"Aku nak tebus Nia", kata Adam kepada Alex. Beberapa hari ini fikirannya sarat memikirkan gadis itu. Meski pun Tania tidak mahu langsung berjumpa dengannya tapi Adam rasa dia perlu berbuat sesuatu.
"What? Kau serius ke ni?", tanya Alex inginkan kepastian. Adam angguk. Dia masih tidak tahu apa yang akan dia lakukan dengan Tania tapi dia tidak mahu gadis itu terus menjadi call girl. Dia mahu bebaskan Tania dari lembah penuh kehinaan ini.
"Aku nak jumpa taukey. Aku nak bincang dengan dia", kata Adam berani. Mike pernah cakap taukey seorang yang digeruni. Lebih tepat lagi seorang gangster. Taukey tidak akan lepaskan sesiapa pun yang menyakiti gadis-gadisnya. Sudah tentu Fuad juga sudah lumat dikerjakan orang-orang taukey.
"Kau tak takut nak jumpa taukey? Kau pun dah buat salah dengan Nia", duga Alex. Menyentuh gadis itu sehingga membuatkan dia mengandung sedangkan semasa Adam menggunakan khidmatnya, dia tidak boleh menyentuh Tania. Adam lepas keluh berat. Memang dia takut, tapi dia perlu berani.
"Salah aku sebab sayangkan Nia?", bidas Adam. Alex ketawa besar mendengar kata-kata Adam.
"Kalau kau sayangkan dia, kau takkan halau dia dari rumah kau hari tu. Kenapa kau tak percayakan dia? Kau pernah bagitau dia yang kau sayangkan dia? Jangan tipu aku, Adam. Nia mungkin tak pernah cerita dekat aku, tapi aku tahu semua", balas Alex.
Dia yang minta Tania ke luar negara, tapi bukan berseorangan. Alex hantar sekali mata-mata untuk perhatikan Tania. Semua dilaporkan kepadanya. Alex tahu setiap gerak geri Tania. Semua perkara tentang Tania ada dalam poketnya.
"Nia become vulnerable when it comes to you. Aku tak tahu apa kau dah buat dekat dia sampai dia langgar semua peraturan kerja dia. Aku tak tahu apa kau dah janji dengan dia tapi yang aku tahu kau dah sakitkan hati dia. Kau ingat aku nak biarkan kau sakitkan hati Nia lagi?"
Alex berhenti berkata seketika. Dadanya sakit menahan marah. Memang Tania juga bersalah dalam hal ini, tapi Alex lagi marah pada lelaki yang mengambil kesempatan ke atas Tania.
Gadis itu, sudah dia anggap seperti adiknya sendiri. Sakit pening Tania, Alex yang jaga. Kebajikan Tania sebagai call girl tidak pernah diabaikan. Alex sayang Tania bukan hanya kerana Tania berikan keuntungan padanya, tapi juga kerana dia anggap Tania seperti adik kandungnya sendiri.
"Kalau kau cakap pasal sayang, yang sayang tu sebenarnya Nia. Dia yang sayang kau, bukan kau yang sayangkan dia. Hanya dia yang tahu anak siapa dalam perut dia", sambung Alex lagi. Belum puas lagi dia mahu sekolahkan Adam.
Lelaki ini, nampak berpelajaran dan sudah tentu kaya. Tapi terperangkap dengan kisah seorang call girl seperti Tania.
"Aku tak kisahlah kau nak cakap apa, Alex. Kau boleh salahkan aku sebab aku halau Nia hari tu. Tapi aku memang nak tebus dia. Kau tolong arrange meeting aku dengan taukey", kata Adam. Dia sudah malas untuk mendengar bebelan Alex. Yang dia tahu sekarang, dia hanya mahu lepaskan Tania dari terus menjadi call girl.
"Okay. Tapi aku nak ingatkan kau, taukey bukan sebarangan orang. Kau kena hati-hati", pesan Alex. Dia sendiri gerun dengan bossnya, inikan pula orang luar seperti Adam. Kalau Adam berjaya tebus Tania dari taukey, Alex perlu akui Adam memang seorang yang berani.
*************
Ketukan di pintu berkali-kali hanya dibiarkan sepi. Tania tahu siapa yang berada di sebalik pintu sana. Sudah dua hari dia dibenarkan keluar hospital, Tania hanya berehat di rumah. Doktor nasihatkan dia tidak melakukan banyak pergerakan dan aktiviti kerana rahimnya yang tidak kuat ketika ini.
Tapi bukan itukah yang Tania mahu? Dia yang mahu gugurkan kandungan ini.
"Nia.. I know you're in there. Please open the door".
Sayup kedengaran suara di luar sana, merayu Tania supaya membuka pintu. Hati Tania masih sakit, dia masih trauma dengan kejadian seminggu lalu. Walaupun lelaki ini yang datang menjadi penyelamatnya, tapi dia tahu kenapa Adam datang tempoh hari. Bukan kerana lelaki itu rindukan dia, tetapi kerana marah pada Tania yang mendekati keluarganya.
"Nia, please. We need to talk. I am sorry, Nia. Let me fix this", rayu Adam lagi. Dia rasa bersalah. Ternyata dia memang salah anggap tentang gadis ini. Ternyata Tania bukan seperti Sara, yang menggunakannya untuk kepentingan peribadi.
