimana pula dengan taukey?

Gulp!

Tania rasa tersepit. Ketakutan menyelubungi dirinya tiba-tiba.

"Is it okay with you, Nia?". Soalan itu menyentakkan Tania dari terus berfikir jauh. Dipandangnya wajah doktor yang menanti jawapan darinya. Tania angguk perlahan, antara mahu dan tidak mahu. Tapi dia juga mahu tahu keputusannya.

Jururawat menyerahkan satu botol kecil kepada Tania untuk diisi dengan air kencingnya. Perlahan Tania melangkah keluar dari bilik doktor menuju ke tandas.

"Nanti cik letak dekat kaunter makmal ya dan tunggu dekat luar sampai saya panggil semula", pesan Maya, jururawat Dr. Suzanne. Tania angguk tanda faham.

*

Setengah jam menanti dia rasakan seperti setengah hari. Dadanya masih berdebar menanti keputusan itu. Sudah banyak kali rasa mahu ke tandas, membuang segala sisa toksik dari badannya. Suhu badan yang tadi dirasakan tidak begitu panas, menjadi semakin panas tiba-tiba. Untuk kali ke empat, Tania ke tandas lagi.

"Auchh!", adu Tania apabila badannya dirempuh seorang lelaki. Terasa anjalan dari perlanggaran itu. Agak pejal badan lelaki yang melanggarnya. Tania menoleh, memandang ke arah lelaki itu.

"Riz!"
"Tania"

Serentak! Masing-masing terkejut, mungkin akibat perlanggaran tadi. Mukriz kemudian tersenyum sinis. Lama dia tidak berjumpa gadis ini, teman wanita Adam. Kali terakhir mereka bertemu sebulan lalu, di Pavillion. Itu pun sebab secara kebetulan dia terserempak dengan Tania dan Adam.

"You buat apa dekat sini?", tanya Mukriz.
"Err.. annual medical check up", balas Tania sedikit tergagap. Mukriz masih lagi dengan senyum sinisnya. Dia menyampah melihat gadis ini. Gadis yang membuatkan Tan Sri Mikael masih berusaha memujuk Adam untuk kembali ke Malaysia, menguruskan Altech Holdings.

"I heard about Tan Sri. Is he okay now?", tanya Tania mengubah topik perbualan. Dia tidak mahu Mukriz bertanya lagi tentang keberadaannya di hospital ketika ini. Dalam hati dia berdoa supaya namanya tidak dipanggil doktor ketika ini.

"Yes. He's fine now. Adam dah tahu pasal ni?", tanya Mukriz. Tania diam, cuba memikirkan jawapan yang paling selamat. Takut juga dia jika Mukriz sengaja ingin menduga.

"I thought your family already informed him? He didn't tell me anything. I heard about Tan Sri from the news", balas Tania berhati-hati. Hilang senyuman sinis Mukriz tadi. Dia sengaja menduga, mahu melihat reaksi gadis ini.

"Dia dah tahu, tapi you tahu kan boyfriend you macam mana? Dia tak akan balik selagi papa tak tutup mata", sinis tutur kata Mukriz.
"You pun tahu dia ada bisnes sendiri untuk diuruskan. Dan you pun mesti tahu kalau tinggalkan kerja for a long time, there are so many things to do", balas Tania menyindir. Dia pula terasa sakit hati dengan sikap Mukriz. Tania mungkin tidak tahu hal sebenar yang berlaku dalam keluarga Adam tapi melihatkan sikap Mukriz sebelum ini, dia tahu lelaki ini tidak sukakan Adam.

Atas sebab apa? Tania sendiri tidak mahu ambil tahu.

"I got to go. I belum settle jumpa doktor lagi ni. Bye Riz. Kirim salam dekat Tan Sri. I hope he will get well soon". Tania malas untuk memanjangkan lagi perbualannya dengan Mukriz. Dia mahu segera berlalu pergi. Urusannya dengan Dr. Suzanne masih lagi belum selesai. Dia tidak mahu serabutkan kepalanya dengan masalah keluarga Tan Sri Mikael.

