SORAKAN kuat bergema di dalam dewan tertutup itu. Bunyi pukulan penyokong bercampur dengan jeritan semangat mereka serta-merta membuat jantung Elyas berdegup lebih laju dari biasa. Hari ini merupakan perlawanan terakhir bagi acara sepak takraw Piala Rektor. Wajahnya sudah berpeluh hebat sebelum dia menarik hujung baju dan mengelap wajahnya sendiri. Dan ya, sekali lagi jeritan histeria para gadis yang berada di tempat penyokong itu.
Dia berdiri tegak di bulatan dengan dengan jari-jemari yang mengepal kuat. Mata hazel itu tidak lepas dari memandang bola yang berada di tangan Uzzam. Ini merupakan set terakhir dan mereka perlu menang.
"Fokus, Yas," bisik Uzzam perlahan dengan muka yang tersenyum segaris.
Elyas langsung angguk laju. Dia diamanahkan sebagai tekong kepada pasukan takraw Hurricane Spiker. Jadi, dialah yang akan membuka langkah pertama.
Uzzam, si feeder, melambung bola rotan itu setinggi dada dengan penuh kawalan. Gerakannya tenang tapi penuh dengan kejituan seolah-olah bola itu sudah tahu ke mana arah tujunya selepas ini.
Dengan posisi bersedia, Elyas menghayun deras kaki kanannya mengenai bola rotan itu sehingga bunyi yang lantang mengisi ruang udara. Bola itu meluncur laju dalam keadaan mendatar yang hanya beberapa inci dari jaring sebelum jatuh ke gelanggang lawan.
Pemain lawan sempat mengangkat kaki tetapi bola itu terlampau deras. Dan akhirnya, mata pertama milik pasukan Hurricane Spiker.
"Nice serve!" jerit Nazim sebagai penyerang utama yang dikenali sebagai killer atau striker. Dia bergerak laju sambil mengangkat sebelah ibu jarinya ke arah Uzzam dan Elyas.
Perlawanan semakin sengit dan panas. Pihak lawan mula mengatur strategi untuk kembali menghentam pihak Hurricane Spiker. Kali ini servis mula berpihak pasukan lawan. Elyas menolak dalam pipinya dan cuba mengawal nafasnya yang semakin deras. Bajunya sudah lencun dengan peluh. Dia meraup rambutnya ke belakang dengan mata yang menatap tajam pada pasukan lawan.
Apabila bola dihantar deras ke gelanggang mereka, Uzzam lantas meluncur ke depan. Kaki kirinya naik pantas untuk menyambut. Dia cuba untuk tidak smash ke pihak lawan tetapi dia melontarkan bola itu naik tinggi ke udara ke arah belakang gelanggang sebagai umpan.
Nazim yang sudah bersedia dengan mata tajamnya menikam bola terus melompat tinggi seolah graviti tidak berpihak kepadanya. Dia berpusing di udara dan kaki diangkat setinggi bahu lalu roll spike dilepaskan dengan penuh tenaga.
BAM!
Bola itu menghentam lantai gelanggang lawan tanpa gerakannya sempat dibaca oleh mereka. Sorakan kembali memecahkan molekul-molekul di udara.
"WOAHHHH!" Penonton berdiri lalu menjerit nama mereka bertiga sehingga suara semakin serak.
Lawan mereka mula goyah. Smash demi smash Nazim membuatkan mereka kucar-kacir. Elyas pula kekal fokus dengan servis-servis tajamnya, sesekali menipu arah hantaran. Sesekali terdengar carutan daripada pihak lawan sehingga tergaris satu senyuman sinis di hujung bibir Elyas. Uzzam dengan tenang berada di tengah gelanggang dan menjadi otak pasukan. Dialah yang mengawal tempo permaianan dengan menghantar bola tinggi ketika perlu. Sekatan serangan dengan header tepat dan memberi ruang kepada Elyas untuk terus membunuh peluang pihak lawan.
Setelah beberapa pertukaran sengit, skor menunjukkan 20-18. Hanya satu saja mata untuk mereka tamatkan set ini sebelum menjadi pemenang piala pusingan Piala Rektor pada semester itu.
Bola lawan cuba dihantar deras ke sudut kiri gelanggang tanpa sempat mereka bersedia. Uzzam hampir tersentak, tapi Elyas terus berlari laju lalu mengangkat kaki luar dengan kemas. Bola melayang tepat ke udara dalam keadaan yang tinggi untuk menunggu penyudahnya.
Nazim tidak tunggu lama. Dia melompat dengan pusingan tubuhnya seperti kilas angin sebelum kakinya menghentam bola dengan kuasa penuh.
SMASH!
Bola menghentam lantai lawan, berputar laju hingga keluar daripada garisan. Pengadial terus meniup wisel panjang menandakan perlawanan ini telah tamat.
“Set untuk pasukan Hurricane Spiker!”
Dewan bergema dengan sorakan. Elyas menekup lututnya, mengatur nafas yang masih bersisa. Degup jantungnya bagai masih berlawan dengan ritma gendang. Masih berdetak laju walaupun kemenangan sudah menjadi hak mutlak mereka.
Nazim menjerit lega sambil memeluk Uzzam, kedua-duanya ketawa puas. Elyas pula tersenyum lebar namun mata itu melingas hebat ke arah kerumunan penyokong. Dia mencari seseorang yang dia sangat mengharapkan kedatangannya walaupun setelah apa yang terjadi antara mereka.
Peluh menitis dari pelipis Elyas, jersi putihnya melekat pada tubuh akibat keringat yang meluncur laju ibarat air sungai. Dalam riuh rendah itu, matanya liar menelusuri barisan penonton di belakang gendang sorak. Dia mencari dan mencari lagi tanpa lelah. Kepala dan badannya berpusing demi menangkap gerangan dia yang entah di mana keberadaannya.
Sorakan dan tepukan hanya menjadi bunyi latar. Dalam ribuan wajah di situ, dia menanti hanya satu.
Dan akhirnya...ya. Dia nampak.
Senyuman semakin melebar apabila melihat gerangan si dia yang comel berada di sebelah Elena yang masih semangat bersorak untuk pasukan mereka.
Dewi.
Dia datang.
Dia tidak melompat-lompat seperti yang lain. Tidak juga menjerit teriak sehingga ternampak anak tekak. Si gadis hanya tersenyum kecil melihat Elena yang seperti beruk di sebelahnya.
Namun adakah Dewi tahu bahawa senyuman kecil itu seakan-akan cukup untuk menenangkan seluruh debar yang kuat berdentum di dada Elyas.
Mata mereka bertemu secara tidak secara. Sejenak, dunia yang tadinya hingar-bingar mula terasa sunyi.
Elyas tersenyum lebar sambil melambaikan tangannya kepada gadis itu dengan penuh harapan. Dewi terus berdiri, bergerak sedikit ke hadapan sebelum membalas lambaian itu dengan wajah yang sangat ceria.
"Terbaik! Saya bangga dengan awak!" isyarat Dewi dari tempatnya sehingga membuatkan Elyas tertawa kecil dengan tindakan comel itu. Nafasnya perlahan-lahan kembali teratur seakan-akan setiap penat dan sakit di ototnya tadi lenyap dalam satu pandangan itu.
"Terima kasih sebab tunaikan janji awak!" balas Elyas dengan bahasa isyarat sehingga membuatkan seluruh isi dewan itu bingit kembali. Ada yang terlampau terkejut dengan pesona Elyas sehingga terjatuh kerana terasa lutut longgar!
"Mestilah! Nanti awak kena belanja saya makan tau!" tambah Dewi sebelum tertawa sehingga menampakkan barisan giginya yang putih. Rambutnya tidak berikat sesekali menampar pipi yang putih gebu tanpa sebarang riasan.
"Boleh! Kejap lagi tunggu saya! Saya nak tukar baju dulu. Ajak El sekali!" Sumpah Elyas cakap, dia terasa sungguh teruja dan bahagia. Dia gembira kerana hubungan mereka sudah kembali seperti dulu bagai situasi itu tidak pernah terjadi.
Ah, lantaklah! Janji Dewi sudah kembali kepada Elyas semula. Itu sudah cukup untuk buat dia happy!
"Nanti saya text awak. Bye!"
"Bye!" Lambaian terakhir itu dia lambai dengan sepenuh hati dan pipi yang sudah terasa lenguh akibat tidak tahu bagaimana caranya untuk berhenti tersenyum.
Nazim sempat menepuk bahu Elyas. “Oi, Yas. Happy betul kau ya? Happy sebab kita menang ke happy sebab dapat memenangi hati seseorang?" usik Nazim dengan senyum senget. Mesti Elyas ingat dia tidak nampak aksi mereka berdua tadi? Hey, dia dan Uzzam memerhati segala tindak-tanduk lelaki itu sedari awal. Si Elyas ni saja yang tidak perasan.
Mereka bertiga mula berjalan seiring ke arah beg mereka yang berlimpangan di tepi gelanggang.
Uzzam ketawa, menyambung, “Untunglah menang dua-dua. Bertuah nasib badan."
Elyas hanya geleng perlahan, tapi senyuman di bibirnya masih tidak mahu luntur. Dia berpaling sekali lagi ke arah tadi. Dewi masih di situ, kali ini mengangkat sedikit tangan kepadanya bersama dengan Elena. Dia terus tertawa kecil.
Comel!
"Tak payahlah cakap dengan orang angau ni, Zam. Bukan dia nak dengar," perli Nazim lalu menyiku perut Elyas yang masih menoleh ke belakang tanpa dia sedar.
Dan-dan Uzzam meledakkan ketawa kuatnya tanpa memikirkan ia akan menarik perhatian orang di situ atau tak.
"Dah lah usik aku. Lepas ni jom pergi makan. Aku belanja," potong Elyas sambil meneguk air mineral dari dalam botolnya.
"Oh gosh! I love free foods!" Uzzam jerit gembira sehingga mendapat ketukan perlahan Elyas di kepalanya.
"Jom pesta!" ajak Nazim lalu mereka bergerak santai untuk keluar daripada dewan yang masih belum surut dengan suasana bising.
HI!! ELYAS DEWI KEMBALI LAGI HEHEH. Doakan saya konsisten update this two love bird okie?!
Share this novel