"Nia, please. At least for once, let me explain"
Senyap. Tiada tanda Tania datang untuk membuka pintu. Namun Adam tidak mahu mengalah.
"I won't go anywhere, Nia. I akan tunggu sini sampai you buka pintu. Please, Nia", rayu Adam lagi.
Bibir Tania bergetar menahan sendu. Di sebalik pintu, dia dengar semua rayuan itu. Hatinya terusik, kedengaran ikhlas rayuan Adam.
Atau mungkin tidak?
Kata-kata Adam semasa di Melbourne masih terpahat di dalam ingatannya. Adam tidak pernah anggap dia istimewa. Tania sama saja seperti perempuan lain yang pernah Adam tiduri.
"I am sorry for what I've said. When I said you're exclusive, I really mean it Nia. I am sorry if I'm hurting you..."
"Go away, Adam. I taknak jumpa you. I benci you. Pergi!", balas Tania dalam sendu. "I ni cuma perempuan murahan, Adam. You tak payah jelaskan apa-apa dengan I. I dah biasa dibuang, dicampak bila orang dah tak suka. I kotor. Hina. Just go away. Leave me alone!"
Airmata Tania mencurah-curah membasahi pipi. Dia tidak kuat untuk hadapi lelaki ini. Dia pernah jatuh hati dengan Adam. Dia buka luas hatinya untuk Adam tetapi lelaki ini memilih untuk melukakan hati itu.
Adam masih tidak berputus asa. Dia masih mahu mencuba memujuk Tania. Mendengar suara gadis ini saja sudah cukup buat dia gembira. Tapi Adam tahu Tania terluka dengannya.
"I love you, Nia. I wanna be with you and our baby. Please, Nia. Open the door", rayu Adam lagi. Mudah dia tuturkan perkataan sayang itu. Entah kenapa, dia rasakan sesuatu. Lain. Satu perasaan yang lain.
Adakah Adam benar-benar cintakan Tania atau hanya atas dasar simpati?
Tania tersenyum sinis di sebalik pintu. Cinta? Adam yang pernah buang dia jauh kini katakan cinta padanya. Dan dengan mudah mahu bersama dia dan bayi dalam kandungannya ini?
Bermimpikah Tania?
"You and your love can go to hell, Adam. Jangan ganggu I lagi. Please! Go away!", tengking Tania. Dia sudah tidak mahu mendengar pujuk rayu lelaki ini. Ketika ini, semua itu tidak berguna bagi Tania. Hatinya begitu terluka. Dia kecewa dengan sikap Adam.
Keadaan menjadi sunyi. Tania lekapkan telinganya di pintu. Terdengar derapan tapak kaki yang semakin lama semakin menghilang. Tania menjadi sayu. Adam sudah pun berlalu pergi. Masih belum cukup usaha Adam untuk memujuknya.
Begitu cepat Adam mengalah!
*************
Tan Sri Mikael pegang dadanya yang sakit. Semakin sakit bagai dihempap batu yang berat. Nafasnya menjadi pendek.
"Uncle, uncle okay tak ni?", tanya Tania cemas. Sekejap tadi dia bertembung lagi dengan Tan Sri Mikael di hospital. Tania ke hospital untuk rawatan susulan tentang kandungannya manakala Tan Sri Mikael ke sini juga untuk mendapatkan rawatan.
Tangan Tania yang memegang lengannya ditepis kasar.
"Panggil aku Tan Sri! Jijik aku tengok kau", kata Tan Sri Mikael dalam payah menahan sakit dada.
Tania terpana. Sekelip mata Tan Sri Mikael yang dia anggap penuh dengan budi pekerti ini berubah sikap.
Jijik? Tapi kenapa? Apa salah Tania?
"Ya Allah. Abang!". Jeritan itu membuatkan Tania berpaling. Cemas wajah Puan Sri Melanie menghampiri Tania dan Tan Sri Mikael. Nampak saja susuk tubuh Tania di sisi suaminya, riak wajah Puan Sri Melanie terus berubah.
"Hey perempuan! Apa kau dah buat dekat suami aku ha? Kau nak bunuh dia ya?!", bentak Puan Sri Melanie. Berdegup kencang jantung Tania mendengar tempikan itu. Keadaan di ruangan itu menjadi seakan terhenti, semua mata memandang ke arahnya.
"Sa.. saya tak.."
"Dah, dah! Pergi! Aku tak nak tengok kau dekat dengan family aku lagi", cepat Puan Sri Melanie memotong kata-kata Tania lalu berlalu pergi menolak kerusi roda suaminya.
Tania pandang ke sekeliling, semua mata masih memerhatikannya. Terbit rasa sayu di hatinya.
"Jijik sangat ke aku ni?", gumam Tania. Dia tertanya-tanya tentang kesalahannya sehingga Tan Sri Mikael yang sebelum ini baik dengannya berkata begitu.
"Nia?"
Teguran itu membuatkan Tania cepat menyeka airmatanya. Dia malu dengan keadaan tadi. Nampak seolah-olah dia yang bersalah.
"Dah jumpa doktor?", tanya Alex. Tania menggeleng lalu menarik tangan Alex keluar dari ruangan menunggu di hospital itu.
"Jom balik. I jumpa doktor next time", kata Tania. Hilang terus moodnya pagi itu. Dalam kepala dia masih tertanya-tanya tentang kesilapannya.
Share this novel