***

"Nia, I ada benda nak cakap dengan you". Alex memulakan bicara. Tania yang dari tadi ralit menonton TV terus mengalihkan pandangan matanya kepada lelaki yang duduk di sebelah kanannya ini.

"Apa dia?"

Alex diam seketika. Mencari ayat yang sesuai untuk dia khabarkan berita ini. Sudah lama dia mahu beritahu Tania tapi dia tidak mahu fikiran gadis ini terganggu.

"Alex, tell me. What is it?"

Tania kurang sabar. Ditanya sekali lagi. Tania tahu perubahan itu. Sejak kebelakangan ini Alex bersikap pelik dimatanya. Setiap kali Tania bertemu pelanggan, Alex mahu menemani sehingga dia bertemu pelanggan itu. Namun Tania tidak pernah ambil peduli dengan kepelikan sikap Alex itu. Mungkin juga Alex hanya mahu berjaga-jaga.

"Fuad..."

Jantung Tania berdegup kencang sewaktu mendengar nama itu disebut. Sudah lama dia tidak mendengar nama itu. Namun wajah lelaki itu sering saja masuk dalam mimpinya setiap malam. Tania membetulkan duduk, betul-betul mengadap Alex.

"Kenapa dengan dia?", tanya Tania dalam suara yang bergetar. Mendengar nama itu saja dia sudah takut.
"He's here. In KL", jawab Alex perlahan. Tania terkedu. Degup jantungnya seolah terhenti seketika. Dia mahu pengsan. "Dia datang jumpa I last month. Dia cari you, Nia", sambung Alex lagi.

Tania masih membisu dan membatu. Dia takut dengan Fuad. Segala perbuatan keji terhadapnya berlumba-lumba menerjah masuk ke dalam fikirannya. Tidak semena kelopak mata Tania mula digenangi air. Bibirnya mula bergetar menahan sendu tangis dan perasaan takut. Dia masih lagi trauma dengan kejadian lalu.

"Kenapa you tak bagitau I, Alex? Dia tahu I tinggal dekat sini?", tanya Tania. Suaranya masih bergetar. Badannya sudah menggigil. Alex pegang tangan Tania kejap. Dia tahu gadis ini dalam ketakutan.

"No, Nia. Dia tak tahu. Sebab tu I nak bagitau. I tahu dia akan usaha cari you. At the moment, you tak payah kerja. I dah stop all booking for you. I nak you keluar dari KL buat sementara waktu", cadang Alex.

Keluar dari Kuala Lumpur? Tapi dia mahu ke mana? Alex sudah tutup booking untuk dia, tapi bagaimana kalau Adam pulang ke Malaysia dan mencarinya? Tan Sri Mikael masih di hospital, tak mungkin Adam tidak pulang ke Malaysia langsung.

'Kenapa aku asyik fikirkan Adam ni? Dia tak pernah kisah pun pasal aku. Apa yang dah jadi dekat aku pun dia tak tahu', marah Tania dalam hati. Sudah dua minggu Tan Sri Mikael dimasukkan ke hospital, namun Adam masih juga tidak muncul.

"Nia, you dengar tak I cakap ni?", tanya Alex apabila melihat Tania hanya termenung. Tania tersentak dan dia angguk perlahan.

"I tak tahu nak pergi mana", jawabnya.
Alex menjawab, "Pergi mana-mana. Out of country lagi bagus. Bagi I masa untuk cari Fuad"

Otak Tania ligat berfikir. Lama. Kemudian dia mengukir senyum. Satu tempat yang terlintas di fikirannya ketika ini.

Satu tempat di mana dia berpeluang untuk bertemu Adam. Dia mesti cari lelaki itu. Tania mahu khabarkan sesuatu kepadanya.

Dan sudah tentunya Tania akan memilih untuk pergi ke Melbourne!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience