| 23

Romance Series 31808

Tania merebahkan badan di atas katil. Badan terasa letih tapi matanya masih belum mengantuk. Jam pada skrin telefon diperhatikan. Baru jam 9 malam. Memang terasa bosan. Tiada TV mahu pun hiburan lain.

Adam di luar sedang sibuk dengan laptop dan kerjanya. Siang tadi mereka ke pekan untuk mencari beberapa barang keperluan. Sempat juga Adam memeriksa email kerjanya. Mujur juga dia bawa bersama laptop untuk memudahkan kerja. Segala kerja yang perlu dia lakukan dimuat turun dari email dan disimpan di dalam laptop. Dan sejak selesai makan malam tadi, itulah kerjanya. Mengadap laptop.

Tania tidak mahu ganggu. Dia sudah faham betapa komitednya lelaki itu terhadap kerjanya. Adam berada di sini dengannya saja dia sudah cukup bersyukur. Jadi biarlah Adam buat kerjanya tanpa sebarang gangguan.

"Aduh! Menyesal betul tak download movie sebelum balik dari pekan tadi. Kalau tak boleh juga buat hilang boring ni", omel Tania. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan. Segala aplikasi di telefonnya dibuka satu persatu namun tiada satu pun yang menarik perhatian Tania. Nak main game pun tak ada mood. Telefon dicampak ke tepi. Lengan kanan diletak atas dahi. Dia termenung memandang siling bilik yang semakin pudar warna putihnya.

"Sayang.."

Suara itu mematikan lamunan Tania. Dia angkat kepala sedikit memandang ke arah suara itu. Adam berdiri di ambang pintu dengan senyuman di bibir.

"Yes? You want anything?", tanya Tania. Adam angguk laju. "Nak apa?", tanya Tania lagi.
"Can you make me a cup of coffee? Or anything? I need to stay up. There's a lot of paperworks need to be done tonight", pinta Adam dengan nada manja. Tania ketawa kecil mendengar permintaan itu. Kalau nakkan sesuatu, bukan main manja lagi suaranya.

"Okay, sure! Anything for you", balas Tania lantas turun dari katil. Saat melepasi Adam di muka pintu, sempat juga lelaki itu menampar lembut bontot Tania.
"Thank you, sayang. I'll treat you later, okay?", ucap Adam. Tania hanya angguk dan berlalu ke dapur.

Adam memandang ke luar rumah dari ambang pintu rumah. Malam yang gelap tanpa diterangi cahaya bulan, bunyi cengkerik yang kuat cukup menggambarkan kampung ini sunyi di waktu malam. Rumah penduduk kampung di kiri dan kanan juga sudah malap. Mungkin sudah tidur.

Adam kerling jam di pergelangan tangan. Lah, baru pukul 9 malam tapi sunyinya macam dah pukul 2 pagi. Sejuk tiupan angin malam ini membuatkan Adam mahu tutup pintu rumah yang dari tadi dibiarkan terbuka.

'Mesti bosan malam-malam macam ni kalau tak ada apa nak buat'. Bicara Adam dalam hati. Daun pintu ditolak lalu ditutup rapat. Selak atas dan bawah pintu dikunci rapi. Adam tersenyum sendiri.

'Patutlah mostly orang kampung ramai anak, malam tak tahu apa nak buat, buat anak je lah kerjanya', bisik hati nakal Adam. Adam menggeleng beberapa kali untuk menghilangkan fikiran nakalnya itu.

"Oh shit! Fuck!". Carut Adam apabila dia berpaling dari pintu. Badannya tersandar pada pintu sambil tangan mengurut dada. Tania berdiri tegak di depannya dengan rambut yang kusut masai.

"Nia! Don't do that again. Damn! Nasib baik jantung I kuat. Kalau tak, I dah pengsan dekat sini", rungut Adam. Terkejut dengan susuk tubuh yang hanya memakai singlet dan seluar pendek paras peha serta rambut kusut masai berdiri di belakangnya tadi.

Tania ketawa terbahak-bahak. Sudah lama dia berdiri belakang Adam tadi sebenarnya. Sewaktu dia naik dari dapur tadi, Tania nampak Adam mengintai ke luar rumah. Mula timbul idea nakalnya untuk menyakat Adam. Rambut dikusutkan lalu dia berdiri tegak di belakang Adam, merenung tepat ke arah lelaki itu.

"Tahu takut. Ingatkan berani sangat", perli Tania. Adam ketap gigi geram. Mengecil matanya merenung wanita di depannya ini.

"Memang nak kena ni. Sini you!". Adam segera menerpa ke arah Tania. Tania lari apabila Adam ingin menerpanya. Menjerit Tania apabila tangan Adam hampir menyentuh lengannya. Tania berlari menuruni anak tangga ke dapur. Berlari pula mengelilingi meja makan.

"Mana you nak lari, sayang? I akan dapat you jugak. Surrender yourself, baby", kata Adam. Tania jelir lidah. Tidak akan sekali dia menyerah diri. Sambil melarikan diri dari Adam, Tania tidak henti-henti ketawa. Suka dia dapat menyakat Adam kali ini.

Langkah Adam terhenti di seberang meja. Dia tertunduk dengan tangan memegang lutut kiri dan kanam. Kemudian bangun dan angkat kedua belah tangan paras bahu, tanda menyerah. Penat kejar Tania.

"Okay, okay. I surrender. I dah penat. Tak nak main kejar-kejar dah", kata Adam sambil berjalan perlahan menuju ke sinki yang berada di belakang Tania. Tania masih ketawa. Suka kerana kali ini dia menang. Tania masih berdiri berdekatan sinki tanpa menyedari Adam semakin menghampirinya. Adam tersenyum nakal lantas merangkul badan Tania dari belakang.

"Gotcha!". Kata Adam dalam tawa. Tania terkejut dan menjerit. Belakang leher Tania digomol geram. Ciuman demi ciuman diberikan di cuping telinga, leher dan bahu Tania.

"Main tipu!", kata Tania geram. Adam tidak menghiraukan kata Tania tadi. Laju bibirnya merayau ke segenap pelusuk leher Tania. Habis basah leher Tania dengan air liurnya. Badan Tania dipalingkan mengadapnya namun pelukan tadi masih tidak dilepaskan.

"Tak kisahlah you nak cakap I main tipu. I don't care. Yang penting I dapat you", balas Adam sambil kenyit mata. Tania merangkul leher Adam lalu mengukir senyum. Bibirnya terus meraut bibir Adam penuh ghairah. Dia mahukan lelaki ini, malam ini. Percubaan terakhir untuk buat Adam layu dalam godaannya.

Adam menggenggam punggung Tania dan diramas lembut. Tautan di bibir masih belum dilepaskan. Berlawan lidah dan bertukar air liur dengan penuh ghairah.

"Ermmm...emmm..shhhh". Adam mendesah nikmat dengan kucupan penuh berahi Tania. Rangkulan di leher Adam tidak dilepaskan Tania. Perlahan-lahan Adam mula mengatur langkah ke bilik.

Badan Tania dilempar perlahan ke atas katil. Tautan di bibir terlerai. Masing-masing tercungap mencari nafas yang hilang. Adam tatap wajah mulus Tania. Wajah yang penuh berahi ketika ini.

"Fuck me, Adam", bisik Tania. Bibirnya mula mencari bibir lelaki yang berada di atas badannya ini. Tania sudah tidak tahan lagi, malam ini dia mahu dipuaskan. Namun Adam tiba-tiba mengelak dari bibir Tania menyentuh bibirnya. Adam segera bangun membuatkan Tania tertanya-tanya.

"I'm sorry, Nia. I ada banyak kerja nak buat. You tidur dulu, okay?". Tania terkedu. Sekali lagi Adam menolaknya untuk lakukan hubungan seks. Satu kucupan singgah di dahi Tania dan Adam terus berlalu meninggalkan bilik tidur.

************

Adam menggeliat membetulkan pinggang dan belakangnya yang sakit. Kertas kerjanya masih juga belum siap dari tadi. Dia kerling jam di skrin laptop. Sudah menginjak ke jam 3 pagi. Adam membetulkan pula urat lehernya. Sakit tengkuk dari tadi mengadap laptop. Badan disandar pada kerusi dan mata dipejam seketika. Mata perlu direhatkan seketika sebelum menyambung kembali kerjanya. Nampaknya dia perlu pulang ke Melbourne segera untuk menguruskan segala kerja yang tertangguh.

Tania terpisat-pisat bangun dari lena. Dia menggosok mata yang masih mengantuk. Lampu bilik sudah malap. Tania tidak sedar dia terlena selepas ajakannya ditolak Adam. Sudah tentu Adam yang tutup lampu kalimantang dan digantikan dengan lampu tidur yang malap ini.

Tania kerling di sebelah. Kosong. Bermakna Adam masih di luar membuat kerja atau mungkin lelaki itu tidur di luar. Tania lepas keluhan berat. Dia masih tertanya-tanya dengan perubahan sikap Adam. Tidak pernah sebelum ini Adam menolak godaannya mentah-mentah. Lelaki itu selalu saja ghairah dan berahi dengan godaannya.

Cahaya lampu di luar yang masih terang jelas kelihatan dari pintu bilik yang tidak ditutup rapat. Tania turun dari katil. Ingin melihat jikalau Adam sudah tidur. Perlahan dia menguak pintu bilik supaya lebih luas. Terlihat susuk tubuh Adam yang bersandar pada kerusi rotan beralas kusyen nipis di ruang tamu dengan mata terpejam dan tangan mengurut kepala.

'Dia tak tidur lagi', bisik Tania perlahan. Dia memberanikan diri keluar dan mendekati Adam. Adam buka mata saat terasa sesuatu mendekatinya. Tania duduk bersimpuh di bawah, dekat dengan Adam.

"I owe you something right?", tanya Tania memecah kesunyian 3 pagi itu. Dahi Adam berkerut, tidak faham dengan maksud kata Tania. "The untold story", kata Tania apabila melihat wajah penuh persoalan Adam.

Adam membetulkan duduk. Sememangnya dia sendiri sudah lupa akan cerita itu. Dia sendiri lupa tujuan asal mereka ke mari. Dan yangp peliknya Tania tidak meracau malam ini.

"You didn't owe me anything, Nia. It's okay if you want to keep it to yourself", balas Adam. Matanya kembali tertumpu pada skrin laptop.

"Then why you acting strange? You're avoiding me, Adam", luah Tania. Adam mengeluh. Tidak terlintas di fikirannya untuk menolak setiap ajakan Tania. Apatah lagi menepis godaan wanita ini. Adam takut dia akan menyakiti Tania. Tiga bulan belum cukup untuk Tania pulih sepenuhnya walaupun doktor sendiri sudah sahkan tiada halangan untuk sebarang hubungan seks.

"Atau you memang dah tak nak I lagi?". Tania serkap jarang. Hatinya memberontak ingin tahu sebab Adam selalu menolaknya

"Nia. Kenapa cakap macam tu? I just.."
Belum sempat Adam meneruskan kata, Tania sudah potong.

"You just what? You dah tak ada selera tengok I? Oh ye lah, I kan dah tak sempurna. Mesti you takut I tak boleh puaskan you macam dulu lagi kan?". Tania mula bermain teka-teki.

"Nia, I tak.."

"Now I get it. You buat semua ni sebab terpaksa. Sebab you rasa bersalah dengan I kan? You bawa I balik sini sebab you nak I face the fear so that lepas ni you tak payah jaga I lagi"

"Nia, stop it!"

Suara Adam mula sedikit keras. Dia tidak suka Tania buruk sangka begitu. Tania bangun dari duduknya tadi. Hatinya terasa sakit tiba-tiba. Inikah lelaki yang baru semalam berjanji tidak akan tinggalkan dia?

"Kenapa? Marah sebab I cakap macam tu? Marah sebab I dah tahu niat you? Kenapalah I ni bodoh sangat nak percaya lelaki macam you ni boleh jaga I, boleh sayang I. I am so stupid. I should realized nothing will change. I just your call girl, not more than that!"

"Tania!"

Tempikan suara Adam bergema ke seluruh rumah. Mungkin juga sayup kedengaran sehingga ke rumah jiran sebelah menyebelah. Keadaan menjadi seakan terhenti seketika. Adam dengan kening yang hampir bertemu dan mata tajamnya merenung Tania yang tergamam dengan kuatnya suara Adam tadi. Dadanya juga turun naik laju menahan marah.

Kelopak mata Tania mula menerbitkan titik-titik jernih. Pipinya mula membahang, bibirnya sudah bergetar. Tempikan itu, kali pertama dia mendengarnya. Suara yang penuh dengan amarah.

Wajah amarah Adam mula reda tatkala melihat wajah wanita di depannya ini sayu. Dia mula memarahi dirinya sendiri kerana tidak mampu mengawal perasaan marahnya tadi. Tania ada hak untuk berfikir begitu. Adam yang tidak berterus terang tentang rasa di hatinya, tentang kerisauannya.

"Nia, I'm sorry"

Tania tidak menghiraukan kata maaf Adam. Dia terus berjalan menuju ke biliknya kembali. Airmata yang semakin penuh di kelopak matanya mengalir laju. Tania kini sedar kedudukan sebenarnya di sisi Adam.

'I'm just a call girl. He bought me, now I'm his call girl. Not more than that. You should know where you stand, Nia. Kau tak layak pun untuk dia...', rintih hati Tania.

**********

Adam membetulkan belikatnya yang terasa sakit akibat tidur bersandar pada kerusi rotan malam tadi. Selepas pertengkaran kecil dengan Tania awal pagi tadi, dia hanya membiarkan Tania masuk ke bilik tanpa dipujuk. Adam sendiri sudah masak dengan perangai Tania. Bukan mudah nak makan pujuk rayu. Adam ketuk perlahan kepalanya beberapa kali.

"Kau pun buat hal lah, Adam. Dia tengah horny kot semalam, kau boleh buat dia turn off macam tu je!", rungut Adam perlahan. Sejujurnya malam tadi, batangnya juga sudah mengeras tapi dia yang tidak mahu mengikut nafsu.
"Bodohlah kalau dengan Nia aku tak bernafsu. She's the best kot!", omel Adam lagi.

Keadaan rumah sunyi. Tiada langsung kelibat Tania atau bunyi yang menunjukkan Tania di dapur. Adam bingkas bangun, risau pula jika Tania merajuk teruk.

Pintu bilik yang tidak tertutup rapat dikuak perlahan. Kosong! Katil sudah kemas. Barangan Tania di atas meja solek juga sudah tiada. Adam masuk ke dalam bilik mencari beg baju Tania. Juga tiada!

Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal. Otaknya ligat berfikir ke mana Tania menghilang. Dia buka tingkap bilik dan menjengah ke luar. Lega kerana keretanya masih ada di luar.

Adam keluar dan menuju ke dapur pula. Sunyi. Tiada tanda-tanda Tania berada di dapur. Dia memasang telinga mendengar arah bilik mandi. Juga senyap, tiada bunyi orang tengah mandi.

Matanya terpandang sesuatu atas meja, di bawah tudung saji. Adam membuka tudung saji itu. Ada bihun goreng dan teh. Dia mengukir senyum. Adam tahu Tania yang masak bihun itu. Dua hari mereka di kampung ini, makan minum semua disediakan Tania.

Tapi... you pergi mana sayang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience